Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 1

Thanks for voting!🥳

"Hana! Acik nak pergi kerja ni! Gosokkan baju aku jap."

"Hana! Gosokkan baju sekolah adik."

"Woi, Hana! Asal kau tak kemaskan bilik along? Pemalaslah kau ni!"

Kalau cinderella ada dua orang kakak tiri yang kejam terhadapanya, Hana ada tiga orang abang yang tidak berapa matang dan seorang adik perempuan yang terlalu manja.

Nufa Hana.

Cantik nama tu. Tapi kehidupannya tidaklah seindah namanya.

Hana tidak kisah untuk melakukan kerja rumah tapi kenapa selalu dia? Sampai kemas bilik abang-abang pun, dia yang kena buat. Alasan ibunya sebab Hana tak kerja, abang-abangnya kerja. Adiknya sedang sekolah, dia sudah habis sekolah. Jadi, dia perlulah melakukan semua kerja rumah. Hasya pula adalah seorang perempuan yang sangat manja sampaikan nak masak nasi pun tidak pandai.

Haih!

Bukan berdendam, cuma Hana mampu melakukan semua kerja rumah sejak dirinya darjah empat. Kenapa adiknya yang sudah menginjak usia remaja itu masih dimanjakan sehingga tidak tahu bagaimana mahu menggoreng telur. Alasannya adalah kerana dia seorang adik.

Huh!

Hana tidak mampu nak melawan sebaliknya memendam rasa. Bukan itu sahaja, dia juga merasakan bahawa abang-abangnya lebih sayangkan Hasya. Sebab apa?

Sebab cara mereka layan Hana itu yang membuatkan dia fikir macam tu. Dia selalu sahaja dipanggil hanya dengan nama dan arahan yang diberi itu bagaikan dia di kem askar! Contohnya seperti ini.

"Hana! Kutiplah baju tu! Kau nak tunggu sampai ribut dulu ke baru nak kutip?"

Hasya pula akan dipanggil dengan panggilan yang lebih manja.

"Wahai adikku Hasya, jom turun makan. Ada nasi ayam kat dapur tu."

Hrm, hidup Hana tidaklah seindah yang orang lain lihat. Mungkin di asrama, dialah seperti orang yang paling tiada masalah kerana selalu bergelak ketawa. Namun, hakikatnya dia memendam rasa sakit disisihkan dan diperlakukan seperti ini sedari umurnya 5 tahun. Sekarang, Hana sudah masuk 18 tahun. 13 tahun memendam rasa ini supaya orang yang dia sayang tidak terluka.

Cara layanan keluarganya adalah sama termasuk cara ibu bapanya. Ibu bapa Hana juga melayan dirinya seperti mana adik-beradiknya. Disebabkan ibu bapa dan abang-abangnya menganggap Hana tidak terasa dan tidak kisah dengan layanan mereka terhadap dirinya, Hasya turut tidak menghormati Hana.

"Adik, tolong kutip baju kejap. Aku nak kemas dapur."

"Kau kutiplah sendiri. Ibu suruh kau, bukan aku."

Hana mengeluh sendiri dengan sikap adiknya yang terlalu manja dan tidak boleh disuruh atau meminta tolong itu. Hana tidak mampu untuk meluahkan rasa ini kerana dia tidak mahu ibu bapanya rasa seperti mereka gagal mendidik anak. Jadi, dia hanya memendam rasa ini bagi mengelakkan hati orang lain disakiti.

***

Pada pagi ini, Hana menerima sepucuk surat. Surat itu merupakan surat penerimaan permohonannya bekerja sebagai cikgu tadika sementara. Hana sukakan kanak-kanak. Jadi, dia mengisi borang untuk kerja di sana tanpa pengetahuan ibu bapanya. Surat penerimaan permohonan itu Hana bawa untuk bertemu ibu bapanya yang berada di ruang tamu.

"Ibu, ayah. Hana nak cakap sesuatu pada ibu dan ayah ni."

Hana duduk di sofa berhadapan mereka. Surat temu duga itu dihulurkan kepada mereka.

"Surat apa ni?"

Encik Malik mula menyoal manakala ibunya pula membuka surat itu.

"Kau nak kerja?"

Ibu memandang Hana dengan wajah yang tidak percaya.

"Haah, bu. Hana nak kerja. Kalau ikutkan surat tawaran tu, Hana dah boleh mula kerja esok."

"Buat apa nak kerja? Duduk rumah je bagus. Belajar cara nak jadi suri rumah yang bagus."

Sudah Hana duga bahawa itu jawapan ayahnya. Ayah tidak habis-habis dengan paksaannya untuk dia menjadi suri rumah. Aku baru lapan belas kut. Bukannya aku hendak nikah esok!

"Bagi jelah dia kerja. Sekurang-kurangnya dia faham yang duit ni susah untuk dicari, bukannya turun dari langit."

Ibu cuba memujuk ayah walaupun nadanya agak sinis. Hana faham apa yang ibunya mahu maksudkan.

Sepanjang lima tahun Hana di asrama penuh, dia bukanlah pelajar yang cemerlang. Malah, dia merupakan antara pelajar yang tercorot. Kedudukan dalam tingkatan juga sangat rendah. Bayaran yuran setiap tahun semakin mahal namun keputusan akademik Hana tidak pernah membuatkan ibu dan ayahnya senang. Mereka berdua selalu bilang bahawa mereka malu dengan keputusan Hana.

Secara jujurnya, Hana bukannya tidak berusaha untuk menaikkan gred dan keputusannya, cuma rezeki masih belum berpihak kepada dia. Hana berusaha sekeras mungkin namun dia tidak dapat apa yang diinginkan. Jadi, Hana beranggapan bahawa Allah mahu mengujinya sebelum dia mengecapi kejayaan yang selalu diimpikan itu.

Ketika Hana memasuki tahun terakhir, dia tekad untuk mengubah gred setiap subjek. Dia berusaha dan ikhtiar dengan pelbagai cara. Namun, aturan Allah lain pula. Gred Hana untuk setiap subjek dan kedudukannya di dalam tingkatan tiada perubahan. Adakalanya dia hampir putus asa dan merasakan diriny ini memang ditakdirkan tidak bijak. Namun, berkat guru kaunseling yang selalu membantunya agar dia tidak putus asa, Hana terus belajar walaupun tiada perubahan.

Sewaktu peperiksaan SPM tiba, Hana menjadi lebih yakin untuk menjawab semua subjek. Keyakinan yang dia dapat ketika itu merupakan keyakinan yang tidak pernah Hana dapat sepanjang menjalani apa-apa peperiksaan. Hana dapat merasakan bahawa Allah sudah memberi dia rezeki itu. Jadi, dia tidak pernah berhenti berdoa agar penat lelahnya itu terbalas.

Hana memandang ayah dengan harapan ayah mengizinkannya untuk bekerja.

"Kalau itu yang ibu kamu dah cakap, ayah okay jelah. Pergi balik kerja siapa nak hantar ambil? Ayah kena ambil ibu dengan adik setiap petang."

Hana lega mendengar izin daripada ayahnya.

"Ayah jangan risau. Arin akan ambil hantar Hana. Lagipun, Arin kerja dekat kedai makan selang satu lot dengan tadika yang Hana kerja tu."

"Arin? Arin mana? Lelaki ke perempuan?"

"Dia perempuan, bu. Arin tu kawan Hana dekat asrama dulu."

"Hrm, okay."

Selepas mengucapkan terima kasih kepada kedua orang tuanya, Hana menuju masuk ke dalam bilik. Langkah Hana terhenti apabila Along meminta tolong. Atau lebih tepat lagi, mengarah.

"Hana, kau pergi kemas dapur tu. Macam apa dah aku tengok. Kau ni ada dekat rumah pun malas nak tolong ibu kemas dapur. Anak dara jenis apalah kau ni. Pemalas."

Hariz iaitu along terus masuk ke dalam bilik selepas melemparkan kata-katanya itu. Hana mengepal penumbuknya.

"Mujur abang. Kalau tak dah lama dah aku pelakung."

Hana menuju ke dapur untuk mengemas dapur. Niatnya adalah untuk mengemas dapur selepas meletakkan surat tawaran itu di dalam bilik tapi along yang terlebih 'peka' itu memanggil dirinya terlebih dahulu.

Apa salahnya dia yang kemaskan dapur ni sedangkan dia baru sahaja keluar dapur tu tadi? Tahu makan saja! Huh!

Selepas Hana selesai mencuci pinggan, dia mengelap kaunter dapur sehingga berkilat. Selepas itu, barulah Hana mula mengemas pinggan-pinggan yang ada dalam sinki. Ketika itu, ayah masuk ke dalam dapur. Ayah duduk dan sebatang rokok dikeluarkan dari kotak.

"Hey! Bisinglah! Buat kerja tu tak boleh ke perlahan sikit? Kalau rasa nak marah, tak payah buat. Nak memberontak je kerjanya. Suruh buat kerja rumah sikit, tarik muka."

Ayah keluar dari dapur selepas berkata sesuka hatinya.

Hana mengeluh sendiri. Macam mana nak buat kerja tanpa mengeluarkan sebarang bunyi sedangkan semua pinggan yang ada di dalam sinki ini merupakan pinggan kaca? Sudah pasti bunyi bising itu akan terhasil juga. Sudahlah tadi along marah-marah pada dirinya.

Haih!

Hana menyambung kerja-kerja di dapur sambil menahan rasa. Rasa sedih, kecewa dan marah. Dia sudah penat diperlakukan sebegini. Penat diperlakukan seperti orang yang tidak mempunyai perasaan. Kolam mata Hana yang semakin penuh dan panas itu tidak mampu aku tahan. Air matanya jatuh juga.

Huh! Aku paling benci apabila aku perlu bazirkan air mata aku untuk perkara yang sama selama belasan tahun. Hati aku tetap akan terluka walaupun aku sudah diperlakukan sebegini selama belasan tahun lamanya. Nyatalah hati aku masih belum mampu menahan rasa sakit ini.

"Hana, nanti kau pergi jemur kain baju aku ni. Aku nak pakai esok."

Hafiy iaitu acik masuk ke dapur dan meminta tolong kepadanya. Air mata yang mengalir sebentar tadi dihapuskan.

"Kau dengar tak aku cakap ni?"

"Ha, Hana dengar. Nanti Hana jemur."

Hana pun segera menyelesaikan kerjanya di dapur. Selepas itu, dia menjemur baju acik. Ketika itu, Hana tertanya-tanya di mana adiknya. Kenapa acik tidak suruh adik saja yang buat?

Selepas menjemur baju Acik, Hana masuk ke dalam bilik. Dapat dia lihat Hasya sedang berbaring di atas katil sambil menghadap telefon.

Oh ya! Hana dan Hasya berkongsi bilik yang sama. Fuh! Penat jugalah kena kongsi bilik di dalam usianya begini.

Hana masuk ke dalam bilik. Dapat dia lihat baju yang sudah berlipat bergelimpangan di atas lantai dan sudah penuh di dalam bakul. Hana memandang Hasya.

"Sya, kenapa kau tak kemas baju ni? Ibu dah penat lipat kut."

Pendengar telinga yang berada di telinganya itu ditanggalkan.

"Ibu suruh kau yang masukkan dalam almari, bukan aku."

Hasya bangun dari baringannya dan keluar dari bilik. Hana mengeluh berat. Selepas Hasya keluar dari bilik, Hana mengunci pintu bilik. Dia mencapai telefon aku dan nombor Arin didail.

Selepas beberapa saat, Arin menjawab panggilannya.

"Hello, Arin."

Suara Hana bergetar kerana menahan tangis. Hatinya sakit sekarang kerana diperlakukan sebegini.

"Hello, Hana! Kau okay tak ni?"

Persoalan Arin dibiarkan sepi dan Hana mula menangis dalam keadaan teresak-esak.

"Hana, kau nangis dulu. Kalau kau dah rasa lega, kau boleh cerita dengan aku."

Tangisan Hana berlangsung lebih kurang lapan minit. Selepas tangisannya berhenti, Hana mula bercerita pada Arin.

"Arin, aku penat. Sampai bila aku kena pendam rasa sakit ni? Semua orang dalam rumah ni layan aku macam aku ni tiada perasaan. Arin, aku nak lari dari sini."

"Hana. Sekarang ni kau tengah kecewa. Kau jangan buat apa-apa yang gila. Aku faham kau sakit tapi aku tahu kau kuat Hana. Kau bertahan lagi sikit eh? Lepas saja kita dapat sambung belajar, kau tak payah fikir dah pasal orang dekat rumah tu. Okay?"

Hana hanya mengangguk perlahan walaupun Arin tidak dapat melihatnya.

"Okay. Thanks, Arin."

"No need to say thanks. Kita sahabat. Oh ya! Pasal kerja cikgu tadika tu apa cerita? Dah dapat offer letter?"

Hana tersenyum apabila Arin cuba mengubah topik bagi mengelakkan dia rasa lebih sedih.

"Dah. Aku boleh start kerja esok. Kau ambil aku pukul 6.45 pagi boleh? Aku kena ada dekat sana sebelum tujuh suku."

"Boleh, babe. No prob."

Panggilan itu dimatikan. Hana mula untuk mengemaskan kamarnya. Baju-baju diletak di dalam almari. Cadar ditegangkan. Selimut juga dilipat kemas. Selepas itu, Hana melihat ke rak yang penuh dengan barangannya. Semua kenangan daripada sekolah rendah sehingga sekolah menengah Hana letakkan di dalam satu tin biskut yang besar.

Kenapa tidak diletak di dalam kotak? Sebab Hana takut untuk meminta kepada ibu dan ayah. Kerana tidak mahu perasaannya disakiti lagi. Hana masih ingat peristiwa tahun lalu ketika dia cuba meminta kotak untuk meletakkan barang kenangan itu.

Ketika itu, Encik Malik baru sahaja mengambil Hana dari asrama kerana cuti tengah bulan. Sebelum kereta dipandu pulang, mereka berhenti di kedai Mr. DIY. Hana teringatkan barangan kenangan yang dia letakkan di dalam plastik pada ketika itu. Jadi, Hana minta kepada ayahnya untuk belikan kotak supaya dia boleh meletakkan barangan itu di dalamnya.

"Ayah. Boleh tak Hana nak beli kotak ni?"

"Nak buat apa?"

"Nak letak barang."

Encik Malik melihat kotak itu.

"Letak balik. Dekat rumah banyak lagi kotak besar."

"Erm, Hana nak letak barang kenangan sekolah."

Hana berbicara dengan gugup.

"Tak payah nak over sangatlah nak simpan barang kenangan tu dalam kotak. Bukannya ada faedah pun. Buat habis duit saja."

Hana tidak mahu mendengar perkara yang lebih teruk daripada itu. Jadi, dia terus meletakkan kotak itu ke tempatnya kembali. Ketika dia meletakkan kotak itu, kolam air mataku penuh. Air matanya boleh gugur bila-bila masa sahaja. Namun ditahan. Hana berjalan keluar dari kedai itu dan menunggu ayahnya di luar kedai. Encik Malik keluar dari kedai itu dengan membawa plastik berisikan kiub rubik panjang yang boleh dilipat atau lebih dikenali sebagai foldable colour snake rubik. Hana tidak tahu apa motif ayahnya membeli itu.

Sebaik sahaja kami sampai di rumah, Hana terus meletakkan baju kotornya di dalam mesin untuk dicuci. Ketika itu, dia terdengar perbualan Encik Malik dan Hasya.

"Adik! Ni rubik snake yang adik minta ayah belikan tadi."

"Yeay! Terima kasih ayah!"

Hasya mengambil plastik yang ayahnya hulurkan.

"Yang sebelum ni punya hilang ke?"

Encik Malik bertanya kepada Hasya hal itu kerana sebelum ini dia sudah pernah membelikannya mainan itu.

"Haah, hilang."

"Yelah. Ni jangan bagi hilang."

"Okay, ayah."

Hana jadi geram. Ayah sanggup pergi ke bandar untuk membelikan mainan karut itu untuk Hasya sedangkan bila aku minta kotak, ayah bagi macam-macam alasan.

Hana masuk ke dalam bilik dan mogok tidak mahu makan. Hana terasa dengan sikap Encik Malik yang selalu melebihkan Hasya. Hana menangis sepuas hati kerana Hasya tidak ada di dalam bilik.

Itulah perkara yang paling Hana mahu elakkan. Rasa sakit hati dan cemburu yang wujud untuk adiknya sendiri.

Aku penat untuk menanggung semua ini dengan lebih lama.

XXX

Dont forget to join my telegram channel!🎯

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro