Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 4

" Asal aku tak boleh dengar isi hati dia ea ? " desis hati Ungu.

" Kenapa dengan dia ni ? Berhoodie bagai ? Senyum pun tak ? " desis hati Faeeq juga.

Seketika Ungu mengundur beberapa langkah ke belakang. Seakan - akan takut dengan Faeeq . Pelik ! Sangat pelik kenapa semua hati orang dia boleh baca tapi tidak berkesan langsung pada manusia di hadapannya sekarang ?

Faeeq terkejut dengan reaksi Ungu.

" Errr Cik okay ke ? Kenapa Cik mengundur ? " tanya Faeeq gugup. Takut perempuan ni gila agaknya. Tu nampak lain macam..

Unggu terus menoleh dan beredar dari situ. Faeeq tidak mengejar dibiarkan saja Ungu berlalu pergi.

" Kenapa dia macam takut aje dengan aku ? Aku nampak macam hantu ke ? Handsome kot aku ? Belum pernah mana - mana perempuan yang menjauh dari aku. Gila kot perempuan tu ? " ngomel Faeeq seorang diri.

Seketika Faeeq menoleh ke belakang . Baru dia ingat apa motifnya lari - lari sampai terlanggar orang. Sebenarnya Faeeq tengah melarikan diri daripada orang - orang suruhan abangnya. Sejak pertelingkahan tadi tengah hari dengan abangnya. Abang Thaqeef bertekad nak kurung dia sehingga umurnya mencapai 23 tahun. Sebab apa ? Sebab umur 23 tahun lah baru semua harta Faeeq diserahkan.

Pastu abangnya jugak takut kalau Faeeq melaporkan tentang kes mama dan papanya kepada pihak polis. Ya Faeeq tahu sesuatu akan kemalangan papa dan mamanya. Semua tu dah dirancang oleh abangnya.

Dia tahu semua itu melalui apa yang dia lihat semasa dia menyentuh bahu abangnya tempoh hari...

Faeeq dapat melihat abangnya pergi melawat papa dan mamanya yang terbaring sakit di atas katil di sebuah bilik yang Faeeq sendiri tidak tahu di mana. Hmm alhamdulillah mama dengan papa masih hidup. Dia tak sangka yang abang kandungnya sendiri sanggup buat semua ni semata - mata demi harta ! 😪💔

" Tuan Faeeq ! " jerit salah satu orang suruhan Thaqeef yang bernama Raizman.

Raizman dan kawannya seorang lagi yang bernama Fizo sedang mengejarnya lagi di belakang . Arghhhhh diaorang ada lagi ! Faeeq meneruskan lariannya semula !

---------------------------

Tak sangka pula Ungu berdekatan Tasik di situ ada buka pasar malam. Memandangkan sekarang dah pukul 6 petang so ramailah yang pergi pasar malam.

Tiba - tiba Ungu teringin nak makan kebab ayam. Hmm selalu mama atau papa yang beli kebab ayam untuknya bila pergi pasar malam.

Hah ? Orang kaya pun pergi pasar malam ke ? Ya lah . Mama dan papa tak pernah rasa kekok pergi pasar malam. Sebab apa ? Sebab mama dengan papa tak macam orang kaya lain . Yang hanya memandang kemewahan dan darjat semata - mata. Mama ngan papa juga selalu mengajar kami adik beradik untuk hidup susah. Untuk hidup macam orang lain.

Perut juga sudah berbunyi minta di isi. Sepantasnya Ungu mencari gerai yang menjual kebab ayam. Hanya beberapa tapak saja , Ungu telah menjumpainya. Ungu pun beli lah kebab ayam.

Setelah kebab ayam itu siap , Ungu terus membuka balutannya lalu ngapp ! Hahahaha sambil berjalan - jalan mencuci mata melihat makanan - makanan lain , mulut juga tidak berhenti membuat kerja mengunyah kebab ayam ! Serious sedap gila namateyyy 😭❤

Sambil berjalan dan makan kebab tu . Banyak jugak lah isi hati orang yang duk beli kat pasar malam tu. Bermacam - macam jenis isi hati orang antaranya ...

' Haish lama betul lah nak beli chicken wing ni pun '

' Heee abang yang jual murtabak tu handsome lah '

' Aduh lupa pulak tadi mak aku suruh beli apa lagi ea ? '

Lebih kurang macam tu lah isi hati - isi hati orang yang Ungu dengar tapi hanya ada satu yang menarik perhatiannya.

' Hmm budak ni silap kira ke apa ? Tak cukup lagi 2 ringgit lah baki ' desis hati seorang makcik berumur lebih kurang 50 an gitu.

Ungu berhenti melangkah dan makan sekejap di belakang makcik tersebut lalu ....

" Kak ! Baki makcik ni tak cukup lagi 2 ringgit " kata Ungu selamba lalu meneruskan langkahnya.

Makcik tersebut sedikit tersentak ! Lalu menoleh memandang figura Ungu yang berlalu meninggalkannya.

" Macam mana dia boleh tahu ea ? Dia dengar apa yang aku cakap ke ? " desis hati Makcik tu.

" Maaf makcik saya silap kira tadi. Nah baki makcik lagi 2 ringgit " kata kakak si penjual jagung.

Makcik itu hanya mengambil baki bersama senyuman lalu beredar.

" Nasib baik budak tu yang tolong tegurkan " omel Makcik tersebut.

Hahahahahaha tolong orang lagi si Ungu ni.

Ungu meneruskan kerjanya memakan kebab. Namun hanya beberapa langkah kebahagiaan Ungu mengap kebab itu hanya seketika apabila ada seseorang yang berlari melanggarnya lagi. Hahahaha siapa lagi kalau bukan Faeeq ! Dia lari ke arah pasar malam supaya orang - orang suruhan abangnya susah untuk mencarinya.

Habis bersepai jatuh kebab Ungu atas jalan ! Weyhhhhhh bongok punya manusia mana yang langgar aku ni !!! 😤😤😤😤😤 kebab aku !!!

" Sorry - sorry " kata Faeeq lalu meneruskan lariannya. Kali ni dia dah tak berhenti macam tadi.

" Ehh . Mamat tadi lagi lah ! Arghhh stress betul lah aku dengan dia ! Tengok lah kalau aku jumpa dia lagi . Aku nak suruh dia gantikan kebab aku balik ! Aku tak kira ! " ngomel Ungu di dalam hati. Malu nak cakap kuat - kuat kejap lagi kang orang - orang pasar malam marah pulak..

Hmmm nasib kau lah Ungu dapat makan kebab tu separuh aje. Nasib baik sempat rasa kalau tak kempunan aku weyhhh !

Ungu meneruskan langkahnya.

Jam menunjukkan pukul 7 malam. Ungu menunggu kehadiran Pak Kasim menjemputnya. Ungu menunggu di suatu kawasan yang agak sunyi jugak. Entah lah dekat sini aje Pak Kasim senang nak jemput dia.

Tiba - tiba kesunyian itu diganggu dengan bunyi orang - orang yang tengah bergaduh. Alamakkk apa pulak scene kali ni ?

Ungu dengan berani mencari bunyi tersebut sehinggallah dia menjumpainya. Kelihatan ada 2 orang lelaki yang berkot hitam sedang menumbuk - numbuk seorang lelaki. Seorang lelaki itu memegang pisau di tangannya. Lelaki yang ditumbuk itu cuba melawan 2 orang lelaki tersebut.

Hmmm mani aci 1 by 2 😩

Tiba - tiba lelaki yang memegang pisau itu tidak sengaja tertusuk perut lelaki yang diaorang pukul tu.

Ungu sedikit tersentak lalu dia mengeluarkan phonenya dan melakukan sesuatu.

Tiba - tiba kedengaran bunyi siren kereta polis yang amat kuat ! Habis kedua - dua lelaki tersebut lari lintang pukang dari tempat kejadian. Hahaha sebenarnya itu semua kerja Ungu. Phone ungu ada tersimpan bunyi sebegitu akibat abangnya lah yang simpan dekat dia. Thanks abang ngah ! Berguna sangat !

Setelah Ungu memastikan tiada lagi 2 orang itu , Ungu terus mendekati lelaki yang ditusuk dengan pisau tadi. Kelihatan dia susah bernafas tapi ....eh ni bukan mamat yang langgar aku tadi ke ? Terbuntang mata Ungu dibuatnya.

Aku nak buat apa ni ? Aduhh...

" Err kau okay tak ni ? " tanya Ungu gugup.

Ehh soalan bodoh apa yang kau tanya ni Ungu ? Jelas - jelas dia kena tikam kan ? Gila kau kalau dia okay ?

" Hah ! Jap aku call ambulans ! " kata Ungu.

Baru saja Ungu nak tekan no 999 tiba - tiba kakinya dipegang Faeeq ...

" Ja..ja..jangan...call..ambulans..." rintih Faeeq nyawa - nyawa ikan lalu terus matanya tertutup rapat !

Ungu tersentak ! Kenapa dengan dia ni ? Jangan call ambulans ?

-------------------------
Ungu hanya meneliti wajah lelaki yang mix Cina dihadapannya sekarang. Hmmm akibat Faeeq tak bagi dia call ambulans. So Ungu terpaksa membawa Faeeq balik ke rumahnya. Dia dah tak tahu nak bawa Faeeq kemana. Nak ditinggalkan kesian pulak. Tak baik tak tolong orang bila dia susah. Nanti kita susah dia pulak yang tolong kita kan ?

Pada mulanya Pak Kasim amat terkejut jugak bila tiba - tiba Ungu menyuruhnya membawa balik seorang lelaki yang dia sendiri tidak kenal. Dengan baju yang penuh dengan darah.

Tapi apabila Ungu dah terang dari A - Z baru dia faham dan mengikut arahan Ungu.

Ungu menempatkan Faeeq di rumah sederhana yang papa ada bina di belakang rumah mewah mereka. Rumah tu tak digunakan pun so boleh lah Ungu menempatkan Faeeq di situ. Ungu juga telah memanggil doktor peribadi keluarganya untuk memeriksa keadaan Faeeq . Luka diperut Faeeq tidak lah terlalu dalam. Doktor menyuruh Faeeq berehat secukupnya. Doktor peribadi Ungu iaitu doktor Zarifah pelik melihat lelaki tersebut. Bila masa ada lelaki ni dalam keluarga Dato Hadi ? Pelik ! Dia tak pernah tengok pun . Sebab doktor Zarifah memang rapat dengan keluarga Dato Hadi.

Namun cepat - cepat Ungu cover lain cakap ni sepupu dia.

Doktor Zarifah hanya akur dengan kata - kata Ungu.

Hmmmm setakat ni. Faeeq masih tak sedarkan diri. Dia tertidur lesu.

" Siapa kau yang sebenarnya hah ? Kenapa kau tak bagi aku call ambulans ? Siapa dua orang lelaki yang cederakan kau tu ? " desis hati Ungu sambil memerhati setiap inci muka pucat Faeeq. Bermacam - macam soalan bermain di fikiran Ungu.

Dia ni ada mix Cina kan ? Bila pandang lama - lama nampak cute pulak 😂

Seketika Ungu beredar dari bilik Faeeq. Tak boleh lama - lama . Tak manis dipandang orang.

#Keep vote and comment guys ❤ jgn jdi silent reader ya 😊

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro