Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 32

Pejam celik pejam celik, cukup 2 bulan Faeeq kehilangan khabar dan jejak Ungu. Faeeq jugak tidak tahu nak cari dekat mana dah ? Rumah kaklong pun Ungu tak ada. Kaklong sendiri pun tak tahu Ungu pergi mana tapi kaklong cakap Ungu ada call and dia cuma pesan jangan risaukan dia. Dia okay.

Hmmm Ungu .... mana awak pergi sayang ? Kenapa tinggalkan saya macam ni ? Saya rindukan awak. Terlalu rindukan awak.

Hari - hari Faeeq kini tidak seceria dulu lagi. Faeeq lebih suka menyendiri daripada bersosial di luar. Lagipun Abang Thaqeef juga tidak habis - habis mendesak Faeeq untuk mencari Ungu. Sikit - sikit bila Faeeq melawan , abang Thaqeef akan menggunakan mama sebagai alasan. Ya Allah kau sedarkan lah abang Thaqeef ya Allah. Agar dia tidak terlalu terpesong jauh 😔💔

Hari ni Faeeq cuba untuk keluar bersiar - siar di luar. Faeeq pergi ke mall. Cuci - cuci mata pastu tengok wayang sorang - sorang.

Dalam panggung wayang. Faeeq duduk di sudut paling hujung. Jauh dari orang kalau boleh. Lagipun hari ni punya movie orang tak ramai sangat.

Semasa Faeeq tengok wayang tetiba Faeeq menoleh ke sebelah. Faeeq ternampak bayangan Ungu di sebelahnya yang sedang fokus menonton wayang. Tetiba kenangan di dalam mimpi menerjah semula di hadapannya. Dulu dia pernah tengok wayang macam ni dengan Ungu. Masa tu tengok cerita " Pinjamkan Hatiku " hmmm masa tu Ungu nangis, pastu Faeeq dah sediakan tisu siap - siap dah.

Tetiba bayangan Ungu menoleh memandang Faeeq lalu tersenyum.

" Ungu..." panggil Faeeq perlahan.

Bayangan Ungu hilang tiba - tiba. Faeeq terus melihat sekeliling. Mencari bayangan Ungu yang hilang itu. Serious dia jadi tak tentu arah jika tanpa adanya Ungu. Akhirnya Faeeq akur. Tu cuma imaginasi dia aje. Tanpa sedar, air mata Faeeq mengalir. Nasib baik dalam wayang gelap so orang tak nampak Faeeq menangis. Kalau tak jatuh saham dia.

" Ungu..i really miss you dear " desis hati Faeeq sebelum terus fokus semula dengan cerita di hadapan.

------------

Faeeq berjalan tanpa arah tuju dalam mall tu. Hmm nak pergi mana lepas ni ? Jalan sorang - sorang memang sunyi. Hmmm kalau tak ada peneman. Hmm kenapa jalan cerita hidup aku jadi macam ni ? Kenapa ? Hmmm andai kata aku tak ajak papa ngan mama jalan - jalan lepas aku dapat lesen kereta tu, mesti semuanya takkan jadi macam ni. Aku takkan kenal Ungu. Semua benda ni takkan jadi.

Faeeq terus menuju ke tempat parking.Disebabkan Faeeq berjalan sambil mengelamun tetiba Faeeq terlanggar dengan seorang lelaki yang berbadan tegap dan di tangannya penuh dengan tatoo. Ketua gangster barangkali.

" Ermm sorry "

" Lu apahal sorry - sorry ?! " jerkah lelaki itu.

Tetiba muncul 3 orang lagi yang berpenampilan seperti orang yang dihadapan Faeeq. Faeeq sedikit terkejut.

" Apahal ni boss ? " tanya konco - konco lelaki itu.

" Gua lagi bengang ! Ini budak langgar sama gua. Lu orang settlekan ini budak ! " arah lelaki itu.

Faeeq tersentak ! Gila aku terlanggar aje kot. Aku dah mintak maaf dah kot. Tu pun nak marah teruk ke ? Dah lah semua badan tegap - tegap . Memang tak ahh aku nak lawan sorang - sorang.

Seketika 2 orang konco - konco itu menarik Faeeq ke belakang. Seorang lagi pula tukang nak belasah Faeeq. Faeeq memang tak tahu nak buat apa. Dia hanya mampu berdoa aje lah agar Allah lindungi dia dengan cara apa sekalipun.

Boss kepada konco - konco itu telah rilex duduk dalam kereta.

Faeeq diberikan tumbukan yang pertama di perutnya. Perghhhh perit dhoo...penumbuk diaorang ni memang besar. Tumbukan kedua selamat hinggap di pipi Faeeq. Arghhh habis lah tak handsome dah aku nanti 😭

Seterusnya apabila tumbukan ketiga nak hinggap pada perut Faeeq lagi tiba - tiba..

Bukkkk !

Lelaki itu yang ditumbuk seseorang. Kuat ! Sampai lelaki tu terundur ke tepi.

Ya ada seseorang datang menyelamatkan Faeeq. Seketika 2 orang konco itu melepaskan Faeeq dan mereka mula berlawan dengan orang yang menyelamatkan Faeeq.

Siapa orang tu ? Tak dapat Faeeq gambarkan orang itu lelaki atau perempuan sebab Faeeq tak dapat nak tengok wajahnya dengan jelas Sebab satu lagi dia berhoodie hitam, pastu dia memakai cermin mata hitam dan mulutnya juga memakai mask hitam. Hmmm mustahil orang tu perempuan kan ?

Dalam 15 minit saja, 3 orang konco itu telah selamat ditumpaskan oleh orang yang berhoodie tu.

Boss diaorang dalam kereta apa cer ? Hahahaha act orang berhoodie tu dah settle kan dah boss samseng dalam kereta tu sebelum dia settlekan konco - konco ni.

Seketika Faeeq cuba mendekati orang itu yang membelakangi nya.

" Ermmm terima kaseh sebab dah tolong saya " kata Faeeq.

Orang itu tidak menoleh ke arah Faeeq. Seketika dia mula melangkah lalu mengangkat thumbs up kepada Faeeq tanpa menoleh sikit pun.

Faeeq hanya memandang figura orang itu yang berlalu pergi. Pelik ! Masih ada orang yang macam ni ea ? Hmm siapa dia ?

--------------

Faeeq tetiba buat keputusan untuk balik ke Langkawi. Mungkin kalau duduk sana dia akan okay atau tenang sikit kot kan ? Hmmm boleh jumpa dengan Ummi , Lulu dan Nunu.

Hmmm boleh ngadu kat Ummi pasal rumah tangga Faeeq yang tunggu masa nak roboh aje ni. Hmmm macam hari tu jugak, Faeeq drive sendiri balik ke Langkawi tapi lain sikit sebab balik sorang - sorang. Kalau tak balik dengan Ungu.

Sesampainya Faeeq di Villa. Kelihatan keadaan villa sama seperti biasa. Cantik dan kelihatan kemas. Well ada ummi kan yang selalu jaga villa ni.

Seketika Faeeq mengeluarkan beg pakaiannya. Dia mengheret beg pakaiannya sehingga sampai di hadapan pintu villa.

" Hmm pelik. Sunyi aje? Macam tak ada orang. Selalu ummi akan sambut aku bila balik sini ? " desis hati Faeeq.

Seketika Faeeq menekan loceng villa.

Ting Tong ! Ting Tong !

Dalam beberapa minit, pintu villa dibuka dari dalam. Siapa yang buka. Mesti lah Ummi.

" Eh Faeeq ?! " kata Ummi agak terkejut dengan kemunculan Faeeq.

Faeeq hanya mempamerkan senyum sengetnya.

" Ummi..."

" Fae..eq...bu..buat apa dekat sini ? Tak bagitahu Ummi pun nak balik sini ? " kata Ummi sedikit gugup.

Pelik. Ummi dah kenapa nampak terkejut sangat aku balik Langkawi ? Pelik sangat ke aku balik sini ?

" Hmm balik nak jumpa Ummi lah..rindu.." rengek Faeeq.

" Err ohhh..."

Seketika Ummi melihat kiri dan kanan.

" Ungu tak balik sekali ? " tanya Ummi.

Faeeq tersentak lalu memandang lantai villa.

" Ermmm tak pa lah. Meh lah masuk dulu. Takkan kamu nak tercegat dekat situ aje kan ? Jom - jom " ajak Ummi.

Seketika Faeeq dan Ummi masuk ke dalam.

Faeeq bersiar - siar kejap di laman belakang villa iaitu di buaian. Faeeq mengambil tempat di salah satu buaian. Faeeq menghayun perlahan buaian yang didudukinya.

" Dulu...Ungu yang selalu suka duduk kat buaian ni. " kata Faeeq seorang diri sambil melayan perasaab rindunya terhadap Ungu.

Tetiba Faeeq teringatkan setiap saat dia curi - curi tengok Ungu dalam diam sepanjang dia berpura - pura tidak kenal dengan Ungu.

Faeeq juga teringat yang dia pernah kirimkan payung untuk Ungu masa dekat Unikl. Dia tak mampu untuk tegur Ungu ketika itu. Sebab mesti pelik kan tetiba nak bagi payung dekat Ungu lagipun masa tu Faeeq sedar yang dia masih couple dengan Elenaa. Hmmm second masa kiriman kebab. Ya , Faeeq masih ingat yang Faeeq ada berhutang dengan Ungu di dalam mimpi. Faeeq menunaikan hutang kebab Ungu.

Maka, semua pasti tertanya - tanya  siapa " YOUR KING "  kan ? Nahhhhh Faeeq lah orang tu. Sweetkan ? Hmm dalam diam , Faeeq selalu mengikuti setiap perkembangan Ungu. Dalam diam juga Faeeq selalu menjaga keselamatan Ungu. Even Ungu tak pernah sedar akan itu. Kalau Ungu tahu mesti rasa macam bertuahnya dapat Faeeq kan ?

" Hmmm Ungu...Faeeq sayangkan Ungu. Terlalu sayang. Faeeq tak nak kehilangan Ungu lagi. Faeeq...." kata - kata Faeeq terhenti apabila dia rasa luahannya itu terlalu menyiksakan dadanya.

Nafasnya jugak tersekat - sekat. Terasa perit sekali menanggung rindu even hanya untuk 2 bulan. Faeeq mengusap dadanya perlahan. Dia menarik nafas dan menghembusnya. Tubir matanya jugak sedikit basah. Entah lah sejak kepergiaan Ungu, Faeeq rasa begitu lemah. Sikit - sikit rasa nak nangis. Ahhhhh mengadanya mata ni pun 😔

Dalam diam ada mata memerhati setiap pergerakkan Faeeq. Seseorang itu juga menyentuh dadanya. Seakan - akan merasakan sakit yang dirasakan oleh Faeeq.

#Hmmmm kesian tak Faeeq guys ? Btw cerita ni dah nak habis dah 😭 maybe tinggal lagi 3 bab macam tu aje lagi. Huwaaaa adakah berpisah adalah cara yang terbaik untuk Faeeq dan Ungu ? Keep vote and comment guys 💕





Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro