Bab 11
Votelah dulu ;)
"Hana, esok kau serius ke nak masuk kerja?"
Arin bertanyakan perkara itu kepada Hana sebaik sahaja keretanya berhenti di hadapan rumah Hana.
"Yelah. Aku bosanlah. Aku dah rindukan budak-budak tu."
"Nuh tahu tak?"
Hana mengerutkan dahinya.
"Nuh tahu tak? Tahu apa?"
"Pasal family kaulah. Dia tahu tak yang kau ni macam dianaktirikan?"
Hana termenung seketika. Dia tidak memberitahu Nuh tentang keadaan sebenar dirinya. Tetapi Hana ada berikan Nuh sedikit petunjuk. Dia faham kan?
"Tak. Aku tak cakap terus. Aku berlapik. Aku rasa dia fahamlah kut."
"Kenapa kau tak cakap terus je? Aku nampak dia tulah macam prince charming kau."
Mata Hana terbutang apabila Arin berkata sebegitu. Apakah?
"Kau gila ke? Dia tu pemilik hotel. Aku ni budak lepasan SPM yang masih belum tahu masa depan. Aku tak layak untuk dia."
"Kau ni kan. Rendah diri sangat. Kau tu dah boleh kahwin dah tahu tak? Kau pandai masak, kemas rumah, jaga budak. Apa lagi yang tak cukup? Kau dah hampir sempurna dah tahu tak?"
Hana hanya menggelengkan kepalanya. Makin dilayan si Arin ni, makin mengarut jadinya.
"Dahlah. Aku malas nak bahas pasal ni lagi. Aku cau dulu. Esok macam biasa."
Arin mencebik kerana tidak puas hati dengan balasan jawapan Hana.
Pfft!
Hana keluar dari perut kereta Arin dan masuk ke dalam rumah. Sebaik sahaja dia masuk ke dalam rumah, Hana dapat lihat ibu dan ayah duduk di sofa.
"Kau balik dari mana?"
Soal Encik Malik sebaik sahaja Hana menutup pintu rumah.
"Dari tadikalah, ayah. Kenapa?" Bohong Hana.
Yalah. Takkan dia nak cakap yang dia sebenarnya cuti sakit dan baru sahaja balik dari pusat beli-belah? Mahu dia tak dapat tengok dunia esok.
"Kau pergi kerja ke pergi dating?"
Puan Halimah bertanya kepada anaknya itu. Hana mula mengerutkan dahi.
"Ibu cakap apa ni? Hana tak faham."
"Kau keluar dengan jantan mana tadi? Angah kau bagitahu ibu dan ayah yang kau ada dekat mall petang tadi. Lepastu, ada sorang lelaki yang halang angah bila dia suruh kau balik tadika. Kau siap tarik lagi tangan lelaki tu lagi. Kau tak malu ke?"
WHAT?!
Angah bagitahu ibu pasal petang tadi? Ey orang tua tu! Kaki repot betul!
"Ibu, apa yang berlaku petang tadi tu salah faham. Angah tu yang berkasar dengan Hana. Dia yang tarik-tarik orang suruh balik tadika."
"Yang kau ada dekat mall tu buat apa? Berdua-duaan dengan jantan tu?"
Ayah mula mencelah.
"Ayah, Hana pergi mall dengan Arin. Angah tu kacau masa rehat orang."
"Perlu ke pergi mall? Bukan ke ada je kedai sederet dengan tadika tu?"
Hana mula mengeluh. Apa masalahnya? Aku tidak menyusahkan sesiapa pun.
"Salah ke? Hana pergi dengan Arin. Hana rasa nak makan makanan manis."
"Mulai sekarang, jangan rehat dekat mall dah. Habiskan duit je tahu."
Apa ni? Kenapa ibu dan ayah perlu marah aku sedangkan duit yang aku habiskan tu pun duit simpanan aku?
"Tapi ayah..."
Ayah laju mencelah.
"Takde tapi! Pergi masuk bilik!"
Jerkahan itu membuatkan bahu Hana terhinjut kerana terkejut. Hana berjalan masuk ke dalam bilik. Disebabkan Hasya berada di dalam bilik, Hana cepat-cepat membuka tudung dan mengambil tuala sebelum melangkah masuk ke dalam bilik air. Pili air mandi dibuka. Hana duduk di bawah air yang turun dari pancuran mandi itu. Air matanya mengalir seiring dengan air pancuran itu.
Ya rabb. Kenapa semua yang aku buat selalu salah di mata keluargaku terutama ibu dan ayah? Apa dosa aku, ya Allah? Ujian ini terlalu berat untukku. Hati aku terlalu sakit. Terlalu hancur. Mampukah hati aku ini pulih, ya allah?
***
"Assalamualaikum!"
Nuh berjalan masuk ke dalam rumah banglo mewah itu.
"Waalaikumusalam!"
Puan Sri Diyana menjawab salam itu.
"Iyan!"
"Mama!"
Nuh terus meluru ke arah Puan Sri Diyana yang berjalan menuju ke arahnya. Dipeluknya tubuh wanita yang juga berada di akhir 40-an. Pelukkan dileraikan selepas beberapa saat.
"Kenapa Iyan tak cakap yang Iyan nak balik? Kalau tak, mama boleh masakkan untuk Iyan."
Nuh hanya menayangkan senyuman kambing.
"Saja je, mama. Iyan nak buat surprise."
Puan Sri Diyana mencebik.
"Surprise konon. Ni kerja kamu dekat Kuantan dah siap ke belum?"
"Belum, ma. Ni Iyan balik Johor kejap je. Lusa Iyan kena pergi sana balik. Erm, mama."
"Apa?"
"Iyan nak makan ayam masak merah mama, boleh?"
Nuh tayang muka comelnya kepada Puan Sri Diyana.
"Yelah. Dah. Pergi naik atas, mandi. Nanti papa dengan abang kamu balik, kita makan sekali."
"Okay, queen!"
Pipi Puan Diyana dicium sekilas sebelum Nuh mengatur langkah masuk ke dalam biliknya itu.
Badan sasa itu direbahkan di atas katil. Sudah lama dirinya tidak merasa katil empuk milik itu. Nuh membersihkan diri dan menunaikan solat asar selepas segalanya selesai, dia berbaring di atas katil. Telefon dibuka.
Gambar wanita yang sedang khusyuk melihat tudung shawl di kedai itu ditenungnya. Rasa rindu mula mekar di taman hati. Rasa sayang yang menyirami rindu itu membuatkan rasa cinta yang ada mula memenuhi taman hati.
"Aku suka dia? Pelik ke? Walhal aku kenal dia baru sebulan."
Senyuman yang terukir itu menunjukkan bahawa dirinya sangat bahagia. Nuh mengharapkan bahawa urusan hatinya ini dipermudahkan. Dia tidak mahu mengambil keputusan yang terburu-buru. Ini melibatkan masa depannya dan sudah pastinya wanita yang telah berjaya bertempat di hatinya.
Selepas solat maghrib, Nuh turun untuk makan malam bersama keluarganya. Dapat dia lihat Tan Sri Nazim Raihan dan abangnya, Noah sedang duduk di meja makan.
"Papa, abang Yan."
Nuh bersalaman dengan mereka berdua sebelum mengambil tempat duduknya di sebelah Noah.
"Kenapa Iyan balik sini?"
Tersedak Nuh yang sedang meneguk air oren itu apabila Tan Sri Nazim bertanyakan sebegitu.
"Apa papa ni? Tak suka ke Iyan balik?"
Ahli keluarga Nuh tertawa kecil apabila melihat Nuh yang sudah tarik muka kerana terasa dengan soalan papanya.
"Kamu ni, Iyan. Papa tak maksudkan macam tu. Cuma hotel dekat Kuantan tu kan belum stabil sepenuhnya lagi. Kenapa balik sekarang? Baru sebulan. Iyan ada dua bulan lagi tu."
"Alah, papa. Iyan balik kejap je ni. Iyan bosanlah makan dekat hotel tu. Iyan rindu nak makan masakan mama."
"Tak duduk rumah sewa? Ada minta Rahim carikan tak?"
Noah mula bertanya.
"Ada. Dia baru nak deal dengan tuan rumah. Bulan depan dah boleh settle rasanya."
"Okaylah kalau macam tu. Dah lah. Jom makan. Ayan lapar."
Mereka sekeluarga menikmati makan malam dengan gembira. Gelak tawa mereka menceriakan lagi suasana.
***
Tok! Tok!
"Hana!"
Sepi.
Tok! Tok!
"Hana!"
Masih tiada sahutan.
Tok! Tok!
"Woi, Hana!"
Satu suara jantan kedengaran disebalik pintu bilik itu.
"Kak! Bukalah pintu tu! Bingitlah."
Hasya yang terganggu tidurnya itu menyuruh kakaknya membuka pintu bilik mereka yang diketuk bagai nak roboh. Selimut yang digunakan untuk selubung satu badan Hana tolak ke tepi. Apa lagi orang tua ni nak daripada aku? Malam-malam buta pun nak kacau aku ke?
Pintu bilik dibuka. Dapat Hana lihat along sedang berdiri di hadapan pintu sambil bercekak pinggang.
"Along nak apa? Hana tengah tidurlah."
"Aku lapar. Masak."
Mata Hana terbutang. Orang tua ni biar betul?
"Apa ni? Orang nak tidurlah."
Belum sempat pintu itu ditutup rapat, tangan along menahan pintu itu daripada ditutup.
Pap!
Pintu itu ditepuk kuat sehingga Hasya terbangun dan bahu Hana terhinjut kerana terkejut dengan perkara itu.
"Aku suruh kau masak bermakna kau kena masaklah! Jangan pemalas sangat boleh tak, perempuan?! Bodoh! Buat penat je kau jadi perempuan kalau masak pun kau tak boleh nak buat!"
Along berlalu meninggalkan Hana yang masih terpaku di hadapan pintu.
Bodoh? Pemalas? Hey orang tua ni melebih betul! Habis tu selama ni siapa yang buat kerja rumah dalam rumah ni?! Ada bibik ke?! Ke ada hantu yang tolong buatkan?
Argh!!!!!!!!
Hana keluar dari dalam bilik dan menuju ke dapur. Disebabkan barang dapur tak banyak, Hana masak nasi goreng saja. Mujur nasi putih masih ada.
"Aku tak fahamlah. Padahal boleh je goreng telur lepastu makan dengan nasi dan kicap. Nak juga menyusahkan orang. Bukannya nak minta tolong elok-elok. Maki aku macam aku ni takde perasaan."
Selepas lima belas minit, nasi goreng siap dimasak. Untuk mengelakkan diri daripada dimarahi dengan lebih teruk, Hana sudah menggoreng telur mata untuk along.
Hana masuk ke dalam bilik. Telefon dicapai kerana Hana sudah tidak mengantuk. Ikon berwarna hijau ditekan. Terdapat satu pesanan whatsapp daripada nombor yang tidak dia kenali.
+60 147 4563
Online
Assalamualaikum.
Ni nombor Hana kan?
Hana mengerutkan dahinya. Siapa ni? Dahlah gambar profil pun tiada. Hana membalas pesanan itu untuk mengetahui siapakah gerangan yang mengirimkan pesanan ini.
+60 147 4563
Online
Waalaikumusalam.
Ya saya hana. Ni siapa ya?
Hana menunggu beberapa minit sebelum pesanan itu dibalas.
+60 147 4563
Online
Ni Nuh. Save tau! Hehehe!
Ni kenapa tak tidur lagi?
Oh! Nuh rupanya. Haihlah dia ni! Macam mana dapat nombor aku? Seingat Hana, tidak pernah dia berikan nombor telefonnya kepada Nuh.
+60 147 4563
Online
Mana awak dapat nombor saya?
Saya pernah bagi ke?
Tiada balasan sebaliknya dia hanya meninggalkan dua tanda biru. Selepas beberapa minit, telefon Hana menjerit.
Gayamu seperti jejaka korea
Senyummu yang manis di dalam dunia
Ambil daku ohh
Bawa aku ohh
Gayamu seperti jejaka korea
Lagu jejaka korea itu terhenti apabila Hana menangkat panggilan itu.
"Assalamualaikum, Hana."
Suara garau itu dapat didengar di hujung talian.
"Waalaikumusalam, Nuh. Ada apa call saya ni? Ni lagi satu. Mana dapat nombor saya?"
"Saja je call. Erm, saya dapat nombor awak dari Arinah. Takpe kan?"
Kalau diikutkan hati, Hana akan hangin jika orang asing dapatkan nombor dia daripada orang lain.
Tetapi, apabila Nuh yang dapatkan nombor itu, dia...
"Takpe. Saya tak kisah pun. Tapi, lepas ni kalau nak tahu apa-apa tentang saya, jangan minta dekat orang lain."
Hana berkata dengan lembut. Entah kenapa dirinya tidak mampu untuk memarahi Nuh. Sifat lelaki itu yang terlalu lembut membuatkan Hana senang apabila bersamanya.
"Kenapa awak tak tidur lagi ni? Esok bukan ke awak kerja?"
Nuh mula bertanya. Hana pula hanya mampu tersenyum tawar.
Kenapa perlu orang asing yang lebih risaukan dirinya sedangkan dia mahukan kefahaman itu wujud di dalam keluarganya sendiri? Kenapa aku perlu mendapat sokongan daripada orang yang tiada hubungan darah dengan aku sedangkan aku masih ada tujuh orang sebagai darah daging aku?
"Hana? Are you there?"
Lamunan Hana mati apabila Nuh menegur.
"Ya. Ada je ni. Erm, Nuh."
"Ya, saya?"
"Terima kasih."
Nuh terdiam seketika sebelum kembali berbicara.
"Untuk apa?"
Giliran Hana pula yang tersenyum.
"Sebab awak buat saya tersenyum malam ni."
Suara Hana kedengaran seperti orang yang menahan tangis. Suaranya bergetar. Air matanya bergenang kerana memikirkan hal tadi.
"Hana..."
Nuh jeda seketika sebelum menyambung bicaranya.
"It's okay to cry when you need to cry."
Sebaik sahaja Nuh berkata sebegitu, tangisan yang Hana tahan dari tadi gugur jua. Dia cuba mengawal esakkannya supaya Hasya tidak terjaga.
Sepuluh minit berlalu.
Tangisan Hana akhirnya menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti.
"Feeling better?"
"Erm..."
Hanya itu yang mampu diungkap. Sungguh dia rasa sangat lega apabila ada yang mendengar tangisannya.
"Hana, awak boleh solat?"
"Boleh."
"Baguslah kalau macam tu. Lepas ni, ambil wuduk dan buat solat tahajjud dua rakaat. Tenangkan diri awak dengan mengadu sepenuhnya kepada Allah. Memang tangisan itu sudah cukup melegakan, tapi jangan lupa yang ketenangan yang kita cari tu hanya akan diperoleh selepas kita luahkan segalanya kepada Allah."
Kata-kata Nuh itu sangat bermakna. Hana menghapuskan air matanya sepenuhnya dan cuba menyusun nafas kembali.
"Terima kasih Nuh atas nasihat awak. Saya akan cuba ikut. Erm, see you when i see you? Saya nak solat dulu."
"Okay, sama-sama. Kalau ada apa-apa, you can always tell me. And i'll see you too when i see you. Selamat solat. Assalamualaikum."
"Waalaikumusalam."
***
"Yes!!!"
Nuh baring dan lekapkan tangannya di atas muka. Dia menjerit gembira.
Bahagia.
Itu perasaan yang berada di dalam hatinya kini. Terlalu bahagia kerana dirinya penyebab wanita yang dicintainya itu tersenyum. Ketika itu, ada sesuatu yang bermain di fikiran Nuh.
"Kenapa dia menangis? Siapa yang sanggup melukakan sekeping hatinya yang terlalu ikhlas itu?"
Nuh meraup wajahnya. Risau pula jika difikirkan semula. Apa yang menyebabkan orang yang berjaya mendapat tempat di hatinya itu bersedih pada waktu malam sebegini.
"Hana, air mata awak akan saya hapuskan. Tu janji saya kalau kita memang berjodoh."
XXX
Keep reading!🤭
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro