Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 30

Faeeq mundar mandir di hadapan bilik kecemasan. Hatinya rasa tidak tenang memikirkan keadaan Ungu. Ya Allah , macam mana aku tak teringat langsung yang aku tak tinggalkan kunci rumah ? Hmm kalau jadi apa - apa dekat Ungu , aku takkan maafkan diri aku.

" Encik Faeeq ? "

Apabila namanya dipanggil saja, dia terus menerpa ke arah doktor yang bertugas.

" Doktor macam mana keadaan isteri saya ? " tanya Faeeq risau.

" Alhamdulillah. Dia tak ada apa - apa . Cuma dia demam sedikit saja dan perutnya juga gastrik. Mungkin disebabkan terlalu lambat makan barangkali. " jelas doktor.

Faeeq menghembus nafas berat. Hmmm kau memang bodoh Faeeq. Kesian Ungu.

" Encik Faeeq jangan lah risau ya. Kejap lagi Puan Ungu akan dipindahkan ke wad personal. Encik boleh melawat dia kejap lagi. Ok lah kalau tak ada apa - apa , saya beredar dulu ya..." kata doktor itu lagi.

Faeeq mengangguk kecil.

" Terima kaseh ya doktor " ucap Faeeq.

" Sama - sama " kata doktor lalu beredar.

5 minit kemudian, Ungu telah siap dipindahkan ke wad personal. Ungu masih tidak sedarkan diri lagi. Faeeq masuk ke dalam wad tersebut. Dilihatnya Ungu yang terbaring lemah di atas katil.

Tetiba dia teringatkan gambar yang dihantar Elenaa.

" Hmm betul ke Ungu berpelukan dengan Eijaz tu ? " desis hati Faeeq sambil memerhati wajah Ungu yang tertidur lesu.

Seketika Faeeq duduk di kerusi yang disediakan bersebelahan dengan katil Ungu. Tangan Ungu diraih.

" Ungu ...maafkan Faeeq. Faeeq masih keliru dengan gambar tu. Faeeq...takut kalau gambar tu yang akan rosakkan hubungan kita " monolog Faeeq hanya di dalam hati.

Faeeq mengusap lembut tangan Ungu. Hmm keadaan Ungu sekarang, tidak diberitahu kepada ahli keluarga yang lain. Takut mereka risau aje.

" Er...Faeeq....sam..sampai...hati..awak..." kata Ungu tiba - tiba mengigau dalam pengsannya.

Faeeq tersentak.

" Ke...napa..Elenaa..cium...pipi awak..." kata Ungu lagi bersama sedikit air mata yang mengalir dari tepi matanya.

Tangan Faeeq digenggam erat oleh Ungu yang tidak sedarkan diri itu seakan - akan tidak mahu lepas.

" Macam mana Ungu boleh tahu pasal tu ? Kejao ..."

Tangan kanan masih tidak lepas dari pegangan tangan Ungu, maka Faeeq menggunakan satu lagi tangan untuk mengeluarkan phone milik Ungu dari poket seluarnya. Faeeq sempat ambil phone Ungu yang ada di dalam pegangan Ungu semasa pengsan.

Faeeq terus menekan butang tengah pada phone dan alangkah terkejutnya apabila terpapar gambar Elenaa yang mencium pipinya di cafe tadi. Faeeq melihat satu lagi gambar yang Elenaa memeluknya juga.

" Ya Allah apa semua ni ? " desis hati Faeeq.

Faeeq cuba mencernakan semuanya. First Elenaa hantarkan gambar Ungu yang berpelukan dengan Eijaz. Pastu ada orang hantar gambar Elenaa yang cium pipi aku dekat Ungu. Ok ! Aku dah tahu apa motif semua ni. Damn ! Diaorang ni memang nak rosakkan relay aku dengan Ungu !

Faeeq mengenggam tangan Ungu erat kembali. Ditatap wajah Ungu dalam - dalam.

" Ungu kuat ya ? Faeeq akan settlekan semua ni " ucap Faeeq perlahan.

------------------

Keesokkan harinya, tengah best - best berborak tetiba wajah handsome Eijaz ditumbuk Faeeq.

" Kurang ajar kau ni kan ?! " jerkah Faeeq sambil menarik kolar baju Eijaz.

Eijaz terus bangun apabila ditarik oleh Faeeq kuat.

" Kau pehal ni bro ? Tetiba aje mengamuk tak tentu pasal hah ? " balas Eijaz sambil cuba merungkai tangan Faeeq yang menarik kolar bajunya.

Akhirnya terlerai jugak.

" Kau tanya kenapa aku mengamuk ? Kau ingat aku tak tahu ke apa motif kau dengan Elenaa hantar gambar - gambar tu ?! Korang nak rosakkan relay aku dengan Ungu kan ? " teriak Faeeq geram.

Eijaz terdiam seketika sebelum dia tersenyum sinis.

" Alaa kau dah tahu pulak ke ? " kata Eijaz acah - acah gedik.

Faeeq menggenggam erat penumbuknya di sisi hanya menunggu masa untuk hinggap ke muka Eijaz untuk ke sekian kali.

" Bro ... jujur ea. Aku memang suka kan Ungu. Aku nak Ungu jadi milik aku. "

Faeeq pula tersenyum sinis. Rasa nak termuntah bila dengar setiap perkataan yang terluah dari mulut buaya darat di hadapannya ini.

" Kau ingat aku nak percaya cakap kau ? Aku kenal kau lah Eijaz. Kau ni Top Playboy Unikl ni tau ! Kau hanya nak permainkan hati perempuan aje tapi ! Aku nak ingatkan kau ea ! Aku takkan sesekali biarkan kau permainkan hati Ungu ! " kata Faeeq kuat sambil menunding jari di hadapan muka Eijaz.

Eijaz terdiam. Hmm ya betul lah tu apa yang dicakapkan oleh Faeeq. Dia sendiri pun tak pasti dia betul - betul sukakan Ungu ke atau dia terikut - ikut dengan plan Elenaa yang tak suka tengok kebahagiaan Faeeq dan Ungu.

" Aku harap kau jangan buat macam - macam lagi lepas ni. Tolong pesan dekat Elenaa sekali. Kalau tak ! Korang tahu la apa nasib korang nanti. " kata Faeeq serious lalu beredar meninggalkan Eijaz.

Eijaz hanya terdiam lalu terduduk di tempatnya semula. Kawan berborak tadi juga tercengang dengan pergaduhan yang berlaku di hadapan mereka sebentar tadi.

---------------

Ungu dah boleh balik ke rumah. Demam dia jugak sudah pulih. Namun , sejak dari hospital lagi Ungu semakin mengelakkan dirinya dari Faeeq. Cakap pun sepatah - patah ja. Hmmm mungkin Ungu masih salah faham pasal gambar tu. Macam mana aku nak explain ni ?

Ungu hanya duduk di sofa sambil menonton televisyen.

" Ermm Ungu ..."

Diam. Tiada sahutan.

" Kau marahkan aku ke ? " tanya Faeeq gugup.

Ungu tetap diam tapi kali ni dia bangun dan ingin beredar.

" Ungu ! Please jangan buat aku macam ni. " kata Faeeq tiba - tiba.

Langkah Ungu terhenti.

" Kau dah salah faham la Ungu. Pasal gambar tu..."

Ungu tersentak.

" Gambar semua tu tak betul. Hmmm semua tu dah dirancang Elenaa dengan Eijaz. Aku pun dapat gambar yang sama. Gambar Eijaz peluk kau. Hmmm diaorang saja nak buat kita bergaduh." jelas Faeeq.

Ungu terkedu. Apa ? Faeeq pun dapat gambar Eijaz peluk aku ?

" Aku minta maaf Ungu. Aku minta maaf sebab aku kau sakit. Sebab aku kau demam. Disebabkan aku kau duduk luar sampai sakit. Aku memang suami yang tak berguna kan. Hmm aku faham kalau aku tak dimaafkan. Aku faham... " kata Faeeq bernada sedih lalu terus membelakangi Ungu.

Baru selangkah Faeeq ingin melangkah tiba - tiba dia terasa ada tangan yang melingkari pinggangnya.

Ya . Ungu memeluk Faeeq dari belakang.

" Faeeq...saya pun minta maaf. Saya tak ada niat nak mengelak dari awak. " kata Ungu bersama sedu sedannya. Macam biasa lah perempuan selalu menangis dulu.

Faeeq tersenyum dalam diam. Ya Allah terima kaseh sebab permudahkan segalanya. Lama juga mereka berposisi seperti itu. Faeeq tahu, Ungu amat rindu ingin memeluknya. Sama macam apa yang dia rasa. Namun Faeeq masih tidak boleh membongkarkan tentang rahsianya yang disimpan selama ini.

Seketika Faeeq meleraikan pelukan Ungu itu. Dia menoleh menghadap Ungu.

" Dah kau pergi rest sekarang. Doktor cakap kau kena banyak rest lagi " kata Faeeq.

Ungu hanya mengangguk lalu beredar naik ke atas. Faeeq hanya melihat figura itu berlalu.

" Ya Allah tolong jagakan dia untukku " desis hati Faeeq.





Beberapa hari kemudian, Ungu masuk ke dalam bilik Faeeq. Dia ingin mencari satu buku rujukan yang Faeeq pinjam darinya tempoh hari. Eh ? Diaorang tak satu bilik ? Tak ! Disebabkan dalam rumah tu hanya diaorang ja yang ada so diaorang duduk bilik asing. Orang luar atau family bukan tahu pun.

Semasa masuk ke dalam bilik Faeeq , Ungu memerhati setiap inci bilik tersebut. Wah lawa deco bilik Faeeq. Kalah bilik aku alah ! 😣😣

By the way ....Faeeq tak ada  ke ? Dia tak marah ke Ungu masuk bilik Faeeq sesuka hati ? Tak ! Faeeq tak ada. Dia keluar pergi mana entah. Kedai kot ?

" Hmm mana ea Faeeq letak buku rujukan aku tu ? " ngomel Ungu seorang diri.

Seketika Ungu mencari dimerata - rata tempat. Di dalam almari lah. Dekat celah - celah katil lah. Namun hampa tetap tak jumpa. Sehinggalah Ungu terpandang akan buku rujukannya yang teletak di atas meja bersebelahan dengan satu kotak berwarna purple di suatu sudut yang paling hujung.

" Jumpa pun buku aku. Haish Faeeq ni letak merata lah " sempat lagi Ungu membebel.

Ungu terus menarik buku rujukan tu sehingga terlanggar dengan kotak yang bersebelahan.

Bukkkk !

Kotak tersebut jatuh di atas lantai dan berterabur semua isi - isi dalam kotak tersebut.

Ungu terkedu. Alamakkkk ! Mampus aku. Nanti Faeeq marah aku macam mana ! Huwaaaaaa 😣

Ungu terus tunduk dan menyimpan barang - barang yang jatuh ke dalam kotak tersebut. Semasa Ungu menyimpan barang - barang tersebut tiba - tiba ada satu buku diari yang terbuka akibat jatuh dari atas tadi.

" Eh diari siapa pulak ni ? Faeeq punya ka ?  " desis hati Ungu.

Seketika Ungu mengambil diari tersebut dan dia tak sengaja terbaca isi dalam diari itu.

Ungu tersentak hebat apabila dia membaca setiap butir catatan di dalam diari itu.

" Faeeq .... dia.." kata - kata Ungu terhenti apabila dia menjumpai satu helaian surat khabar yang telah dipotong.

Hati Ungu berdegup kencang. Nafasnya juga turun dan naik tidak tentu arah. Seakan tidak percaya apa yang dilihatnya saat ini. Akhirnya air mata Ungu gugur di pipi mulusnya.

Helaian surat khabar itu digenggam kuat oleh Ungu.

#Hah ? Ungu jumpa apa ? Helaian surat khabar apa sampai boleh buat dia menangis ? Nak tau ? Tunggu chapter seterusnya ya 😊 btw thankyouu yang mana still setia sampai ke bab 30 ni. Author hargai sangat2 . Keep vote and comment guys 😍💞

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro