MFH || 6
•
•
Iman hanya pasrah sahaja apabila badan nya di heret oleh Farieha dari satu kedai ke kedai yang lain . Masuk kalini entah keberapa kedai un dia tak tau .
" oh mahhgadd emily . look at this soft pink blouse . It suits you !".
Iman memandang pada blouse yang berada di pegangan Farieha . Yes memang baju tu nampak cantik and also hiasan baju yang simple sahaja tapi kelihatan menyerlah tapi melihat pada jenis kain blouse yang nipis itu , Imany agak kurang yakin . Dia akui blouse itu cantik tapi tidak sedap di pandang sekiranya berada di tubuh nya.
Kemungkinan bentuk tubuhnya akan ternampak bila dia berdiri kat tempat terang . so nak elak daripada mata-mata lelaki , dia menggeleng dengan permintaan Farieha.
" sorry rieha . saya bukan taknak beli baju ni but look at this fabric , nipis and menyerlah sangat kalau warna pink . so maybe kita cari baju lain je ".
"ehh ye eh . sorry aku tatau . kalau kau tak nak beli pun takpe , kita boleh pergi cari yang lain !" .
Iman tersenyum dan akur sahaja . Mereka berjalan lagi ke kedai seterusnya . Akibat kepenatan yang amat , Iman mengambil tempat duduk di kerusi yang berada dalam kedai itu . Dia hanya memerhati dari jauh sahaja Farieha yang khusyuk memilih pakaian.
Tiba-tiba dia terasa ada orang melabuhkan punggung di sebelah . Dia terus menoleh dan kelihatan wanita yang sedang sarat mengandung yang kelelahan duduk di sebelah sambil memegang perut .
Iman lega.Dia ingat siapalah yang duduk sebelah dia tadi.Dia memandang ke hadapan semula.
"aduhh..ya allah ".
Terdengar keluhan kecil dari wanita itu , Iman melirik . Berkerut dahi wanita itu seperti menahan sakit .
" akak , akak okay ke ? saya nampak akak macam dalam kesakitan je ".
"ahh takde pape lah . Akak okay je . Sementara tunggu suami akak bersembang dengan kawan dia jadi akak duduk lah kejap ".
" suami akak mana ?".
" ada kat depan tu je . nanti habislah tu bersembang nya ".
" owhh ".
Iman memandang ke luar kedai . Kelihatan dua orang lelaki pertengahan umur tengah berborak sambil ketawa-ketawa. old friend maybe.
Dia memandang pula Farieha yang masih tercegat di barisan baju-baju yang bergantungan itu . Lama banget dong pilih baju nya !
"arh !".
Iman tersentak.Dia memandang wanita itu.
" akak ?? akak okay ke nii?? kalau tak okay saya tolong panggilkan suami akak suruh bawakan pergi hospital ".
"takpe-takpe.akak taknak ganggu dia.lagipun akak okay je ."
Iman memandang cemas wanita depannya.Biar pun mulutnya berkata begitu , nampak sangat wajahnya yang sedang menahan kesakitan itu . Tiba-tiba matanya membulat besar.
Darah ?!!!
"Akak !! d-darah ! jap saya panggil suami akak !!".
Baru sahaja Iman ingin berdiri , tangannya di pegang .Wanita itu menggeleng perlahan sebelum dia pengsan tidak menyedarkan diri . Iman terkejut lalu menahan badan wanita itu daripada terjatuh.
"Rieha !".
"cepat rieha !! tolong saya !".
Farieha yang baru sahaja ingin membayar terkejut apabila namanya di laung oleh Iman.
" ya allah , kenapa emily ??!".
"to-tolong saya panggilkan suami akak ni kat luar sana tu , cepat dia kena di bawa ke hospital cepat !!".
"suami dia mana pulakk??".
" ada kat luar tengah bersembang ! cepat panggil ".
" jap jap!".
Beberapa minit kemudian , Farieha berlari masuk semula bersama seorang lelaki . Isterinya yang berada di pangkuan Iman terus di angkat nya tanpa banyak kata.
" Encik cepat bawak dia hospital !".
Orang ramai mula mengerumuni tempat mereka dan memberi laluan kepada lelaki yang mengangkat wanita itu.
" rieha jom pergi hospital !".
" eh eh nak buat apa.kan suami dia dah bawa dia pergi sana so kerja kita dah selesai.Barang aku belum habis bayar agi".
" tapi -- kalau jadi apa-apa kat dia macam mana ??".
"don't worry lah , suami dia taulah apa nak buat ."
Iman mengeluh lalu mengangguk.Maybe lepas shopping ni dia boleh pergi hospital jenguk wanita tadi an . Harapnya sempatlah lelaki tu bawa wanita tu ke hospital .
***
"fuh finally selesai shopping kita ye ".
Kata Farieha sambil tersenyum senang sambil membawa beg kertas nya.
" ekhem you mean , your shopping ?".
Iman melirik pada beg kertas yang berlambak di pegangannya dan Farieha and semestinya kebanyakan nya milik Farieha.Iman punya hanya tiga beg kertas .lagipun dia takde apa pun nak beli , farieha yang belikan dia punya.
Keluarga Rieha ni maybe kaya 7 keturunan tak habis kot tulah beli macam nak full kan satu rumah dengan barang.
" sorry lah sebab pakai duit awak untuk beli barang saya juga , tak lama habis lah duit awak ".
" alaa takpe lagipun aku memang nak plan habis kan duit ni sebab duit ni memang aku plan untuk shopping . untuk barangan lain aku dah asing so jangan risau lah ".
"uwuu . emm saya rasa dah lapar ah , awak nak makan ke ?".
Dah nak malam and confirm perut pun berkeroncong habis.Farieha mengangguk laju . Lalu dia menarik tangan Iman menuju ke Waffle center.
" awak nak makan waffle eh ?".
" haah aku nak yang special , ada syrup dan strawberry atas dia.Hm rasa rindu pulak suasana kat New York ".
"okayy awak pergilah cari tempat duduk dulu biar saya order kan ye ".
Farieha mengangguk dan mengambil tempat duduk di sebelah tingkap yang menampakkan ruangan luar mall.
" hye , give me one special waffle , add syrup and strawberry.one original chocolate waffle.two hot chocolate".
" alright , we will send it to your table later ".
" ah no need . I'll wait ".
Iman mengambil tempat duduk di hadapan meja menunggu pesanan. Dia mengeluarkan telefonnya .
" hm miss call from Chris ? kenapa dia call pulak".
Iman menekan button call dan menunggu panggilan diangkat oleh Chris.
" hello assalamualaikum " .
" haa waalaikumussalam.kenapa awak call saya ? sorry sebab tadi saya shopping ngan rieha so tak perasan awak call ".
" nothing just nak tanya awak buat apa , tapi tetiba teringat yang awak shopping ngan rieha so tak jadi call lah ".
Iman tertawa kecil . Ingat kan apalah benda urgent sangat .
" awak tengah buat apa ?".
" look behind you ".
Tit !
Panggilan di matikan . Iman pelik dan memandang ke belakang .Terlopong mulut nya apabila Chris sedang melambai ke arahnya . Dia terus berdiri dan pergi ke arah Chris.
" awak buat apa kat sini??".
" alaa saja nak bagi awak suprise . so suprise tak ?".
" of course lahh . eh kitorang ada order waffle awak taknak order juga ke ?".
" tak perlu lagipun saya baru juga habis makan tadi ".
Ting !
Pesanan iman sudah siap . Dia buat isyarat 'jap' pada Chris dan mengambil pesanan nya.
" let's go jumpa Rieha.Dia mesti excited gila dapat jumpa awak !".
Iman menarik lengan baju Chris menuju ke sebuah meja di mana seorang gadis sedang duduk menjaga nya agar tidak di ambil oleh orang.
"Rieha , look who's coming suddenly ".
Farieha yang menilik telefonnya menoleh dan riak wajah nya pun agak terkejut . Tapi bukan excited , just terkejut.
"Chris ??".
"haah tak sangka pulak dia datang so saya ajak lah dia sekali ".
" haa well long time no see you , dumb".
Farieha memberi senyuman sinis kepada Chris . Iman duduk di sebelah farieha manakala Chris duduk berhadapan mereka berdua.
" stupid , don't call me like that ".
" well you haven't changed until now , still dumb such as 'nerd guy' ".
Chris meng ' roll eyes ' malas ingin melayan perangai Farieha yang dari dulu sampai sekarang tidak berubah.
Iman tergelak melihat dua ekor beruk ini yang memang pantang jumpa , mesti jadi macam anjing dan kucing . Mulut Rieha kalau tak laser memang tak sah , Chris pula kalau tak jadi batu api haa tu bukan dialah .
"dahlah tu . ni rieha baik awak makan waffle awak cepat , nanti sejuk pulak ".
"oh gosh rasa macam tak selera lah pulak nak makan . Dengan ada nya beruk sesat kat depan ni auto hilang selera aku HAHAHHA ".
"ewah suka hati mak bapak kau je an panggil aku beruk . Menyesall juga aku datang , ingat nak jumpa Iman je ,halah -halah jumpa minah bengong ni sekali".
" blah blah blah I can't hear you ! nyamuk betul !".
Farieha menjelirkan lidah kepada Chris dan menikmati waffle di depan nya. Apa ? dia memang selalu gurau lawak bodoh camni ngan chris so tak kesahlah.
Tiba-tiba waffle di pinggan rieha di ambil nya menggunakan garfu dan di makan nya sampai separuh .
" hey how dare you dummy !! that's my waffle !".
" macam mak aku selalu cakap , first come first serve !".
"tapi memang terang lagi bersuluh an tu aku punya hanat ! emily , kau tengok dia ni , malas ah aku ! spoil mood jelah dia ni hishh ".
Kata Farieha sambil menghentak kaki nya lembut sambil memeluk tubuh nya.Iman tersenyum lebar dan cuba memujuk farieha.
" awak nak saya punya waffle ? awak ambillah kalau awak lapar , kesian awak ".
"takpelah aku boleh pergi beli balik ".
" wait , jangan nak habis kan duit kau sangat lah . biar aku pergi beli sebagai tanda minta maaf " .
Kata Chris.Belum sempat farieha membalas dia sudah pergi ke kaunter pesanan.
Lalu Chris datang semula dengan pesanan baru Farieha yang sama seperti sebelum ni.
" buat apa nak bazir kan duit kau ? aku boleh beli sendirikan ".
" kan aku dah kata , aku minta maaf so aku bayar lah balik . kau tak makan aku hantar balik ke dapur ".
" yelah-yelah.thanks !".
Farieha menikmati semula waffle nya dengan selera . Mereka rancak bercerita tentang hal-hal yang berlaku dalam hidup dorang.Farieha pula of course borak pasal suasana kat New York . Tapi ada seorang yang hanya memerhati dan menjadi pendengar perbualan rancak Farieha dan Chris.
Iman.
Dia gembira apabila mereka berdua seronok tapi kecewa juga sebab diri dia kat sini macam jadi tugu batu pula , macam jadi penghalang dorang borak je .
" iman are you okayy ? saya nampak awak senyap je dari tadi ? awak sakit ke ?".
Kata Chris dengan riak wajah risau.
" ahh tak tak , saya tak sakit pun . saya okay , awak berdua borak lah . Nanti mesti jarang jumpa an sebab busy dengan kerja masing-masing ".
"well takde benda nak sembang dah , sape je nak sembang ngan mamat poyo ni . jom balik emily , aku hantar kau !".
" eh tak menyusahkan ke sebab masa datang tadi pun awak tumpang kan saya . saya okay je naik teksi , so awak boleh terus balik rumah aunty farah kan ?".
"hm nah aku bosan so biarlah aku hantar kau balik dulu . lagipun taman perumahan kau ngan mama aku takde lah jauh mana an , dalam 30 minit gitu sampai dah naik kereta . jomlah ".
" okayy chris awak naik apa ? kereta ke ??".
Chris menggaru kepala nya yang tidak gatal itu.
" saya datang sini naik teksi so--".
" takyah banyak cakap lah odoe , naik je kereta aku ".
Pintas Farieha dan terus melangkah keluar dari kedai tanpa mendengar jawapan Chris.
" awak ikut lah sekali , nanti susah pula awak nak cari teksi kan ??".
" haa okaylah . btw you look so beautiful today ".
Kata Chris sambil meninggalkan Iman yang dah macam cacing kepanasan itu . Iman menampar lembut pipi nya yang sudah membahang itu.
ya allah ! sedar iman sedar !!
Iman berlari mengekori farieha dan chris yang sudah di hadapan . tapi dia terus berjalan sebelah farieha sambil memeluk lengannya tanpa memandang ke arah chris. malu weyy !!
" woahh emily makin tambah cantik ah rumah kau ! last aku nampak gambar rumah kau yang kau post kat ig , warna putih an . kau dah renovate eh corak cat dia ".
" takdelah just tambah corak je , sebab tak banyak masa sangat . nanti kalau awak ada masa , awak datang lah . sentiasa di alu-alukan !".
Iman mengenyit mata kepada Farieha.Farieha menepuk tangan suka.
" of course I will !! so kitorang gerak dulu ye , pape hal call je tau ! love youu prettyy emily , see you tomorrow , good night and sleep tight !".
Kata Farieha sambil melambai-lambai Iman.Iman turut membalas lambaian Farieha . Apabila kereta itu mula bergerak , tiba-tiba cermin tempat duduk di belakang dan Chris mengeluar kan kepala nya lalu melayangkan 'flying kiss' kepada Iman . Iman tambah malu tapi dia seakan-akan menangkap 'love' chris dan di bawanya ke dada.
Mereka berdua sambil berbalas senyuman sebelum Iman masuk ke dalam rumah nya.
Sebaik sahaja pintu di tutup , dia terduduk di belakang pintu utama . Badannya kaku , mulut nya terkatup rapat .
seketika kemudian..
"ARGHHH !! ya allah Iman what are you doing ?!! ya allah malunya arhhh !! ".
Iman menekup mulutnya dan menjerit sekuat hati nya . malu nya masih belum hilang dari mall lagi sehinggalah sekarang di tambah lagi dengan kejadian penuh 'romantik' dia dan Chris.
Oh my Allah , where's bantal ?? rasa nak menjerit je kuat-kuat sampai terkeluar semua liur terkena bantal !!
" alright calm down Iman emily , esok kau nak pergi kerja and you need to sleep early but before that , i want to take a bath ".
Kata Iman sambil bernafas dengan normal semula menenangkan hatinya yang bila-bila masa sahaja boleh keluar dari dalam badan.
Dia naik ke atas dan menuju ke bilik mandi untuk membersih kan badan nya.
Setelah membersihkan diri nya , dia sudah terlelap di atas katil sebaik sahaja melabuhkan kepala di atas bantal . penat sangat ah tu shopping sakan dengan Farieha tadi . takpelah yang penting farieha happy , Iman pun happy .
Di satu tempat yang lain , kelihatan lampu yang Iman bawa balik haritu bercahaya dan menerangi segenap bilik yang gelap itu . Tapi sedikit pun cahaya itu tidak mengejutkan si 'sleeping beauty ' yang pulas tidur.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro