Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 31

Baru saja Faeeq melangkah masuk ke dalam rumahnya tiba - tiba dia dapat menangkap figura Ungu yang sedang termenung di ruang tamu.

" Ungu ? "

Diam. Ungu tidak menyahut.

" Sorry aku balik lambat tak bagitahu kau. Ermm aku naik dulu ea. Nak rest " kata Faeeq lalu ingin memijak anak tangga.

" Lee Faeeq. "

Langkah Faeeq terhenti di anak tangga yang pertama.

" Sampai hatikan awak ? "

Faeeq tersentak ! Ungu dah kenapa pulak ni ? Faeeq terus menoleh ke belakang. Tengok - tengok Ungu juga memandang tajam ke arahnya. Faeeq tak perasan yang Ungu sedang mengenggam sesuatu.

" Apa maksud kau ni ? " tanya Faeeq pelik.

Ungu menghembus nafas berat.

" Sudah lah Faeeq. Berhenti dengan lakonan awak tu. Jangan pura - pura tak kenal saya ! Sampai hati awak buat saya macam ni kan? Awak buat saya merana tahu tak ? Awak buat saya sakit dengan lakonan awak. Kenapa awak tak mengaku yang awak pun ingat saya ? Kenapa Faeeq ?! " hambur Ungu sedih.

Faeeq tersentak. Dia juga terkedu. Macam mana Ungu boleh tahu pulak ni ? Habis lah.

" Ungu...saya...errr...Faeeq.."

" Awak tak nak mengaku sebab ni ke ? " kata Ungu sambil menayangkan helaian surat khabar yang dia baca di bilik Faeeq.

Faeeq sedikit terlopong.

Helaian surat khabar apa sebenarnya. Sebenarnya helaian surat khabar itu memberitahu tentang kemalangan 5 tahun lalu di antara kereta family Ungu dan juga kereta family Faeeq. Ya , kereta yang bertembung dengan kereta arwah papa adalah kereta yang dipandu oleh Faeeq semasa membawa mama ngan papanya jalan - jalan.

Ungu betul - betul tak sangka semuanya akan jadi macam ni. Jadi punca mama ngan papa bahkan abangngah dengan haqeem juga disebabkan Faeeq ! Faeeq yang dah bunuh mama ngan papa ! Aku benci Faeeq !

" Kau ! Pembunuh ! " kata Ungu kasar tiba - tiba.

Faeeq hanya mampu menggeleng. Tak Ungu ! Saya bukan pembunuh. Semua tu...bukan salah saya. Saya tak sengaja Ungu.

" Aku benci kau Faeeq ! "

Tiada lagi panggilan " saya awak " dari bibir mungil Ungu saat ini.

" Ungu ! Dengar dulu penjelasan saya. Saya tak ada niat pun nak...."

" Aku dah tak nak dengar apa - apa dah dari mulut kau. Pembunuh. " kata Ungu kasar. Matanya juga tidak lupa untuk bekerja. Apalagi kalau bukan menangis.

" Please Ungu...Faeeq minta maaf...Faeeq...tak..."

" Ceraikan aku Faeeq " putus Ungu akhirnya.

Faeeq tersentak hebat. Apa ? Ungu minta cerai ? Tak! Aku takkan lepaskan Ungu sampai bila - bila pun. Sampai hujung nyawa aku sekali pun aku takkan lepaskan Ungu. Aku sayang Ungu.

" Tak Ungu. Faeeq takkan lepaskan Ungu. Maafkan Faeeq. Tolong jangan tuduh Faeeq macam tu...Faeeq..."

Pap !

Faeeq terkejut. Kenapa terkejut ? Ya dia baru saja menerima tamparan dari Ungu. Tak sangka semuanya akan jadi seteruknya. Tanpa berkata apa - apa lagi Ungu terus naik ke atas. Hatinya begitu sakit dan juga tidak henti - henti menangis sejak dapat tahu tentang rahsia ini.

Faeeq hanya mematung. Tak tahu nak buat apa lagi. Pipinya yang rasa berpinar jugak tidak diendahkan. Faeeq akhirnya terduduk lemah di atas anak tangga.

--------------

Buka - buka saja mata, Faeeq berasa apa yang jadi semalam hanya lah satu mimpi ! Tak mungkin ! Tak mungkin hubungannya dengan Ungu berakhir begitu saja.

Faeeq tersentuh pipinya. Arghhh terasa pedih. Faeeq mengubah kedudukannya dari baring ke duduk.

" Hmmm tak semua ni bukan mimpi " keluh Faeeq sambil tangan mengusap pipinya lembut.

5 minit Faeeq terduduk cuba mencerna otaknya, akhirnya dia bangun bersiap untuk solat subuh.

Setelah bersiap, Faeeq keluar untuk ke bilik Ungu memanggil Ungu solat berjemaah.

Tok ! Tok ! Tok !

" Ungu " panggil Faeeq penuh debaran.

Hmm harap sangat Ungu dah okay dam boleh terima semua ni semula.

Diam. Tiada sesiapa yang menyahut. Pintu bilik juga tidak dibuka.

Faeeq memulas tombol pintu. Eh tak berkunci ?

" Ungu ...Faeeq masuk ea ? " kata Faeeq lalu membuka pintu.

Seketika Faeeq melangkah masuk ke dalam bilik Ungu.

Kosong ! Ungu tak ada. Mana Ungu pergi? Dia turun bawah ke ? Seketika Faeeq ingin melangkah keluar dari bilik itu untuk mencari Ungu namun Faeeq terpandangkan sepucuk surat yang diletakkan di meja solek.

Faeeq mengambil surat itu lalu membuka dan membacanya.

Assalamualaikum Faeeq. Hmm aku minta maaf , aku tak boleh tinggal satu rumah dengan orang yang dah buat aku kehilangan hampir satu family aku. Biarkan aku pergi untuk seketika. Kita perlu buat haluan masing - masing buat seketika. Aku perlu tenangkan diri aku. Aku harap kau izinkan setiap langkah aku. Aku perlukan keizinan kau sebab kau masih suami aku. Last, tolong jangan cari aku. Aku tak nak jumpa kau.

Ungu Mikayla.

Bagai nak luruh jantung Faeeq dibuatnya selepas membaca surat dari Ungu itu. Ya Allah, Ungu dah pergi ? Ungu dah pergi tinggalkan aku ?

Akhirnya air mata lelaki Faeeq jatuh juga. Faeeq berasa terlalu lemah untuk menerima semua ni. Kenapa ? Kenapa Ungu sedikit pun tak pernah cuba untuk memahami apa yang aku cuba buat ? Kenapa Ya Allah.

Faeeq terduduk di atas katil Ungu. Surat Ungu juga masih di dalam genggaman.

Even rumah tangganya sedang porak peranda, Faeeq tetap menjalankan tugasnya sebagai mahasiswa UniKl. Hmmm kalau dia duduk rumah pun, asyik serabut fikirkan Ungu entah hilang ke mana.

Faeeq berjalan seorang diri. Fikirannya agak kusut jugak. Dia juga belum ceritakan hal ini kepada sesiapa mahupun Aepul kawan baiknya sendiri.

Di suatu kawasan, Faeeq bertemu dengan 3 orang kawan Ungu.

" Alana, Qismina, Alysa " sebut Faeeq.

Kawan - kawan Ungu tercengang.

" Eh abang senior ? Kenapa ? "

" Ermmm korang ada jumpa Ungu tak ? " tanya Faeeq.

" Hah ? Ungu ? Eh kami baru ingat nak tanya abang senior. Kenapa pensyarah bagitahu yang Ungu berhenti belajar ? "

Faeeq sedikit tersentak. Apa ? Ungu berhenti belajar ? Aku tak tahu pun ?

" Errr sorry kalau kami busy body ke apa, ermm abang senior dengan Ungu gaduh ke ? "

Faeeq tersenyum hambar. Dia menggeleng.

" Tak ada lah. Hmm takpa lah. Ungu mungkin sambung belajar tempat lain kot. Ok lah i need to go. Bye " kata Faeeq lemah lalu menyambung perjalanannya.

Alysa,Alana dan Qismina hanya memandang pelik melihat Faeeq yang berlalu pergi. Apa ni ? Tak faham lah dengan life diaorang ni 💆

Faeeq berhenti di taman rekreasi UniKl.

" Hmm Ungu betul - betul nak menjauh dari aku nampaknya. Sampai berhenti study ? Hmmm benci sangat ke dia dekat aku ? " monolog Faeeq di dalam hati sambil matanya memerhatikan pancutan air kolam ikan.

Seketika Iphone Faeeq berbunyi lagu Perfect nyanyian Ed sheren. Faeeq terus menjawab panggilan itu tanpa melihat nama si pemanggil.

" Hello ? "

" Hello Faeeq .. "

Hmm dengar - dengar saja suara si pemanggil. Faeeq rasa geram sangat. Ungu lari tinggalkan aku semua disebabkan si pemanggil ni lah. Aku benci abang Thaqeef.

" Hmm abang nak apa ? " kata Faeeq endah tak endah.

" Ermmm hujung minggu ni balik rumah. Bawak Ungu sekali. "

" Hmmm tak Faeeq balik sorang. Ungu tak ikut " jawab Faeeq selamba.

" Hah ? Maksud kau ? Kenapa Ungu tak ikut? " tanya Thaqeef.

" Hmm ok la bye. Ada kelas " kata Faeeq malas nak jawab soalan dari abangnya itu.

Panggilan terus dimatikan.

--------------

Thaqeef menghentakkan tangannya di meja  ruang tamu. Berita tentang Faeeq bergaduh dengan Ungu hingga menyebabkan Ungu lari membuatnya marah.

" Apa yang kau dah buat ni Faeeq ?! Aku suruh kau pujuk dia supaya serahkan Hadi Holding dekat kau ! Tu pun susah ke hah ?! Yang kau pergi bergaduh dengan dia tu dah kenapa sampai dia lari ?! Susah sangat ke kau nak buat apa yang aku suruh ?! " marah Thaqeef.

Faeeq terdiam. Arghhh abang Thaqeef memang selfish ! Kenapa lah aku boleh dapat abang kandung yang macam ni ?

" Aku tak nak tahu apa masalah kau tapi yang aku nak tahu kau cari Ungu sampai dapat dan teruskan apa yang kita dah plan " kata Thaqeef sinis.

Faeeq menghembus nafas berat.

" Tak. Ni bukan plan kita, tapi ni plan abang. Abang cukup lah ! Papa dah tinggalkan banyak harta untuk kita. Buat apa kita nak rampas hak orang lain ? Kenapa abang kena tamak sangat ? Kalau abang nak sangat harta, abang ambil lah saham Faeeq yang papa tinggalkan untuk Faeeq. Faeeq penat abang ! Penat nak layan kerenah abang yang gilakan harta sangat tu. " luah Faeeq.

" Hey kau tu budak - budak lagi, kau takkan faham yang harta ni lah yang akan buat hidup kita selesa. Harta ni juga yang menjamin masa depan kita. Arghhhh aku tak nak dengar apa - apa lagi dari mulut kau. Aku tetap nak kau cari Ungu sampai dapat. Kalau tak ...."

" Kalau tak apa ? "

" Kalau tak, kau tahu lah apa nasib mama nanti .."

Faeeq terdiam. Ya Allah , mama sebagai tebusan ? Abang Thaqeef terlalu gila kan harta sampai sanggup mengetepikan mama ? Sampai sanggup main - main dengan nyawa mama ? 😔

#Macam mana chapter ni guys ? Cer comment sikit ? 😊 Keep vote and comment guys 💕

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro