Bab 17
Ungu bangun agak terlewat hari ni. Badanya terasa agak panas sedikit. Hmmm kan dah demam aduhai. Kawan - kawan Ungu dah suruh Ungu rest kat bilik takyah pergi kelas. Well Ungu tetap dengan keras kepalanya. Tetap nak pergi kelas. Tak nak ketinggalan dalam study.
Apa yang dicakapkan lect dekat depan , masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Kejap Ungu dengar , kejap Ungu pejam mata , kejap Ungu lentokkan kepala dekat atas meja. Haish lebih baik tak payah masuk kelas kalau macam ni.
Setelah habis aje kelas , Ungu terus keluar dengan kawan - kawannya.
" Ermm korang aku rasa aku nak pergi toilet kejap lah.." kata Ungu.
" Hah okay - okay . Jom kami teman " kata Alana.
" Ermm tak payah lah. Menyusahkan korang aje. Aku okay lah " kata Ungu.
" No ! Kali ini aku sama Alana bakal temanin kamu. Lagian kamu tu lagi sakit " bebel Alysa.
Akhirnya Ungu akur. Betul jugak kata diaorang. Nanti kang kalau aku pengsan siapa yang nak tolong pulak.
Seketika di toilet. Setelah Ungu dan kawannya selesai menggunakan toilet , Alana dan Alysa keluar terlebih dahulu selepas itu baru Ungu pulak yang keluar.
Kemudian mereka mula bergerak untuk balik ke asrama mereka. Dalam perjalanan Alysa dan Alana rancak berborak manakala Ungu hanya berjalan perlahan di belakang mereka. Tiba - tiba tangan Ungu ditarik seseorang.
Seseorang itu menarik Ungu jauh dari kawan - kawannya.
" Eeee apa awak ni ? Lepas lah tangan saya.." kata Ungu lemah.
Aduh ! Dia ni nak apa hah ? Aku dah lah tak sihat. Tak dak mood aku nak layan sikap annoying dia ni 😣
Seketika Faeeq menolak Ungu ke dinding. Dia melihat kiri dan kanannya. Tak ada orang. Kosong. Sunyi sepi tanpa manusia selain dia dan Ungu. Faeeq menghembus nafas berat.
" Awak nak apa hah ? " tanya Ungu geram.
" Aku nak kau jangan dekat - dekat dengan Eijaz. Dia tu playboy lah " kata Faeeq seperti memberi amaran.
Ungu melepaskan nafas berat jugak. Hmmm dah kenapa Faeeq ni ? Tarik aku semata - mata nak cakap pasal abang Eijaz ? What the ...
" Hmmm saya tak dekat - dekat dengan dia pun.Kitaorang selalu terjumpa. Itu aje. Awak jangan nak jelous sangat lah Faeeq ... " kata Ungu sempat lagi perli walaupun dia dah rasa pening semacam. Tunggu waktu nak tumbang aje ni.
Faeeq tersentak. Aku jelous dengan Eijaz ? Hahahahaha lawak sangat. Mana ada aku jelous.
" Kau buat lawak apa hah ? Aku jelous ? Tolong lah. Aku just nak kau jaga maruah kau sebagai tunang orang. Faham tak ? " kata Faeeq pedas.
Ungu tersentak balik ! Jaga maruah sebagai tunang orang ? Habistu dia ? Jaga lah sangat ?
Tetiba Ungu ketawa kecil. Entah dia rasa sakit hati sangat dengan kata - kata Faeeq. Dia nampak aje kesalahan aku tapi dia ?
" Asal kau ketawa ? "
" Hmm awak suruh saya jaga maruah saya sebagai tunang orang ? Tapi awak ? Awak ada jaga ? Sibuk date dengan girlfriend lah apa lah. " balas Ungu pedas balik.
Terdiam Faeeq dibuatnya seketika sebelum mula berbicara.
" Kau ! " teriak Faeeq sedikit.
Bukkkk ! Ungu jatuh kehadapan di bidang dada Faeeq. Terkejut Faeeq dibuatnya. Nasib baik Faeeq sempat sambut Ungu.
" Hey Ungu...kau tak payah nak buat drama la nak pengsan bagai. Kau ni pandai berlakon betul lah..." bebel Faeeq.
Ungu diam. Tiada respon.
" Heyy Ungu.." panggil Faeeq dan cuba untuk membangunkan Ungu.
Namun tubuh Ungu tidak memberi respon. Faeeq mulai risau. Dia tak main - main lah Faeeq. Ungu memang pengsan.
" Ungu ?! Bangun lah Ungu ! " kata Faeeq cemas.
Terus Faeeq mengangkat Ungu untuk ke ruang kesihatan Unikl.
Dah hampir setengah jam Faeeq menunggu Ungu sedar. Hmm doktor Dira a.k.a doktor yang bertugas di UniKL ini bagitahu yang Ungu demam tapi tak lah terlalu panas. Hmmm macam mana lah kau boleh sakit ni Ungu ?
Faeeq meneliti setiap inci wajah Ungu. Wajah yang mulai muncul dalam hidupnya. Wajah yang kekadang dia rasa benci nak mampus ! Hmmm kenapa kau ? Kenapa kau yang kena muncul dalam hidup aku hah ? Tak ada orang lain ke ? Aku ....benci...kau !
Tetiba Faeeq terdengar derapan kasut orang yang sedang menuju ke bilik kesihatan yang sedang dia dan Ungu diami.
" Aduh ada orang lah pulak " desis hati Faeeq.
Tanpa berfikir panjang , Faeeq terus bersembunyi di sebalik pintu. Orang yang datang tu adalah kawan - kawan Ungu.
" Ya Allah Ungu ! Macam mana hang boleh pengsan ni ? " kata Alana kecoh.
Macam lah Ungu dah sedar. Dengar suara si Alana ni boleh buat dia tak jadi sedar ada lah.
" Ish kamu ni. Jangan brisik ( bising ) tahu ! Kasihan sama Ungu. Diakan lagi pingsan ? " kata Alysa pula dengan longhatnya.
Alana tersengeh kepada Alysa setelah sedar akan dirinya yang membuat bising.
" Ermm Aly aku nak p mesin air sat. Hang nak pesan tak ? " tanya Alana.
Even Alana cakap bahasa Penang , Alysa tetap faham sebab dia pun ada belajar sikit - sikit pasal bahasa Penang ni.
" Aku mahu air 100 plus " pesan Alysa.
Alana mengangguk lalu keluar dari bilik kesihatan.
By the way macam mana kawan - kawan Ungu tahu yang Ungu pengsan ? Sebenarnya macam ni , lepas diaorang sedar akan ketiadaan Ungu di sisi and diaorang terus lah cari Ungu. Tetiba terjumpa satu siswi ni cakap yang dia ternampak Ungu ada kat bilik kesihatan sebab Ungu pengsan. Sebab tu lah diaorang jumpa Ungu.
" Aduh aku rasa mau ke toilet ni. Ermm Ungu aku ke toilet bentar ya.." kata Alysa seakan - akan Ungu dengar.
Ungu still pengsan dan terbaring lesu di atas katil. Setelah Faeeq yakin akan ketiadaan kawan - kawan Ungu , Faeeq keluar dari tempat persembunyiannya.
Faeeq mendekati Ungu yang terbaring di atas katil.
" Hmm aku blah dulu. Aku tak boleh nak tunggu kau sedar. Nanti kantoi satu U pulak. Hope kau cepat sihat. " kata Faeeq perlahan.
Alahai dalam sombong - sombong Faeeq pun dia tetap wish supaya Ungu cepat sihat ❤
Seketika Faeeq berlalu pergi.
------------------------------
Alhamdulillah Ungu dah sihat hari ni. Hmmm siapa yang tolong angkat aku semalam ea pergi bilik kesihatan ? Takkan Faeeq ? Oh tak mungkin ! Dia mana ada hati nak angkat aku pun even aku ni tunang dia sendiri.
Masa Ungu sedar dari pengsan , hanya Alysa dan Alana saja di depan matanya. Hmmm tak berani lah pulak Ungu nak tanya sapa yang angkat dia ke bilik kesihatan dekat diaorang takut kejap lagi banyak soalan. Mati Ungu.
Hmmm lantak lah sapa yang tolong aku. Maybe yang tolong aku orang yang sama yang bagi payung aku hari tu kot kan ? Hahahahaha your king 💕
Ungu duduk sendirian di cafe , Alana dengan Alysa diaorang cakap ada nak jumpa pensyarah apa ntah. Rajin betul. Aku ni aje yang malas nak jumpa pensyarah.
Ungu memerhati sekeliling. Hmmm lapar tapi tak lalu nak makan makanan kat cafe ni. Tetiba Ungu telan liur.
" Hmmm teringinnya nak makan kebab . Arghhhh mana nak cari kat sini. Memang tak dak lah.." ngomel Ungu seorang diri.
Tetiba bagai bulan jatuh ke riba. Datang sisiwi yang hari tu bagi payung muncul lagi.
" Nahh...ada orang kirim." kata siswi tersebut lalu menghulurkan satu beg plastik di atas meja tempat duduk yang diduduki Ungu.
Terkejut Ungu dibuatnya.
" Eh awak ? Awak yang kirimkan payung tu kan ? " kata Ungu cepat.
Sisiwi tu hanya berdiam seribu bahasa.
" Siapa yang bagi payung hari tu ea ? Ni benda apa pulak yang orang tu kirim ? Boleh saya tahu ? " pinta Ungu.
Seketika siswi itu hanya tersenyum kecil.
" Dia tak kenalkan diri dia siapa pun. Bila saya tanya dia cakap your king " kata siswi tersebut rilex.
Ungu tayang muka pelik. Your king ? Siapa ?
" I need to go ! Bye ! " kata siswi tersebut lalu cepat - cepat beredar.
Ehh budak ni cepat betul dia lari. Takut kena soal banyak lah tu 😑
Seketika Ungu mencapai beg plastik di atas meja. Buka buka aje beg plastik tu Ungu sedikit tersentak.
" Kebab ? "
Ya dalam plastik tu ada kebab. Ya Allah , rasa macam nak nangis bila apa yang aku teringin sekarang ada depan mata 😭 hahaha drama queen lah kau ni Ungu.
Tetiba Ungu teringatkan Faeeq. Dia tersenyum bersama mata yang berkaca. Kenangan bersama Faeeq datang menerjah ke ingatan.
Ungu masih teringat yang dia pernah letakkan syarat pada Faeeq kalau dia mahu kerja dengan Ungu , Faeeq kena ganti balik kebab dia yang pernah Faeeq jatuhkan dulu tu.
Hmmm namun hampa Faeeq tak sempat nak ganti semua tu. Semua tu hanya kenangan yang Ungu sorang aje simpan.
Seketika Ungu membuka kebab tersebut lalu makan dengan bahagianya.
Part Of Someone.
" Abang ...saya dah buat macam mana yang abang suruh tapi dia tanya saya lah siapa yang bagi..." kata siswi yang selalu menjadi orang suruhannya.
" Habis kau jawab apa ? "
" Hmm saya cakap lah your king "
Seseorang itu tersenyum sendiri.
" Hmm bagus. Thanks untuk setakat ni " kata seseorang itu lalu beredar meninggalkan siswi tersebut.
#So nah for this chapter ❤ okay guys maybe ni chapter last untuk minggu ni. Hmmm author dah start sem 2 so i am really busy 😭 So in shaa allah author akan update setiap sabtu dan ahad ya 😉 you guys keep waiting tau 👉👈 heee okay keep vote and comment jgk ya 🙈💕
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro