01 ✨
School Of Performing Arts [ SOPA ]
Dihadapan pintu pagar sekolah itu, kelihatan 7 orang yeoja yang sedang tercegat berdiri dekat situ sambil memerhati bangunan sekolah yang berada di hadapan mereka.
" Unnie, ni ke sekolahnya? " Soal Hwang Seora atau dikenali sebagai Seora, maknae dalam kumpulan itu.
" Em, mengikut alamat yang tertulis dekat kertas ni, memang ni lah sekolahnya. " Jawab Kim Yunhwa ataupun Yun, ahli yang kelima tertua.
" Apa lagi kita buat dekat sini? Jom lah masuk. " Arah ketua mereka iaitu Shin Seo Rin atau nama panggilannya Rin.
Mereka bertujuh masuk ke dalam perkarangan sekolah itu didahului dengan Seorin dan diakhiri dengan Han Sujung dan Jeong Minji.
" Kita nak pergi mana ni? " Tanya Kim Hanmin atau lebih manja dipanggil Han. Cehh manja hek.
Dlm group Sweetie Girls ni ada 2 Han . Sorang Han sorang lagi Hans . Kim Hanmin ni Han , kalau Han Sujung pulak Hans . So readers semua jangan keliru okayy .
" Pergi pejabat dulu lah. Takkan nak terus masuk kelas. Kelas kita pun kita tak tau dekat mana. " Seorin menjeling Hanmin.
" Hala orang tanya je. Jangan lah jeling. "
" Dah, jom kita cari orang. " Minzy mencelah perbualan Seorin dan Hanmin untuk mengelakkan perbalahan berlaku antara mereka berdua.
" Buat apa cari orang? " Seora memandang Minzy, member ketiga tertua.
Ok ni pun sama jangan keliru okay . Seora ni maknae , Seorin pula leader .
" Kau tanya buat apa? Kita cari orang sebab nak tanya pejabat dekat mana. Takkan kau nak jelajah satu sekolah ni semata-mata nak cari pejabat. " Balas Minzy.
" Dah jom kita jalan. " Kata Seorin.
Mereka berenam mengikuti saja kemana Seorin pergi. Sewaktu mereka bertujuh tengah sibuk berjalan mencari seseorang untuk bertanya, tiba-tiba mereka bertembung dengan tiga orang yeoja yang sedang berborak di tengah-tengah jalan.
Bukan jalan raya okayy, paham paham je lah jalan dekat sekolah macam mana.
" Eh apa ni langgar-langgar orang? "
" Mian. Kami cuma nak tanya. " Kata Seorin bagi pihak mereka bertujuh.
" Kau dah langgar kami, pastu nak bukak pertanyaan pulak. Apa kau ingat kami ni kaunter pertanyaan? "
" Eh kau ni. Leader kami dah minta maaf kan? Yang kau nak kecoh-kecoh apahal? " Kata Min Yuchan atau dikenali sebagai Yuki.
" Biadab betul kau ye. Tentu kau budak baru lagi dekat sini kan? "
" Disebabkan kami budak barulah kami nak tanya korang. Hala kau ni, bodoh tu please lah simpan. Jangan tunjuk dekat sini. " Balas Yuchan sambil menjeling yeoja-yeoja itu.
" Yuki! Cuba jaga adab sikit. " Kata Seorin sambil menarik Yuchan yang berada dihadapan yeoja-yeoja itu.
Sejak bila Yuchan kedepan pun aku tak tau laa.
" Kau mesti leader kan? Btw, nama aku Jeon Meiko. Korang boleh panggil aku Miko. Budak berdua ni member aku. Ni Danea dan ni maknae kami, Raemin. Aku leader group ni, group Diva's Girls. "
Yaa itu diaa. Diva's Girls sudah muncul. Tapi sebahagian member saja dulu.
" Pfftt. Diva? Diva sangat ke korang ni? " Balas Seora.
" Eh kau apahal nak gelak-gelak pulak. Lawak sangat ke? " Raemin memandang tajam ke arah Seora.
" Sebab lawak lah aku ketawa, bangang. "
" Eh dah dah. Kami datang sini bukan nak gaduh dengan group acah diva korang tu. Kami nak cari pejabat untuk daftar masuk sekolah ni. " Seorin mencelah perbalahan antara Seora dan Raemin.
Kalau tak mencelah nanti, sampai ke esok diorang tak dapat cari pejabat.
" Nama kau siapa? " Meiko memandang Seorin.
" Shin Seo Rin, leader Sweetie Girls. "
" Sweetie? Euww, sweet sangat ke korang? " Danea memandang mereka bertujuh dengan muka meluat.
" Eh nama group kami lagi bagus dari korang yang acah-acah diva tu. " Kata Yuchan.
" Dah lah, daripada aku membazirkan masa dengan layan korang yang acah sweet ni, baik aku blah. Dah jom. " Meiko, Danea dan Raemin berlalu pergi dari situ.
" Eii, tak ada siapa pun yang suruh dia layan kita. Diorang tu ha yang mengada cari gaduh. " Kata Hans dengan nada geram.
" Sudah lah tu. Biarkan diorang. Better kita teruskan jalan. " Seorin cuba untuk menenangkan keadaan member-membernya.
Mereka bertujuh pun meneruskan jalan untuk mencari pelajar-pelajar yang kebetulan lalu di situ.
Bersambung ..
Haii gaiss , macam mana ? Okay tak ? Maaf lah ye kalau watak korang sikit je keluar . Huehue , don't worry , nnty watak korang inshaallah akan banyak keluar time part nak dapatkan hati love interest korang tu .
K btw , stay tune okayy.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro