Bab 2
Buka saja mata , hanya muka Mak Min , Pak Kasim dengan Iyyad PA papa aje yang aku nampak . Mana family aku ?
Ungu dipeluk erat oleh Mak Min. Rindu benar orang tu itu pada dirinya.
" Rindunya Mak Min dekat Ungu " kata Mak Min sambil memeluk erat tubuh Ungu.
Sesak nafas dibuatnya Ungu hahaha. Kelihatan Iyyad dan Pak Kasim tersenyum - senyum bahagia melihat telatah Mak Min.
Seketika pelukan dileraikan. Mak Min mencapai getah rambut warna kesukaan Ungu iaitu warna purple. Hahahaha sama dengan nama tuan badan.
Dah lama Mak Min beli untuk Ungu tapi selepas 5 tahun baru lah Mak Min dapat bagi dekat Ungu. Mak Min mengelus rambut panjang Ungu . Ya Ungu seorang yang free hair bukan berhijab. Mak Min mengikat rambut ikal mayang milik Ungu itu. Hah baru cantik.
" Mak Min ... "
" Ya Ungu ? "
" Mana mama , papa , kak long , abang ngah dengan adik Mak Min ? " soalan itu yang terpancul daripada mulut Ungu.
Semua orang di situ tersentak dengan soalan yang diajukan oleh Ungu. Serta merta mereka resah.
" Kenapa ? " tanya Ungu lagi. Dia tahu ada sesuatu yang tak kena.
" Errr Cik Ungu ... bawa bersabar ea ... Cik Ungu tahu kan yang Cik koma disebabkan kemalangan jalan raya. Cik memang koma tapi family Cik .... " kata Iyyad tergantung.
" Kenapa dengan family saya ? " Ungu mulai resah.
Macam - macam bermain di fikirannya saat ini.
" Satu family Cik Ungu dah meninggal dunia " luah Iyyad dengan berat hati.
Kprakkk ! 💔
Jantung Ungu rasa nak luruh juga saat ini. Kenapa ? Kenapa semua jadi macam ni ? Terbit rasa menyesal sedar dari koma. Sepatutnya aku kena ikut diaorang mati ! Aku tak nak koma ! Aku tak nak hidup ! 😭
Air mata Ungu jatuh satu persatu.
" Tak ... tipu ! Diorang tak mati lagi kan ? Tipu ! Mama , papa , kak long , abang ngah dengan adik masih hidup kan ?! " jerit Ungu tiba - tiba emosi.
Dia begitu terkejut menerima berita itu daripada Iyyad sebentar tadi.
Mak Min terus memeluk Ungu untuk menenangkannya. Ungu menangis teresak - esak di dalam pelukan Mak Min.
Pak Kasim dan Iyyad turut bersimpati dengan nasib Ungu yang kehilangan satu keluarga.
-----------------------
Baru sahaja beberapa langkah Lee Faeeq melangkah masuk ke dalam rumahnya tiba - tiba ....
Bukkkk ! Dia menerima satu tumbukkan di perutnya.
Faeeq memegang perutnya yang terasa perit. Dia sedikit terkejut apabila orang yang menumbuknya itu adalah abangnya sendiri iaitu Lee Thaqeef.
" Abang ? "
Kelihatan Thaqeef menahan amarahnya. Mukanya kelihatan sedikit merah memandangkan kulitnya putih. Ya lah Thaqeef dan Faeeq adalah keluarga yang mix Cina.
Wajah mereka memang handsome. Rambut pun semula jadi perang. Mata diaorang sepet sedikit . Namun diaorang mampu mencairkan hati setiap perempuan yang melihatnya.
" Kenapa kau pukul aku ? " tanya Faeeq yang mulai bengang.
" Aku pukul kau sebab aku benci kau ! Sebab kau lah papa dengan mama mati ! Kau bunuh papa dengan mama ! " jerkah Thaqeef.
Faeeq tersentak ! Ya Faeeq akui dia yang memandu kereta pada masa itu. Dia sendiri juga tidak tahu kenapa masa tengah drive dia boleh tiba - tiba terlelap.
Dia tak sengaja . Takkan dia sanggup nak bunuh mama dan papanya. Dia tahu abang Thaqeef cukup terkena tamparan yang hebat atas kematian mama dan papa mereka. Kini hanya tinggal mereka dua beradik sahaja.
" Aku minta maaf abang . Aku tahu kau sedih mama ngan papa dah meninggal. Aku pun sedih abang. Aku tak ada niat pun nak bunuh mama dan papa . Semua ni dah ketentuan ilahi" rintih Faeeq merayu pada abangnya.
Faeeq atau nama penuh Lee Faeeq bin Dato Lee Rafael. Berusia 22 tahun.Manakala abangnya Lee Thaqeef bin Dato Lee Rafael. Berusia 25 tahun.
" Aku takkan maafkan kau sampai aku mati ! " kata Thaqeef lalu meninggalkan Faeeq seorang diri di situ.
Pembantu rumah semua tidak berani mencampur tangan dalam hal 2 orang adik beradik itu. Baru kali ni diaorang melihat perang besar di antara adik beradik itu.
Seketika Faeeq melangkah keluar dari rumahnya lalu menyuruh pemandu peribadinya membawa dia ke suatu tempat.
25 minit kemudian , Faeeq sampai di tanah perkuburan Al - Ehsan. Faeeq memakai songkok yang selalu disiapkan di dalam kereta.
Faeeq berjalan seorang diri lemah menuju ke kubur mama dan papanya. Dia duduk di kerusi batu yang disediakan di situ. Seketika dia mengeluarkan senaskah surah yasin lalu membacanya. Setelah selesai membaca surah yasin , Faeeq membaca sedikit doa untuk kedua ibu bapa nya.
" Mama ...papa ...maafkan Faeeq. Semua yang jadi ni sebab Faeeq. " rintih Faeeq bersama esakkan. Ya air mata lelakinya tumpah. Dia turut rasa kehilangan di atas pemergian orang tuanya. Lebih - lebih lagi semua kemalangan tu terjadi berpunca daripada dirinya.
----------------------
Sejak mendapat berita tentang kematian ibu bapanya. Bagi Ungu senyuman dan kebahagiaannya telah musnah buat selama - lamanya. Kini Ungu Mikayla telah berubah menjadi seorang yang pendiam dan mahal untuk senyum. Tiada lagi Ungu yang seceria dan periang seperti dahulu.
Mak Min masuk bersama makanan yang dibawanya dari rumah. Mak Min masak makanan kesukaan Ungu sebab mak Min tahu makanan hospital memang tak sedap !
Apa makanan favourite Ungu ? Mesti lah ketam masak lemak cili api..
" Ungu makan ya mak Min masakkan makanan kesukaan Ungu " kata Mak Min teruja sambil menghidangkan bekal yang dibawanya di hadapan Ungu.
Ungu hanya memerhati setiap pergerakan Mak Min. Makanan favouritenya ? Hmmm dulu mama yang sediakan makan untuknya. Mama yang hidangkan untuknya. Kalau dia sakit , mama juga yang suapkan makan ke mulutnya. Mama Ungu rindukan mama.
" Ungu ? " tegur Mak Min setelah melihat Ungu hanya mendiamkan diri.
" Hmmm . Ungu tak nak makan. Ungu tak ada selera nak makan " kata Ungu dingin
" Alaa makan lah . Kejap lagi kan nak makan ubat. Macam mana Ungu nak sihat kalau tak nak makan ? " bebel Mak Min tapi lebih kepada nasihat lah 😂
" Mak Min jangan paksa Ungu boleh tak ? Ungu tak dak selera .. tak dak selera lah Mak Min.." kata Ungu sedikit kasar.
Entah sekarang emosi dia sedikit terganggu. Sikit - sikit dia rasa nak marah.
Mak Min sedikit tersentak dengan kata - kata Ungu. Hatinya sedikit terguris . Biasalah orang tua kan cepat terasa.
" Hmm penat aje Mak Min masak sebab Mak Min tahu makanan hospital tak sedap. Mak Min cuma nak Ungu sihat cepat." desis hati Mak Min sedih.
Seketika Mak Min ingin mengemaskan makanan yang dihidang di hadapan Ungu tetapi pergerakkannya terhenti apabila Ungu menahan.
" Jangan kemas. Ungu makan. Ungu minta maaf mak Min sebab cakap kasar dengan mak Min tadi. Terima kaseh sebab mak Min susah payah masak untuk Ungu. Terima kaseh juga sebab Mak Min doakan Ungu cepat sembuh " kata Ungu.
Mak Min sedikit terkejut . Apa yang Ungu cakap seolah - olah sama dengan apa yang dikatakan oleh dia di dalam hati tadi.
Selepas Ungu terus makan masakan Mak Min. Hmm sedap sangat - sangat. Ungu makan sampai habis. Tadi aje cakap tak lalu tapi makan lincin jugak hahaha 😂
Mak Min gembira melihat Ungu makan masakannya dengan berselera sekali sampi habis. Rasa peliknya sebentar tadi dibiarkan begitu saja. Biarlah mungkin kebetulan aje kot.
" Ungu Mak Min keluar kejap ea nak jumpa Pak Kasim "
Ungu hanya mengangguk.
Setelah kelibat Mak Min tidak kelihatan lagi , Ungu terdiam seketika.
" Serious ? Aku boleh baca isi hati orang ? Aku betul - betul dengar apa yang Mak Min cakap tadi walaupun dalam hati dia " desis hati Ungu sedikit terkejut lalu dia menyelak sedikit rambutnya di bahagian telinga. Ungu menarik - narik telinganya. Kot - kot telinganya salah dengar ke apa enn ?
------------------
Beberapa hari kemudian. Faeeq berjalan di sekeliling rumah mencari abangnya. Ada hal syarikat yang ingin dia tanya. Hmm selepas kematian papa dan mama , abang Thaqeef sikit pun tak cakap apa - apa tentang wasiat papa.
" Bibik .. "
" Ya Tuan Faeeq " kata Bik Suri pembantu rumah yang ke 3 .
" Ada nampak abang saya tak ? "
" Oh Tuan Thaqeef. Enggak salah bibik dia ada di kamar bacaan " kata Suri . Suri ni asal orang Indon.
" Oh terima kaseh ea Bik. Bibik boleh sambung kerja bibik semula. "
Seketika Faeeq beredar mencari abangnya di bilik bacaan di tingkat 2. Abang Thaqeefnya memang suka buat kerja dekat bilik bacaan tu.
Faeeq berjalan perlahan - lahan mendekati pintu bilik bacaan . Takut menganggu abangnya yang sedang bekerja pula. Kelihatan pintu bilik bacaan tidak tertutup rapat.
" Aba...." panggil Faeeq terhenti apabila dia terdengar suatu perbualan abangnya di telefon yang menarik perhatian.
" Kau jaga diaorang tu baik - baik. Jangan sampai terlepas. Hal Faeeq biar aku yang uruskan. Aku akan buat dia serahkan semua harta ke tangan aku ! " kata Thaqeef sinis.
Hah ? Harta ? Abang Thaqeef culik orang ke ? Dia nak harta aku ? Aku mana ada harta.
Ke semua ni ada kena mengena dengan wasiat papa ?
Serta merta Faeeq melangkah ke belakang lalu cepat - cepat beredar dari hadapan pintu bilik bacaan. Terbatal niatnya untuk bersua muka dengan Thaqeef. Faeeq terus masuk ke dalam biliknya.
Tidak tenang Faeeq di dalam bilik. Dia asyik mundar mandir di balkoni biliknya. Kata - kata abang Thaqeef juga masih terngiang - ngiang di telinganya.
Ada apa sebenarnya ni ? Kalau betul abang Thaqeef nak kan harta aku , aku memang tak sangka lah ! Tapi siap culik orang lagi ? Culik siapa agaknya lah.
Tiba - tiba Faeeq menadah tangannya. Dia memandang lama ke arah tapak tangannya. Aku kena tengok apa yang abang Thaqeef nak buat !
Keesokkan paginya , Faeeq menyapa abangnya di meja makan.
" Goodmorning abang ! " sapa Faeeq teruja lalu meletakkan tangannya di bahu Thaqeef.
Faeeq sedikit tersentak ! Matanya dipejamkan. Faeeq menahan debaran. Rasa nak pecah jantung dia !
Thaqeef pelik melihat reaksi Faeeq lalu dia menepis tangan Faeeq dari bahunya.
" Jangan kau kotorkan baju aku dengan tangan pembunuh kau tu . " kata Thaqeef kasar.
Seketika Thaqeef beredar meninggalkan Faeeq yang terpacak macam patung cendana dekat situ.
Dia seakan - akan tidak percaya apa yang dilihat olehnya sebentar tadi.
Ya baru - baru ini , Faeeq mendapat suatu kuasa yang aneh iaitu dapat melihat masa hadapan orang dengan menyentuh anggota badan seseorang seperti di bahu , tangan dan kepala.
" Apa yang abang Thaqeef cuba buat ni ? Papa ... Mama... " desis hati Faeeq kaku.
#Wahhhh 😲 ada apa sebenarnya ni ? Masing - masing ada kuasa aneh . Adakah diaorang jodoh ? Hahaha nak tahu ? Tunggu next chapter ya ❤ keep vote and comment ya 😉
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro