Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 34

Macam biasa, berpakaian hoodie tak lepas. Mask di mulut juga menjadi peneman. Cermin mata hitam juga tidak dilupakan.

Mereka duduk berdua di bawah pokok yang rendang berdekatan dengan pantai. Dalam beberapa minit jugak lah suasana menjadi sepi hanya burung - burung yang berkicauan.

" Erm..awak ni siapa sebenarnya ? " tanya Faeeq sambil tidak lepas memandang figura di sebelahnya.

" Aku perlu jawab ke soalan kau tu ? Tak kot rasanya. " jawab orang itu agak kasar. Suaranya seakan - akan macam lelaki tapi hati Faeeq kuat mengatakan suara itu suara perempuan tapi entah lah. Biarlah suara sapa pun.

" Ermm its okay tak payah jawab pun tak apa. " mengalah Faeeq akhirnya.

" Heh kau ni kan aku tengok muka dah handsome. Dari gaya macam orang berada tapi sayang nak bunuh diri apehal ? Gila ke ? Allah bagi hidup tapi kau nak mati pulak ? Ish - ish. " bebel orang itu tanpa menoleh sedikit pun ke arah Faeeq.

 Faeeq menghembus nafas berat. Dia juga menoleh memandang pantai di hadapan mereka.

" Hmm ya memang saya ada segalanya tapi saya hilang kebahagiaan saya sendiri. "

Tetiba orang itu ketawa mengejek.

" Hahahahaha. Habis tu dah kehilangan tak reti nak kejar ke ? Nak lepaskan macam tu aje ? And bunuh diri lah jalan penyelesaiannya ? Heyy man. Think properly okay ! Kita ni even ada masalah sebesar mana pun. Jalan penyelesaian tu selalu ada lah. Jangan asyik fikir nak mati aje " kata orang berhoodie tu sinis tetapi berbaur nasihat.

Ya apa yang dia ni cakap semuanya betul. Mati bukan jalan penyelesaiannya. Sepatutnya aku kena cari Ungu ! Bukannya mengalah macam tu. Dah macam - macam aku lalui dengan Ungu. Pahit dan juga gembira. Takkan aku nak buang macam tu aje.

" Okay lah bro . Aku chaw dulu. Kau ingat ea ! Aku jumpa kau buat kerja bodoh macam ni lagi, siap kau ! Hah satu lagi lupa nak cakap , dekatkan diri kau tu dengan Allah. " kata orang itu lalu menepuk - nepuk bahu Faeeq kuat.

Seketika dia beredar pergi. Faeeq hanya memandang figura itu pergi lagi sekali. Dari belakang nampak dia macam perempuan and baru Faeeq perasan susuk tubuhnya hampir sama macam Ungu tapi...

" Tak mungkin lah tu Ungu. Ungu ni lembut. Ni tak dia tu kasar semacam aje. Dah lah sorang - sorang kot boleh tumpaskan samseng - samseng hari tu. Kuat betul. " kata Faeeq sendiri.

But apa - apa pun . Aku terlupa pulak nak ucapkan terima kaseh sekali lagi. Hmmm sebab dia dah berikan nasihat yang sedarkan aku daripada buat benda bodoh macam ni lagi.

------------

" Hah Faeeq balik pun kamu " kata Ummi.

" Ermm..."

Faeeq berjalan perlahan masuk ke dalam villa.

" Faeeq kamu tak bawa phone kamu ke tadi ? " tanya Ummi tiba - tiba.

Faeeq tayang muka pelik.

" Kenapa Ummi ? "

" Tak tadi abang Thaqeef call Ummi. Dia cakap mana kamu ? Dia call kamu tak angkat - angkat pun..." jelas Ummi.

Arghhhhh abang Thaqeef ni semak ahhh. Asal suka kacau aku entah ? Stress betul . Tak boleh nak tengok aku senang sikit ke ?

" Oh haah phone Faeeq tertinggal dalam bilik.."

" Oh hah satu lagi abang Thaqeef pesan suruh balik cepat - cepat sikit. Dia kata ada hal penting yang dia nak Faeeq uruskan. " kata Ummi lagi.

Hmmm hal penting ? Hal penting apa lagi kalau bukan suruh cari Ungu cepat - cepat lah tu. Arghhh lantak lah aku tak nak balik. Biarlah apa nak jadi pun. Aku tak kesah.

" Hmm okay . Faeeq naik dulu ea Ummi " kata Faeeq.

Seketika Faeeq beredar naik ke atas. Masuk - masuk aje dalam biliknya, Faeeq terus menghempas tubuhnya di atas katil empuk yang bersaiz king tu. Dia memandang syiling di atas.

" Hmmm mana aku nak cari Ungu ea ? Dia hilang tanpa dapat aku kesan " monolog Faeeq sendiri.

Lagu Perfect nyanyian Ed sheren berkumandang tiba - tiba menandakan ada panggilan yang masuk. Faeeq mencapai Iphonenya lalu meneliti nama pemanggil yang terpapar.

Abang Thaqeef 😈

" Arghhhhh serabut ! Tak ada ahh aku takkan angkat call abang ! " kata Faeeq lalu dia mengoff Iphonenya terus.

Seketika Faeeq melelapkan matanya. Dalam beberapa saat aje dia tertidur.

----------

Keesokan harinya Faeeq makan angin di sekitar bandar Langkawi. Dia pergi ke Under water wall seorang diri. Dia pergi melihat ikan - ikan dan binatang lain.

" Hmmm kan best kalau ada Ungu. Mesti dia suka tengok gak semua ni " desis hati Faeeq.

Ya masa diaorang honeymoon hari tu dia tak sempat bawa Ungu ke sini. Setelah puas berjalan - jalan di under water wall ni, Faeeq terus ke destinasi yang seterusnya iaitu Telaga Tujuh.

Dalam diam setiap pergerakan Faeeq diperhatikan dan dijejakki.

Di Telaga Tujuh, kelihatan banyak family - family yang membawa anak- anak kecil datang mandi manda di sini. Ya di sini juga ada sungai untuk mandi. Betapa meriahnya Faeeq melihat setiap ahli keluarga yang datang itu.

" Hmmm bila aku nak ada family besar macam ni ? Ada aku, ada Ungu dan juga ada anak - anak kami yang comel. Ya Allah kau makbulkan lah semua ini. " monolog Faeeq di dalam hati.

Seketika Faeeq meneruskan langkahnya mendaki anak tangga untuk sampai ke telaga tujuh.

Setelah Faeeq dah melihat keunikan telaga tujuh , Faeeq terus bergerak menuju ke pekan Langkawi tempat yang pernah dia pergi bersama Ungu tempoh hari.

Faeeq berjalan - jalan seorang diri.

" Hari tu, aku pernah terpisah dengan Ungu dekat sini. Kenapa ea ? "

Faeeq berfikir sejenak. Tiba - tiba dia melihat satu kedai yang pernah dia lalu. Kedai yang jual teddybear comel - comel.

" Sebab ni ke Ungu berhenti hari tu ? "

Seketika Faeeq masuk ke dalam kedai itu.



Destinasi yang terakhir, pantai. Tempat Faeeq pernah pergi masa honeymoon dengan Ungu. Hmm rindunya. Faeeq teringatkan moment-moment dia bersama Faeeq ketika itu. Masa Faeeq buat unggun api untuk Ungu tapi tak nak mengaku. Pastu masa mereka berperang mulut. Pastu masa Faeeq menjadi pendengar luahan hati Ungu yang rindu akan dirinya and last masa Faeeq tak sengaja tercium pipi Ungu.

" Ungu ! " jerit Faeeq melepaskan rindunya.

Mentang - mentang orang tak berapa ada di kawasan pantai yang sedang Faeeq duduki boleh lah jerit kuat - kuat.

" Faeeq rindukan Ungu ! " jerit Faeeq lagi malah lebih kuat.

" Tolong kembali pada Faeeq ! "

Sambil menjerit , sambil tu gak air mata jatuh. Arghhhh asal kau lemah sangat ni Faeeq. Sikit - sikit nak nangis. Mana Faeeq yang dulu ? Faeeq yang kental hadap apa jua halangan dan rintangan ?

Akhirnya Faeeq memeluk lututnya sambil menangis.

" Woiiii ! " jerit seseorang.

Faeeq sedikit tersentak ! Dia mengesat air matanya lalu menoleh ke arah suara itu.

" Kau lagi rupanya ! Kau apehal memekak malam - malam ni ? Bising kau tahu tak ? Kau ingat ni pantai atok kau ke hah ? " bebel orang itu.

" Ermmm sorry "

Hahahaha siapa pulak ni ? Macam biasa lah penyelamat Faeeq sudah datang. Hahaah dia ni selalu ada kat mana - mana ja. Dah lah misteri. Pastu sampai malam - malam pun berpakaian entah apa - apa.

" Kau ni kalau stress ye pun jangan lah jerit - jerit macam tadi. Aku ingat kan orang gila mana lah. "

Seketika orang berhoodie itu mengambil tempat di sebelah Faeeq.

" Kau punya masalah tak settle lagi ke ? " tanya orang itu.

Faeeq menggeleng kecil.

" Haishhhh patut lah jerit - jerit "

" Awak nama apa sebenarnya ? " tanya Faeeq yang lama dah nak tahu.

" Ermm panggil aku...Kay "

" Oh Kay . Ermm  awak ni memang pelik kan ? " kata Faeeq.

" Apa yang pelik ? "

" Yalah,sampai ke malam pakai baju hoodie,mask dengan mata kaca hitam tu. Serba hitam la. Dah malam kan ? Pun pakai hitam ? " jelas Faeeq.

" Err...suka hati aku lah nak pakai apa pun. Kau sibuk pehal ? Ada aku kacau duit kau ke ? Tak kan ? " kata orang itu.

" Ermmm sorry kalau saya salah cakap ke apa. Saya just bagitahu apa yang saya rasa " kata Faeeq.

" Hmmm. "

Akhirnya mereka diam seketika.

" Ermm oh lupa pulak nak ucap thanks sebab selamatkan saya hari tu masa kat pantai " kata Faeeq.

" Ermm no hal. Kalau bukan kau pun aku akan selamatkan juga " kata dia selamba.


Setelah hampir 15 minit berborak orang berhoodie itu meminta diri untuk beredar.

" Ermmm dia ni dah boleh jadi rakan borak aku pulak. Bila aku cakap dengan dia aku rasa dekat sangat dengan Ungu. Dah kenapa ea ? " desis hati Faeeq.

Tiba - tiba bahu Faeeq disentuh seseorang.

" Eh awak tak balik lagi ? " kata Faeeq lalu menoleh ke belakang. Sebab Faeeq ingat orang berhoodie tu datang balik.

Faeeq tersentak ! Tekaannya meleset sekali. Jantung Faeeq berdegup kencang.

#Hah ? Siapa pulak ni ? Keep vote and comment guys 💕😍

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro