Bab 28
" Assalamualaikum ....mama...." kata Faeeq.
Kelihatan ada seorang perempuan berumur dalam lingkungan 40 an sedang duduk di atas kerusi roda sambil melihat pemandangan di balkoni bilik tersebut.
Seketika Faeeq mendekati perempuan itu. Perempuan itu hanya duduk diam tidak bekutik. Faeeq melutut di sebelah kerusi roda mamanya iaitu Datin Suraya. 5 tahun lalu, Datin Suraya telah disahkan lumpuh hampir seluruh tubuhnya dan jugak percakapannya.
" Faeeq dah balik ni. Mama macam mana ? Sihat ? Kenapa mama tak tidur lagi ni ? " kata Faeeq sedih melihat keadaan mamanya yang tidak semakin membaik.
Suraya boleh mendengar apa yang orang cakap namun dia tidak terdaya membalasnya melainkan hanya jari telunjuk yang mampu digerakkan olehnya.
Kenapa ? Mama Faeeq ditempatkan di bilik yang agak rahsia daripada orang ? Sebenarnya ini semua keinginan Thaqeef abang kepada Faeeq. Setelah mendapat tahu bahawa mama mereka lumpuh, Thaqeef berasa malu ya amat. Maka dia menyembunyikan mamanya dari khalayak umum.
Namun begitu, apabila ada klien atau kawan - kawan mamanya bertanyakan soal Suraya , Thaqeef akan memberitahu bahawa mama mereka sekarang berada di Uk. Atas sebab ingi menyibukkan diri supaya tidak teringatkan arwah papa mereka.
Tak baik kan Thaqeef ni ? Mama kandung dia sendiri pun dia nak malu. Hanya semata - mata kerana darjat dan juga harta dia sanggup mengetepikan mamanya. Hanya Faeeq yang menjaga mamanya. Abangnya hanya mengupah nurse peribadi untuk menjaga mama mereka. Faeeq ada juga bertekak dengan abangnya soal mama mereka ditempatkan di bilik yang sebegini. Namun fahamkan saja lah. Abang Thaqeef takkan pernah nak dengar cakap orang lain.
" Mama .... Faeeq nak story something dengan mama.." luah Faeeq akhirnya.
Faeeq seketika duduk bersila di sebelah kerusi roda mamanya lalu meraih tangan mamanya.
" Hmmm Faeeq buntu mama...Faeeq tak tahu nak buat apa sekarang dengan perkahwinan Faeeq. Faeeq tak kuat mama. " kata Faeeq bersama mata yang berkaca.
Suraya hanya mampu berdiam. Tak dapat nak balas kata - kata Faeeq.
" Sampai bila maa ? Sampai bila Faeeq nak kena belakon seolah - olah Faeeq ni tak kenal Ungu ? Faeeq tak kuat maa . Bila setiap kali , Faeeq tengok Ungu nangis bila terkenangkan kenangan kami masa dalam koma tu. Faeeq pun rindu hubungan Faeeq dengan Ungu. Tapi..." kata Faeeq terhenti apabila dia mengesat air mata yang mulai turun saat ini. Arghhh akhirnya dia kalah dengan air matanya.
Macam mana Faeeq boleh mengalami mimpi yang sama dengan Ungu ? Ya sebab Faeeq juga koma selama 3 tahun macam Ungu. Cuma Ungu tersedar dari koma selepas 5 tahun. Mereka koma di hospital yang sama. Sedar - sedar aje dari koma, kebetulan Faeeq dan Ungu ditempatkan di ruangan yang sama cuma bilik saja bersebelahan. Sejak Faeeq sedar , dalam diam Faeeq mengikuti perkembangan Ungu yang masih koma semasa dia membuat fisioterapi.
" Tapi...Faeeq terpaksa buat semua ni sebab Faeeq nak Ungu selamat. Faeeq nak Ungu hidup. Faeeq nak lindungi Ungu dari abang Thaqeef. " kata Faeeq.
Ya, sebenarnya masa first Faeeq terjumpa dengan Ungu dekat hospital tempoh hari masa Ungu sedar dari koma yang sebenar tu, Faeeq juga mengenali Ungu. Faeeq terpaksa buat - buat tak kenal hanya kerana Faeeq tak nak rapat - rapat lagi dengan Ungu. Keakraban ni akan membahayakan Ungu bila Ungu dekat dengan abang Thaqeef.
Faeeq dah tekad untuk menjauhkan diri dari Ungu. Namun perancangan tuhan kita tak tahu. Faeeq tak sangka pulak yang papanya akan jodohkan dia dengan Ungu. Tak sangka pulak Ungu anak kawan papa.
" Hmmm kenapa papa kena buat wasiat macam tu maa ? Kalau tak mesti Faeeq dah batalkan perkahwinan ni " luah Faeeq lagi.
Hah ? Batalkan perkahwinan ? Kenapa Faeeq tak boleh nak buat semua tu pulak ?
*Mehh kita flashback*
*Flashback*
" Abang ... Faeeq tak boleh nak teruskan wasiat perkahwinan ni ! Faeeq takkan kahwin dengan orang yang Faeeq tak kenal ! " bantah Faeeq.
Ya , balik daripada date yang setengah jalan dengan Ungu kat mall tu, Faeeq terus balik dan jumpa dengan abangnya yang ada sibuk ada di bilik bacaan.
" Apa kau merepek ni Faeeq ? Habis kau nak ingkar wasiat arwah papa lah macam ni ? " balas Thaqeef.
" Arghhh tak kesah lah. Papa tak patut buat macam ni. Faeeq ada hak nak tentukan siapa yang patut jadi peneman hidup Faeeq .." kata Faeeq lalu ingin melangkah pergi.
" Kau pasti nak batalkan wasiat perkahwinan ni ? " tanya Thaqeef tetiba.
Langkah Faeeq terhenti. Namun dia tak menoleh memandang Thaqeef.
" Kalau macam tu .Its okay. Aku akan gantikan tempat kau "
Faeeq tersentak..
" Sebab hari tu aku lupa nak baca wasiat sampai habis. Papa cakap dalam wasiat , andai kata Lee Faeeq membantah akan wasiat perkahwinan ni. Anak pertama iaitu Lee Thaqeef perlu menggantikan tempat Lee Faeeq. " jelas Thaqeef satu persatu.
Jantung Faeeq berdegup laju. Ya Allah ! Apa semua ni ? Tak ! Aku tak boleh lepaskan Ungu dekat abang Thaqeef !
Ya disebabkan benda ni lah yang menghalang Faeeq daripada berbuat demikian.
*End flashback*
" Apa yang patut Faeeq buat sekarang mama ? Abang Thaqeef pun ada agenda tersendiri maa...dia nak...Faeeq...kikis harta Ungu " luah Faeeq.
Ya plan yang seseorang itu ws adalah dari abang Thaqeef. Sehari sebelum, Faeeq bertolak ke Langkawi , abang Thaqeef telah memberitahu sesuatu yang membuatkan Faeeq tak duga. Ya lah , ada ke patut abang Thaqeef suruh pujuk Ungu untuk berikan jawatan CEO Hadi Holding kepada Faeeq.
Entah lah , abang Thaqeef di realiti dan juga mimpi tu sama ja. Dua - dua gila kan harta ! 😭💔
" Maa ...Faeeq sayangkan Ungu sangat. Kalau boleh Faeeq nak Ungu selamat. Even nyawa Faeeq sebagai gantinya. Faeeq sanggup. Asalkan Ungu hidup bahagia."
---------------
Faeeq masuk ke dalam bilik, kelihatan Ungu dah selamat tertidur di atas katil empuk milik Faeeq. Hmmm tak pa lah malam ni , Faeeq bagi chance untuk Ungu tidur atas katilnya.
Seketika Faeeq menarik selimut lalu menutupi tubuh Ungu. Faeeq sempat mengusap lembut rambut panjang Ungu.
" Iloveyouuu Ungu. You will be the best from the rest in my life. " luah Faeeq perlahan lalu beredar masuk ke dalam bilik air untuk mandi.
Keesokan paginya. Ungu asyik merengek ajak Faeeq balik rumah kaklong. Rindu benar dia dengan kaklong Adriana, mak Min dengan Pak Kasim.
" Alaaa jom la balik Faeeq ... please ? Minggu depan dah start kelas, dah tak ada masa nak balik rumah kaklong. Jom lah Faeeq ! "
" Hmmm malas lah. Tak larat. Semalam baru aje aku drive balik Langkawi. " kata Faeeq sambil menikmati jajannya..
" Alaa bukannya jauh pun. Dekat aje. Taman cenderawasih aje pun kan ? Please Faeeq ? Kali ni aje. Ungu nak jumpa kaklong. Lagipun boleh kasi sekali coklat - coklat yang beli tu. Kalau awak tak larat sangat. Saya suruh driver awak hantar saya aje lah. Awak tak payah ikut. " kata Ungu seakan - akan ingin merajuk.
Alaaa. Faeeq ? Dia bukan nak pujuk pun kalau aku merajuk. Seketika Ungu bangun dan ingin melangkah pergi.
Zappppp !
Pergelangan tangan Ungu ditarik membuatkan Ungu terduduk di sebelah Faeeq semula.
" Tak payah suruh driver. Aku suami kau kan ? Apa guna kalau kau ada suami tapi driver yang hantarkan ? " kata Faeeq selamba. Cuba untuk tutup rasa gugupnya.
Akhirnya Ungu tersenyum kecil.
" Heee thanks Faeeq...Ungu pergi siap dulu ea ! " kata Ungu teruja lalu bangun menuju ke anak tangga.
Seketika bayangan Ungu juga sudah tiada.
" Alahai Faeeq....sanggup ke kau lepaskan isteri yang secomel Ungu tu ? " desis hati Faeeq.
Seperti yang diiginkan Ungu , akhirnya sampai juga mereka di rumah mewah Ungu yang terletak di taman cenderawasih. Apabila Faeeq melangkah masuk ke dalam perkarangan rumah. Faeeq memerhati sekeliling. Alahai rindu benar dia pada rumah ni. Setiap reka bentuk masih sama. Posisi kolam dan landskap juga tidak diubah. Pokok - pokok bunga kegemaran Ungu juga masih ada di situ
Faeeq juga berjalan di sekitar halaman lalu memerhati rumah kecil yang ada di belakang rumah besar Ungu.
" Dalam mimpi tu , aku duduk dekat situ lah. Pastu aku keluar and aku tegur Ungu masa dia tengah sibuk uruskan pokok bunga kat sini " ngomel Faeeq seorang diri.
" Eh Tuan Faeeq ..." tegur Pak Kasim.
Faeeq menoleh. Wahhh Pak Kasim. Rindu benar dia pada orang tua ni.
" Pak Kasim ? Pak Kasim apa khabar ? Sihat ? " kata Faeeq teruja lalu memeluk Pak Kasim erat.
Dahi Pak Kasim berkerut - kerut. Dia berasa pelik akan keramahan yang ditunjukkan oleh Faeeq. Alahai Tuan Faeeq ni macam dah pernah kenal lama dengan aku pulak.
Seketika Faeeq meleraikan pelukan apabila dia berasa Pak Kasim tidak memberi respon.
" Hehe sorry Pak Kasim " kata Faeeq sambil tersenyum senget.
" Hahahahah tak pa Tuan Faeeq. "
" Eh tak payah lah panggil Tuan. Panggil Faeeq aje " kata Faeeq.
" Tapi Tuan..."
" Haish Pak Kasim ni...dah - dah jangan panggil Tuan. Panggil aje Faeeq ....Ok lah jom masuk Pak Kasim. Tak sabar saya nak jumpa dengan Mak Min. Rindu pulak rasanya. " kata Faeeq lalu beredar menuju ke pintu masuk.
Pak Kasim tayang muka pelik. Digaru kepalanya yang tidak gatal.
" Pelik betul budak ni. Asal dia peramah sangat eh ? Mak Min pun dia macam dah kenal lama aje. "
Seketika Pak Kasim juga melangkah mendekati pintu masuk rumah.
#Hmmmm kesian Faeeq tak guys ? 😭Apa akan jadi dengan life diaorang ? Mungkinkah perpisahan adalah yang terbaik untuk diaorang ? 👉👈 Ada lagi ke konflik antara Faeeq dan Ungu ? Nak tahu ? Just wait and see 😂 Keep vote and comment ya guys 💕😍
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro