Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 10

Votelah dulu ;)

Hana dan Arin menghabiskan masa mereka di pusat beli-belah. Sedang mereka berdua melihat baju di kedai, tangan Hana ditarik oleh seseorang keluar dari kedai itu. Arin hanya mengikut dari belakang.

"Angah! Lepaslah! Sakit tahu tak!

Lengan Hana dilepaskan. Mata Hadif merenung tepat ke dalam matanya.

"Kau buat kat sini? Bukan sekarang kau kerja ke?"

"Hello! Sekarang ni lunch hour kut. Suka hati akulah nak lunch kat mana."

Hana menjeling Hadif yang sudah merah mukanya. Suka hati akulah nak lunch kat mana pun!

"Eh! Kau balik tadika kau sekarang. Dekat sebelah tadika tu kan ada kedai makan. Apahal kau sibuk sangat nak datang mall bagai ni?"

"Aku guna duit kau ke? Tak kan? Dah tu? Kau nak sibuk apa? Tak payah acah protective sangatlah!"

Belum sempat Hana mahu menarik tangan Arin pergi, tangannya di cengkam kuat oleh Hadif.

"Angah! Apa ni? Lepaslah!"

"Aku suruh kau balik tadika, kau kena balik! Jangan biadap sangat!"

Arin dah buntu nak buat apa apabila tengok adik beradik ni bergaduh.

Ketika Hana bergelut untuk melepaskan tangannya, Hadif melepaskan tangan adiknya itu disebabkan ada seseorang yang merentap tangan Hana daripada peganganya.

Hana disembunyikan di belakang badan lelaki sasa itu.

"Maaf. Encik siapa ya?"

Hadif memandang lelaki itu. Hana sudah tayang muka sinis manakala Arin pula dah cuak.

"Kau tu siapa yang nak masuk campur urusan aku!"

Lelaki itu tersenyum senget.

"Dah jadi urusan saya kalau encik berkasar dengan perempuan tengah-tengah mall ni."

"Eh! Jangan masuk campur urusan aku. Kau blah sekarang."

Hadif menolak badan lelaki itu. Ish! Tak boleh jadi ni! Sebelum mereka bertumbuk kat sini, baik aku buat sesuatu.

Hana keluar dari tempat 'persembunyiannya'.

"Angah dah lah tu! Tu pun nak gaduh ke?"

Sejurus itu, menarik lengan Arin tanpa memandangnya.

"Dah jom! Semak duduk sini lama-lama."

Hana dan Arin pergi meninggalkan angahnya yang masih berdiri di hadapan kedai tadi. Serabutnya!

Selepas memastikan dirinya berada jauh dari Hadif, mereka berhenti.

"Hesy! Kenapalah badak tu ada dekat sini? Menyusahkan betul!"

"Ehem!"

Hana memandang Arin yang berdehem tadi. Sebaik sahaja dia memalingkan badan, terus kejung satu badan Hana.

"Saya tak kisah kalau awak nak pegang lengan saya lama-lama. Lebih dari tu pun saya tak kisah tapi kita kena nikah dululah."

Kata-kata itu membuatkan lamunan Hana mati. Segera dia melepaskan pergelangan tangan lelaki itu.

"Tak nak cakap terima kasih ke?"

Hana memandang lelaki tadi.

"Sorry? Thanks for what?"

"Sebab saya selamatkan awak dari lelaki tadi."

Hana tertawa kecil sendiri.

"Encik Nuh Ariyan Hariz, itu abang saya. Logically, awak tak selamatkan saya pun."

Nuh sedikit terkedu dengan kenyataan Hana.

"Kenapa awak tak cakap yang tu abang awak?"

"Kalau saya cakap pun kenapa? Encik Nuh nak buat apa?"

"Saya nak berjabat tangan dengan dialah. Minta dia jadi wali awak untuk akad nikah kita."

Mata Hana membulat. Dia cakap apa?

"Jangan mengarutlah, Encik Nuh."

"Sekali lagi awak panggil saya Encik Nuh, saya betul-betul minta abang awak nikahkan kita."

Hana memandangnya dengan muka toya.

"Okay, Nuh."

Nuh sudah tersenyum gembira selepas Hana membuang perkataan encik tu. Ketika itu, telefon Hana berdering.

"Ye, Arin. Kau kat mana? Kenapa bukan kau yang aku heret tadi?"

"Babe, dah kau main tarik tak tengok kiri kanan. Memanglah bapak ikan tu kau tarik. Ni lagi satu. Aku dekat kafe TPF. Kau jalan macam nak berlumba. Lelah aku kejar."

"Okay. Aku pergi sana sekarang."

Panggilan itu dimatikan. Hana kembali memandang Nuh.

"Erm, Nuh. Saya nak pergi dah ni. Walaupun awak tak berapa jadi hero saya tadi, saya tetap kena ucapkan terima kasih sebab awak penyebab saya boleh lari dari abang saya. Terima kasih."

Hana tersenyum manis untuk Nuh. Sejurus itu, dapat Hana lihat halkumnya bergerak naik turun. Erm, kenapa tu cik abang? Okay ke?

Melihat Nuh memandang dirinya tanpa mengelipkan mata, Hana memetik jari betul-betul di hadapan wajah Nuh.

"Ye saya."

"Awak okay? Dah kenapa tenung saya macam tak pernah nampak orang?"

"Sebab depan saya ni bidadari."

"Hah?!"

Nuh meraup wajahnya dan melemparkan pandangannya ke arah lain. Apa yang kau buat Iyan!

"Takde apa. Saya nak join awak dengan kawan awak tu minum boleh?"

Hana berfikir kejap.

"Okay. Jom."

***

"Arin!"

Hana berjalan menuju ke arah Arin yang sedang duduk sendirian di hujung kedai. Hana mengambil tempat di sebelah Arin sementara Nuh duduk di hadapan Hana.

Arin menarik Hana dan mendekatkan mulutnya ke telinga kawan baiknya itu.

"Asal kau tak cakap kau ajak boyfriend kau ni?"

Mata Hana membulat mendengar soalan Arin.

"Kepala hotak kau dia ni boyfriend aku. Dia yang nak ikut, aku biar jelah."

"Tak baik tau berbisik kalau bertiga."

Hana dan Arin menjarakkan diri mereka setelah terdengar teguran itu. Selepas itu, Arin berkata sesuatu yang sangat tidak masuk akal.

"Hana! Aku ada kerja kejap ni. Cik Ani suruh aku beli dapur. Nanti aku tunggu kau dekat depan mall eh?"

"Weh! Kau saja je kan?"

Hana mengetap giginya manakala Arin mengenyitkan mata sebelum memandang Nuh.

"Erm, Encik Nuh. Jaga kawan saya elok-elok. Saya pergi dulu."

Arin sekali lagi berbisik kepada Hana.

"Enjoy your first date."

Maka, Arin pun kelaur daripada kafe itu dan tinggallah Hana dan Nuh berdua. Hana memandang Nuh yang sedang memandangnya. Dia hanya mampu tersenyum janggal kepada Nuh.

"Erm, maafkan kawan saya. Dia tu memang masuk air."

"Takpe. Saya suka. Saya boleh berdua je dengan awak."

Hana sudah memandang sekeliling. Dia bukannya tidak selesa dengan Nuh cuma dirinya segan. Maklumlah, Nuh inikan pemilik hotel terkenal seluruh Malaysia. Diri dia ni pula hanya budak lepasan SPM yang berkerja sementara sebagai cikgu tadika.

"Awak nak order apa-apa? Saya boleh orderkan."

"Erm, saya nak mango sago with vanilla ice cream."

"Okay!"

Nuh memesan ais krim yang gadis itu minta. Ketika itu, telefon milik Nuh yang diletakkan di atas meja itu berdering. Hana melihat nama yang tertera.

Abang Yan 🙄💨

Comelnya save nombor abang ada emoji macam tu! Hana hanya membiarkan panggilan itu. Selepas membuat pesanan, Nuh duduk kembali di tempatnya.

"Nuh, telefon awak berbunyi tadi."

Nuh melihat gerangan pemanggil itu.

"Takpelah. Nanti saya call balik."

Hana hanya menganggukkan kepalanya.

"So, alang-alang kita berdua ni, ada baiknya kita berkenalan kan?"

"Berkenalan? Maksudnya?"

Hana agak bingung dengan soalan Nuh. Bukan mereka dah kenal ke?

"Yelah. Saya cerita pasal saya, awak cerita pasal awak. Kita kawan kan?"

Oh tidak! Sekarang ni, Nuh gunakan modal kawan untuk tahu pasal dirinya. Hana tidak berminat untuk menceritakan perihal dirinya lebih-lebih lagi tentang keluarganya.

Pesanan kami sampai selepas sepuluh minit. Ketika Hana sedang menikmati aiskrim itu, Nuh menyambung bicara.

"So? Can we start?"

Hana berhenti daripada terus menyuapkan aiskrim ke dalam mulut dan memandang makhluk allah yang sangat indah rupanya ini.

"Awaklah dulu yang cerita."

"Okay! Saya ada dua adik beradik dan saya anak bongsu. Saya ada sorang abang. Sekarang ni dia belajar dekat UK. Dia nak sambung PHD sebab dia upgrade kan diri sebagai pensyarah. Mama saya pula suri rumah sepenuh masa. Mama saya pandai masak tau. Baking pun master. Papa saya pula pengerusi hotel. Papa ada cakap yang dia akan serahkan semuanya kepada saya bila saya betul-betul dah sedia sebab saya saja yang belajar dalam bidang perhotelan."

Nuh kelihatan ceria ketika dia menceritakan perihal keluarganya. Hana tersenyum tawar. Andai sahaja dia juga mampu bercerita dengan ceria tentang keluarganya kepada orang lain seceria itu. Andai.

Melihat Hana diam tidak berkutik, Nuh mula menyapa.

"Hana?"

Sapaan itu membuatkan lamunan Hana mati.

"Ya?"

"Awak okay? Kenapa diam?"

Hana mengguriskan senyuman untuk Nuh.

"Takde apa-apalah. Saya okay. Cuma, saya rasa mesti keluarga awak bahagia kan? Cara awak cerita pasal keluarga awak tadi menampakkan yang awak ada happy family. Saya...cemburu..."

Hana mengatakan perkara itu ikhlas dari lubuk hatinya. Hana sangat cemburu dengan mereka yang mempunyai hubungan baik dengan keluarga. Manakala dirinya hidup sengsara.

"Hana, ada apa-apa yang terjadi ke? Saya boleh dengar masalah awak kalau awak nak share."

Hana memandang Nuh. Matanya jelas menunjukkan dia risau. Nuh risaukan aku? Untuk apa?

"Hrm, saya nak cakap lebih pun, kita baru kenal. Cuma, awak boleh tengok kan macam mana abang saya tadi layan saya. Awak nilailah sendiri."

Hana terpaksa mengukir senyuman pahit. Nuh juga sudah tayang riak bersalah.

"Maaf sebab bangkitkan isu ni. Kita makan dulu. Lepas ni, saya teman awak jalan-jalan. Okay?"

Hana hanya menganggukkan kepalanya.

***

Sedang mereka berdua berjalan-jalan mencuci mata, kaki Hana terhenti di hadapan butik. Dress berwarna putih yang diperagakan oleh patung itu menarik perhatian Hana. Corak bunga-bunga yang ada di hujung baju itu menampakkan baju itu sangat elegan.

"Hrm, bila agaknya aku dapat beli baju-baju macam ni?"

Hana tesenyum tawar sendirian. Sepanjang dia hidup, tidak pernah dia dapat baju daripada butik. Semuanya dibeli di kedai-kedai biasa. Teringin juga sekali-sekala memakai baju daripada butik berjenama.

"Tengok dari luar je ke? Tak nak masuk?"

Teguran itu mematikan lamunannya. Hana memandang Nuh yang berada di sebelah.

"Tengok jelah dulu mampu. Gaji saya tak masuk lagi. Tunggu gaji tiga bulanlah kut baru saya dapat beli baju ni."

Nuh mengerutkan dahinya.

"Kenapa nak tunggu gaji tiga bulan?"

Hana mengukir senyuman untuk Nuh. Yalah, orang yang serba-serbi cukup hidupnya seperti Nuh ini mungkin tidak pernah rasa apa yang dia rasakan.

"Nuh, tak semua orang boleh habiskan duit untuk perkara macam ni. Ada yang terpaksa ikat perut berbulan-bulan tetapi bukan untuk berbelanja atas perkara begini. Tapi untuk duit belanja makan untuk hari esok."

Hana hanya mengukir senyuman kepada Nuh. Nampaknya dia seperti faham apa yang cuba disampaikan.

"Okay. Saya faham. Terima kasih sebab faham dan sedarkan saya yang kemahuan bukan segalanya. Kita perlu tahu keperluan kita terlebih dahulu untuk mencapai kemahuan kita."

"Betul. Pandai awak. Jom kita pergi beli manisan. Saya teringin nak makan."

"Manis lagi? Tadi kita dah makan aiskrim."

Hana menggaru kepalaku yang tidak gatal itu.

"Erm, saya sukalah makanan manis. It's makes me happy when i eat it."

Itulah hakikatnya. Hana sukakan makanan manis kerana dia mampu melupakan masalah kehidupan aku untuk seketika. Setidaknya, dirinya masih ada alasan lain untuk tersenyum kan?

Nuh yang masih cuba untuk menghadam kata-kata itu tadi menyebabkan Hana mengukir senyuman pahit.

"Nuh, boleh kan? I want something sweet."

"Boleh, Hana. Saya temankan."

Hana tersenyum ikhlas. Sangat ikhlas sehingga menampakkan sebaris gigi putihnya.

"Yeay! Thank you!"

Petang itu, Hana dan Nuh meluangkan masa bersama. Masalah Hana bagaikan terhapus apabila bersama Nuh. Hatinya terlalu tenang dan gembira.

Hana pulang bersama Arin selepas seronok mereka berjalan. Nuh yang kebiasaannya terlalu komited dalam kerjanya lebih memilih untuk bersama Hana pada petang itu. Entah kenapa, Nuh juga berasa senang apabila bersama dengan gadis ceria itu.

Nuh masuk ke dalam bilik hotelnya. Badan dihempapkan diatas katil. Bibir merah itu mula menguntum senyum. Senyuman itu tidak lekang dari bibirnya sedari tadi. Memikirkan perasaan yang bertandang di taman hatinya ketika ini.

"Nufa Hana. Kenapa dia je yang mampu hadirkan rasa ini? Selama 24 tahun aku hidup, ini kali pertama aku merasakan perasaan ini. Rasa berbunga-bunga dan bahagia."

Nuh senyum kembali mengenangkan kenangan mereka berdua petang tadi. Nuh tidak mungkin melupakan perkara tersebut. Petang tadi terlalu indah untuk dilupakan.

"Dont worry, sweetie.  I will make you happy if you're mine."

Ya allah, permudahkan urusan hati dan perasaanku.

XXX

Thanks for 300+ reads!🤭
Jangan lupa vote, comment, and share this story!😇❣
And dont forget to join my telegram channel! Link kat description😘

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro