Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 13

Votelah dulu ;)

Berdentum-dentum guruh pada malam itu. Kilat juga turut menyambar. Hujan yang terlalu lebat itu membuatkan keadaan menjadi sangat seronok untuk melelapkan mata dengan lebih lena. Tetapi tidak Hana.

Dentuman demi dentuman yang kedengaran itu membuatkan badannya menggigil dan menggeletar hebat. Dia sangat takut ketika ini. Bayangan itu muncul lagi. Bayangan yang mengantuinya sejak beberapa tahun lepas itu membuatkan dia menjerit sendirian di bawah comforter miliknya itu.

"Berhenti! Sakit! Tolong!"

Hanya itu yang berulang daripada mulutnya. Hasya tertidur di ruang tengok tv dan ahli keluarganya yang lain turut berlayar ke alam mimpi meninggalkan dia berteriak seorang diri di dalam bilik.

Tangisannya bergema di dalam bilik itu. Rasa takut ini bukan ketakutan yang normal. Terlalu takut. Bantal yang besar dan berbentuk beruang itu yang menjadi penemannya tatkala rasa takut ini muncul.

"Sakit! Sakit! Sakit!"

Perkataan itu diulang banyak kali. Setiap kali dentuman itu didengarinya, itulah perkataan yang diulangnya.

Telefon Hana berdering. Apabila melihat nama si pemanggil, laju sahaja Hana menjawab panggilan itu.

"Arin...tolong aku. Sakit, Rin..."

"Hana! Tarik nafas kau dalam-dalam. Jangan bayangkan perkara tu."

Arin menjadi cemas apabila mendengar suara tangisan Hana. Rasa berdosa kerana dia tiada bersama sahabatnya sekarang.

"Sakit..."

Untuk kesekian kalinya, itu yang Hana ungkapkan. Hana kembali menangis dengan teresak-esak. Kenapa perlu malam ini? Esok dia perlu mengambil keputusan SPM tetapi kenapa malam ini perlu hujan dengan lebat? Kenapa malam ini perlu adanya guruh yang menjadi punca peristiwa hitam itu terlayar di fikirannya? Kenapa?

"Hana, tenang. Aku ada dengan kau ni. Takda sesiapa yang akan sakitkan kau. Jangan risau. Aku ada."

Arin sedaya upaya memujuk Hana untuk bertenang. Risau jika perkara dulu berulang. Selepas esakkan Hana semakin sayup, Arin cuba untuk mendodoikan Hana dengan zikir untuk menenangkan hati sahabatnya yang terganggu ketika ini.

Selepas lima belas minit, Hana kembali hanyut ke alam mimpi. Arin yang sudah mendengar nafas tidur Hana kembali stabil memanjatkan rasa syukur.

Ya allah, engkau jagalah hati dan perasaan sahabatku ini.

***

"Semua ni jadi sebab kau!"

"Aku tak salah!"

Nafasnya turun naik sebaik saja dia sedar daripada mimpi itu. Hana menangis lagi untuk kesekian kalinya.

"Aku tak salah..."

Hana mengulang perkataan itu banyak kali berselang-seli dengan tangisannya yang semakin lebat itu. Secara tiba-tiba pintu biliknya itu dibuka luas dan serta-merta bilik itu terang-benderang dengan cahaya lampu.

"Kau kenapa macam orang gila ni?"

Hasya bertanyakan hal itu apabila melihat Hana yang sedang berpeluk tubuh di atas katil itu. Hana tersedar daripada bayangannya itu segera membereskan tempat tidurnya.

"Kak, ibu dengan ayah ikut kau ambik result harini. Lepas ayah hantar aku, terus pergi sekolah kau."

Hasya terus masuk ke dalam bilik air untuk bersiap-siap ke sekolah. Hana pula bagai tersedar daripada dunianya sendiri itu mula untuk menyiapkan baju untuk dipakai. Hari ini hari yang penting. Dia tidak mahu kelihatan lemah.

***

Tangannya basah. Dahinya tidak henti-henti merembeskan peluh. Dia terlalu takut untuk berdepan dengan ketentuan hari ini.

"Aku tak harapkan apa-apa cuma aku harap keputusan kau tak memalukan aku dan ibu kau."

Ayat Encik Malik itu terlalu pedih untuk Hana terima. Dia tidak dapat kata-kata semangat yang dia inginkan itu daripada ibu bapanya. Hana terlalu takut jika ibu dan ayah akan kecewa dengan keputusannya.

Kereta diberhentikan di kawasan sekolah Hana.

"Pergilah turun dulu. Nanti dalam pukul lapan setengah ayah dengan ibu datang balik. Nak pergi makan jap."

Hana hanya menurut dan tidak membantah. Keputusan SPM akan diumumkan pada jam sembilan pagi. Sekarang baru pukul tujuh setengah pagi.

"Baik, ayah."

Hana turun daripada perut kereta itu. Melihat kereta itu kembali keluar daripada kawasan sekolah, kaki Hana menjadi lemah. Terlalu lemah.

"Hana!"

Mujur saja Arin sempat menyambutnya daripada menyembah bumi.

"Arin..."

Air matanya mengalir lagi. Sudah berapa kali dia menitiskan air mata pada hari ini. Arin mendakap erat sahabatnya itu. Setiap kali bayangan peristiwa hitam itu terlayar di fikiran Hana, sahabatnya pasti menjadi seperti mayat hidup. Bernyawa tetapi tidak mempunyai kudrat yang cukup untuk menghadapi hari ini. Hana menjadi terlalu lemah apabila peristiwa itu berulang di fikirannya.

***

"Kau dah okay?"

Arin bertanyakan hal itu kepada Hana selepas melihat sahabatnya itu kembali bertenang.

"Aku tak salah, Rin. Aku tak salah. Masa hari tu, bukan aku yang mula."

Tangan Hana digenggam erat.

"Ya, aku tahu kau tak salah. Hey, kau dengar sini."

Arin memegang wajah Hana untuk memandangnya. Air mata sahabatnya itu diseka.

"Aku percayakan kau. Sampai bila-bila pun, aku akan percayakan kau. Kau jangan risau okay?"

Arin menarik Hana ke dalam pelukannya. Risau akan keadaan Hana yang tidak stabil sekarang.

Semasa Arin di tingkatan satu, dia mempunyai masalah sosial yang sangat teruk. Dia tidak mempunyai kawan jauh sekali seorang sahabat. Arin merupakan orang yang terlalu pendiam sehinggakan pernah mengalami tekanan perasaan kerana dia pernah diejek kerana penampilannya yang comot. Ketika Arin dalam keadaan yang paling tertekan, Hana yang memujuk Arin supaya lebih yakin pada diri sendiri. Hana yang sentiasa ada bersamanya ketika dia sedang cuba untuk mengubah dirinya. Hana yang banyak membantunya sehingga dia menjadi Arin yang sekarang.

Melihat keadaan Hana yang sekarang mengingatkan dirinya yang dahulu. Hidup dalam ketakutan dan tekanan yang tinggi. Tetapi, jika hendak dibandingkan dengan apa yang dia lalui, sudah pasti Hana lebih sengsara daripada dirinya. Dianaktirikan oleh keluarga sendiri sangat sakit rasanya. Arin rasa bersyukur kerana dia dikurniakan keluarga yang bahagia. Sejak Arin mengetahui perkara yang Hana lalui, Arin sanggup lakukan apa sahaja asalkan satu-satunya sahabat yang dia punya ini tersenyum.

"Hana, kau tak boleh macam ni. Kau kena kuat."

Hanya itu yang mampu Arin ucapkan ketika ini. Mujur saja mereka rapat dengan penjaga koperasi sekolah. Bolehlah dapat masa berdua di stor sekejap.

Hana hanya menganggukkan kepalanya.

"Good girl. Jom masuk dewan. Keputusan nak umum dah tak lama lagi."

Arin membantu Hana mengemaskan kembali pemakaiannya sebelum mereka melangkah masuk ke dalam dewan.

"Hana! Arin!"

Sebaik sahaja mereka melangkah masuk ke dalam dewan, rakan-rakan lama mereka memanggil mereka untuk duduk bersama. Hana dan Arin hanya menurut.

Ketika mereka sedang rancak berbual, pengetua sekolah mereka naik ke atas pentas. Ketika itu, macam-macam rasa yang menerpa para pelajar. Takut, gementar dan teruja semuanya menjadi satu.

Selepas ucapan alu-aluan dan graf SPM untuk setiap subjek dibentangkan, pengetua mereka mula untuk mengumumkan keputusan.

"Baiklah, pada tahun ini, graf pelajar yang mendapat straight A menaik dan bilangan pelajar yang mendapat enam A ke atas juga ramai. Jadi, dengan sukacitanya saya akan mengumumkan pelajar yang mendapat straight A dan seterusnya."

Nama pelajar disebut satu per satu. Seramai enam puluh orang pelajar yang mendapat enam A dan ke atas. Arin salah satu daripada kumpulan yang mendapat tujuh A. Hana gembira untuk Arin namun dirinya juga gelisah. Pelajar yang mendapat lima A dan kebawah tidak diumumkan namanya. Nama Hana tidak disebut sepanjang sijil itu diberikan. Adakah ini bermakna dia telah mengecewakan ibu dan ayah?

"Sebelum gambar para pelajar ini diambil, ada satu lagi anugerah yang disediakan untuk para pelajar terutamanya kepada pelajar yang dulunya berada di kelas potensi."

Ketika pengetua mengumumkan perkara itu, mata Hana menjadi bersinar. Masih ada harapan.

"Anugerah lonjakan saujana ini adalah untuk mengiktiraf usaha-usaha pelajar yang berada di kelas potensi sebelum ini. Anugerah ini diberikan kerana para pelajar ini telah menunjukkan peningkatan yang sangat memberangsangkan dan berjaya mendapat enam sehingga lapan A. Dengan itu, saya mempersilakan para pelajar kelas potensi berikut untuk naik ke atas pentas."

Nama pelajar kelas potensi itu disebut mengikut pencapaian bermula daripada enam A. Terdapat sembilan orang daripada lima belas orang bekas pelajar kelas potensi yang sudah naik ke atas pentas.

"Sekarang, yang dinanti-nantikan oleh ramai orang. Untuk pengetahuan semua, pelajar kelas potensi yang mendapat lapan A hanya sorang sahaja. Saya ingin warga dewan semua menyambutnya dengan satu tepukkan yang gemuruh kerana pelajar ini sudah berjaya membuktikan bahawa dia mampu bangkit. Dengan ini, saya mempersilakan, Nufa Hana binti Malik untuk naik ke atas pentas."

Dewan itu bergema dek tepukkan yang sangat kuat itu bagi menyambut pelajar yang disebut namanya. Hana bagaikan terpaku seketika sebelum kakinya mengatur langkah naik ke atas pentas dan menerima sijil itu. Ramai hadirin dalam dewan itu berdiri dan bersorak untuknya kerana Hana mampu membuktikan bahawa dia mampu bangkit. Tangisan gembira itu tidak mampu disorokkan. Air matanya mengalir terlalu lebat dek rasa gembira di hatinya sekarang.

Ya allah, terima kasih atas rezeki yang engkau berikan ini. Sungguh penantian dan usahaku selama ini telah terbayar. Terima kasih ya rahman.

***

Ucapan tahniah tidak henti-henti diucapkan kepada Hana kerana dia berjaya meraih anugerah pelajar lonjakkan saujana yang terbaik.

"Hana! Tahniah! Aku dah cakap kan? No need to worry. Usaha kau Allah dah balas."

Arin meleraikan pelukkan mereka.

"Thanks, Arin. kau yang banyak tolong aku. Kalau bukan sebab kau, aku takkan berjaya."

"Sis, aku tak tolong banyak pun. Semuanya berkat usaha kau."

Hana hanya tersenyum apabila mendengar kata-kata Arin.

"Hana."

Suara yang aku kenal itu menyapa telingaku.

"Ibu! Ayah! Hana dah berjaya! Tengok ni!"

Hana menunjukkan slip keputusannya kepada ibu dan ayahnya.

"Baguslah. Sekurang-kurangnya, duit yang aku habiskan kat kau selama lima tahun ni tak sia-sia," kata ayahnya.

Hana sentap habis dengan kata-kata ayahnya itu. Tidak cukup dengan itu, ibunya menyambung dengan ayat yang lebih pedas.

"Berjaya? Tu baru SPM. Kau tak pegang segulung ijazah lagi. Lepas kau dah ada ijazah, dah ada kerja, tu baru dikira berjaya. Jangan bangga diri sangat."

Air mata Hana ditahan daripada mengalir di tempat umum ini. Ya allah, dugaan apa lagi ini? Ibu dan ayah langsung tidak mengucapkan tahniah kepada aku. Mereka tidak banggakah dengan pencapaian aku ini? Aku gagal ke membuatkan mereka rasa bangga dengan aku?

"Terima kasih, ibu, ayah. Hana janji hana akan belajar rajin-rajin lagi sampai dapat ijazah, dapat kerja dan Hana akan banggakan ibu dan ayah."

"Tak payah nak berdramalah. Jom balik."

"Erm, pakcik, makcik. Boleh kan saya nak bawa Hana keluar kejap? Nak celebrate sama-sama."

Arin cepat-cepat meminta izin kepada orang tua Hana. Arin mahu membawa Hana keluar menenangkan hatinya. Siapa saja tidak rasa dirobek hatinya ketika orang tua sendiri yang mengucapkan kata-kata sekejam itu?

"Yelah. Jangan balik lewat sangat."

Ibu dan ayah Hana beransur pulang. Arin memandang Hana dan tangan itu dipegang.

"Jom."

XXX

Dont forget to join my telegram channel!🎯



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro