Bab 2
Votelah duluuuu ;)
Hana bangun awal pada pagi ini kerana tidak mahu lewat untuk pergi ke kerja. Ini hari pertamanya. Sudah pasti dia mahu menunjukkan reputasi yang baik.
Telefon Hana berdering sebaik sahaja dia siap meratakan gincu di bibir. Panggilan itu diangkat.
"Ya? Kau dah sampai ke, Rin?"
"Dah. Aku dekat depan rumah kau ni."
"Okay. Kau tunggu kejap."
Hana menuju ke dalam bilik ibu bapanya untuk bersalaman sebelum berangkat ke tempat kerja. Ketika itu, Puan Halimah menyuruh Hana untuk menggosokkan tudung sekolah Hasya.
"Ibu, Hana dah lewat ni. Suruhlah Hasya gosok sendiri."
"Kamu buta ke ibu tengah ikat rambut adik? Minta tolong pun dah tak boleh dah bila nak kerja ni? Ni baru kerja kecik. Kalau dah kerja besar nanti agak-agaknya tak jejak dah kut dekat rumah ni."
Hana menahan rasa marahnya. Riak wajah juga dikawal supaya ibunya tidak sedar akan perubahan riak wajah itu. Hana memandang Hasya yang duduk bersila di atas lantai sambil membiarkan ibu mengikat rambutnya.
Ya allah budak ni! Dah tahu hari ni sekolah, kenapa tak gosok semalam je? Menyusahkan betul!
Hana keluar dari bilik itu dan gosok tudung sekolah Hasya. Ketika dia menggosok tudung Hasya, hatinya rasa sangat pedih. Terlalu pedih. Hana buat semua tugas di dalam rumah ini tapi kenapa layanan mereka terhadap dirinya terlalu teruk?
Selepas siap gosok tudung Hasya, Hana terus keluar dari rumah. Hana melihat Encik Malik sedang duduk di meja batu di hadapan rumah. Hana cuma mahu bersalaman dengan ayahnya tapi lain pula yang jadi.
"Kau ni dah tahu kerja, cubalah bangun awal sikit. Ni biar je kawan kau tunggu lama-lama kat luar tu. Anak dara jenis apalah kau ni. Lembab."
Lembab?! Salah aku ke? Patutnya ayah salahkan anak perempuan kesayangan ayah tu!
"Hana pergi dulu, ayah."
Hana berjalan menuju masuk ke dalam kereta Arin. Tali pinggang keledar dipakai dan Hana melemparkan pandangannya ke luar tingkap. Kereta Arin mula bergerak. Susana diantara Hana dan Arin hanya sepi. Malas mahu berborak. Ketika ini, Hana perlukan ketenangan agar perasaan marah dan geram ini hilang.
Hana tidak tahu apa salahnya yang sebenar.
Kenapa ibu dan ayah selalu melemparkan kata-kata yang selalu membuatkan aku rasa aku ini tidak berguna? Bukan ibu dan ayah sahaja malah adik-beradikku yang lain juga. Mereka selalu melayan adik aku seperti dia sahaja satu-satunya adik perempuan yang mereka ada sedangkan aku ini hanya patung yang tidak mempunyai perasaan dan mampu diarah sesuka hati. Hana mula meluahkan rasa itu dalam hatinya. Sakit rasanya untuk menanggung derita ini.
Ya allah, kau kuatkanlah hatiku ketika ini. Aku tidak mahu menjadi anak derhaka. Kau bantulah aku agar aku masih mampu menahan rasa ini.
***
"Hana, asal ni? Kau okay tak?"
Teguran Arin itu membuatkan lamunan Hana mati. Dia baru sedar bahawa mereka sudah berada di kawasan tempat kerja.
"Thanks, Rin."
Tali pinggang keledar itu dibuka. Ketika Hana mahu keluar dari kereta, Arin menghalangnya.
"Hana, aku tahu kau tak okay. Kenapa ni?"
Hana mengeluh berat. Wajah Arin dipandang.
"Aku nak peluk kau boleh?"
Arin terus menarik Hana ke dalam pelukkannya. Hana menangis untuk meluahkan rasa. Rasa sakit hati tadi terpaksa diluahkan melalui tangisan ini. Ya allah, tolong aku.
Selepas Hana sudah lega, dia meleraikan pelukan mereka.
"Kau kenapa ni? Boleh share?"
"Arin, aku kerja sebab aku nak larikan diri aku dari apa yang aku rasa ni. Rasa benci, rasa marah dekat keluarga sendiri sebab cara layanan mereka pada aku. Tapi bila aku makin cuba, makin banyak perkara yang menyakitkan yang jadi. Makin aku nak lari dari masalah aku, makin banyak yang allah uji aku. Kenapa, Arin? Aku pun nak bahagia macam orang lain. Aku pun nak keluarga yang normal macam orang lain. Kenapa aku yang Allah pilih untuk ada dalam situasi macam ni? Kenapa?"
Air matanya kembali mengalir. Kenapa aku perlu mulakan pagi aku dengan air mata kesakitan?
Tangan Hana dicapai. Arin memandang tepat ke dalam mata sahabatnya itu.
"Hana, aku tahu kau tengah kecewa sekarang ni. Tapi kau tak boleh salahkan takdir. Ada sebab Allah pilih ujian ni untuk kau. Kau ingat tak apa yang pernah kau cakap pada aku dulu? Allah takkan uji hambanya di luar kemampuannya. Kalau Allah berikan kau ujian tu, maknanya kau lebih dari kuat. Hana, belasan tahun kau mampu bertahan. Takkan sebab apa yang jadi pagi ni kau dah nak mengalah? Aku rindu Hana aku yang dulu."
Arin sedaya upaya memujuk sahabat baiknya itu. Ketika itu, Hana sedar bahawa dia sedang menyalahkan takdir. Hana beristighfar berkali-kali.
Hana memeluk Arin kembali. Bersyukur kerana Allah kurniakan dia seorang sahabat sebaik Arin.
"Thanks, babe. Aku tak tahu nak luahkan kat siapa lagi perasaan aku ni."
"Hana, stop saying thank you. Kau lupa ke kau lagi banyak tolong aku dulu? Jadi, sekarang ni masa aku untuk bantu kau. Aku akan ada untuk kau selalu."
Air mata Hana diseka oleh Arin.
"Dah. Jangan nangis-nangis. Nanti budak-budak tadika kau lari pula sebab nampak panda masuk tadika."
Hana tertawa dengan kata-kata Arin. Betul kata Arin. Dia sudah mampu menahan rasa ini selama lapan tahun. Dirnya perlu lebih kuat dari ini. Hana yakin Allah akan berikan keindahan yang tidak terkata selepas keperitan yang dia tanggung ini.
***
Hana masuk ke dalam pejabat tadika itu untuk melapor diri. Semasa dia mahu naik ke atas, dapat dia lihat ramai ibu bapa sudah menghantar anak-anak mereka.
"Assalamualaikum."
Hana beri salam sebaik sahaja masuk ke dalam pejabat itu.
"Waalaikumusalam. Awak Nufa Hana ya?"
"Ya, saya."
"Ha, jemputlah duduk."
Hana duduk di kerusi berhadapan wanita yang berada di usia 40-an itu.
"Jadi, saya nak panggil awak apa ni?"
"Panggil saya Hana. Puan ni Puan Asma ke?"
"Cantik nama awak. Hana. Oh ya! Haah, saya puan Asma. Erm, saya tengok gaya awak ni memang sukakan budak-budak ya?"
Erk! Nampak sangat ke?
"Ya, puan."
"Baguslah kalau macam tu. Saya nak awak jaga nursery dan budak transit petang. Tapi hari rabu saya nak awak mengajar. Boleh?"
"Boleh, puan."
Puan Asma menghulurkan satu kertas kepada Hana.
"Ini jadual awak. Jadi, selamat datang ke tadika Cahaya Bulan."
"Terima kasih, puan."
Hana sangat teruja untuk memulakan kerjanya. Selesai sahaja melapor diri, Hana turun ke bawah untuk melihat keadaan kanak-kanak yang berada di taska. Tadika ini menyediakan perkhidmatan tadika bermula dari empat hingga lima tahun. Khidmat taska sehingga waktu petang dibuka dari umur dua tahun sehingga enam tahun. Ibu bapa boleh meletakkan anak-anak mereka di sini sehingga jam enam petang. Pada sebelah petang, kelas KAFA juga diadakan bagi pelajar sekolah rendah dari tahun satu sehingga tahun enam.
Hana berkenalan dengan tenaga pengajar yang lain. Tadika ini hanya mengambil lima orang guru perempuan termasuk dirinya sendiri. Lagi empat orang itu kelihatan seperti sudah berpengalaman dan lebih tua. Hana diberitahu bahawa orang yang menjaga taska dan tadika hanyalah dua orang dan selebihnya akan mengajar kelas KAFA pada sebelah petang. Jadi, tiga orang guru itu akan membantu guru tadika sehingga waktu tengah hari sahaja.
"Hai, awak! Nama apa?"
Seorang perempuan yang mungkin dalam lingkunan 20-an ke atas menegur Hana yang sedang berjalan menuju ke bilik taska. Dia hanya mengenakan sepasang baju kurung dan tudung bawal.
"Hai, kak. Nama saya Hana. Akak?"
"Ouh! Hai Hana! Nama akak Syazwani. Panggil kak Wani je. Awak jaga nursery eh?"
"Haah, kak. Saya take over nursery."
Bahu Hana ditepuk tiga kali.
"Good luck ya jaga nursery. Budak-budak nursery nakal ya rabb. Akak pun dulu jaga tak nyempat nak bernafas."
Hana tersenyum ke arah Wani. Hana tahu bahawa kakak ini sengaja mahu menakut-nakutkan dirinya. Sebenarnya, Hana dapat simpulkan bahawa Wani ini seorang yang kecoh dan kepoh. Hana malas melayan sikapnya yang kepoh ini.
"In sha allah, kak. Erm, saya pergi masuk nursery dululah. Saya nak tengok tempat mereka."
"Okay."
Hana terus berjalan masuk ke dalam tempat taska. Dia melihat ruang itu. Disebabkan tadika ini ditubuhkan di atas tanah rumah kedai, mereka hanya mampu untuk menyediakan lima kelas sahaja. Dua untuk tadika, dua untuk kelas KAFA dan satu untuk taska. Ruang yang diberi untuk taska agak luas.
Hana melihat sekeliling bilik itu. Terdapat satu carta dengan gambar berserta nama. Carta itu diasingkan mengikut waktu mereka berada di sini. Hana dapat lihat bahawa taska lebih ramai ketika waktu petang kerana akan dicampur dengan budak tadika.
Sedang Hana mengemas bilik itu, pintu ditolak. Seramai enam orang kanak-kanak yang masuk ke dalam bilik taska ini. Mereka semua budak taska pada sebelah pagi. Hanya empat dari mereka akan berada di sini sehingga waktu petang.
"Eh! Teacher barulah!"
Seorang budak lelaki menjerit ke arahku sambil jari telunjuknya ditunding ke arah Hana.
Jadi, guru-guru di sini bahasakan diri mereka sebagai teacher. Itu perkara baru yang aku tahu. Budak lelaki yang tegur Hana itu namanya Muhammad. Hana perlu hafal nama mereka dengan segera. Jadi, lebih mudah untuk dia menjadi rapat dengan mereka.
Taska pada waktu pagi hanya dibuka untuk kanak-kanak yang berumur dua dan tiga tahun. Muhammad adalah yang paling tua diantara mereka bertujuh iaitu tiga tahun manakala yang lain dua tahun.
"Okay! Pagi ni teacher nak kenalkan diri teacher. Jadi, teacher nak semua duduk."
Mereka semua mendengar arahan Hana dengan baik. Disebabkan penyaman udara dibuka, mereka semua duduk di atas tikar bagi mengelakkan kesejukan.
"Okay. Nama teacher adalah Teacher Hana."
"Hai, Teacher Hana!"
Hana tersenyum sendiri melihat sambutan mereka berenam. Walaupun berenam, suara mereka sangat kuat. Biasalah kan budak-budak.
"Pandai! Sekarang ni, teacher nak kenal dengan semua orang. Kalau teacher panggil nama, kamu semua angkat tangan jawab saya. Understand?"
"Yes, teacher."
Hana mengambil fail kehadiran mereka.
"Muhammad."
"Saya."
Tick.
"Adra."
Adra hanya mengangkat tangannya. Hana hanya membiarkan saja.
Tick.
"Farhan."
"Caye!"
Amboi si bulat ni! Comel je pelat tu. Hehehe!
Tick.
"Amina."
"Me, teacher."
Amboi! Orang putih ni.
Tick.
"Uwais."
"Ha!"
Hanya itu yang dengar dari Uwais. Hana dikhabarkan Uwais baru sahaja masuk dua tahu. Jadi, tidak hairanlah jika Uwais masih belum mampu bercakap normal.
"Mikayla."
Sepi.
"Mikayla."
Sepi lagi.
Aku mengira bilangan mereka. Ketika itu, aku sedar ada seorang budak perempuan yang hanya menundukkan. Aku mendekati kanak-kanak itu.
"Hai. Nama awak Mikayla kan?"
Dia hanya menganggukkan kepalanya. Mata Hana tertumpu pada kakinya. Kakinya yang luka dan berair itu Hana pegang.
"Sakit ya?"
Mikayla menganggukkan kepalanya. Kemudian, air matanya mengalir. Jadi inilah sebab dia hanya mendiamkan diri. Dia sedang menahan sakit. Hana tidak tahu sama ada ini kudis atau bukan tetapi apa yang pasti lukanya itu berair. Mikayla mungkin ada penyakit gatal satu badan kerana satu badannya luka begitu. Rasa hiba menyerang diri Hana. Kesian di usia ini, Mikayla perlu menahan rasa sakit yang ada pada badannya. Hana mengeluh kejap.
Sekurang-kurangnya luka di badan boleh sembuh. Luka di hati?
Hana buang perasaan sedih dan kecewa itu jauh-jauh. Sekarang adalah masanya untuk berseronok dengan murid-murid barunya.
"Mikayla dah mandi?"
Mikayla menggelengkan kepala.
"Okay, sekarang ni jom ikut teacher mandi."
Hana dukung Mikayla untuk dibawa ke bilik air. Kemudian, aku melihat murid-muridku yang lain.
"Siapa belum mandi lagi?"
"Caye!"
Farhan dan Amina berkata serentak. Hana memberi arahan supaya mereka tunggu giliran mereka untuk mandi. Dalam pada itu, mereka bermain dengan permainan yang ada di dalam itu.
***
"Okay semua. Stop main. Beratur depan pintu. Kita nak makan."
Semua meletakkan mainan masing-masing dan beratur dengan lurus. Pintu dibuka dan mereka berenam menuju ke meja makan. Menu makan pagi pada hari ini adalah bubur ayam.
Mereka berenam duduk di meja bulat sementara menunggu mangkuk bubur dberi.
Selepas Hana memberikan mangkuk berisikan bubur itu, mereka semua disuruh duduk dan membaca doa makan terlebih dahulu. Bagi Hana, perkara sebegini perlu dididik dari usia kecil.
Mereka berenam membaca doa makan dengan pelat. Tidak mengapalah jika tidak sempurna asalkan mereka tahu untuk membaca doa sebelum makan. Sedang mereka berenam makan bubur itu, Hana terdengar satu tangisan yang sangat kuat dari dalam ruang makan tadika. Dengan penuh prihatinnya, Hana meluru ke dalam ruang makan itu.
Dapat dia lihat seorang pelajar perempuan sedang menangis dan seorang budak perempuan yang sedang menekur lantai kerana takut dengan pandangan Kak Siti. Siti ini merupakan guru tadika selain Wani dan Amirah. Julia yang sepatutnya menjaga taska bersama aku dikhabarkan cuti bersalin. Jadi, Hana seoranglah yang akan memantau taska. Kak Wani dan Kak Am keluar untuk membeli makanan. Jadi, sekarang yang ada cuma Hana dan Kak Siti.
"Kenapa awak buat Misha macam tu?! Tahu kan yang tak baik kacau orang tengah makan. Kenapa Dhia buat juga?"
Dhia tidak menjawab sebaliknya hanya menekur lantai kerana takut dengan Kak Siti yang meninggi suaranya.
"Dah! Pergi bawa mangkuk awak duduk dekat sana."
Dhia hanya bergerak mengikut arahan Kak Siti. Dhia duduk bersendirian di meja hujung. Kanak-kanak lain menyambung kembali santapan mereka.
Ketika Kak Siti membawa Misha pergi ke tandas untuk mencuci baju Misha kerana bubur yang tumpah di bajunya, Hana mendekati Dhia. Hana duduk di hadapannya.
"Assalamualaikum. Awak Dhia kan?"
Dia tidak menjawab persoalan Hana.
"Tak baik tau tak jawab salam."
"Waalaikumusalam."
Hana tersenyum apabila Dhia menjawab salamnya. Melihat dari mata hitamnya yang gelap itu, Hana dapat rasakan bahawa Dhia sedang bersedih.
"Dhia okay?"
Sepi.
"Dhia nak tambah lagi?"
Sepi juga.
Haih! Susah juga nak bagi Dhia bercakap.
Ketika itu, Kak Siti menyuruh semua orang masuk ke dalam kelas. Dhia hanya berlalu pergi dengan muka yang masam. Tidak mengapalah. Hana masih ada banyak masa lagi untuk rapat dengan Dhia.
Aktiviti selepas makan adalah Hana bercerita kepada mereka berenam. Cerita pada hari ini tentang sang kancil dan raja rimba. Hana bercerita dengan semangatnya dan reaksi mereka berenam juga bagus. Mereka tersenyum dan tertawa apabila Hana menunjukkan reaksi dan bercerita dengan pelbagai suara. Hana sendiri rasa bahagia saat ini. Di mana dia lupa tentang segala kesakitan yang dirinya alami.
XXX
Jangan lupa vote, comment and share!🥰🤗
Dont forget to join my telegram channel too!🎯
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro