Bab 22
Hari ni dah masuk kelas macam biasa balik. Malasnya 😥 entah lah sejak tak jumpa Faeeq langsung ni , Ungu jadi rindu sangat dekat Faeeq. Buat kerja semua serba tak kena. Tidur tak lena , makan pun tak kenyang. Gila bayang weyhhh 😭
Ungu belajar macam biasa. Dia lupakan soal Faeeq sekejap. Study perlu study jugak. Pelajaran itu penting !
Setelah kelas semua habis , Ungu terus berjalan nak balik ke biliknya. Hmm dia malas nak ke mana dah. Kawan - kawannya ajak makan kat cafe pun , Ungu tak nak join. Lagipun lepas ni dah tak ada kelas. So boleh balik tidur ! Lupakan semuanya. Lupakan tentang duniawi seketika.
Ungu berjalan seorang diri tetiba namanya dipanggil. Ungu menoleh ke arah suara yang memanggilnya itu. Namun lihat saja si gerangan Ungu terus menoleh semula ke hadapan. Dah kenapa tetiba panggil aku ?
" Ungu ! " panggil Faeeq lagi.
Ungu terus meneruskan langkahnya. Tak ! Faeeq dah tak nak tengok kau muncul lagi depan mata dia. Mungkin khayalan kau aje. Tak mungkin Faeeq panggil aku 😢
" Ungu Mikayla ! Stop ! " kata Faeeq kuat lalu merentap tangan milik Ungu.
Dalam sekelip mata , Ungu di dalam pelukan Faeeq. Ungu tersentak hebat. Dia tak mimpi kan ? Faeeq panggil aku ? Aku dalam pelukan Faeeq ?
Terasa kuat dengupan jantung Faeeq yang dapat Ungu dengar. Sebab ketinggian Ungu hanya pada paras dada Faeeq. Hmm nasib masa tu orang tak ramai sangat dekat situ.
Ungu cuba meleraikan pelukan Faeeq. Namun tak lepas.
" Faeeq ! Lepaslah ! Apa awak buat ni ? Orang tengok lah ! " marah Ungu dalam pelukan Faeeq.
Diaorang bukannya kahwin lagi. Mana boleh peluk - peluk ni. Tak baik lah.
Akhirnya Faeeq akur. Pelukan dilepaskan. Setelah pelukan dilepaskan , Ungu terus memandang ke arah lain. Tak sanggup dia nak tatap wajah Faeeq. Hmmm Faeeq taknak aku munculkan diri depan dia lagi. Mestilah dia menyampah kalau aku tengok muka dia.
" Ungu ..."
" Hmmm " balas Ungu tapi mata masih memandang ke arah lain. Paling tepat Ungu pandang tiang yang ada dekat situ.
" Pandang aku please ? " kata Faeeq bersama suara yang agak romantik cehhh 😝
Ungu terkedu. Mata masih memandang ke arah lain. Dah kenapa Faeeq ni ? Tetiba aje suruh aku pandang dia. Bukan dia benci sangat ke kalau aku ada dekat depan dia ?
" Pandang lah aku . Handsome sangat ke tiang tu daripada aku ? " tanya Faeeq seakan - akan memerli.
" Hmmm buat apa saya nak pandang awak ? Awak jugakkan yang tak nak saya muncul lagi depan awak . " balas Ungu berani. Matanya masih memandang dekat tiang yang berdekatan.
Entah lah nampak tiang tu macam lawa pulak hari ni 😂 cehh acah .
" Aku minta maaf. Aku tahu aku emosi. Aku tak sepatutnya tuduh kau tanpa usul periksa. Maafkan aku Ungu. " pinta Faeeq jujur.
Ungu masih di posisi dan pandangan yang sama. Sikit pun tak menoleh memandang ke arah Faeeq.
" Ungu Mikayla. Aku nak percepatkan perkahwinan kita. " kata Faeeq senafaz lagak dah macam senafaz angkat nikah dah hahaha 😂
Kepala Ungu automatik dihadapkan ke arah Faeeq. Dia renung wajah Faeeq dalam - dalam. Betul ke apa yang aku dengar ni ? Faeeq nak percepatkan perkahwinan kitaorang ? Tapi kenapa pulak ? Apa motif Faeeq ?
" Awak tak main - main kan ? " tanya Ungu penuh debaran.
" Ya aku tak main - main. Aku nak cepatkan perkahwinan kita. Sebab abang Thaqeef yang suruh " jelas Faeeq lagi.
Sedikit hampa apabila Ungu mendengar penjelasan Faeeq. Dia percepatkan perkahwinan kami semata - mata sebab abang Thaqeef yang suruh ? Hahahahaha so annoying !
Ungu melepaskan nafas berat.
" Hmm ikut suka hati awak lah Faeeq. Sudah lah saya nak balik bilik. Penat. Bye Assalamualaikum. " kata Ungu lalu beredar meninggalkan Faeeq.
" Take Care " ucap Faeeq kepada Ungu.
Ungu dengar namun dia tetap meneruskan langkahnya.
-----------
Seperti apa yang pernah diberitahu Faeeq . Perkahwinan mereka diteruskan dengan lebih cepat. Seakan - akan mimpi yang Ungu sebentar lagi akan jadi isteri kepada Faeeq. Orang yang selalu dan akan selamanya bertahta di hati seorang gadis bernama Ungu Mikayla.
Kaklong Adriana tengah sibuk make up kan Ungu. Hahahahaha tak guna khidmat juru make up dah. Just kaklong aje yang siapkan Ungu.
" Tak sangka adik kaklong kahwin dulu dari kaklong " kata Adriana.
Ungu hanya tersenyum kecil. Alahai langkah bendul lah pulak 😂
" Hmm kan best kalau mama , papa , abang ngah dengan Haqeem ada kan ? " itu yang terluah dari bibir mungil Ungu.
Tetiba Adriana dan Ungu menjadi sebak.
" Kaklong rindu mama , papa "
" Ungu pun rindu mama , papa jugak " kata Ungu dengan mata berkaca.
Alahai kejap lagi ada yang rosak jugak make up ni kang ! 😪
" Dah- dah . Mesti papa dengan mama and adik beradik kita tengah tengok kita bahagia dekat majlis ni. Sudah tak nak sedih - sedih lagi. Harap semuanya berjalan dengan lancar kan ? " kata Adriana.
Air mata diseka daripada jatuh merosakkan make up di muka Ungu. Ungu cuba untuk tersenyum.
" Mama ... hari ni hari bahagia Ungu. Doakan Ungu ya " desis hati Ungu.
" Saudara Lee Faeeq bin Lee Rafael " panggil tok kadi yang mewakili wali kepada paklong Ungu.
" Ya saya " jawab Faeeq sehabis tenang.
" Aku nikahkan dikau dengan Ungu Mikayla binti Hadi dengan mas kahwinnya lima ratus ringgit tunai "
Faeeq menghembus nafas berat sebelum memulakan akadnya.
" Aku terima nikahnya Ungu Mikayla Binti Hadi dengan mas kahwinnya lima ratus ringgit tunai . " ucap Faeeq senafaz .
Akhirnya gugur juga air mata Ungu. Dia gembira sesangat sebab akhirnya dia dan Faeeq dapat bersatu. Kawan - kawan Ungu juga hadir ke majlis ini dan menemani Ungu sepanjang majlis perkahwinan tersebut. Aepul iaitu sahabat baik Faeeq juga ada menemani Faeeq di majlis tersebut. Majlis perkahwinan di antara Faeeq dan Ungu tidak lah begitu mewah namun biasa - biasa saja. Majlis tersebut diadakan di kediaman milik keluarga Faeeq.
" Wahh kawan aku ni dah kahwin lah " puji Alana.
" Congrat ya Ungu ? Aku turut senang kalau kamu senang " kata Alysa pulak.
" Heee moga bahagia hingga ke anak cucu tau ? " kata Qismina pulak.
" Terima kaseh korang ! Aku sayang korang ! " kata Ungu lalu berpelukan sesama sendiri.
Eh mana Faeeq ? Hah Faeeq duk sibuk menyembang dengan kawan dia sapa lagi kalau bukan si Aepul lah 😂 ada juga kawan - kawan Faeeq yang study dekat Unikl datang tapi tak lah ramai.
" Hahahahaha lawak siot...." kata Aepul sambil ketawa.
" Apa yang lawaknya ? "
" Lawak lah. Tak sangka pulak aku yang kau kahwin dengan konon - kononnya stalker kau yang kau cerita dulu. Kau tahu ni semua dipanggil jodoh ! Allah dah aturkan semuanya dengan cantik sekali " kata Aepul.
Faeeq tersenyum hambar. Mangkuk punya kawan !
" Entah lah. You know what ? Ni panggil kahwin paksa dhooo ! Aku pun tak faham asal arwah papa aku nak kena letak wasiat macam ni bagai ? " bebel Faeeq.
" Ada pulak cakap macam tu. Kau ni terima aje lah. Mungkin ada hikmah disebalik wasiat papa kau tu ? " kata Aepul.
" Tak ! Semua ni bukan hikmah tapi ..hmmmm aku kena bersedia dengan sebarang kemungkinan. Aku sendiri yang buat keputusan macam ni. " desis hati Faeeq.
" Dah lah kau tak payah nak stress sangat. Rilex sudah lah " kata Aepul lagi.
Faeeq hanya mengangguk kecil akhirnya.
Part of Ungu.
Alahai mana tandas pulak ni? Dah lah first time dekat rumah Faeeq ni. Rumah dia dah lah besar. Boleh sesat aku dibuatnya.
" Eh Ungu ? Nak pergi mana tu ? " tanya abang Thaqeef merangkap abang ipar aku sekarang ni.
" Err Ungu nak pergi toilet tapi tak tahu dekat mana . " kata Ungu.
" Oh toilet. Ungu just straight pastu belok kanan." kata Thaqeef.
Ungu hanya menngangguk kecil. Seketika Ungu ingin melangkah tetiba Thaqeef disapa seseorang itu rakan pernigaannya. Perbualan mereka menghentikan langkah Ungu buat seketika.
" Eh tak sangka pulak majlis adik you dipercepatkan ? Tak silap hari tu cakap 4 bulan lagi kan ? " tanya rakan perniagaan Thaqeef.
Thaqeef ketawa kecil.
" Ya memang rancang macam tu. Entah lah si Faeeq tu tak sabar agaknya nak kahwin. Dia sendiri yang bagitahu I untuk percepatkan majlis perkahwinan ni " jelas Thaqeef.
Ungu sedikit terkedu. Tetiba dia teringatkan kata - kata Faeeq tempoh hari.
" Ya aku tak main - main. Aku nak cepatkan perkahwinan kita. Sebab abang Thaqeef yang suruh "
" Kenapa apa yang Faeeq cakap tak sama dengan apa yang abang Thaqeef cakap ? Apa semua ni ? Siapa yang betul ? Siapa yang salah ? " desis hati Ungu.
Seketika Ungu terus melangkah meninggalkan kawasan tersebut.
------------
Penuh debaran di hati Ungu dibuatnya. First time satu bilik dengan Faeeq. Gugup habis weyh. Tudung masih Ungu pakai. Cuma baju aje yang Ungu dah tukar. Seketika Faeeq masuk ke dalam bilik.
Faeeq kelihatan tenang saja. Faeeq mengusap rambutnya sehingga serabai. Hahahahaa. Penat dhooo majlis perkahwinan ni 😪
Seketika dia baru perasan yang Ungu sedang mematung di situ.
" Kau dah kenapa jadi patung cendana kat situ ? " tanya Faeeq mendatar.
Ungu hanya diam. Matanya hanya melihat cadar katil yang berwarna purple .
" Tu hah tudung tu bukak lah. Sampai bila kau nak pakai ? Tak rimas ke dalam rumah pun nak pakai tudung ? " bebel Faeeq lagi.
Glurp ! Ungu telan liur . Faeeq suruh aku bukak tudung ? 😨 Seketika Ungu hanya akur. Akhirnya tudung dibuka. Terserlah lah rambut panjang Ungu yang dilitupi dengan tudung selama ini.
Faeeq terkedu. Rindunya. Mata Faeeq tak lepas memandang setiap inci rambut Ungu. Cantik sangat. Rambut lurus ikal mayang. Seketika Faeeq mengalihkan pandangannya.
" Err aku nak mandi kejap. Lepas tu kita solat sama - sama " kata Faeeq lalu mencapai tuala mandinya dan beredar masuk ke dalam bilik mandi.
Ungu hanya menghembus nafas panjang. Arghhhhhh malunyaaa 😫 dah lama tak free hair depan Faeeq . Dulu pun masa dalam mimpi pernah lah free hair.
Seperti yang dikatakan oleh Faeeq tadi mereka menunaikan solat bersama - sama buat kali pertamanya. Faeeq memang pandai mengimamkan solat. Ungu suka dengar setiap bacaan yang keluar dari mulut Faeeq. Cair habis lah 💕😙
Setelah selesai solat. Ungu menyalam tangan Faeeq buat pertama kalinya juga. Seketika mereka duduk di atas katil berdua.
" Aku ada sikit hal nak bincang dengan kau "
" Hah ? Bincang apa ? " tanya Ungu pelik.
#Nah for you guys 😊 sorry tak dpt nk update selalu. Sis busy sekrng ni dgn study 😥 hope you guys faham lah ok 💕 keep vote and comment cerita ni tau 😚
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro