Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 15

Votelah dulu ;)

"Cantik rumah sewa, Iyan."

Puan Sri Diyana dan Tan Sri Nazim tiba di rumah Nuh pada awal pagi. Sengajalah mahu melawat anak teruna bongsunya ini.

"Cantiklah mama sebab sebelah rumah crush Iyan."

Walaupun Nuh berkata dengan nada yang perlahan, telinga orang tuanya dapat tangkap jelas apa yang diluahkan anak mereka.

"Anak papa dah jatuh cinta dengan jiran sebelah rumah ke? Who's that lucky girl, son?"

Persoalan Tan Sri Nazim tidak berjawab sebaliknya Nuh mengukir satu senyuman.

"Nuh yang bertuah sebab dapat kenal dia, papa. She' so special to me."

Fikiran Nuh melayang kepada Hana. Setiap saat dia bersama gadis itu, tak pernah sekali pun berlalu tanpa perasaan gembira. Sejak pertama kali bertemu mata, Nuh merasakan ada sesuatu yang istimewa pada gadis yang bernama Nufa Hana itu.

"So, bila mama dan papa boleh jumpa dia?"

"Nuh dengan dia cuma kawan. Dia pun tak tahu Nuh ada simpan perasaan pada dia, mama."

Mama dan papanya duduk bersebelahan dengan Nuh.

"Semua perkara indah itu bermula daripada kawan. Mama tak paksa untuk Iyan luahkan rasa tu cuma mama dan papa nak juga kenal-kenal dengan orang yang dah berjaya ambil hati Iyan."

"Boleh, mama, papa. Nanti Iyan akan bawa Hana jumpa mama dengan papa."

Puan Sri Diyana dan Tan Sri Nazim hanya tersenyum apabila melihat wajah gembira Nuh ketika berbicara tentang gadis itu.

"So, that girl name is Hana? Cantik nama tu. Papa dengan mama tak sabar nak jumpa dia."

Nuh hanya tersenyum.

***

Fikiran Hana melayang kepada peristiwa malam kelmarin. Dalam banyak-banyak rumah kosong dalam Kuantan ni, kenapa Nuh boleh menyewa bersebelahan dengan rumahnya? Dengan rasa yang bertandang tanpa sebab ni membuatkan Hana semakin bingung. Apa yang terjadi sebenarnya ni?

"Teacher! Mikayla menangis!"

Jeritan itu mematikan lamunannya. Mujur sahaja sekarang ini waktu rehat. Hana mendekati Mikayla yang menangis tanpa mengeluarkan suara itu.

"Mikayla, kenapa ni sayang? Hrm?"

Macamlah budak tu pernah jawab soalannya. Selama ini hanya anggukkan dan gelengan sahaja sebagai jawapan. Mikayla hanya menangis tanpa mengeluarkan suara. Hana melihat ke arah luka Mikayla yang berair itu.

"Mikayla gatal ke?"

Hanya anggukkan yang diberi sebagai jawapan. Hana hanya tersenyum sebelum membawa Mikayla masuk ke dalam kelas nursery. Portable fan milik Hana dihidupkan dan dihalakan kepada luka Mikayla.

"Luka ni kena kering. Barulah Mikayla tak sakit, sayang. Sabar kejap ea. Teacher nak keringkan luka."

Mikayla mengangguk lagi. Entah faham entah tidak apa yang Hana cakap itu. Hana melihat sekeliling kelas sebelum dia sedar akan Uwais yang duduk di hujung kelas.

"Uwais. Kenapa duduk situ? Meh sini kat teacher."

Si kecil yang baru sahaja menginjak usia dua tahun itu hanya menurut dan dia duduk di hadapan Hana. Sambil Hana memegang portable fan itu, Hana berbiacara dengan Uwais.

"Uwais kenapa ni, sayang? Tak nak makan?"

Persoalan Hana tidak dijawab sebaliknya Uwais mula berbicara bahasanya. Apa entah budak ni cakap. Hana hanya tertawa dengan telatah Uwais.

"Mmmm.....maaaaah!"

Uwais yang tiba-tiba bertindak memeluk Hana menyebabkan Hana terkejut. Tidak cukup dengan kejutan itu, Uwais mengucup pipi gebu Hana sebelum tersenyum manis. Uwais bangun daripada ribanya dan mengambil bola untuk bermain. Dapat Hana nilai sebenarnya Uwais sangat manja. Bak kata Kak Siti, sebelum ini Uwais adalah kanak-kanak yang pendiam dan kurang bercakap dengan kanak-kanak yang lain. Namun, sejak Hana bekerja di situ, Uwais menjadi aktif dan lebih menonjol berbanding sebelum ini.

Melihat Uwais dan Mikayla di hadapannya ini membuatkan Hana rasa hiba kejap. Andai sahaja dia mampu hidup tanpa masalah sekarang, bahagiakah dia?

"Hana, nak rehat tak?"

Pertanyaan yang tiba-tiba menyapa gegendang telinganya itu membuatkan Hana tersentak kejap. Pandangan dialihkan kepada muka pintu yang dibuka separa itu.

"Boleh jugak, kak. Lapar dah ni."

"Ha, pergilah rehat dulu. Akak jaga Mikayla dengan Uwais dekat dalam ni."

Hana bangun dan portable fan itu bertukar tangan.

"Oh, ya! Ada orang tunggu awak dekat depan tu."

Hana mengerutkan dahi dengan pemberitahuan Kak Am. Arin kut.

"Okay kak. Thank you."

Aku mengambil beg silang aku dan menuju ke pintu utama. Aku keluar dan kasut dipakai.

"Hana."

Belum sempat Hana mahu memandang gerangan yang memanggil namanya itu, dia sudah tahu pemilik suara itu. Badannya kejung terus ketika ini. Hanya belakang badan yang ditayangkan. Hana berfikir kejap. Apa dia buat kat sini?

"Hana, awak memang nak kejung kat situ je ke?"

Hana cuba membetulkan degupan jantungnya yang semakin laju itu. Nafas ditarik dan dihela panjang sebelum dia memalingkan badan menghadap pemilik suara itu.

"Ya, Nuh? Ada apa?"

Nuh hanya mengukir senyuman manis. Hana pula sedang cuba untuk mengawal riak wajahnya. Apa ke sengal sangat aku nak berdebar ni?

"Saya nak ajak awak keluar makan. Waktu rehat awak sekarang kan?"

"Haah, memang pun. Tapi saya dah janji dengan Arin."

"Oh! Arin yang call saya untuk temankan awak makan sebab dia ada hal."

What?! Tak baik betul Arin buat aku macam ni!

Sejurus itu, satu pesanan whatsapp daripada Arin masuk dalam telefon Hana.

Arin <3

Enjoy your date again!

Arin! ishlah dia ni. Kalaulah Arin tahu sekarang ni Hana terlalu malu untuk bersemuka dengan Nuh sebab mereka berjiran.

"So, shall we?"

Hana tidak mampu untuk menolak ajakan Nuh. Nak tolak macam mana kalau lelaki ni dah berdiri depan tadikanya? Dapat Hana lihat yang Nuh menuju ke arah kereta mewahnya itu dan membuka seat penumpang depan untuk dirinya. Hana dah terkaku depan kereta itu.

"Tak nak masuk ke?"

"Kita nak pergi mana? Kenapa tak makan je dekat kedai ni?"

Nuh tertawa kecil dengan persoalan Hana. Comel je kalau tengah gelabah.

"I forgot to say yang saya nak kenalkan awak pada orang yang istimewa untuk saya. Jomlah. Mereka dah tunggu lama."

Mata Hana membesar. Mereka? Berapa ramai Nuh nak kenalkan aku dekat orang ni?

"Love bug, i could stay like this forever but the others are waiting. So, shall we?"

Lamunan Hana mati sebaik sahaja suara itu menegur. Tanpa kesedaran yang penuh, Hana hanya berjalan masuk ke dalam kereta itu. Nuh menutup pintu dengan senyuman yang tidak lekang di wajahnya. Mereka menuju ke pusat beli-belah dan makan tengah hari di sana.

Dalam perjalanan itu, Hana tersedar akan sesuatu. Dia panggil aku apa? Love bug? Dah kenapa? Muka aku nampak macam serangga ke?

Kereta Nuh diberhentikan di tempat letak kereta pusat beli-belah itu.

"Nuh, kenapa kita kena lunch kat sini? Siapa yang awak nak saya jumpa sebenarnya?"

"Kita nak jumpa bakal family mertua awaklah."

Nuh berkata dengan selamba dan senyuman yang terukir.

"Tak lawaklah, Nuh."

"Up to you, then."

Hana masih tak mampu nak terima lawak Nuh. Sebaik sahaja mereka tiba di restoran Mee Tarik Warisan Asli, Hana dah kejung satu badan apabila Nuh berjalan ke arah dua orang yang mungkin sebaya dengan orang tuanya. Dia bawa aku jumpa parents dia betul-betul?

"Mama! Papa!"

Nuh bersalaman dengan orang tuanya. Hana masih lagi tercegat di pintu utama.

"Iyan. Kenapa tinggal that sweet girl depan pintu tu?"

Nuh melihat ke pintu utama apabila mamanya menegur. Nuh berjalan mendekati Hana.

"Hana. Kenapa termenung ni? Jomlah duduk."

Hana yang seakan-akan baru tersedar daripada mimpi berjalan mengikut Nuh duduk di meja. Dia bersalaman dengan Puan Sri Diyana dan mengambil tempat di sebelah Nuh.

"Siapa nama? Umur berapa? Buat apa sekarang?"

Soalann Puan Sri Diyana yang bertalu-talu itu membuatkan Hana terkedu. Kenapa aunty ni nampak teruja semacam?

"Diyana, sabarlah sikit. Kesian budak tu terkejut lagi."

"Sorrylah, bang. Saya excited sangat dapat jumpa dia."

Hana hanya mengukir senyuman.

"Kita order makan dulu."

Nuh memberi cadangan itu apabila dia lihat Hana masih segan dengan orang tuanya. selesai memesan makanan, sesi suai kenal bermula sementara menunggu makanan tiba.

"So siapa nama gadis cantik depan mama ni?"

"Nama saya Nufa Hana. Aunty dengan uncle boleh panggil Hana."

"Sweetnya nama. By the way, janganlah panggil aunty, uncle. Panggil mama papa je."

Puan Sri Diyana tidak mahu Hana rasa janggal apabila bersama mereka. Jadi, cadangan itu diberikan.

"Baik, mama, papa."

Hampir tak terkeluar panggilan itu daripada mulut Hana dek terkejut dengan kemesraan Puan Sri Diyana dan Tan Sri Nazim.

"Hana buat apa sekarang? Still study ke?"

"Hana tak study lagi. Baru habis SPM."

Mama dan papa Nuh kelihatan sedikit terkejut dengan kenyataan Hana.

"Lepasan SPM?"

Tan Sri Nazim memandang wajah anak terunanya itu.

"Iyan, you dont even tell us that this sweet girl is still a teen."

Nuh hanya mengusap belakang kepalanya.

"Lupalah, papa. Hehehehe!"

Tan sri Nazim menggelengkan kepala sebelum kembali memandang Hana.

"Result dah keluar kan? Kalau boleh papa tahu, keputusan Hana macam mana?"

"Haah lah! Awak tak bagitahu saya lagi pasal result awak."

Nuh memandang Hana yang masih lagi janggal apabila bersama keluarga kecil ini.

"Alhamdulillah, Hana dapat 8A 1B."

"Wah, really? Tahniah, love bug! Saya dah cakap yang keputusan awak akan baik-baik saja."

Nuh terlebih dahulu mengucapkan tahniah kepada Hana. wajahnya jelas menunjukkan bahawa dia bangga dengan pencapaian Hana.

"Wah! Tahniah, Hana! hebat tu, 8A. Bukan senang nak dapat tu."

Mama dan papa juga mengucapkan tahniah kepada Hana. Ketika itu, matanya berair. Keluarga Nuh yang baru dia kenal hari ini jelas menunjukkan riak bangga terhadap pencapaiannya. Terlalu berbeza jika dibandingkan dengan reaksi ibu dan ayah. Disebabkan tidak mahu merosakkan suasana gembira ini, Hana menahan keras air matanya daripada mengalir.

Ketika itu, pesanan mereka tiba.

"Hana nak further apa lepas ni?"

Mama bertanya lagi selepas makanan dihidangkan.

"Hana nak sambung pendidikan awal kanak-kanak, mama."

"Menariknya! Hana suka budak-budak eh?"

Puan si Diyana bertanya.

"Haah. Hana sekarang pun tengah kerja dekat tadika."

"So sweet. Erm, kita makan dulu. Sambil-sambil tu boleh sembang."

Makan tengah hari mereka itu berjalan dengan lancar. Semakin lama Hana semakin selesa dengan keluarga Nuh. Dalam tidak sedar, Hana rasa bahagia kerana dia seperti mendapat kasih sayang seorang ibu dan bapa sepenuhnya.

XXX

Dont forget to join my telegram channel! 🤭
Keep reading 🎯💨

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro