Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 8

Sudah beberapa hari Faeeq melakukan kerjanya sebagai bodyguard Ungu dengan lancar tanpa gangguan orang - orang suruhan abangnya. Namun ketenangan itu hanya seketika apabila tetiba pada suatu hari , mereka muncul semula.

" Pak Kasim tak sihat hari ni , kau boleh drive tak untuk hari ni gantikan Pak Kasim kejap ? " kata Ungu.

" Boleh aje . Cik Ungu nak pergi mana ? " balas Faeeq.

" Aku nak keluar gi IOI mall . Bosan duduk rumah "

" Oh okay. "

Ingat Faeeq muda tak ada lesen memandu ke ? Hahahaha ada dah. Cukup umur 17 dia terus amik lesen kereta.Sebab tu sekarang dah ada lesen kereta.

Seperti yang dinginkan Ungu untuk pergi ke IOI mall Faeeq hanya menurut perintah tapi kali ni best sikit . Sebab apa ? Sebab dia berdua aje ngan Ungu tak ada Pak Kasim hahahaha 😂

Setelah sampai di IOI mall. Macam biasa ada aje mata - mata perempuan yang memandang - mandang ke arah Faeeq. Iya lah Faeeq handsome and smart kan pakai baju kot hitam tu.

Naik menyampah pulak Ungu dibuatnya namun dia berlagak bersahaja aje.

" Cik nak shopping ke ? " tanya Faeeq.

Ungu hanya menggeleng. Faeeq tayang muka pelik. Ungu aje lah satu - satunya perempuan pelik yang dia pernah jumpa. Pelik apa ? Pelik sebab Ungu tak suka shopping tak macam perempuan lain asyik nak masuk satu butik ni pastu masuk butik lain pulak even kat tangan dah penuh dengan barang - barang yang dibeli.

" Faeeq ... tengok wayang jom ? " ajak Ungu tiba - tiba.

" Hah ? Wayang ? Ohh saya on aje kalau cik nak belanja la " kata Faeeq sambil tersengeh seperti kerang busuk.

" Okay jom " ringkas balas Ungu lalu menarik pergelangan tangan Faeeq yang berlapik baju kot hitamnya.

Faeeq sedikit tersentak bila ditarik tiba - tiba macam tu 😂 tapi dia ikutkan jugak langkah Ungu.

Setelah beli air and pop corn , mereka terus masuk ke panggung wayang. Diaorang pilih cerita apa ? Diaorang pilih cerita " Pinjamkan Hatiku " . Diaorang masuk sebab movie dah nak start.

Ungu terlalu fokus dan menghayati cerita Pinjamkan Hatiku tapi Faeeq bukan fokus sangat. Dalam diam dia curi - curi pandang Ungu dalam gelap. Tidak lupa juga orang sebelah kanan Faeeq tak habis duk pandang - pandang Faeeq. Dah la perempuan agak - agak lah dalam panggung wayang pun, tahu lah Faeeq handsome. Cehh !

Faeeq abaikan aje pandangan budak perempuan sebelahnya itu. Yang dia tahu dia seolah - olah hanya berdua dengan Ungu dalam panggung wayang ni. Cehhh kau Faeeq ayat 😂 Faeeq suka memerhati Ungu dari sisi yang sedang fokus menonton wayang.

" Comel lahai. Kalau isteri aku ni dah lama aku cubit - cubit pipi tu. " ngomel Faeeq di dalam hati.

Tetiba kelihatan Ungu mengesat air mata yang jatuh di pipinya..
Faeeq terus menoleh ke hadapan . Oh patut lah dia nangis ! Scene sedih cerita Pinjamkan Hatiku rupanya. Faeeq terus mengeluarkan beberapa lipatan tisu yang dia bawa dari rumah. Hahahaha sediakan tisu sebelum hujan 😂 eh ada ke peribahasa macam tu ?

" Nah Cik .." kata Faeeq perlahan menghulurkan tisu tersebut kepada Ungu.

Ungu menyambut huluran tersebut daripada Faeeq tanpa membalas apa - apa.

Tetiba budak sebelah menangis teresak - esak seperti meminta Faeeq untuk beri perhatian jugak kepada dia. Nak tisu jugak lah tu !! Haish semakk ah minah ni. Kacau orang nak date pehal ? 😩

" Abaikan diaorang tu " kata Ungu perlahan tiba - tiba berbisik di telinga Faeeq.

Terkejut Faeeq dibuatnya. Oh Ungu juga perasan yang Faeeq diganggu.Geram jugak dia dengar perempuan tu merengek macam dengan apa lagi. Cari perhatian Faeeq lah tu ! 😑

------------------
" Best kan cerita tadi Cik Ungu ? " kata Faeeq.

" Cerita tu ke best atau kau yang best kena ngorat ngan awek sebelah tu ? " kata Ungu bernada jelous. Eh Ungu jelous ? Impossible 😂

" Erk ? Eh tak lah mana ada best kena ngorat ngan awek sebelah. Kalau kena ngorat dengan Cik best lah jugak. " kata Faeeq perlahan.

" Hah apa kau cakap ? Aku tak dengar "

" Eh tak saya cakap , mana ada best . Cerita tu yang best " dalih Faeeq.

" Apa - apa aje lah " kata Ungu lalu mengangkat kaki dari situ . Dia rasa nak pusing - pusing satu mall.

Faeeq hanya mengejar langkah Ungu dari belakang. Dalam diam ada mata - mata yang memerhati pergerakan Ungu dan juga Faeeq.

Faeeq dan Ungu berhenti di suatu kerusi  yang disediakan untuk makan ice cream yang diaorang beli tadi. Ungu memilih perisa strawberi manakala Faeeq memilih perisa vanilla. Mereka menikmati ice cream masing - masing sambil mata memerhati orang yang lalu lalang duk shopping macam - macam.

" Ermm Cik ..boleh saya tanya something tak ? " kata Faeeq memecahkan kesunyian di antara dia dan Ungu.

" Hmmm apa ? "

" Cik tak ada boyfriend ke ? " tanya Faeeq tiba - tiba.

Ungu tersedak mendengarkan soalan Faeeq yang tiba - tiba tu.

" Ehh maaf Cik kalau soalan saya buat Cik sampai tersedak. "

Ungu menggeleng setelah kesedakkannya berkurang.

" Ermmm aku tak ada boyfriend. Kau dah tahu kan yang aku koma 5 tahun. Macam mana pulak aku nak ada boyfriend..." jelas Ungu.

" Ohh habis tu yang datang jumpa Cik Ungu dekat rumah hari tu siapa ? " tanya Faeeq. Memang dah lama dia nak tahu.

Seketika Ungu mencerna soalan Faeeq. Siapa yang dimaksudkan Faeeq ni ? Iyyad ke ?

" Oh hahahah maksud kau Iyyad ? " kata Ungu.

" Iyyad ? Oh nama lelaki tu Iyyad ..." desis hati Faeeq.

" Hahahaha tu PA arwah papa aku lah. Bukan boyfriend aku lah " jelas Ungu.

Faeeq menghembus nafas lega. Nasib baik PA aje . Kalau tak ehh asal dengan aku ni ? Nak kesah sangat dia dah ada boyfriend ke tak ? 😂

" Ermm ohh yalah Cik. Lepas ni Cik nak pergi mana pulak ? " tanya Faeeq.

" Hmm kita pusing - pusing lagi lah. Ke nak main Rb pulak ? "

" Ermm saya ikut Cik aje "

" Hmm kita main Rb pulak lah kejap lagi. " putus Ungu.

Faeeq hanya mengangguk bersetuju.

-----------------------

Setelah selesai makan ice cream mereka mula bergerak ke kawasan Rb. Kawasan Rb ni ramai budak - budak muda aje main and kawasan ini agak sunyi sedikit.

Baru beberapa saja langkah mereka tiba - tiba
mereka di tahan oleh beberapa orang lelaki yang pasti amat dikenali Faeeq lah. Siapa lagi kalau bukan orang - orang suruhan abang Thaqeef lah.

Ungu kelihatan agak terkejut dengan kehadiran orang - orang tersebut. Faeeq terus mencapai pergelangan tangan Ungu. Dia menarik Ungu ke belakangnya.

" Korang nak apa ?! Jangan buat kacau dekat sini lah ! " marah Faeeq. Agak - agak lah mall kot !

" Kami hanya menjalankan arahan Tuan Thaqeef. Tuan Faeeq tolong ikut kami sebelum kami gunakan kekerasan. " kata orang suruhan abangnya yang berbadan tegap.

" Tak ! Aku takkan balik lagi rumah tu ! "

Arghhh semua dah kantoi depan Ungu. Lantak lah ! Nanti aku explain.

Seketika orang suruhan abangnya itu memberi arahan kepada anak - anak buahnya untuk menangkap Faeeq.

Faeeq terus mengundur ke belakang begitu juga Ungu lalu dia cepat - cepat berlari sambil menarik tangan Ungu kejap. Ungu hanya berlari mengikut rentak Faeeq. Dapat dilihat Ungu dari belakang yang orang - orang tadi mengejar mereka.

Terbit rasa gerun dan juga curiga terhadap Faeeq. Siapa dia sebenarnya ni ? Dia tipu aku selama ni ? Macam - macam soalan Ungu nak Faeeq jelaskan dekat dia nanti. Tu pun kalau nyawanya dan nyawa Faeeq terselamat dari orang - orang tu lah 😭

Seketika Faeeq membawa Ungu masuk ke dalam stor yang berdekatan. Orang - orang suruhan abangnya kehilangan jejaknya apabila mereka ke arah lain. Ungu hanya mendiamkan diri. Faeeq juga rasa bersalah kerana melibatkan Ungu dalam hal ni.

Setelah Faeeq   mengecheck yang orang - orang suruhan abangnya telah tiada. Dia cepat - cepat menarik Ungu untuk keluar dari situ. Faeeq sungguh berhati - hati sepanjang  membawa Ungu  untuk ke tempat kereta. Ungu masih setia mengikut langkah Faeeq tapi sikit pun dia tak bersuara.

Sehinggallah mereka selamat masuk ke dalam kereta. Ungu duduk di hadapan bersebelahan Faeeq yang duduk di tempat memandu.

Keadaan menjadi krik krik krik seketika. Masing - masing mendiamkan diri.

" Ermmm Cik..maafkan saya sebab ...."

Baru saja Faeeq hendak bercakap tiba - tiba Ungu memotong percakapannya.

" Siapa kau sebenarnya ? Diaorang tu siapa ? Kenapa diaorang kejar kau ? Kenapa kau tipu aku ? Kenapa ? Explain to me Faeeq ! " luah Ungu apa yang terpendam di dalam hatinya saat ini.

Ungu memandang tajam ke arah Faeeq di sebelahnya.

Glurp ! Faeeq menelan liur sendiri. Hmm kali ni dia tak dapat lagi menipu apa - apa . Semuanya dah terbongkar. Faeeq dah kematian akal untuk menipu tentang identitinya lagi. Semuanya telah berlaku di hadapan mata Ungu. Arghhhhhh serabut !

#Alamak dah terkantoi. Hmm apa jadi lepas ni bila Ungu dah tahu identiti Faeeq ? Dia akan pecat Faeeq ? Dia akan halau Faeeq dari rumah dia ? Nak tahu ? Tunggu chapter seterusnya ya 😉 keep vote and comment guys ❤ please jadi reader yang aktif bknnya silent ya 😂💕




Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro