Bab 24
Ungu mengekori setiap langkah Faeeq sejak dari tadi. Itu membuatkan Faeeq rasa rimas. Dia menoleh memandang tepat ke wajah isterinya itu.
" Kau ni kenapa ? Asyik ikut aku aje ? Rimas tau tak ? " bebel Faeeq.
" Hmmm awak nak bawa saya pergi mana yang honeymoon tu ? " tanya Ungu.
Faeeq diam sejenak. Dia menghembus nafas panjang.
" Ada lah. Kau tak perlu tahu " kata Faeeq selamba lalu mula membelangkangi Ungu.
" Tapi awak tak bincang apa - apa pun dengan saya ? " balas Ungu lagi.
Faeeq tidak menyahut soalan daripada Ungu itu. Dia terus beredar masuk ke dalam bilik air.
Hish dia ni suka main teka teki lah dengan aku ! By the way Ungu dengan Faeeq tak ada kelas ke ? Tak ! Kebetulan weeding diaorang masa cuti sem 🙈💘
" Hmm Faeeq nak bawak aku honeymoon ? Serious lah dia dah cari location ? " desis hati Ungu.
Dalam 5 minit macam tu baru Faeeq keluar dari toilet. Entah apa yang dia buat dalam toilet tu pun tak tahu lah.
" Ermm...pack barang kau " kata Faeeq tetiba.
Ungu berpaling menghadap Faeeq kerana sejak dari tadi dia asyik melihat pemandangan di luar tingkap bilik Faeeq.
" Pack barang ? Kenapa pulak ? " tanya Ungu pelik.
Hmmm Faeeq dah nak halau aku ke hape ? Ke dia nak ceraikan aku dah ? Aduhh baru aje kahwin semalam kot takkan dah kena jadi janda ? 😭
" Esok kita bertolak pergi honeymoon " kata Faeeq seraya mengeluarkan beg travelnya yang tersimpan rapi di dalam almari.
Ungu tayang muka pelik. Biar betul mamat ni ? Cepatnya nak pergi ? Ke mana sebenarnya destinasi Faeeq ni ?
" Awak serious esok kita nak pergi honeymoon ? " tanya Ungu inginkan kepastian.
" Ermmm "
" Awalnya ? "
" Kau ni banyak tanya lah...kita kena pergi awal sebab cuti sem bukannya lama mana. Hmmm nanti kang kalau aku tak bawa kau pergi honeymoon, orang - orang sibuk tanya tak pergi honeymoon ke ? Arghh.." bebel Faeeq sambil tangannya ligat menyusun pakaian yang hendak di bawaknya.
Tetiba perbuatan Faeeq terhenti apabila Ungu menyetuh tangan Faeeq.
" Biar saya packkan " tawar Ungu. Heeee seorang isteri kena lah bantu suaminya. Tak gitu ?
Faeeq menjauhkan tangannya dari disentuh Ungu. Seketika dia berundur 2 tapak menjauhi Ungu.
" Errr hah pack lah. Betul jugak kan ? Buat apa ada isteri tapi tak tolong packkan barang suami ? " kata Faeeq.
Ungu hanya mempamerkan senyuman kepada Faeeq. Jantung Faeeq berdengup kencang 😳
" Ermm awak ...kita nak pergi berapa hari ? " tanya Ungu sambil menyusun baju- baju Faeeq di dalam beg.
" 3 hari " kata Faeeq yang sibuk duk scroll ig.
" Ermm pergi mana ? " tanya Ungu cuba memerangkap Faeeq. Tumpang dia duk kusyuk dengan phonenya. Kot - kot lah kan terlepas cakap ke ?
" Ish kau ni ...kan aku dah kata jangan banyak tanya " bebel Faeeq. Faeeq tidak masuk perangkap Ungu lah pulak.
" Errrr takpa ! Saya dah tahu dah nak pergi mana " kata Ungu spontan.
Faeeq mengalihkan pandangannya dari screen phone ke arah Ungu.
" Nak pergi mana ? " tanya Faeeq serious.
" Nak..pergi...nak pergi..." kata Ungu tergagap sambil membalas tatapan dari Faeeq.
" Pergi mana ? " tanya Faeeq lagi.
" Ermm pergi ke hati saya ! Betul tak ? " kata Ungu cuba untuk berpick up line ! 😂
Faeeq tayang muka toya.
" Hahahahahahambar " kata Faeeq lalu menatap screen phonenya.
" Hmmm alaa kenapa tak nak bagitahu saya kita nak pergi mana ? "
" Hmm tak penting pun "
" Ke awak memang nak buat surprise untuk saya ?" tanya Ungu lagi. Petah sungguh Ungu bercakap. Macam - macam dia tanya.
" Cehh tak ada masa nak surprise - suprise bagai ni ! Lain lah kalau untuk orang yang tersayang or special ke ..." kata Faeeq bersahaja. Mata masih menatap phone.
Kprakkkkkkk 💔
Hmmm ya aku tahu aku bukan special untuk Faeeq. Aku bukan kesayangan Faeeq. Akhirnya Ungu berdiam juga. Dia dah tak nak tanya apa - apa . Sebab apa ? Sebab nanti Ungu juga yang sakit hati 😌
-------------
Sampai di suatu yang membuatkan Ungu sedikit terlopong ! Seriously ? Ni location honeymoon kami ?
" Awak .."
" Hmmm "
" Serious kita nak pergi ..."
Faeeq hanya mengangguk.
" Wahhhhh Langkawi ! " teriak Ungu tetiba.
Ya mereka sekarang ada di jeti Kuala Perlis. Tak sangka yang location honeymoon pilihan Faeeq adalah Langkawi. Heee bestnya ada pantai and yang paling penting banyak coklat ! 😍😍🍫🍫🍫
Seketika mereka mula menaiki bot yang telah dibeli tiket oleh Faeeq melalui online. Ungu yang paling teruja masa naik bot tapi Faeeq hanya mendiamkan diri sahaja. Sebenarnya Faeeq mabuk laut hahahahah dia diam sebab rasa pening + nak muntah 😂 nampak aje macho tapi ada kelemahan juga. Well nobody perfect ! One more thing pelik Faeeq ni dah tahu mabuk laut tapi pilih location kena naik bot jugak. Tu la sapa suruh tolak tiket Paris yang abang Thaqeef kasi ?
Dalam setengah jam macam tu baru Faeeq dan Ungu sampai di Langkawi. Faeeq telah menyewa sebuah kereta Alza untuk mereka gunakan sepanjang mereka di Langkawi.
Seketika Faeeq dan Ungu mula bergerak ke suatu villa milik keluarga Faeeq iaitu betul - betul berdekatan dengan pantai chenang. Heee senang ! Tak payah check in hotel bagai kan ? Jimat pun jimat.
Perjalanan dari jeti ke villa Faeeq mengambil masa selama setengah jam jugak. Akhirnya mereka sampai di hadapan villa yang kelihatan megah berdekatan dengan pantai chenang.
Kedatangan mereka disambut oleh 3 orang pembantu rumah. 2 orang pembantu bernama lulu dan Nunu. Pelik bukan nama diaorang but nevermind. Seorang lagi adalah ketua pembantu tapi Faeeq panggil dia Ummi. Ungu pun pelik.
" Selamat datang Faeeq " sapa ketua pembantu yang dipanggil Ummi.
" Heee terima kaseh Ummi. Ummi apa khabar ? Sihat ? " balas Faeeq ramah.
" Alhamdulillah sihat. Faeeq pulak ? By the way sorry Ummi tak dapat nak datang weeding Faeeq sebab ada hal yang kena uruskan kat sini hari tu." kata Ummi.
" Alhamdulillah sihat jugak. Oh its okay Ummi. Faeeq faham "
Ungu hanya menjadi pemerhati di antara perbualan Faeeq dan Ummi. Seketika Ummi mengalihkan pandangan kepada Ungu.
" Ehh ni ke isteri kamu Faeeq ? Comelnya ? Ungu Mikayla right ? " tegur Ummi ramah.
Ungu hanya mengangguk kecil berserta senyuman. Seketika Ummi memeluk Ungu. Ungu sedikit terkedu.
" Heee akhirnya " kata Ummi perlahan.
Ungu hanya tayang muka pelik di dalam pelukkan Ummi. Apa yang akhirnya ? Pelik - pelik lah.
Seketika pelukan dileraikan.
" Dah - dah jom masuk. Lulu , nunu tolong angkat beg - beg ni " kata Ummi.
Seketika Ungu dan Faeeq pun masuk sambil diiringi oleh Ummi.
Ummi sebenarnya adalah pembantu rumah di rumah Faeeq di KL tetapi telah ditukarkan ke langkawi untuk menjaga villa ni. Ummi juga telah menjaga Faeeq dari kecil lagi. Faeeq juga rapat dengan Ummi. Dia dah anggap Ummi ni macam ibu kandungnya sendiri.
Penat memandu menyebabkan Faeeq terlelap sekejap di atas katil. Ungu pula telah berjalan keluar mengelilingi satu villa Faeeq. Besar juga Villa ni. Dah lah 3 tingkat. Pastu yang menarik perhatian Ungu adalah kolam ikan , taman mini dan juga kolam renang di villa itu. Taman mini villa Faeeq best sebab ada buaian yang macam dekat taman permainan tu.
Seketika Ungu berhenti di kolam renang. Dekat sangat posisi Ungu dengan kolam. Hanya beberapa inci saja Ungu boleh terjatuh dalam kolam tu. Cantik air kolam ni. Bersih . Kan best kalau boleh berenang hmmm tapi ....
" Kau buat apa kat sini ? " sergah Faeeq tetiba mengejutkan Ungu.
Ungu betul - betul terkejut dengan kehadiran Faeeq.
" Arghhh " terjerit Ungu dibuatnya serta tiba - tiba Ungu hilang imbangan dan terjatuh ke dalam kolam renang itu.
Bush !
Faeeq hanya menggeleng sambil ketawa !
" Padan muka kau ! " kata Faeeq bersama ketawa yang masih tersisa.
Ungu terkapai - kapai cuba untuk mencari nafas. Serious Ungu memang fobia sebenarnya dengan kolam renang. Ada kisah disebalik kolam renang ni. Tetiba muncul wajah Haqeem adik bongsu Ungu. Ungu semakin susah untuk mencari nafasnya.. Akhirnya dia tergelam ke dalam air dan matanya semakin lama semakin kelam.
#Omg apa yg akn jadi dgn Ungu ? Faeeq selamatkan Ungu ke tak ni eh ? Ke Faeeq masih anggap Ungu bergurau ? Keep vote and comment guys 😊💕
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro