Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 6

Hari ni dah masuk 3 hari Faeeq tinggal di rumah Ungu. Luka diperutnya semakin hari semakin baik. Keselamatan Faeeq juga terjamin daripada orang - orang suruhan abangnya.

Seketika Faeeq keluar dari rumah untuk bersiar - siar memandang pagi itu udara sangat nyaman memang sesuai kalau Faeeq nak amik udara segar. Hmmm lama dia tak bersua muka dengan Ungu. Entah lah Ungu tak datang melawat dia dah sejak hari tu. Rumah belakang - belakang pun susah nak sua muka.

Faeeq berjalan - jalan di sekitar halaman. Hmm dia memerhati setiap sudut kawasan - kawasan di situ. Luas jugak rumah Ungu ni. Besar gila. Tanah lot pulak tu kan ? Hmmm tetiba Faeeq teringatkan rumahnya. Dia pun ada rumah yang besar gedabak . Rindu nya dekat rumah aku ! Kenapa semuanya jadi macam ni ?

Faeeq melapangkan tangannya lalu menarik nafas dan hembus perlahan - lahan.

Tetiba dia terpandangkan seseorang yang sedang menyentuh bunga orkid tidak jauh darinya.

" Eh tu bukan Ungu ke ? " soal Faeeq seorang diri.

Seketika dia mendekati Ungu. Ungu tidak sedar akan kehadiran Faeeq yang makin mendekatinya.

" Purple " panggil Faeeq.

Ungu menoleh. Terpampang muka Faeeq di sebelahnya. Ungu berginjak ke tepi menjauh sedikit dari Faeeq. Dia ni ke yang panggil aku ? Asal aku dengar macam dia sebut aku purple ?

" Eh awak jangan lah jauh dari saya. Kenapa awak nampak macam takut dengan saya aje ? " kata Faeeq pelik dengan tingkah laku Ungu. Kejap dekat - dekat dengan aku , kejap suka menjauh dari aku. Apehal ?

" Errr kau nak apa ? Kenapa kau jalan - jalan keluar dekat sini ? Kau dah sihat ke ? " bertubi - tubi soalan yang keluar.

Woooo macam mesin gun dia tembak aku !

" Saya saja keluar jalan - jalan . Dah lama sangat terperap dalam bilik tu. Alhamdulillah dah makin okay. "

Ungu tidak memberi respon. Dia hanya memandang Faeeq dari atas hingga bawah.

" Err nama awak Ungu kan ? Kenalkan nama saya Faeeq " kata Faeeq lagi setelah Ungu tidak memberi respon.

" Ermmm " itu saja yang keluar dari mulut Ungu selepas itu dia terus menoleh memandang bunga - bunga di hadapannya.

Erkk ? Macam tu aje ? Pelik lah perempuan ni. Hmmm hah aku dah kena jalankan misi aku ni !

" Ermm awak ... " panggil Faeeq.

Krik krik krik

" Awak boleh kita bercakap sekejap ? " tanya Faeeq lagi.

Krik Krik Krik

Haish minah ni buat derkk aje ngan aku ?

" Purple ! " panggil Faeeq lagi.

Terus Ungu menoleh dengan pandangan yang tajam.

" Apa ? " balas Ungu mendatar. Bising ahh dia ni. Aku nal fokus tengok pokok bunga mama pun kacau !

" Errr ... awak ada kerja kosong tak ? Saya nak kerja kat sini boleh ? " kata Faeeq straight to the point.

Ungu terdiam. Hah nak kerja kat sini ? Pehal pulak ? Dia ni something sangat lah !

" Apa motif awak sebenarnya ? Kenapa nak kerja dekat sini pulak ? " tanya Ungu straight to the point juga.

Haiahhhh berbalas staright to the point pulak 😩

" Errr sebenarnya macam ni ..... "

Ungu mengecilkan matanya memandang Faeeq.

----------------

Yes ! Finally dapat jugak kerja ! Hahahahahaha ni Faeeq lah ! Apa yang dia nak mesti dia dapat punya lah.

Macam mana Faeeq boleh dapat kerja ? Dia dah explain semuanya dekat Ungu ke ? Soal abang Thaqeefnya sekali ke ?

Jawapannya memang tak lah !! Hahahaha sebenarnya Faeeq tipu Ungu semuanya. Faeeq memberitahu Ungu bahawa dia berasal dari kampung . Dia merantau jauh datang ke bandar. Pastu yang pasal 2 orang yang kejar dia tu. Dia cakap dia kena rompak. Semua tu orang - orang jahat yang rompak dia.

Tak sangka pulak yang Ungu boleh simpati dengan cerita Faeeq lalu menerimanya bekerja di situ. Apa pekerjaan Faeeq ?

Ungu menyuruh Faeeq menjadi bodyguardnya ! Hmm memandangkan dia tiada sesiapa lagi ahli keluarga yang rapat so dia memerlukan seseorang yang boleh jaga keselamatan dia bila dekat luar atau kat mana - mana saja. Takkan 24 jam Pak Kasim dengan Mak Min aje yang nak ikut dia , diaorang bukan orang muda lagi and tenaga pun dah kurang. Ungu harap sangat yang Faeeq seorang yang boleh dipercayai. Harap keper

Tetiba Faeeq teringatkan setiap syarat - syarat yang diletakkan oleh Ungu.

" First, kau kena panggil aku  Cik Ungu. Second,  kau boleh guna semua kawasan rumah aku tapi kau tak boleh masuk kawasan bilik aku . Third, kau boleh stay dekat rumah yang belakang rumah aku tu. Fourth jaga keselamatan aku betul - betul and yang ke lima aku tak suka kalau kau tipu aku apa - apa pun. Last ! Aku nak kau ganti balik kebab aku !  "

Itu lah apa syarat - syarat ungu yang masih terngiang - ngiang di telinga Faeeq. HahahHa kebab yang aku tertolak tu pun dia minta balik ? Alahaiii 😂  Rasa lawak pun ada bila diri sendiri kena jadi bodyguard Ungu sedangkan diri sendiri pun sebenarnya perlukan bodyguard. Arghhh lantak lah yang penting aku ada tempat tinggal ! 😂
Pasal abang Thaqeef tu belakang cerita.

Hari ni hari first Faeeq start bekerja. Sejak Faeeq tinggal situ , Faeeq dah mula rapat dengan Mak Min dan Pak Kasim. Rasa macam diaorang tu mama ngan papa dia dah.

" Kerja elok - elok ya Faeeq "

" Baik Mak Min " kata Faeeq yang datang menyinggah makan dekat dapur.

Faeeq sudah bersedia dengan pakaian berkot hitam dan juga tidak lupa kaca mata hitam. Faeeq memang nampak smart dan handsome berpenampilan seperti itu.

Hari ni Ungu nak pergi buat fisioterapi dekat hospital . So Faeeq kena temankan Ungu.

" Cik Ungu ? " tegur Faeeq kepada Ungu yang sedang leka melihat pemandangan kawasan rumahnya.

Seketika Ungu menoleh ke arah Faeeq. Dia sedikit terpegun. Handsomenya ? Tak berkelip mata Ungu dibuatnya.

" Err Cik Ungu ? Boleh kita pergi sekarang ? " tanya Faeeq setelah melihat reaksi Ungu. Hahahaha aku tahu aku handsome hari ni. Mesti Cik Ungu cair kan ? 😝

" Hah ? Oh hah ya ya " kata Ungu lalu melangkah  menuju ke keretanya.

Ungu duduk di belakang. Manakala Faeeq dan Pak Kasim duduk di hadapan. Mereka memulakan perjalanan tanpa sesiapa pun mengeluarkan suara. Keadaan kereta ketika itu amatlah krik krik krik 😩

Hmmm Faeeq seketika berasa pelik. Cik Ungu ni tak ada family ke ? Mana mak ngan ayah dia ? Adik beradik semua tu mana ? Takkan sebatang kera ? Mustahil lah ! Rumah besar pastu ada syarikat pulak tu takkan Cik Ungu yang hasilkan semua tu. Satu lagi , ni hah nak pergi hospital nak buat fisioterapi. Kenapa ? Dia memang sakit ke ? Sejak bila ?

Macam - macam persoalan Faeeq saat ini. Hmmm Ungu sikit pun tak pernah bagitahu pasal diri dia dekat Faeeq.

--------------

Faeeq setia menunggu dari luar bilik fisioterapi. Melihat Ungu membuat fisioterapi. Terbit rasa simpati Faeeq kepada Ungu. Ya semua persoalan Faeeq telah terjawab apabila dia berborak dengan Pak Kasim tadi. Pak Kasim dah ceritakan semuanya tadi . Dari A - Z . Tak sangka Ungu kuat hadap semua ni. Kalau Faeeq belum tentu boleh. Kehilangan mama dan papanya pun dia dah terasa perit. Alhamdulillah mama ngan papa masih hidup.

Hmm macam mana dia nak selamatkan mama dan papanya pun dia tak tahu 😪

Tetiba dia terdengar beberapa derapan kasut orang . Faeeq menoleh ke sisi kanan dia. Alangkah terkejutnya dia ? Derapan kasut orang - orang suruhan abangnya yang mengikuti dia sejak dari rumah Ungu lagi !

Mereka sedang menuju ke arah Faeeq dengan wajah yang amat bengis sekali ! Aduh macam mana diaorang boleh tahu aku stay dekat rumah Ungu ni ?

Seketika Faeeq menoleh melihat Ungu yang tengah sibuk menjalani aktiviti fisioterapinya. Faeeq terus bangun dan berlari pergi untuk menyelamatkan dirinya seketika.

Terus orang - orang suruhan Thaqeef mengejar Faeeq. Haishhh dalam hospital pun diaorang nak buat hal ?!

Ungu dah selesai buat rawatan tapi batang hidung Faeeq masih tidak kelihatan. Mana dia ni hah ? Macam ni ke nak jadi bodyguard ? Haishh !

Ungu berjalan seorang diri di kawasan lorong bilik terapi yang agak sunyi tu sendiri. Mungkin Faeeq ada di sekitar situ kot kan ?

Baru saja beberapa langkah Ungu berjalan tiba - tiba dia terserempak dengan Faeeq yang tercungap - cungap .

" Faeeq ? "

" Ci..k ..Ungu maaf saya lambat. Ta..di..saya pergi toilet kejap ... " tipu Faeeq.

" Toilet ? Habis asal kau berpeluh sangat ni ? Dengan lebam kat hidung tu kenapa ? "

Arghhhhh kantoi ! Ni mesti sebab tadi bertumbuk sedikit dengan orang - orang suruhan abangnya. Nasib kali ni kemenangan berpihak kepada Faeeq. Faeeq dapat belasah orang - orang suruhan abangnya pulak.

" Errr hidung ni..tadi pergi toilet saya terlanggar pintu masuk " tipu Faeeq lagi.

" Ish kau ni macam - macam lah. Dah lah aku nak balik ni. Fisioterapi dah habis. " kata Ungu.

" Oh ya ka ? Okay jom balik wahai Cik Puteri " ajak Faeeq.

" Siapa Cik Puteri ? Aku Cik Ungu lah " bidas Ungu lalu beredar meninggalkan Faeeq terlebih dahulu.

Erkkkk! Aku tahu lah dia Cik Ungu tapi dia Cik Puteri Raja di hati aku 😍 aceywahhhh 👏

Seketika Faeeq mengejar langkah Ungu dari belakang.

#Heeeee siapa suka watak Faeeq ni ? Cer comment ❤ keep vote and comment guys 😉

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro