MFH || 9
Dirinya bercekak pinggang sambil memerhati ke sekeliling rumah Iman . Benda apa lagi dia nak buat eh? Pinggan dan mangkuk sudah di cucinya , baju kotor sudah dibasuh dan dijemur dan ruang tamu juga sudah dikemas dan divacuum.
Rudy melabuhkan punggungnya di atas sofa dan menopang dagu sambil menunggu masa kerja Iman tamat.Matanya melirik pada jam dinding yang tergantung.Lebih kurang 30 minit lagi , Iman akan balik.
Tidak apakah kalau dia tidur sekejap ?
Bunyi kereta memasuki perkarangan rumah mengalih pandangan Rudy.Dia mengangkat alis nya.
'awal balik?'
Dia mendekati pintu utama.Belum sempat tangannya mencapai tombol , pintu diterjah dari luar sehingga terkena batang hidungnya.
Dia mengaduh kesakitan .Iman yang baru memasuki rumah terkejut apabila pintu terhempas kasar di wajah Rudy.
" ya Allah , sorry !! awak oke ke??".
Iman cemas apabila hidung Rudy mengeluarkan darah.Tulaa masuk rumah takde salam terus terjah memang nayee lah.Nasib tak tercabut pintu ni disebabkan Iman.
"kejapp awak , saya pergi ambil aid kit".
Dia berlarian menuju ke laci meja ruang tamu dan mengambil peti dan mengeluarkan bandage serta kapas.
Dia terus mendekati Rudy dan mengalihkan tangan yang menutupi wajahnya.
"tangan awakk ketepi , saya nak lap darah tuu".
" tak payah , aku boleh cuci sendiri".
"jangan degil boleh takk ??".
Rudy terdiam dan membiarkan Iman melap darah dari hidungnya.Dia memerhati lama wajah Iman.
"cantik..",meluncur laju perkataan itu dari mulut Rudy tapi bernada perlahan.
"haa?".
"nothing ?".
" yang awak berdiri depan pintu tu dah kenapaa ?? nasib baik hidung awak tak patah tau tak , ni pun dah kritikal tau berdarah !",marah Iman sambil mengemas kembali peralatan tadi selepas habis merawat Rudy.
Melihat keadaan Rudy , Iman terlupa tentang keinginan nya untuk membincangkan hal tadi pagi.
"awak pergi--".
" jom makan malam , aku dah masak".
" you what ?? haa baguslah tu , datang rumah orang pastuu buat macam sendiri pulak ",bebel Iman lagi .
Krukkk~~
Iman menelan air liur nya.Rudy tersenyum sinis.
" kau ada dengar something ke ? cam ada bunyi someone tu lapar jee ".
" diam. Lepas makan malam , saya ada something nak cakap dengan awak " , kata Iman lalu meninggalkan Rudy dan berlalu ke dapur.
Rudy menggelengkan kepala dan senyuman sinis kekal di bibirnya.Keras kepala tak sudah.
++
Farieha menyisip jus manga di depannya sambil mengelamun.
"I can sense something suspicious from her".
" what do you mean ? suspicious ? who?".
" emily . don't you think the same too ?".
" nah , why ?".
Farieha mendiamkan diri .
" tak perlulah nak peningkan kepala fikir pasal dia . napa ni hmm ? benda apa yang kau rasa curiga kat dia ?". Kepala Farieha diusap lembut .
Farieha mula selesa apabila kepalanya diusap dengan lembut , masalahnya tadi dilupakan.
" takde papelahh , kau taknak makan ke ?".
"taknak , kalau kau dah siap minum jomm aku belanja shopping nakk ?", senyuman manis diberikan .
" jom ! hehe thankss chris !".
Ya , that guy is chris , adakah mereka mempunyai hubungan 'di belakang' iman ?
.________________.
Suasana di meja makan itu sungguh sepi . Hanya bunyi sudu dan garfu yang berlaga memecahkan suasana.
" awal kau balik harini , kerja siap cepat ke ?", tanya Rudy bagi mengelakkan suasana sepi menyelubungi makan malam mereka.
"none of your business" , jawab Iman acuh tak acuh . Malas sebenarnya nak buka mulut apabila dirinya menyantap makanannya.
Rudy hanya mendiamkan diri . Dia menunggu sehingga Iman melicinkan pinggannya dan membantu membersihkan meja makan.
Baru sahaja tangan Iman ingin mencapai span , tangan Rudy terlebih dahulu merampas nya.
"Biar saya yang cucilaa , awak pergi duduk kat ruang tamu . Nanti saya datang and cakap something dengan awak ".
Namun arahan Iman tidak diendahkan dan meneruskan cuciannya.Iman mengomel perlahan lalu pergi ke meja makan untuk menutup lauk-lauk menggunakan tudung saji.
Selesai itu , dia terus mengorak langkah menuju ke ruang tamu dan duduk di atas sofa . Dirinya menghela nafas lega apabila kini dia sudah boleh berehat setelah berjam-jam duduk di dalam pejabat dan menatap komputernya seharian .
Teringat masa lunch bersama Farieha tadi , dia ternampak Chris call di telefon Farieha . Taknaklah menceroboh barang farieha masa dia tengah pergi tandas .
' nak jawab ke tak ni ?' , monolog hati Iman . Namun hingga Farieha datang ke meja , Iman tidak juga mengangkatnya.
" what's wrong babe ? makanan dia tak sedap ke ??" , Farieha mula meneliti makanan di depannya . Yelah ni baru first time dia makan kat restoran tu lagipun restoran tu dekat dengan tempat kerja mereka.
" eh tak tak , btw tadi Chris ada telefon . Em nape ek ?" , Iman menggaru kepalanya yang bersarung tudung itu . Cuma menginginkan kepastian , maybe Farieha fikir dia menyibuk nak tau sebab kenapa chris call . Ada something penting kot.
" Oh ye eh , kalau dia call napa tak angkat . Boyfriend you ann " , Farieha tertawa kecil .
" takdelah saya taknak kacau telefon awak masa awak tengah gi tandas . Kira menceroboh tanpa izin lah tu ".
"Haa sudah-sudahh , mentang-mentang kau bos , bebaslah eh nak masukk kerja bila-bila je . Aku ni kang uncle botak tu marah-marah aku kenapa datang lambat ".
Terburai ketawa Iman apabila Farieha menggelarkan Pakcik Amir tu 'uncle botak' , haihlaa kalau Farieha memang semua benda dia cakap lepas.
Lamunan nya termati apabila mendengar dehaman seseorang mengganggu sesi flashback nya.
" kau kata kau nak cakap something kan ? ".
Rudy melabuhkan punggung di sebelah Iman namun belum sempat Rudy duduk Iman dah meletakkan bantal di sebelahnya dan mengarahkan Rudy untuk duduk di sofa lain .
" First of all--".
" kau taknak rehat ke , baru balik kerja an ni mandi pun belum . Kalau kau sakit kan menyusahkan orang tu " , kata Rudy memotong percakapan Iman.
Iman memegang dahinya , mamat ni nak kena pelempang ke penyepak ?
" Awak jangan nak potong apa yang saya nak cakap eh , saya taknak ada suara pun yang menyelit dalam percakapan saya ".
Rudy hanya menutup mulutnya dan menunggu ayat keluar dari mulut Iman .
" Awak ingat awak dah buat macam-macam dalam rumah ni , masaklah , kemas rumah lah , andd siap hantarkan saya ke kerja lah , saya akan percaya 100% cakap awak ke ?? Saya ni bukan budak-budak nak percaya perkara tak masuk akal camtu . Future husband ?? really ?? Make sense lah kalau saya ni emm budak-budak lagi memang saya akan percaya awak sekarang kita kahwin , saya bagitau mama saya , tapi sayang..I'm not a kid anymore."
Iman berhenti sekejap mencari ayat yang sesuai . Dia melirik pada wajah Rudy yang kekal selamba seperti tidak mendengar langsung apa yang Iman cakap . Haa ni buat naik angin ni.
" awak dengar ke tak apa saya cakap ni ??".
" Kau marah pun comel " , Rudy mengukir senyumannya .
Pipi Iman memerah teruk . Apee nii ape nii taknak taknakk 😫
" j-jangan nak tukar topiklah !! Kalau jelas apa yang saya cakap tadi , saya benarkan awak tinggal semalam kat sini and pastikan awak keluar dari rumah saya esok faham ?" , Iman bangkit dari duduk nya dan bercekak pinggang mengharapkan kalini Rudy akan fokus .
Rudy turut berdiri dan berdiri dekat dengan Iman . Iman mengundurkan kakinya dua langkah . Dekat sangat ni wahai andaa.
" kau nak aku buktikan ke supaya kau percaya yang aku ni suami masa depan kau ??" , Rudy mengangkat sebelah alisnya.
Iman mendiamkan dirinya , mulutnya terkatup rapat apabila mendengar suara Rudy yang seperti berbisik di telinganya itu.
" Masa birthday kau yang ke-15.." , Rudy berhenti sekejap . Dia memerhati wajah Iman yang seperti teringat sesuatu .
" Masa mama nak bagi kau birthday gift.."
Iman menelan air liurnya . Peristiwa pahit itu sudah lama dia lupakan tapi apabila dia mengungkit nya kembali , fikirannya mula mengingatkan kejadian memalukan dalam sejarahnya.
"Ada sorang tu dia kann--" .
" okee enough , enough !".
Iman menggigit bawah bibirnya , memori itu bermain kembali dalam mindanya . Rudy mengukir senyuman sinis.
" now dah percaya ?".
" if ada soalan saya yang awak salah jawab or tersasul , saya tak percaya kan awakk".
" apa saiz kasut saya ?".
" 37 " .
" height and weight ?".
"height , 163 . Weight , 43".
" favourite sport ?".
" kau tak suka sukan " , Rudy mengangkat keningnya. Apa nak main-mainkan aku ke ? Iman mengetap bibirnya.
" favourite book ".
" all book is your favourite".
Iman menjerit geram . Dia menjeling Rudy di sebelah nya yang tersenyum kemenangan .
" Fine but how--".
" oopp !! no more talk , Iman Emily . You should go take your shower now ".
Kata Rudy sambil menolak Iman lembut menggunakan bantal sofa . He's her future husband not now so ikhtilat masih kena jaga.
Iman mem'pout' kan bibirnya .
" saya boleh jalan sendirilah " , kata Iman lalu kakinya mula menaiki anak tangga menuju ke biliknya untuk membersihkan diri .
" jangan terus tidur mandi duluu ".
Iman memberikan roll eyes kepada Rudy tapi sebaliknya Rudy mengenyit mata kepada Iman . Haa mulalah blushing minah sorang ni .
" annoying !" , dia terus berlari ke atas apabila melihat wajah Rudy yang menahan geram .
Setelah memastikan Iman memasuki biliknya , Rudy tergelak sendiri .
'comel'.
jap guys let me breath dulu 😭😫 Rudyyy apa ni tahnakkk tahnakk , jangan buat akuu pengsan buat cite kau nii 😭🖐🏻 kennot lerh sweet betul laa hmm . wait for the next chap 🌝🌹
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro