Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 18

Votelah duluuuu ;)

Hana menghabiskan masa rehatnya di pejabat tadika. Notis berhenti kerja dua puluh empat jam ditulis. Sedar atau tidak, sudah hampir tiga bulan Hana bekerja di Tadika Cahaya Bulan. Dia perlu mempersiapkan dirinya untuk melangkah masuk ke alam universiti. UNITAR telah menerima permohonannya dan Arin. Oleh itu, Hana mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Puan Asma sudah dikhabarkan awal bahawa Hana akan berhenti dalam tempoh dua puluh empat jam.

Selesai menulis surat berhenti kerja, surat itu dicetak dan ditanda tangan. Hana menuju ke meja Puan Asma.

"Assalamualaikum, puan."

"Waalaikumusalam, Hana. ada apa? Duduklah."

Hana duduk berhadapan dengan Puan Asma.

"Sebenarnya, saya dah dapat tawaran belajar, puan. Jadi saya nak berhenti kerja dalam masa dua puluh empat jam macam yang saya bagitahu puan sebelum ni. Ini surat berhenti kerja saya."

Surat itu dihulurkan kepada Puan Asma.

"Oh pasal tu. Kalau macam tu, selamat maju jaya. Saya doakan awak agar sukses selalu. Banyak jasa awak pada budak-budak dekat sini. Sebab awak, budak-budak kat sini jadi semakin aktif dan dengar kata. Saya pasti mereka akan merindui teacher Hana."

Aku mengukir senyuman sebak. Aku tidak sangka Puan Asma akan berkata sebegitu.

"Terima kasih, puan."

Hana keluar daripada pejabat itu dan menuju ke kelas nursery. Tapi yang anehnya, kanak-kanak tadika tiada dalam kelasnya. Pergi mana? Hana membuka pintu kelas nursery itu dan menerima kejutan.

"Surprise!"

Kelas nursery itu dihias cantik. Semua kanak-kanak tadika dan tenaga pengajar ada di situ.

"Apa semua ni, kak?"

Hana bertanya kepada Kak Siti.

"Ni majlis untuk Hanalah. Akak tahu yang Hana akan berhenti kerja sebab nak sambung belajar kan? Jadi anggaplah ni hadiah."

Ketika itu Dhia berlari mendapatkan Hana.

"Teacher Hana kena janji yang teacher takkan lupakan kitorang tau! Kami sayang teacher Hana."

Ketika itu, semua kanak-kanak yang ada di dalam bilik itu memeluk Hana. Rasa hiba dan sedih menyerbu dirinya. Sebak pula nak tinggal budak-budak ni.

"Jom potong kek!"

Kak Am meletakkan kek di atas meja untuk mereka makan bersama. Hari ini akan menjadi hari yang paling diingati oleh Hana.

***

"Bye, teacher Hana!"

Seperti biasa, Dhia yang menjadi kanak-kanak terakhir yang pulang. Tapi yang datang mengambil Dhia pulang sejak akhir-akhir ini adalah bibiknya. Nuh sibuk mungkin. Maklumlah dah tiga minggu dia dan Nuh hanya berkomunikasi melalui telefon. Tu pun jarang.

Tak sempat Hana mahu menuju ke kedai cik Ani, Arin terlebih dahulu keluar daripada kedai itu dan berlari ke arah Hana.

"Hana!!!"

Terus didakap sahabatnya itu. Tercekik Hana.

"Weh! Kau kenapa ni? Okay tak?"

"Kau dapat weh! Kau dapat biasiswa!"

Surat yang dari tadi dipegang oleh Arin diberikan kepada Hana. Tulisan itu dibaca satu per satu. Hana memandang Arin kembali.

"Aku tak mimpi kan?"

"Tak, Hana. kau tak mimpi. Ni realiti."

Hana terus memeluk Arin semula. Rasa seakan-akan tidak percaya dengan rezeki yang Allah berikan ini.

Alamat kedai makan Cik ani itu digunakan sebab Hana tidak mahu suratnya sampai ke rumah. Niatnya mahu memberi kejutan kepada orang tuanya.

"Arin, aku nak balik. Aku nak bagitahu ibu ayah."

"Jom aku hantar kau."

Sepanjang perjalanan pulang, Hana tidak henti-henti memanjatkan rasa syukur. Teruja dirinya untuk memberitahu ibu dan ayah. Cuaca hujan renyai ini menyamankan lagi hatinya.

Kereta Arin diberhentikan di hadapan rumah Hana. Dapat mereka lihat susuk tubuh yang jarang berada di rumah itu sedang duduk di kerusi batu.

"Hana, angah kau balik? Tak cakap pun."

"Entah. Baru sampai kut. Aku masuk dulu tau, Arin. Aku tak sabar nak bagitahu ibu dengan ayah pasal biasiswa ni."

"Okay! See you!"

Hana turun dari kereta itu. Arin tidak terus pulang sebaliknya dia membuat panggilan telefon sebentar. Hana mendekati abangnya yang jarang-jarang ada di rumah itu.

"Angah? Bila balik?"

Hana cuba untuk bersalaman dengan abangnya itu. Namun, lain pula jadinya.

Pang!

Hana ditampar kuat sehingga dia terjelopok jatuh.

"Kau ni memang murah! Anak jenis apa kau ni?! Dulu aku suruh taknak! Sekarang, memalukan orang! Bodoh!"

"Angah cakap apa ni?"

Soalan itu tidak dijawab sebaliknya tudung Hana ditarik kuat dan dia diheret untuk masuk ke dalam rumah. Arin yang melihat adegan itu terus mematikan panggilannya dan terus meluru ke arah Hana. Tubuh Hadif ditolak kuat agar menjauh daripada Hana. Arin membantu Hana bangun.

"Kau ni menyemak kenapa! Biar aku ajar perempuan bodoh yang tak bengap tak reti dengar arahan aku!"

"Diamlah, Hadif! Kau tu lagi hina daripada binatang sebab kau buat Hana macam ni!"

Hadif menjadi semakin marah. Dia mula bertindak gila. Arin ditolak sehingga jatuh. Tangan Hana ditarik dan pintu ditutup.

"Arin!"

Itu sahaja yang kedengaran oleh Arin.

"Hana! Hish! Bukaklah pintu ni!"

Pintu rumah Hana diketuk macam hendak roboh. Daripada luar Arin bisa mendengar jeritan Hana yang meminta tolong.

Ya allah, lindungi Hana.

**

"Dulu bukan main tak naklah apalah, sekarang ni? Kau dah dapat tangkap ikan besar, kau suka? Dulu aku suruh buat diam-diam kau taknak. Nak jugak tunjuk dekat orang kat luar sana yang kononnya kau tu hebat sangatlah sebab dapat ikan besar? Kalau kau ikut cakap aku dulu, taklah menyusahkan hidup aku macam ni!!!"

Hadif menjadi seperti orang gila. Dalam rumah ini, hanya Hadif yang diberikan kuasa untuk menegur adik-beradiknya. Walaupun dia adalah angah, tetapi dia yang macam along dalam keluarga ni. Maklumlah askar.

Hana merangkak ke arah ibunya. Kaki ibunya itu dipegang.

"Apa salah Hana, bu? Apa lagi kali ni?"

Air matanya mengalir tanpa henti. Suara itu juga semakin perlahan kerana menjerit kesakitan tadi. Puan Halimah menunjukkan gambar yang terpapar di skrin telefon miliknya. Hana dapat lihat dirinya bersama lelaki yang sangat dia kenal sedang makan berdua. Apabila gambar itu ditolak ke tepi, Hana dapat lihat gambarnya naik kereta lelaki itu.

"Tu salah kau. Aku bagi kau kerja, kau buat perangai. Susah ke nak jaga maruah kau tu? Dulu kemain tolak sampai lari rumah. Dapat lelaki terlajak kaya, terus hilang maruah kau kan?"

Mujur sahaja ayahnya tiada bersama. Jika tidak semakin parah Hana dikerjakan. Along dan acik pula belum pulang daripada kerja dan Hasya pula ada kem perkhemahan.

"Bu, Hana dengan dia kawan je. Hana takde hubungan pun dengan dia."

Kepala Hana ditunjal oleh angahnya.

"Alasan bodoh! Bajet alim betul! Dulu aku suruh dengan kawan aku, kau tak nak. Sekarang ni lelaki kaya mana yang kau nak kikis harta dia?!"

"Aku tak salah! Apa yang salahnya?! Aku dengan lelaki dalam gambar tu tak buat apa pun."

Pang! Hana ditampar lagi. Ibunya hanya melihat perkara itu.

"Kau tahu tak yang ambil gambar-gambar ni kawan-kawan ibu? Kawan ibu cakap kau tu murah sebab sanggup jual diri untuk dapatkan kemewahan lelaki kaya tu! Bodoh! Aku suruh buat diam-diam tak nak!"

Hana bagaikan tak percaya dengan apa yang dia dengar. Dia jual diri?

"Ibu, apa yang kawan ibu cakap tu tak betul. Hana tak jual diri. Lelaki tu kawan Hana je."

Tangan Hana yang berada di kaki ibunya itu ditolak kasar.

"Aku malu sebab perempuan macam kau ni ada dalam rumah aku!"

Ibunya terus berlalu meninggalkan Hana.

"Ibu!"

Air mata Hana mengalir lagi apabila melihat ibun keluar daripada biliknya.

"Kau memang dah lama tak kena bantai dengan aku kan?"

Hana diheret masuk ke dalam biliknya. Hadif mengambil tali pinggang askarnya. Adegan yang dulunya terjadi kini berulang kembali. Hujan juga semakin lebat cuma tiada dentuman guruh.

"Sakit! Sakit! Sakit!"

Hana menjerit kesakitan ketika dia dipukul oleh angahnya itu. Air mata yang mengalir itu tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti.

Ya allah, tolong aku.

XXX

dont forget to join my telegram channel and group chat!!!🤭

Link dekat description💨

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro