Bab 35 ( Final )
Habis sakit - sakit satu badan dibuatnya. Mana taknya sakit kalau teruk kena belasah. Buka - buka aje mata Faeeq sedar dirinya sudah terikat dibangku yang didudukinya. Faeeq memerhati sekeliling.
Dia ada dalam bilik yang agak usang ! Kenapa dia boleh ada dekat sini pulak ? Bukan dia ada dekat pantai ke ? Kejap !
Faeeq cuba mengingat semula apa yang terjadi selepas Kay berlalu pergi meninggalkan dirinya seorang diri. Hah ! Pastu tetiba ada yang pegang bahu aku and bila aku toleh aku nampak.....
Klak ! Pintu bilik ditolak dari luar. Faeeq terus memandang tepat ke arah pintu itu, lagi pula memang kedudukannya betul - betul berhadapan dengan pintu tersebut.
" Welcome back Lee Faeeq..."
Ya aku nampak abang Thaqeef dengan orang - orang suruhan dia ! Arghhhh ! Pastu diaorang lawan dengan aku , diaorang tumbuk aku. Diaorang paksa aku untuk balik.
" Abang ! Apa yang abang cuba buat ni ?! " tanya Faeeq kasar.
Thaqeef melangkah setapak demi setapak ke arah Faeeq.
" Kau yang nak lari dari aku kan ? So ni la jadinya. " kata Thaqeef sinis.
" Kau memang tak guna lah abang ! Asal hah ? Kau kena ganggu hidup aku ?! Kau tahu tak disebabkan kau lah , rumah tangga aku porak peranda ! " kata Faeeq lagi.
Thaqeef terdiam seketika.
" Family kita juga kacau bilau sebab kau abang ! Kau ingat aku tak tahu ke kau yang upah orang potong brek kereta arwah papa kan ? Kau nak bunuh kitaorang kan ? Kau jahat abang ! Kau terlalu pentingkan diri. Kau tak puas hati kan yang aku dengan mama masih selamat ? " luah Faeeq akhirnya.
Faeeq tersenyum sinis.
" Finally ! Kau mengaku juga ea yang kau dah tahu pasal brek kereta tu. Hahahahaha pandainya kau ni ea sebab dapat tahu semua tu ...Eh tapi kau bodoh lah sebab kau masih berdiam diri. Dah tahu tu asal kau tak laporkan pada polis aje ?! " kata Thaqeef sinis lalu menarik rambut Faeeq kuat sehingga Faeeq terdongak ke arah muka Thaqeef.
" Arghhhh " Faeeq mengerang kesakitan.
" Tu lah kan asal kau tak mati aje dengan mama tu. Ni tak hidup menyusahkan orang aje. Dah lah aku suruh dapatkan Hadi Holding tu pun tak boleh! Lembap ! Menyesal aku ada adik macam kau ni ! " jerkah Thaqeef di hadapan muka Faeeq. Tarikan rambut Faeeq masih tidak dilepaskan.
Faeeq hanya mampu menjerit kesakitan. Rasa macam nak tercabut dho rambut aku. Kejam punya abang !
" Tapikan....aku pelik mana isteri kau lari ea ? Kalau aku tahu kau akan rosakkan segala rancangan aku macam ni. Lebih baik aku aje yang kahwin dengan Ungu Mikayla tu even papa tak cakap macam tu. Orang tua tu pun satu bodoh buat wasiat untuk kau aje. " kata Thaqeef lalu melepaskan rambut Faeeq.
Faeeq tersentak. Apa ? Papa tak cakap macam tu pun ?
" Apa maksud kau abang dengan papa tak cakap macam tu pun ? " tanya Faeeq lemah.
" Opps ! Alaaa terlepas cakap pulak. Hahahaha actually , wasiat yang cakap pasal kalau kau tak nak teruskan perkahwinan dengan Ungu Mikayla dan aku boleh gantikan tu tak pernah wujud pun. Aku yang reka sendiri. Papa just tulis yang kau perlu kahwin dengan Ungu Mikayla aje. Selebihnya semua aku yang tokok tambah. " jelas Thaqeef.
Faeeq terkelu. Ya Allah apa ni ? Kalau aku tahu semua tu palsu aku takkan teruskan perkahwinan tu. Hmmm aku tak perlu libatkan Ungu pun dalam hal ni.
" Haish menyesal pulak aku tak kahwin dengan Ungu Mikayla tu kalau tak Hadi Holding mesti dah jadi milik aku sekarang ni kan ? "
" Tak ! Kalau ya pun Faeeq takkan biarkan semua tu terjadi. Please lah abang jangan libatkan Ungu dalam hal ni ! Jangan rampas hak orang ! " kata Faeeq.
" Eh yang kau nak back up sangat si Ungu tu dah kenapa ? Tak payah lah nak tunjuk yang kau care sangat pasal dia ? Lagipun pada mulanya kau memang tak nak teruskan pun kan perkahwinan tu. Sebab kau pernah cakap yang kau takkan kahwin dengan orang yang kau tak kenal kan ? "
Faeeq tertunduk lemah akhirnya. Lama juga dia berkeadaan seperti itu. Tetiba kelihatan air mata Faeeq jatuh satu persatu.
Thaqeef tersentak. Tak pernah dia tengok adiknya akan menangis lemah seperti ini. Ya dia tahu dia terlalu kejam dengan darah dagingnya sendiri namun apa kan daya ego dan hasutan syaitan semakin menjadi - jadi.
" Faeeq...sayangkan Ungu... " luah Faeeq akhirnya. Faeeq mengangkat mukanya yang dah penuh dengan air mata.
Thaqeef diam.
" First sight lagi Faeeq dah sayang dan cintakan Ungu. Sebab abang , sebab abang ada agenda jahat macam ni lah Faeeq nak batalkan perkahwinan tu. Faeeq tak nak Ungu terlibat dalam hal ni. Tolong lah abang...Faeeq merayu sangat - sangat jangan kacau Ungu. Biarkan dia hidup bahagia. Kalau abang tak suka sangat Faeeq. Abang bunuh aje Faeeq. Bunuh Faeeq kalau tu boleh buat abang puas. " luah Faeeq bersama air matanya yang bercucuran turun. Ya Faeeq terasa dirinya agak lemah saat ini.
" Hmm aku takkan bunuh kau dan aku takkan lepaskan Ungu Mikayla selagi aku tak dapat apa yang aku nak. " kata Thaqeef masih lagi dengan egonya lalu beredar keluar.
Pintu ditutup dan dikunci semula. Hanya tinggal Faeeq seorang diri lagi. Faeeq tertunduk lemah.
----------------
Beberapa jam kemudian,Faeeq tertidur lesu di bangku yang sedang dia duduki. Setelah itu Faeeq baru tersedar. Faeeq membuka matanya perlahan - lahan. Hmm nak buat apa pun tak boleh. Faeeq rasa lemah sangat bila terus menerus diikat seperti itu. Ya Allah, kalau ni dah takdir aku,aku redho. Hmm lindungi Ungu Ya Allah. Lindungi dia walau di mana dia berada sekali pun.
Klak ! Pintu bilik yang Faeeq diami dikuak perlahan - lahan. Masuk seseorang yang amat Faeeq kenali dan yang selalu datang tepat pada masanya.
" Kay ? "
Seperti biasa Kay berpakaian hoodie,mask hitam dan cermin mata hitam.
Seketika Kay mendekati Faeeq lalu menolong Faeeq membuka semua ikatan.
Faeeq dibangunkan seketika.
" Kau okay ? " tanya Kay.
Faeeq masih terpaku melihat Kay di hadapannya. Siapa Kay sebenarnya ? Kenapa dia selalu bantu aku ?
" Macam mana awak tahu saya ada dekat sini ? " tanya Faeeq.
" Ermm macam mana aku tahu tu tak penting, yang penting sekarang ni kita kena cepat - cepat keluar dari sini " ajak Kay.
Faeeq tayang muka toya. Haish time - time macam ni lah otaknya menjadi lembap untuk memproses.
Spontan Kay terus mencapai tangan Faeeq dan dia genggam erat lalu menarik Faeeq keluar dari bilik tu.
Faeeq tersentak namun dia mengikuti setiap langkah Kay. Namun ada sesuatu yang mengetuk hatinya.
" Pegangan tangan ni macam ...." desis hati Faeeq.
Tetiba Faeeq teringatkan sesuatu.
" Genggam tangan saya kalau awak rasa
takut "
" Pegangan tangan Kay rasa macam tangan Ungu lah. Serious rasa sama. " monolog hati Faeeq.
Jalan - jalan punya jalan tanpa pengetahuan Thaqeef dan orang - orang suruhannya tetiba di suatu kawasan mereka bertembung jugak dengan Thaqeef dan beberapa orang suruhannya.
" Woiiii ! Korang nak lari mana hah ?! " kata Thaqeef kuat.
Seketika orang - orang suruhan Thaqeef berlawan dengan Kay dan juga Faeeq. Kekadang Kay dan Faeeq tewas dan kekadang orang Thaqeef juga tewas.
Akhir sekali orang - orang Thaqeef pun tewas. Tinggallah di situ hanya Kay , Faeeq dan Thaqeef.
" Kau siapa ? Kenapa kau tolong selamatkan Faeeq ?! " tanya Thaqeef begang.
Kay hanya mendiamkan diri. Faeeq menoleh memandang Kay di sisi. Betul juga cakap abang Thaqeef , kenapa Kay ni nak tolong selamatkan aku sangat ? Dia siapa ?
" Aku cukup pantang kalau orang luar kacau aku punya plan ! Kau ni memang nak mati agaknya ?! Apa untung kau kalau kau tolong Faeeq ? Hah ? " marah Thaqeef.
Kay tersenyum sinis disebalik mask hitamnya. Dia juga melemparkan tatapan tajam disebalik cermin mata hitamnya.Seketika Kay menyelak topi hoodie. Terpapar lah Kay yang bertudung hitam.
Thaqeef dan Faeeq sedikit terkejut. Apa ? Dia perempuan ? Dia belasah semua orang - orang ni tapi dia sebenarnya perempuan ? Biar betul ? Kuat gila lah.
Seketika Kay membuka cermin mata hitamnya. Akhirnya sekali , mask dimulutnya. Faeeq dan Thaqeef tersentak hebat. Apa ? Tak mungkin !! Betul - betul gila ni 😱
" Un..gu..? " kata Faeeq gugup.
Ungu menoleh memandang Faeeq di sisi. Dia mempamerkan senyuman manis kepada Faeeq. Senyuman yang amat dirindui oleh Faeeq untuk 2 bulan lebih ini.
" Ungu ?! " kata Thaqeef agak terkejut.
Ungu menoleh semula ke arah Thaqeef.
" Kenapa ? Terkejut ? Abang Thaqeef cari Ungu sangat kan ? Hah sekarang Ungu dah ada kat depan mata abang. Puas hati ? " kata Ungu pulak sinis.
Serious Ungu kali ni lebih berani beebanding Ungu yang sebelum ni.
" Tapi...maaflah Ungu takkan sesekali lepaskan syarikat Hadi Holding dekat tangan yang hati busuk macam abang ! You to cruel abang ! Selfish ! " kata Ungu berani.
" Kau Faeeq ! Kau dah gagalkan rancangan aku ! Disebabkan kau , kau tengok Ungu dah tahu semua benda. Kau memang patut mati ! " kata Thaqeef bengang seraya mengacukan pistol ke arah Faeeq.
Faeeq tersentak. Begitu juga Ungu.
" Abang sanggup nak bunuh Faeeq ? Faeeq adik kandung abang, abang sanggup nak bunuh ? Hanya sebab harta - harta bodoh tu ? " kata Faeeq sebak. Sebak sangat sebab dia diperlakukan macam ni.
Mana abang Thaqeefnya yang dulu selalu back up dia bila dia kena buli dekat sekolah ? Mana abang Thaqeef yang dulu selalu kongsi makanan dengan aku ? Mana abang Thaqeef yang selalu berkongsi mainan dengan aku ? Kenapa abang Thaqeef berubah macam ni sekali ?
" Aku peduli apa. Kau memang patut mati ! "
Bang ! 🔫
Faeeq tersentak ! Kenapa ? Sebab peluru dah menembusi jantungnya ke ? Tak bukan Faeeq yang menerima tembakan itu tapi...
" Ungu ..." desis hati Faeeq.
Ungu memeluk erat Faeeq dihadapan dengan pantas sekali.
Faeeq hanya terpaku. Ya Allah. Tak mungkin. Tak mungkin kali ni pun...Ungu...Ya Allah 😭😭
---------------------
Beberapa tahun kemudian. Faeeq membersihkan kawasan kubur orang yang amat tersayang dan istimewa dalam hidupnya. Hmmm kejap aje rasa dah berapa tahun dia kehilangan orang itu. Hmmm moga tenang di sana ya. Faeeq mensedekahkan al Fatihah.
Faeeq kena redho atas setiap kententuan ilahi walaupun ia berat bagi Faeeq untuk menempuhi hidupnya.
Seketika Faeeq beredar pulang ke rumahnya. Ingin bertemu dengan mamanya. Alhamdulillah mama dah makin sembuh sekarang. Dah boleh berjalan tapi masih memerlukan tongkat dan juga sudah boleh bercakap seperti biasa semula. Semua berkat kuasa Allah 💕
" Assalamualaikum mama.." sapa Faeeq seraya melangkah masuk ke dalam rumah.
Kelihatan mama Faeeq iaitu Suraya sedang menonton televisyen. Faeeq memeluk mamanya dari belakang lalu pipi orang tua itu dicium.
" Faeeq dah balik sayang ? " kata mama.
" Ya lah mama. Ni mama dah makan ubat belum ? " balas Faeeq.
" Sudah. Faeeq jangan risaulah. Mama always on time. " kata mama.
" Iya lah tu. Okay lah ma...Faeeq nak pergi dapur kejap ea. Dahaga lah. " kata Faeeq.
Suraya hanya mengangguk. Seketika anak lelakinya itu beredar pergi ke dapur.
Di dapur kelihatan ada 2 orang perempuan sedang sibuk memasak. Faeeq memeluk tubuh salah satu perempuan itu dari belakang..
" Sayang ...sayang masak apa ni ? " tegur Faeeq.
" Sayang masak makanan favourite abang lah." kata Ungu.
Eh ? Ungu masih hidup ? Habis tadi kubur siapa yang dilawat Faeeq ?
" Wahh bestnya. Masak sedap - sedap sikit tau sayang " arah Faeeq mengada.
Pelukan dieratkan. Haish suami aku ni. Aku nak masak pun payah..
" How baby today ? " tanya Faeeq tiba - tiba lalu mengusap perut Ungu yang sudah membesar. Tunggu hari nak bersalin aje ni.Tu pun boleh lagi masak itu ini.
" Ermmm okay tapi ada rasa sakit sikit - sikit lah. " adu Ungu.
Faeeq terus meleraikan pelukan.
" Mak Timah tolong teruskan masak masakan Ungu ni ya. " kata Faeeq.
Seketika sudip bertukar tangan. Faeeq terus menarik Ungu keluar dari ruangan dapur.
" Ish apa abang ni ? Orang tengah masak kan ? Ada pulak suruh mak Timah masak sorang - sorang. Kesian dia. " bebel Ungu tanda protes.
Langkah mereka terhenti di kawasan antara meja makan dan dapur.
" Sayang awak tu tengah pregnant dan bila - bila masa aje nak bersalin. Boleh tak rest sikit ? Jangan buat kerja itu ini. Haish degil lah. " kata Faeeq lembut. Tidak mahu membuat hati si isteri terguris. Ye lah perempuan pregnant ni kan hatinya ibarat sehelai tisu yang amat lembut. Cehh kau Faeeq 😂
Ungu tayang mucung itik sedepa. Acah - acah protes konon.
" Please ? Dengar cakap abang. Kali ni aje. Okay ? Jom rest. " pujuk Faeeq lembut lalu meraih tangan si isteri.
Akhirnya Ungu cair juga hahahaha i kennot lah kalau Faeeq pujuk macam tu. Comel sangat 😂❤
Hah berbalik pada persoalan tadi , macam mana Ungu boleh selamat ? Sedangkan memang Ungu peluk Faeeq a.k.a selamatkan Faeeq masa tu ? Habis kubur yang dilawat tadi kubur siapa ? Act tadi Faeeq pergi lawat kubur arwah papanya.
*Flashback*
Bang ! 🔫
Faeeq tersentak ! Kenapa ? Sebab peluru dah menembusi jantungnya ke ? Tak bukan Faeeq yang menerima tembakan itu tapi...
" Ungu ..." desis hati Faeeq.
Ungu memeluk erat Faeeq dihadapan dengan pantas sekali.
Faeeq hanya terpaku. Ya Allah. Tak mungkin. Tak mungkin kali ni pun...Ungu...Ya Allah 😭😭
Tubuh Ungu terus lemah di pelukan Faeeq.
" Ungu ! " jerit Faeeq sambil cuba menahan tubuh Ungu daripada jatuh.
Thaqeef sudah tersenyum sinis.
" Jangan bergerak ! Letakkan senjata anda ! Anda telah dikepung ! " arah seorang polis yang tetiba masuk ke tempat mereka.
Thaqeef kehilangan kata. Dia tidak mampu berbuat apa - apa lagi kerana ada beberapa polis lagi yang menyerbunya. Akhirnya Thaqeef di tangkap polis.
Faeeq pula memeluk Ungu kuat. Air matanya sudah turun laju.
" Ungu ! Bangun lah Ungu ! Jangan tinggalkan Faeeq lagi. Faeeq sayangkan Ungu. Kenapa Ungu biarkan diri Ungu tercedera lagi hanya sebab nak selamatkan Faeeq ! " luah Faeeq sambil tersedu sedan , pelukan juga dieratkan apabila Ungu sudah tidak bergerak lagi.
" I loveyouu too Lee Faeeq " sebut Ungu tetiba.
Ungu membalas pelukan Faeeq. Faeeq sedikit tersentak ! Hah ? Ungu okay ?
Seketika pelukan dilepaskan.
" Ungu ? "
Seketika Ungu mengesat air mata Faeeq.
" Sudah lah jangan lah lemah sangat. Asyik nak nangis aje kerja awak ni kan? Lembik betul lah." kata Ungu bersama ketawa kecil.
Faeeq tayang muka pelik. Dia terpinga - pinga. Apa ni ? Ungu mainkan dia ke apa?
" Awak ingat saya tak fikir semua ni akan berlaku ke ? Saya takkan biarkan pisang berbuah dua kali. Awak mesti pelik kenapa saya tak mati pun bila kena tembakan tu kan ? " jelas Ungu teliti.
Faeeq terdiam.
" Ni hah saya pakai baju kalis peluru lah kat dalam. Saya tahu abang Thaqeef akan tembak saya lagi. So saya dah get ready. Saya dah bersiap sedia dengan terperinci sekali. Saya nak akhirkan semua ni Faeeq. " jelas Ungu lalu meraih tangan Faeeq.
Akhirnya Faeeq baru faham. Selepas semuanya sudah selesai, Ungu akhirnya menjelaskan ke mana dia pergi selama ni. Kemana dia menghilang.
Sebenarnya selepas Ungu dah tahu semua rahsia Faeeq. Ungu memang marah, memang kecewa dan nak minta cerai dengan Faeeq tapi semua niatnya tu terhenti apabila Ungu baca setiap catatan Faeeq di dalam diari Faeeq. Ungu baru sedar yang Faeeq juga menderita dan Faeeq juga buat semua tu hanya kerana ini menyelamatkan nyawa Ungu daripada Thaqeef.
Maka, Ungu hanya berlakon supaya abang Thaqeef tahu yang Ungu dan Faeeq bergaduh teruk. Ungu juga sudah tahu tentang keadaan mama Faeeq iaitu ibu mentuanya. Ungu juga tahu tentang siasatan Faeeq tentang kemalangan 5 tahun lalu berpunca dari Thaqeef yang memotong brek kereta. Baru Ungu sedar semua ni dah takdir Allah. Bukan salah Faeeq atas kematian family Ungu.
Lepas dari tu, Ungu terus bertekad untuk tumpaskan Thaqeef. Ungu mula mencari guru yang boleh mengajar seni mempertahanan diri kepadanya. Sebab tu Ungu jadi kuat dan berani macam sekarang. Pastu Ungu juga mengumpulkan semua bukti - bukti aktiviti penyelewengan wang syarikat yang Thaqeef buat, upah orang untuk sabotaj orang semua tu lalu dia melaporkannya kepada pihak polis.
Begitulah cerita disebalik kehilangan Ungu selama 2 bulan lebih ❤
*End Flashback*
--------------
Faeeq mundar mandir di hadapan labour room. Tidak senang duduk dibuatnya. Mana taknya , isteri kesayangannya sedang bertarung nyawa untuk melahirkan anak mereka yang pertama.
" Faeeq , sabar. Meh duduk dulu " kata mama.
" Tak apa ma..Faeeq tak nak duduk. Faeeq risaukan Ungu , risaukan anak Faeeq. " luah Faeeq resah.
" Faeeq .. in shaa allah Ungu selamat " kata Adriana pulak.
Mak Min dan juga Pak Kasim ada bersama menunggu di luar labour room.
Tiba - tiba seorang nurse keluar dari labour room.
" Errr suami Puan Ungu ke ? "
" Ya saya nurse. Ada apa? Isteri saya okay ke ?"
" Ermm Puan Ungu sekarang ni dia tengah lemah sangat dan dia tak boleh nak push lagi. So doktor minta kalau boleh suami dia ada dekat sisi dia ? " kata nurse.
Tanpa berkata apa - apa lagi, Faeeq terus menerjah masuk ke labour room. Dia terus mendapatkan Ungu.
Faeeq mengenggam tangan Ungu yang kian lemah saat ini. Kelihatan mata Ungu juga semakin mengecil.
" Ungu...kuat sayang. Kuat demi abang, demi family , demi anak kita " bisik Faeeq ditelinga Ungu.
Dalam beberapa minit kemudian, Ungu kembali mendapatkan kekuatannya. Ni semua berkat ucapan Faeeq di telinganya tadi. Matanya juga dibuka perlahan - lahan. Terpapar wajah Faeeq di sisi. Ungu membalas genggaman Faeeq.
Akhirnya dalam beberapa minit lepas tu, Ungu berjaya melahirkan anak mereka yang pertama. Ya Allah terima kaseh kerana membantu hambamu. Faeeq dan Ungu telah dikurniakan cahaya mata perempuan. Hee muka ada iras - iras Faeeq and mata tu sepet hahahah well mix Chinesse right ? 😂💕
Semua ahli keluarga bahagia sangat dengan kehadiran si kecil yang dinamakan Keisha Al-Zahra ❤ Ya Allah moga kau curahkan setiap kebahagian kepada keluarga ini.
Hah semuanya telah selesai. Akhirnya kebahagiaan itu menjadi milik Faeeq dan Ungu. Elenaa dan Eijaz juga sudah hilang entah ke mana selepas Faeeq memberi amaran hari tu, mungkin diaorang dah sedar kot yang cinta tidak boleh dipaksa. Hmm biarkan ja lah diaorang tu 😂
Sesungguhnya aturan hidup kami adalah aturan yang terbaik yang pernah engkau kurniakan. Alhamdulillah 😊❤
- TAMAT -
#Yeahhhhh finally habis juga cerita ni 💕 macam mana endingnya ? Best tak ? Comment please 😚 Hee tak sangka habis dah karya author yang ke 5💆 heeee dalam masa nak dekat 2 tahun ni tak sngka boleh buat smpai 5 karya 😂 i just try my best 💕 Thanks a lot kepada para pembaca yang rajin vote and comment and kepada silent reader pun thanks jugak . Author hargai sgt🌸 ok guys mungkin author nak rest untuk seketika drpd buat story baru. Mungkin lps ni klw ada msa author just akn update special edition untuk cerita2 sebelum ni aje ya 😊 so keep vote and comment untuk chapter last ni. Jangan lupa author and see you again bye ! Love uolls - Ieqah Kazumi -
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro