Bab 16
Votelah dulu ;)
Sementara menunggu Arin menyelesaikan kerjanya, fikiran Hana melayang kepada peristiwa tengah hari tadi.
"Sesuailah cincin mama dengan Hana. Saiz jari kita sama."
Puan Sri Diyana yang tiba-tiba menyarungkan cincinnya di jari manis milik Hana menyentakkan gadis itu.
"Kenapa ni mama?"
Hana bertanya soalan itu selepas cincin itu dicabut daripada jari manisnya.
"Saja. Tangan Hana kosong. Kalau diikutkan, umur macam Hana ni dah ada barang kemas. Yelah macam semangat untuk masuk ke alam pelajar tinggi. Tak suka barang kemas eh?"
"Suka je mama cuma belum ada rezeki lagi kut nak pakai. Keluarga Hana sederhana je."
Puan Sri Diyana hanya tersenyum.
"Mama dulu teringin nakkan anak perempuan. Yelah, dapat anak perempuan boleh pakaikan dia emas, dressing cantik-cantik. Bila mama dengan Hana, mama rasa mama ada anak perempuan. Feeling dia macam mama tengah bercakap dengan anak sendiri."
Hana tersentuh dengan luahan Puan Sri Diyana. Andai sahaja ibu layan aku macam ni.
"Mama boleh je anggap Hana ni anak perempuan mama."
"Anggap je? Kalau jadi terus tak nak?"
"Maksud mama?"
Puan Sri Diyana menjuihkan mulut ke arah Nuh yang sedang mencari kot bersama Tan Sri Nazim di sebuah butik.
"Anak bongsu mama tu single lagi. Hana tak nak cuba dapatkan hati dia?"
Tersedak Hana mendengar pertanyaan Puan Sri Diyana. Takkanlah masa perjumpaan pertama ni dia dah kena merisik?
"Mama ni. Hana tak sesuailah untuk Nuh. Keluarga mama orang yang ada nama, ada pangkat. Hana ni orang biasa je, mama."
Tangan Hana diraih. Wajah lembut itu dipandang.
"Hana, mama dengan papa tak pernah kisah pasal pangkat atau nama. Bagi kami, itu bonus dan rezeki yang Allah nak bagi. Iyan pun tak pernah bezakan darjat mana-mana orang. Kalau Hana jadi menantu mama, mamalah orang yang paling beruntung sebab dapat menantu yang baik macam Hana. Iyan pun beruntung sangat sebab dapat isteri yang baik macam Hana. Mama yakin Hana sedar tentang perasaan Iyan. Tak nak terima Iyan?"
Hana hanya mampu tersenyum dengan kata-kata Puan Sri Diyana. Apa yang ada pada dirinya sehingga mama boleh berkata sebegitu? Terima Nuh? dia baru kenal Nuh tu tak sampai dua bulan. Takkanlah dah boleh terima?
Habistu jantung siapa yang asyik buat hal bila nampak Nuh senyum tu apa maksudnya? Rasa selesa bila dengan lelaki itu. Apa maksudnya? Bukan ke suka?
Dan ya. Hana sedar akan sikap Nuh yang ambil berat tentangnya.
Haih!
"Woi! Kau ni mengeluh je kerjanya. Berdosa tau mengeluh banyak sangat."
Arin yang menyergah Hana itu membuat bahu Hana terangkat.
"Kepala hotak kau sergah aku macam tu! Sakit jantung aku!"
Arin dah bantai mengekek sampai terhinjut-hinjut bahu.
"Macam mana date kau tadi? Seronok ke?"
Mata Hana membesar. Dia hampir lupa yang Arinlah punca terjadinya adegan tengah hari tadi.
"Hah! Yang kau pandai-pandai je call Nuh kata ada kerja apahal? Sebab kau, aku kena jumpa mama papa Nuh tau! Tergagap-gagap aku."
Sekarang giliran Arin pula yang membulatkan mata.
"Encik Nuh bawa kau jumpa mama papa dia? Gila padu! Habistu? Macam mana perjumpaan dengan family mertua kau tadi?"
"Family mertua hotak kau. Aku dengan parents Nuh biasa-biasa je. Tapi kan, Rin..."
Hana jeda kejap sebelum menyambung bicaranya.
"Mama Nuh ada tanya kat aku yang aku tak nak ke jadi menantu dia."
Hana memejamkan matanya sebab terlalu malu untuk menyatakan perkara itu.
"Weh! Mak dia pinang kau ke? Habistu? Kau cakap apa?"
"Aku tak bagi jawapan pun. Aku diam je."
"Apesal kau tak cakap ya aunty, saya setuju. Susah ke?"
"Hotak kau! Aku dengan Nuh tu aku kenal tak sampai tiga bulan, kau nak suruh aku kahwin dengan dia. Lagi pun, kita baru habis sekolah. Bagilah aku masuk universiti dulu kut ye pun."
Arin mengetap giginya.
"Kau ni boleh tahan sengal juga kan? Kau tak nampak ke Encik Nuh tu betul-betul sayangkan kau? Memanglah baru kenal tapi kalau dah jodoh, kau larilah ceruk dunia mana pun, mesti kau akan jumpa dia."
"Kalau dia jodoh aku. Kalau bukan?"
"Ish dia ni! Kau jangan buat-buat lembap macam ni. Aku tahu yang kau tahu Encik Nuh sukakan kau dan kau pun sukakan dia kan?"
"Memanglah betul aku pun dah tersuka dekat dia tapi aku ni tak setanding dia. Macam manalah aku nak buang rasa suka tu kalau Nuh tu ada dekat rumah sebelah aku."
Hana bagaikan tersedar daripada silapnya mengalihkan pandangan mata ke arah dinding. Aduh! Kantoi rahsia!
"What?! Encik Nuh tu duduk sebelah rumah kau? Hana! kau tak bagi tahu pun!"
"Bukan tak nak bagitahu, Cuma aku rasa nanti lagi seronoklah kau sakat aku."
Arin mencebik dengan jawapan Hana.
"Jahat kau ni. Tak baik tau tuduh aku macam tu. Hrm, jomlah balik."
Arin yang dah mengada-ngada nak menggedik itu berjalan ke arah kereta. Hana hanya mengikut dan mereka pun pulang .
***
Sebaik sahaja sampai di depan rumah Hana, Arin menegur sesuatu.
"Hana, aku rasa kan panahan cinta kau dekat Encik Nuh ni memang sesuatu."
Hana yang baru sahaja mahu meleraikan tali pinggang keledar itu mengerutkan dahinya.
"Apa kau cakap ni?"
"Tu..."
Arin menjuihkan bibirnya ke satu tempat. Hana melihat ke arah itu. Dapat dia lihat Nuh yang berdiri tegak sambil tersenyum dan melihat ke arah kereta Arin.
"Weh! Aku takutlah. Kalau Nuh betul-betul serius nak aku kahwin dengan dia macam mana?"
"Kau kahwin jelah. Apa yang susah?"
"Ish kau ni! Senangnya cakap. Kau ingat ibu ayah akan benarkan ke?"
"Ikut suka kaulah. Tapi, kalau kau betul-betul jadi nikah dengan Nuh, jangan lupa ajak aku tau!"
Arin ketawa kecil. Hana pula dah malas layan si Arin yang dah masuk air ni. Hana menuju masuk ke dalam rumah. Selepas sahaja pagar besar ditutup, Hana jadi buntu bila orang sebelah duk sebut-sebut nama dia.
Untuk mengelakkan heboh, Hana berjalan ke arah Nuh.
"Ya, Nuh. ada apa?"
Hana tanya dengan perlahan. Risau keluarganya akan dengar.
"Kenapa awak berbisik?"
Nuh juga turut berbisik dengan Hana.
"Saya tak nak family saya dengar. Kenapa?"
Nuh hanya mengangguk faham. Kemudian, satu plastik yang berisikan beberapa bekas plastik yang penuh dengan makanan dihulurkan kepada Hana.
"Apa ni?"
"Nasi ayam. Mama masak tadi. Esok mama dah nak balik. Tu yang mama buat ni untuk awak. Makanlah."
Hana mengambil plastik itu.
"Terima kasih. Saya masuk dulu."
"Eh kejap! Esok saya nak hantar awak pergi kerja boleh?"
Soalan yang sama lagi ditanyakan. Huhuhu! Sorry, Nuh.
"Takpelah. Esok saya pergi kerja dengan Arin. Bye!"
Melihat Hana yang masuk ke dalam rumah membuatkan hati Nuh berasa sedikit auch! Dah kali kedua Hana menolak pelawaan dia.
Hana meletakkan nasi ayam itu di dapur. Ketika itu, ibu membuka bicara.
"Apa tu?"
Hana memandang ibunya. Kalau dia cakap ni jiran yang bagi, mesti pelik dan banyak lagi soalan yang akan ditanya.
"Mama Arin yang bagi tadi. Mama dia ada masak lebih. Ibu kalau nak makan, makanlah."
Puan Halimah tidak menjawab sebaliknya terus keluar daripada dapur itu. Hana juga turut beransur selepas menghidangkan nasi ayam itu. Hana membersihkan diri dan menunaikan solat asar sebelum dia menikmati nasi ayam buatan Puan Sri Diyana.
Dang!
Pintu bilik itu tertutup kuat. Macam nak roboh pintu. Apahal lah si along tu? Kerjanya nak baran je tau. Tak penat ke asyik nak marah?
XXX
Triple update done!✅
Btw, thanks mana yang baca all or any of my story! Sayang korang!❣❣❣
Dont forget to join my telegram channel!🤭
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro