Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 33

Alahai baru sehari aje sampai Langkawi, Faeeq tetiba demam pulak. Hmmm demam rindu lah ni 👉👈

Hahahahah nasib Ummi lah pulak nak kena jaga Faeeq.Seharian Faeeq asyik berselubung di sebalik selimut dan dia asyik tidur aje.

Pada waktu malam, Ummi datang membawa dulang yang berisi bubur dan ubat untuk Faeeq. Setelah masuk ke bilik Faeeq, dulang di letakkan di meja tepi katil.

" Faeeq bangun...makan sikit ni..pastu makan ubat..." panggil Ummi.

" Hmmmm " sahut Faeeq lemah. Dia masih di dalam selimut.

" Bangun lah Faeeq...sampai bila nak tidur aje ? Nanti demam tu makin melarat pulak.." bebel Ummi. Bebel - bebel manja gitu..

" Hmm kejap lagi Faeeq makan...Ummi tinggal aje dekat situ..." kata Faeeq akhirnya.

Akhirnya Ummi akur lalu keluar dari bilik Faeeq. Alahai budak ni kalau demam memang suka macam ni. Malas nak makan ubat. Pastu bila nak baik demam tu ?

" Hmmmm...Ungu..." panggil Faeeq lemah.

Jam menunjukkan pukul 1 pagi. Faeeq masih di dalam selimut. Dia tak usik langsung makanan yang dibawa oleh Ummi tadi. Hahaha well budak ni cakap tak serupa bikin.

Seketika ada seseorang menguak pintu dari luar perlahan - lahan. Dia bergerak mendekati katil Faeeq. Dia menyelak sedikit selimut yang dipakai oleh Faeeq. Dahi Faeeq disentuh perlahan.

Figura itu mula bergerak ke arah almari lalu mengeluarkan tuala kecil. Seketika dia keluar dari bilik Faeeq. Dalam 5 minit macam tu, seseorang itu datang semula bersama bekas kecil dan tuala tadi.

Dia memerah tuala kecil itu sedikit selepas direndamkan ke dalam bekas air tersebut lalu diletakkan di atas dahi Faeeq.

Dahi Faeeq berkerut - kerut sedikit. Mungkin terkejut dengan kehadiran tuala basah di atas dahinya. Seketika Faeeq membuka matanya perlahan - lahan. Namun tidak lah sebesar mana. Sebab dia rasa tak larat sangat.

Faeeq sedikit terkelu. Walaupun dia membuka matanya kecil saja, dia betul - betul tak sangka yang Ungu sekarang ada di hadapannya.

" Un..gu ? " panggil Faeeq.

Ungu hanya tersenyum kecil.

" Bangun...makan..pastu makan ubat.."

Ya Allah...Ungu...dah balik 😭 betul kan ni Ungu? Aku tak mimpi kan ?

Seketika Ungu membantu Faeeq untuk sandar di kepala katil. Bubur tadi jugak masih suam sebab Ummi letak dalam bekas yang mengekalkan suhu panas. Ungu menyuap bubur ke dalam mulut Faeeq.

Faeeq hanya diam seribu bahasa. Dia masih tak percaya yang Ungu sudah ada di hadapan matanya. Ungu dah muncul setelah menghilangkan diri selama 2 bulan. Faeeq hanya akur menerima suapan daripada Ungu. Even bubur tu rasa tawar gila sebab mulut Faeeq tak ada rasa tapi bila bubur tu disuap oleh Sang isteri, semuanya menjadi serba cukup rasa. Aceywahhhh kau Faeeq 😂

Setelah selesai makan beberapa suapan, Faeeq diberi makan ubat demam pulak. Lepas tu, Faeeq dibaringkan semula dan diselimut. Ungu ingin mengangkat dulang tersebut untuk dibawa turun ke bawah..tapi apabila Ungu ingin memegang aje dulang tersebut tiba - tiba tangannya di tarik Faeeq.

" Ungu.."

Tingkah laku Ungu terhenti. Ungu memandang Faeeq.

" Jangan tinggalkan Faeeq lagi. Please stay with me..." pinta Faeeq sayu.

Ungu tidak membalas kata - kata Faeeq tapi dia terus duduk di sebelah ruang kosong di katil Faeeq.

" Rest lah..nanti boleh baik demam.." kata Ungu.

Faeeq mengangguk kecil. Tangannya beralih memegang erat tangan Ungu. Seakan - akan tidak mahu lepas. Ungu membalas genggaman Faeeq. Selepas itu dia mengusap lembut rambut Faeeq yang agak serabai itu. Tuala basah jugak telah diletakkan lagi.

Ungu menepuk kecil Faeeq. Agar Faeeq tertidur. Faeeq pula tidak lepas - lepas mengamati setiap inci muka Ungu. Hmmm rindu benar dia pada buah hati pengaranh jantungnya yang bertahta di hati ni. 😪💕

Dalam beberapa minit saja, Faeeq telah selamat tidur dibuai mimpi. Ungu hanya tersenyum sambil mata berkaca. Seketika Ungu mendekatkan wajahnya dengan wajah Faeeq. Tanpa Faeeq sedar, Ungu mencium bibir Faeeq seketika.

Air mata Ungu menitis setitis. Ungu pantas mengangkat wajahnya semula.

-----------

Buka - buka saja mata pagi tu, benda pertama yang Faeeq cari iaitu Ungu ! Demam Faeeq juga dah berkurangan. Mungkin sebab Ungu yang jaga kot ? Heee Faeeq menoleh memandang meja di sebelah tempat letak dulang semalam. Kosong ! Ermm Ungu dah bawa turun kot ?

Faeeq mencapai Iphonenya untuk melihat jam pukul berapa sekarang. Jam terpapar pukul 6.30 pagi. Faeeq terus bangun untuk solat terlebih dahulu. Solatnya yang semalam  pun perlu diqadakan dulu.

Setelah selesai semuanya, Faeeq terus cepat - cepat turun ke bawah untuk mencari Ungu. Dia nak peluk Ungu. Dia tak nak lepaskan Ungu. Dia tak nak Ungu pergi lagi dari hidupnya.

Faeeq berjalan di sekitar ruang tamu, lehernya juga di panjangkan untuk mencari Ungu disetiap sudut villa. Namun kelibat Ungu masih tak kelihatan.

Tetiba Faeeq disapa seseorang.

" Eh tuan Faeeq dah bangun ? " tegur Lulu.

Faeeq sedikit terkejut. Ehh ingatkan Ungu tadi.

" Ermm ya ... Lulu.. Puan Ungu mana ? Ada nampak dia tak ? " kata Faeeq.

Lulu tayang muka pelik. Hah ? Ungu ? Dia ada  dekat sini ke ? Bukan Tuan Faeeq balik sorang - sorang ke hari tu.

Lulu terdiam. Pelik dengan soalan Faeeq.

" Lulu ! Saya tanya awak ni...ada nampak Puan Ungu tak ? " tanya Faeeq lagi setelah soalannya dibiarkan berlalu seperti itu saja.

" Err..."

" Faeeq ? " sapa Ummi.

" Ummi..."

" Apa yang kamu bising pagi - pagi ni ? Sampai ke dapur Ummi dengar.." kata Ummi.

" Ummi...ada nampak Ungu tak ? Semalam dia ada  dekat sini. Dia jaga Faeeq kat bilik semalam..." kata Faeeq.

" Hah ? Unggu ? Ehh bukan kamu balik sorang aje ke ? Mana ada Ungu kat sini.." kata Ummi pelik.

Faeeq sedikit terkelu. What ? Ummi pun tak tahu Ungu ada kat sini ? Jap ! Jangan kata semalam tu aku mimpi aje ? No ! Tak mungkin. Serious ! Semalam Ungu ada dengan aku. Dia siap suapkan aku makan lagi.

" Tak lah Ummi. Faeeq tak tipu. Semalam Ungu ada dekat sini. Dia jaga Faeeq. Dia suapkan Faeeq makan bubur yang Ummi masak tu. Pastu dia bagi Faeeq makan ubat...lepas tu..."

" Eh kamu ni mengigau kot ! Mana ada Ungu datang sini semalam. Kamu sendiri pun tak tahu dia ada mana kan ? Apa kamu cakap ? Suapkan makan bubur ? Ye ye je kamu ni. Bubur semalam kamu tak usik langsung. Ummi baru aje bawak turun tadi bubur yang semalam. " jelas Ummi.

Faeeq tersentak. Apa ? Aku tak makan pun bubur semalam? Means semua tu hanya mimpi ? Aku...tak jumpa Ungu pun semalam ? Ungu tak balik lagi semalam ? Tu cuma mimpi ? Ya Allah. Apa ni ?

Akhirnya Faeeq terus berlalu meninggalkan ruang tamu. Dia terus keluar tanpa berkata apa - apa lagi pada Ummi.

" Tuan Faeeq ! Tuan nak pergi mana tu ? " teriak Lulu.

" Hmm biarkan dia Lulu. Dia stress sangat tu sebab Puan Ungu kan hilang. Biarkan aje. Dia nak tenangkan diri lah tu. "

" Tapi Ummi...dia kan baru baik demam aje."

" Tak apa - tak apa..nanti dia balik lah tu. " kata Ummi lagi.

Akhirnya Lulu mengangguk kecil. Hmm kesian Tuan Faeeq.

----------

Angin pantai sepoi - sepoi bahasa tak dapat menenangkan hati Faeeq tika ini. Ombak yang datang dan pergi jugak seperti menghayutkan sekali perasan Faeeq. Ya Allah, permainan hidup apakah yang aku sedang lalui ini ? Kenapa engkau hadirkan dia hanya dalam mimpi ?

" Ungu...tahniah..Ungu dah berjaya buat hidup Faeeq jadi tak tentu arah. Kenapa hanya muncul untuk seketika ? Mungkin ini apa yang Ungu rasakan ketika Faeeq berpura - pura tak  mengenali Ungu. Baru Faeeq tahu apa rasa sakit yang Ungu rasakan dulu. Maafkan Faeeq. " luah Faeeq seorang diri.

Dalam beberapa minit macam tu tiba - tiba Faeeq bangun. Entah apa yang merasuk fikirannya saat ini. Faeeq tiba - tiba berjalan menuju ke arah laut. Gaya macam nak bunuh diri pun ada. Gila betul Faeeq ni.

Setapak  demi setapak Faeeq mengatur langkah menuju ke dalam laut yang seakan - akan memanggilnya.

Tiba  - tiba...

Zapppp !

Tubuh Faeeq ditarik dari belakang. Agak kuat hingga Faeeq jatuh ke belakang jauh dari pantai. Tika itu Faeeq baru tersedar akan tindakan bodohnya yang mampu meragut nyawanya sendiri.

" Astagfiruallahalazim " ucap Faeeq di dalam hati.

Seketika Faeeq menoleh memandang sebelahnya. Siapa yang selamatkan dia ? Apabila Faeeq menoleh, kelihatan seseorang yang berhoodie hari tu ! Apa dia buat dekat sini ?

" Bodoh ahh kau ni ! Sia - sia aku selamatkan nyawa kau hari tu. Kalau tahu kau nak bunuh diri hari ini ! " orang berhoodie itu berbicara agak kasar.

Faeeq terdiam.

#Siapa orang berhoodie bagai ni ea ? So mysterious 🤔 heeee memandangkan kelas author cuti lagi so author cuba update setiap hari. Lagipun cousin author nak baca cpt2 sbb dia dah nk blik asrama ( #Ain ) 😝 keep vote and comment guys ! Nak ending yg mcm mna ? Boleh bgi pendapat you guys ya 💕 author akan pertimbangkan 😂🖒




Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro