Bab 7
Faeeq hanya termenung di luar halaman rumah Ungu. Dia duduk di kerusi yang disediakan di tepi kolam ikan.
" Hmmm bahaya untuk aku keluar . Orang - orang suruhan abang aku ada kat mana - mana aje. Pastu diaorang memang memerhati aku dari luar rumah. Macam mana aku nak kerja sebagai bodyguard macam ni ? " desis hati Faeeq.
Seketika Faeeq mengeluarkan Iphone nya dari kocek seluar.
Gelap screen phonenya. Hahah mana tak gelapnya. Dia off phone sejak dia lari dari rumah abangnya lagi. Takut - takut abang Thaqeef dapat cari dia melalui number phonenya . Namun sekarang sudah tak ada guna lagi off phone. Orang - orang suruhan abangnya dah tahu tempat persembunyiannya.
Faeeq meng on phonenya.
Ting ! Ting !
Bertalu - talu mesej dan call masuk. Sampai nak dekat 100 mesej . 50 call ! Bapak ahhh !
Tetiba kedengaran lagu Perfect by Ed Sheeran dan terpampang nama Aepul.
Faeeq terus mengangkat call tersebut.
" Hello pul ! " kata Faeeq.
" Hello , weyhh ! Kau pergi mana hah ? Asal tak angkat call aku ? Kemana kau menghilang ? Kau tau tak abang Thaqeef cari kau ? Dia call aku tanya kau kat mana. Dia risaukan kau lah weyh. Balik lah rumah kau. " kata Aepul.
Ni hah sorang lagi suka tembak aku macam mesin gun ! What ? Abang Thaqeef risaukan aku ? Suruh balik ? Pandai betul dia berlakon. Siap gunakan Aepul untuk suruh aku balik lagi ! Memang tak ahh.
" Weyh panjang ceritanya. Kita kena jumpa. " kata Faeeq.
Tetiba Ungu muncul bersama first aid.
" Faeeq " panggil Ungu.
Faeeq terkejut lalu tertekan end call Aepul lalu dia menyembunyikan phonenya.
" Ye ada apa cik Ungu ? " kata Faeeq gugup.
" Nah . Ubat luka dekat hidung kau tu . Nanti makin teruk pulak " kata Ungu lalu menghulurkan first aid tersebut kepada Faeeq.
" Err..Terima kaseh " kata Faeeq lalu menyambut huluran tersebut.
Ungu tidak balas ucapan terima kaseh Faeeq malah dia hanya memandang Faeeq tidak lepas. Faeeq sedikit gugup. Pelik melihat keadaan Ungu seperti itu.
" Ke..kenapa Cik Ungu tengok saya macam tu ? " tanya Faeeq gugup.
" Hmmm kau ni .... sesuatu lah..." luah Ungu. Ya masih bermacam - macam persoalan yang berlegar - legar di fikiran Ungu tetapi dia tak tahu macam mana nak cakap dekat Faeeq.
" Sesuatu ? Maksud Cik Ungu ? " tanya Faeeq semula.
Ungu terus menggeleng.
" Tak ada apa - apa lah. Abaikan aku " kata Ungu lalu ingin beredar .
" Cik Ungu "
Tetiba Faeeq menyambar pergelangan tangan Ungu yang berlapik baju lengan panjang yang dipakai Ungu.
Ungu tertoleh menghadap Faeeq. Terkejut Ungu dengan tindakan Faeeq.
Setelah menyedari bahawa Faeeq melampaui batas sebab pegang pergelangan Ungu , dia meleraikan pegangan tersebut.
" Err sorry . Ermmm Cik saya nak minta izin kejap lagi nak keluar boleh ? "
" Nak pergi mana ? "
" Err saya nak err hah pergi kedai depan kejap. Ada barang saya nak beli " bohong Faeeq.
" Oh okay . Pergi lah . " kata Ungu selamba lalu beredar meninggalkan Faeeq.
Sebenarnya Ungu malu ! Dia rasa jantung dia berdengup kencang sekarang ni disebabkan Faeeq tarik tangan dia tadi. Terkejut weyhh + malu entah kenapa. Sebab tu Ungu cepat - cepat nak beredar.
Setelah figura Ungu sudah tidak kelihatan lagi , Faeeq menghantar mesej kepada Aepul semula.
Aepul aje lah yang dia boleh harapkan saat ini. Sebab Aepul lah satu - satunya kawan baik yang dia ada.
Aepul 😇
Kau amik aku dekat simpang 4 Taman Cenderawasih Lot 3. Kita kena jumpa . Urgent !
------------------
Topi kebun dengan kasut bot kuning Pak Kasim dipinjam Faeeq. Hahahahaha bongok ahh Faeeq ni nak menyamar pun. Ya Faeeq tahu orang - orang suruhan abangnya kini di mana - mana saja . Dia tak boleh keluar begitu saja. Tempah maut namanya tu. Pastu nak keluar ni pun Faeeq nak keluar ikut pintu belakang , sebab dia tahu orang - orang suruhan abangnya sentiasa ulang alik di pintu hadapan rumah Ungu.
" Eh Faeeq apesal kamu nak keluar ikut pintu belakang ni ? Kenapa tak ikut pintu depan aje ? " tegur Mak Min yang pelik dengan tingkah laku si Faeeq ni. 😂
Dengan topi kebun nya dengan kasut bot kuning ala - ala kasut Puah Chukang 😆
" Hah lagi satu. Dah kenapa kamu pakai macam tu ? Kata nak pergi kedai depan ? Gaya kamu ni dah macam nak pergi kebun dah kenapa ? " bebel Mak Min ada sedikit ketawa di hujung percakapannya.
Faeeq membuka topi kebun Pak Kasim.
" Err Faeeq saja ja nak keluar ikut pintu belakang. Kesian Pak Kasim nak bukak pintu depan pula. Lagipun pintu belakang kan dekat. Pastu saja aje Faeeq pakai macam ni. Topi ni hah untuk lindung Faeeq dari panas. Hari ni panas sangat lah Mak Min. " kata Faeeq mereka reka ayat entah apa - apa 😑
" Habis kasut tu ? "
" Errr kasut ni...Faeeq takut terpijak lopak air ke masa jalan nanti. Habis kotor. Sebab tu pakai kasut ni. " kata Faeeq lagi. Budak ni memang macam - macam ayat dalam kepala otak dia !
" Alahai macam - macam lah kamu ni Faeeq. Dah pergi cepat ! Jangan balik lambat tau ! " kata Mak Min seperti ibu - ibu yang diluar sana melarang anak perempuan mereka balik lambat kalau keluar.
Hahahaha Faeeq lelaki la Mak Min oiiii 😂
Faeeq hanya mengangguk lalu menghadiahkan senyuman kepada Mak Min dan beredar ikut pintu belakang.
Semasa keluar dari pintu belakang , dalam diam ada seseorang yang sedang memerhati gelagat Faeeq dari tingkat atas. Siapa lagi kalau bukan Cik Ungu Mikayla kita lah 💕
" Entah papa lah Faeeq tu...dah kenapa dia pakai macam tu ? " kata Ungu bersama senyuman kecilnya. Rasa lawak dengan telatah Faeeq yang annoying.
Akhirnya ada seseorang yang mampu membuat dia tersenyum walaupun hanya senyuman kecil yang mampu Ungu berikan saat ini.
----------------
" Hahahahahaha kau dah kenapa weyh pakai macam ni ? Lawak siaaa " kata Aepul atau nama panjangnnya Ahmad Nur Saiful. Aepul ketawa berdekah - dekah sampai bergegar kereta dibuatnya.
Faeeq hanya mencebik selepas itu dia menghembus nafas panjang. Lega tak kantoi dengan orang - orang suruhan abangnya. Masa nak masuk kereta Aepul pun dia tak nampak tanda - tanda orang suruhan abangnya yang mengikut kereta Aepul.
" Aku terpaksa la weyh pakai macam ni. Bukannya suka - suka . " kata Faeeq geram dengan Aepul yang sedap - sedap dia aje nak ketawa macam hantu !
" Okay - okay sorry bro.Ni hah kau tinggal mana ? Kau suruh aku ambil area Taman Cenderawasih pulak tu. Kau stay rumah siapa ? " tanya Aepul.
" Panjang ceritanya. Jom pergi tempat biasa kita dulu " kata Faeeq.
Setelah sampai di tempat yang mereka selalu lepak. Tempat ni memang private sikit. Tak ramai yang tahu. Hanya orang - orang tertentu aje yang tahu tapi takkan lah Faeeq nak pergi tempat - tempat public pakai topi kebun dengan kasut phua chukang kan ? 😆 Mesti lah dia ajak Aepul pergi tukar pakaian dulu and of course guna duit Aepul dulu. Faeeq tetap memakai pakaian yang menyamar.
Selepas itu Faeeq menceritakan segalanya tentang apa yang dia hadapi selama beberapa hari ini. Reaksi Aepul ? Jangan cakap Aepul tak terkejut , memang terkejut siaaa. Tak sangka pulak yang kawan baiknya ini melalui hari - hari yang sukar. Ingatkan dia pergi mana ! Ingat pergi holiday dengan aweks aweks ke 😂 bongok ahh kau ni Aepul. Fikiran tak pernah betul.
" Habis kau nak buat apa sekarang ? " tanya Aepul setelah mendengar semua luahan Faeeq .
Faeeq menyandarkan tubuhnya di kerusi yang dia sedang duduk sekarang.
" Aku tak tahu lah weyh " keluh Faeeq.
" Habistu majikan kau yang namanya apa tu Ungu ? Colour purple ? Hah apa - apa aje lah. Tak tahu kau kena kejar sampai macam ni ? " kata Aepul lagi.
Faeeq menggeleng.
" Tak ! Dia tak tahu. Aku tak nak dia tahu pun. Aku tak nak lah dia terlibat dalam hal aku ni. Dia dah bagi aku kerja and tempat perlindungan pun aku dah bersyukur sangat dah weyh " kata Faeeq.
Aepul hanya mengangguk kecil..
" So kau nak aku tolong kau buat apa ? Nak lapor polis pasal abang kau ke ? "
" Jangan. Jangan lapor polis. Kalau kau lapor polis , mama papa aku mungkin dalam bahaya. Hmm aku just nak kau tolong aku cari maklumat tentang keadaan mama dan papa aku. Tolong aku cari dekat mana tempat abang Thaqeef sembunyikan diaorang " kata Faeeq meminta pertolongan dari Aepul.
Aepul memegang bahu Faeeq.
" Aku sebagai sahabat baik kau akan tolong kau okay ! "
Faeeq mengangguk lalu tersenyum. Bangga dia dapat kawan macam Aepul ni. Susah senang selalu bersama.
Setelah 2 jam Faeeq keluar akhirnya dia kembali ke rumah Ungu. Hahahhaha pelik muka Mak Min dibuatnya. Pergi tadi pakai baju ala - ala pakcik kebun. Bila balik ni pakai baju ala - ala student dah kenapa pulak ? 😩
Faeeq hanya tersengih melihat muka Mak Min yang pelik dengannya. Faham sangat dah. Pelik la tu Mak Min tengon aku pergi dan balik pakaian berbeza - beza.
" Eh Faeeq kamu pergi mana lama sangat hah ? Beli apa ? " tanya Mak Min.
" Err ni hah tadi ada sales dekat bandar tu yang borong tu. Smart tak Mak Min saya pakai macam ni " kata Faeeq sambil berpusing - pusing di hadapan Mak Min.
" Ish apa - apa aje lah Faeeq oii. Dah pergi masuk dalam "
" Yelah Mak Min. Saya nak pulangkan kasut bot dengan topi Pak Kasim ni. Berguna sangat tadi ! " kata Faeeq lalu beredar.
Pada malam itu , Faeeq keluar dari rumahnya. Tetiba rasa nak ambil angin malam pulak. Rumah Ungu ni memang best. Angin segar dohh . Tak kira siang atau malam. Nyaman aje rasa. Rasa macam nak tinggal sini terus aje. Eh mana boleh ! Kalau nak tinggal sini kena kahwin lah 😆 nak kahwin dengan siapa lagi ? Dengan Cik Puteri Raja I lah you all 😝 hahahaha joke - joke. Mana nak nye Cik Ungu tu dengan aku. Mimpi ahh kau Faeeq.
Tapi mana tahu kan kalau Mimpi boleh jadi kenyataan 😆❤
Sedang Faeeq berjalan - jalan di sekitar halaman. Faeeq terdengar suara esakkan seseorang.
" Eh siapa pulak yang nangis ni ? " desis hati Faeeq risau. Malam kau gila dengar orang nangis. Entah orang entah benda tu hah .
Faeeq berjalan mencari suara esakan tersebut. Sehinggalah dia menemui seseorang yang membelakanginya yang sedang duduk seorang diri di buaian berdekatan kolam renang.
" Eh tu bukan Cik Ungu ke ? " desis hati Faeeq lagi. Faeeq bertekad untuk mendekati Ungu.
Kelihatan Ungu sedang memeluk satu bingkai gambar. Hmmm gambar familynya mungkin ?
" Cik Ungu ... "
Ungu tersentak dengan kehadiran Faeeq lalu dia cepat - cepat mengesat air matanya. Dia tidak mahu ternampak lemah di hadapan Faeeq. Biar kesedihan ni dia sorang aje yang tanggung.
" Cik Ungu okay ke ? Kenapa nangis ni ? " tanya Faeeq prihatin. Entah hatinya bagai disiat - siat apabila melihat Ungu menangis. Tak pernah - pernah rasa macam ni.
" Err aku okay lah. Mana ada aku nangis. "
Hmmmm eleh perempuan selalu macam ni 😩 sembunyikan apa yang sudah terang lagi bersuluh.
Dengar sini wahai kaum Adam di luar sana. Faeeq nak bagi tips sikit ni 😂 kalau perempuan cakap diaorang okay tu means Diaorang memang TAK OKAY ! Take a note ya boys 😉
Seketika Faeeq meminta izin untuk mengambil tempat di sebelah Ungu. Ungu mengizinkan itu.
" Cik jangan tipu lah.. Saya tahu lah Cik nangis sorang - sorang tadi kan ? Kenapa ? "
Ungu diam. Soalan Faeeq dibiarkan berlalu begitu saja.
" Errr Cik rindukan family Cik ? " kata Faeeq.
Ungu tersentak lalu dia memandang Faeeq di sisi.
" Kau tahu pasal family aku ? "
Faeeq hanya mengangguk.
" Macam mana kau tahu ? "
" Pak Kasim yang bagitahu saya . Cik jangan marahkan Pak Kasim pulak. Saya yang paksa Pak Kasim suruh bagitahu "
Ungu terdiam semula.
" Hmmm Cik sabar banyak - banyak ea . Saya tahu berat untuk terima kehilangan orang yang kita sayang . Lebih - lebih lagi satu family pulak tu. Kalau saya kat tempat Cik pun saya tak kuat tapi...kita sebagai manusia yang masih hidup perlu teruskan hidup. Mungkin Allah lebih sayangkan diaorang sebab tu diaorang pergi dulu . "
" Habis Allah tak sayang aku lah ? " kata Ungu pulak.
" Bukan macam tu Cik. Allah sayang semua hamba - hambanya. Seorang pun tak terkecuali. Hmm Allah nak kita yang masih hidup ni kumpul pahala banyak - banyak. Bekalan untuk akhirat nanti " kata Faeeq tenang.
Ya mama dan papa selalu mengajarnya tentang bab agama ni sebab tu Faeeq lebih arif tentang hal agama. Hah kan dah jadi ustaz Lee Faeeq ni. 😆
" Hmmm ya " kata Ungu mengiyakan kata - kata Faeeq.
" Cik maaf kalau saya nak tegur sikit. Harap cik tak terasa lah ya "
" Hmmm apa ? "
" Cik Ungu ni cantik orangnya "
Glurp ! Ungu telan liur. Ehh dia puji aku ke ni ?
" Lagi cantik kalau Cik pakai tudung ? " kata Faeeq takut - takut.
Ungu tersentak. Deep kau ! Tapi its okay. Okay jugak. Kalau aku berubah kan ?
" Hmm in shaa Allah one day " putus Ungu.
Faeeq hanya mengangguk.
Tetiba Ungu memandang Faeeq semula. Tajam pandangannya.
" Faeeq .."
" Err ya Cik Ungu ? Ke..kenapa Cik pandang saya macam tu ? " kata Faeeq gugup.
" Can I ask you something ? "
" Apa ? "
" Kau ada mix Jepun ke ? " tanya Ungu tiba - tiba.
Faeeq tayang muka blur. Mix Jepun ? Bila masa pulak . Setahu aku , aku mix Cina aje.
" Tak ada lah Cik. Kenapa Cik tanya macam tu ? "
" Tak lah ada rupa selipar sikit ! " kata Ungu lalu melepaskan tawanya.
Bahagia dapat kenakan Faeeq 😝 padan muka.
Faeeq hanya ketawa apabila melihat Ungu ketawa. Bahagia rasanya bila dapat tengok Ungu ketawa macam ni. Hilang stress dohhh.
#Alahai sweet tak Faeeq ni ? Heeee nak tahu apa jadi dengan relay diaorang ? Tunggu chapter seterusnya ya 😉 keep vote and comment guys ❤ please jangan jadi silent reader 😩👊
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro