My Dear Mafia | 14
Adrian menumbuk punch bag yang berukuran agak besar dan berat. Tumbukan yang dihadiahkan berbunyi kuat sehingga menyebabkan punch bag berwarna hitam pekat itu melayang ke udara.
Kaki dilayangkan tepat mengena hujung punch bag. Hatinya terasa sakit yang tidak terhingga apabila mengenangkan si isteri yang masih tidak mempercayakan dirinya setelah berbulan perkahwinan mereka dilangsungkan.
Bunyi pintu yang dibuka dari luar kedengaran namun Adrian hanya membuat tidak endah. Dia hanya menumpukan sepenuh perhatian terhadap punch bag. Langsung tidak ditoleh kepalanya kebelakang.
"Y-you," dulang yang berisi segelas banana smoothie diletakkan diatas sebuah meja kopi yang terletak bersebelahan sofa. Fathia berjalan menghampiri susuk tubuh Adrian bersama kedua belah tangan yang menggenggam hujung baju.
Fathia hanya memandang belakang tubuh Adrian yang terdedah tanpa seurat benang. Matanya terkedip beberapa kali menanti Adrian menyahut panggilannya.
Sejak pulang daripada majlis Alexander semalam, Adrian langsung tidak mahu bercakap dengannya. Setiap soalan yang Fathia ajukan, pasti lelaki itu akan mengelak daripada bertembung empat mata dengan Fathia dan melarikan diri.
Sejujurnya, Fathia terasa dengan perilaku Adrian tetapi dia hanya memilih untuk mendiamkan diri kerana takut dengan sisi Adrian yang seakan seekor singa kelaparan. Siapa sahaja tidak terasa jika makan dan tidur sendiri tak ubah seperti seorang gadis sunti yang belum berkahwin.
Suami ada, tetapi langsung tidak mengendahkan dirinya. Serasa mahu menangis tetapi Fathia cekalkan hati supaya tidak berlaku cengeng kali ini. Sudah terang lagi bersuluh bahawa dia yang bersalah. Apa lagi yang boleh dipertikaikan?
"Adrian." Fathia memberanikan diri untuk berdiri dihadapan Adrian namun lain yang dibalas lelaki itu. Adrian berpura-pura seakan tidak mampu melihat kelibat Fathia lalu dia berpusing menuju kearah sofa meninggalkan Fathia yang terkebil sendirian.
Adrian mencapai sehelai tuala putih bersih yang tergantung di bahagian towel part lantas dibawa tuala tersebut mengelap peluhnya. Dia tahu Fathia berada betul-betul dibelakang tubuhnya.
"You, I minta maaf,"
"Pergi keluar, takut I pukul you pula nanti." Adrian mengelap dahinya yang penuh dengan manik-manik peluh. Pandangan dihalakan ke arah dinding kosong saat Fathia muncul dihadapannya pula. Adrian tahu dia akan mudah memaafkan isterinya itu sekiranya wajah memujuk Fathia dipandang.
Fathia mengeluh lemah mendengar sarkastik yang dilontar Adrian. Semenjak semalam dia memohon kemaafan tetapi tidak dilayan. Paling menyedihkan saat Adrian seakan tidak sedar dengan kewujudan dia yang berlegar di sekeliling lelaki itu.
"You tak nampak I ke?" Fathia bertanya polos sambil melambaikan tangan kanannya dihadapan wajah Adrian. Matanya meliar memandang setiap inci kulit wajah Adrian.
Adrian menahan ketawa saat melihat riak blur Fathia. Dia berdehem beberapa kali lantas berpusing membelakangi si isteri. Tubuhnya sedikit bergetar akibat tawa yang hampir terlepas.
"You selalu mengelak daripada pandang I. Kenapa? You tak suka I duduk dalam Gym ni ke? Okay fine, I keluar!" Fathia berpura-pura merajuk lalu dia mengatur langkah menuju kearah pintu utama Gym. Harapannya hanya satu saat ini iaitu langkahnya akan ditahan oleh Adrian.
Halang I keluar, please!
Fathia sengaja melambatkan langkahnya. Hampir beberapa tapak sahaja lagi sebelum dia tiba di hadapan pintu utama Gym. Argh, tidak!
Fathia terenjat bahu saat lengannya ditarik daripada belakang secara tiba-tiba. Namun, dia tersengih suka apabila wajah tampan Adrian yang menyapa pandangan selepas itu.
Jarak diantara wajah mereka hanya tinggal beberapa inci sahaja dan itu mampu membuahkan sorakan di dalam hati Fathia. Jika sebelum ini dia marah sekiranya Adrian bertindak gatal begitu, tetapi kali ini dia tidak akan melepaskan peluang. Tersangatlah susah untuk menarik perhatian Adrian sekiranya lelaki itu marah.
"Hati you dah cair ke?" soal Fathia sambil tersenyum nakal. Tangannya naik melekap di permukaan dada bidang Adrian.
Berkerut dahi Adrian memandang wajah nakal si isteri.
"Mimpilah sampai you puas." Adrian mengukir senyuman sinis. Kepalanya disengetkan tanda mengejek Fathia. Anak mata hazel milik si isteri direnungnya lama sehingga dia sendiri terpukau dengan tarikan mata itu. Tipulah jika dia tidak rindu terhadap Fathia yang semakin cantik itu, sehari tidak bersembang membuatkan Adrian dilambung gelisah.
"Bahhh!" secara drastik Fathia menyergah. Tawanya terlepas juga saat melihat wajah terkejut yang ditayang Adrian.
Adrian tercengang seketika sebelum dia dapat memahami maksud disebalik permainan yang diatur oleh Fathia. Rambut messynya diraup kebelakang.
"Gosh! You main-main?"
"Kenapa? You nak betul-betul ke? You tak marah I dah?" Fathia melekapkan kedua belah telapak tangannya ke pipi akibat teruja sekiranya Adrian memaafkan dirinya. Badannya dipusingkan membentuk bulatan.
Adrian merengus tetapi dalam masa yang sama dia turut mengukir sebuah senyuman lebar melihat tahap kenakalan isteri. Pantas dia berdehem mengelakkan daripada Fathia mengecam senyuman dibibir tipis miliknya yang terukir sebentar tadi.
Langkah diatur mendekati susuk tubuh Fathia lantas kedua bahu Fathia dicengkam perlahan.
"Dah, jangan nak buat gila. Tadi you cakap I tak suka you duduk dalam Gym ni kan? Okay sekarang you duduk sini sampai bila-bila. Don't follow me." Adrian berpusing lalu mengorak langkah keluar daripada bilik yang menempatkan pelbagai jenis alatan senaman. Senyuman sinis jelas terukir dibibir.
Fathia menghentakkan kakinya ke lantai tanda protes. Ingin sekali dia menjerit akibat rasa tidak berpuas hati dengan tingkah Adrian. Membazir sahaja dia mengusik Adrian tadi, akhirnya lelaki tampan itu masih tidak mahu memberi maaf.
Fathia menarik nafas sedalam yang mungkin lalu dia melangkah keluar daripada ruangan Gym. Anak mata Fathia melilau ke setiap pelusuk ruang mencari kelibat Adrian. Tangannya dicekak ke pinggang.
"Mana dia pergi ni?" Fathia mengumam sambil memanjangkan leher mengendap disebalik sliding door. Siapa tahu Adrian ada dikolam renang. Namun hampa apabila tiada satu pun susuk tubuh yang berada ditempat yang diperhati Fathia.
"I said don't follow me."
Fathia terjongket bahu saat satu suara garau menerpa gegendang telinga. Pantas tubuh dipusingkan menghadap gerangan yang menegur. Fathia mengangkat tangannya ke udara sebelum dibawa memeluk tubuh.
Wajah Adrian yang tampak sangat sinis memandang kearahnya diabaikan. Fathia melangkah tiga tapak kehadapan semata-mata untuk berdiri berdekatan dengan suaminya.
"You, I penat lah." adu Fathia. Matanya tepat memandang ke dalam anak mata hijau gelap milik Adrian.
"Then pergi minum air." Adrian memasukkan tangan kanannya kedalam poket seluar track-suit hitam yang dipakai. Wajah tidak berperasaan ditayang membuatkan Fathia terasa seperti hendak menumbuk orang.
"Tak lawak, okey." Fathia merengus perlahan. Tangan kanan Adrian yang berada didalam poket ditarik kuat. Belakang telapak tangan Adrian dicium bertalu tanpa henti.
"I'm sorry, I tahu I tak sepatutnya pertahankan orang lain selain you. I tak sengaja termarah you, I just emosi sebab Sofya tu perempuan. I kesian but I tak sedar yang I tak boleh buat macam tu tanpa restu you. Sorry,"
Adrian berkerut dahi saat terasa seakan tangannya basah. Perlahan-lahan Adrian menarik dagu runcing Fathia agar memandangnya. Teresak-esak wanita itu dibuatnya.
"Kenapa you menangis sedangkan I tak pernah restu untuk you menangis?" soal Adrian sambil menyapu perlahan titisan jernih yang menitis dipipi mulus Fathia. Sebelah keningnya ternaik sedikit meminta penjelasan daripada seulas bibir Fathia.
"I se-sedih." Fathia tidak menghiraukan rambutnya yang berserabai ditiup angin. Inilah padahnya jika membuka sliding door. Segala jenis angin menerobos masuk kedalam rumah.
"Stop crying."
Sepantas kilat Fathia mengelap pipinya menggunakan hujung T-shirt berlengan panjang yang tersarung ditubuh. Mengapa dia merasakan seakan ini adalah kali terakhir dia dan Adrian bersua muka?
"You maafkan I tak?" Fathia menarik hingusnya perlahan. Jauh pandangannya menusuk masuk ke dasar mata Adrian. Entah mengapa, Fathia dapat merasakan satu perasaan aneh yang menerbitkan rasa rindu terhadap si suami walhal Adrian elok berdiri dihadapan tubuhnya.
"Ya, I maafkan you. Tapi janji dengan I jangan buat lagi. Defend yourself, sayang. Jangan sesekali bela orang yang buat salah pada you. Kalau tak, habis kepala you dia pijak. Ingat pesan I ni sampai bila-bila." Adrian menarik tubuh Fathia masuk ke dalam pelukan hangatnya.
Dahi Fathia dicium lama melepaskan rindu yang menggebu didada. Pelukannya semakin erat sehingga menerbitkan segaris senyuman dibibir Fathia.
Baru sehari bergaduh, mereka berdua sudah merasakan kegelisahan yang menghimpit diri. Jiwa seakan terseksa namun ego lebih menguasai diri sehingga kedua-dua insan itu hanya memilih untuk bermasam muka walaupun rindu kian terasa.
"Sayang, kalau satu hari nanti I tak ada disamping you. I nak mintak tolong satu je dari you." Adrian melonggarkan pelukan namun tangan kirinya masih berada dipinggang Fathia. Mata mereka bertaut seakan sedang menyampaikan pesanan terhadap satu sama lain.
Fathia berkerut dahi memandang Adrian.
"You cakap apa ni? I tak suka." Fathia mengeleng sambil mencebik bibir. Gusar di hati semakin terasa namun Fathia hanya berdiam diri kerana tidak mahu Adrian mengesyaki tentang hatinya yang berdetak kerisauan.
"No, we have to talk about it."
Kedengaran Fathia merengus.
"Ish, yelah-yelah. Apa dia?" Fathia menanti dengan penuh sabar. Bebola matanya bergerak memandang wajah seakan tidak bermaya milik Adrian.
"Jaga diri you untuk I. Jangan pilih orang lain selain I, kecuali jika I dah tak bernyawa. Janji?" Adrian menyuakan jari kelingkingnya dihadapan wajah Fathia. Dia menggoyangkan jari tersebut apabila Fathia kelihatan seperti tidak mahu menyambut huluran itu.
Tanpa menghiraukan huluran Adrian, pantas Fathia menyembamkan wajahnya didada bidang lelaki itu. Tangisan yang kuat kedengaran teresak-esak menghiasi ruang tamu.
Airmata yang ditahan sedari tadi akhirnya menitis juga dipipi licin milik Adrian. Bibir tipisnya dikemam kuat mengelakkan sebarang tangisan kedengaran. Susuk tubuh Fathia didakap sekuat yang mungkin.
Entah apa yang menghantui jiwa mereka sehinggakan debaran dan kegelisahan semakin menghimpit dua hati itu. Sakit yang dirasakan dikerongkong akibat mengeluarkan tangisan tidak sesakit kehancuran dihati.
"Shh- dah jom," Adrian menepuk belakang tubuh Fathia ingin memujuk wanita itu agar pulih dari tangisan yang semakin menguasai diri. Fathia mengangkat wajahnya lantas mengelap sisa airmata yang masih melekat di permukaan pipi.
"Pergi mana?" terkebil-kebil Fathia memandang Adrian sehingga lelaki itu melepaskan tawa kecil melihat wajah blur si isteri.
"Pergi Gym, I nak ajar you teknik mempertahankan diri. Cara-cara menembak sasaran dengan tepat pun I akan ajar you hari ni. No excuse. Jom." Adrian menarik tangan Fathia sedikit kuat.
Fathia yang terlopong mendengar kata-kata Adrian pantas mengeleng laju. Belajar untuk aktiviti menyeramkan begitu? Lebih baik dia belajar ABC. Berlipat kali ganda faedahnya.
"No, sayang. You kena buktikan dekat I yang you boleh pertahankan diri you hari ni juga." Adrian sedaya upaya berusaha untuk menarik tubuh Fathia yang sengaja dikeraskan oleh wanita itu. Terasa mahu mencempung tubuh langsing itu namun ditahan sebaik mungkin mengelak dari dimarah Fathia.
"Esok boleh?" Fathia membuat muka simpati sambil memandang Adrian. Badannya semakin dikeraskan.
"No, sayang. Nanti terlambat."
"Maksud y--" tidak sempat Fathia ingin menyambung, laju sahaja Adrian memotong.
"Dah jom,"
Fathia memandang Adrian dengan riak yang pelik tetapi kakinya hanya mengikut langkah Adrian setelah hampir dua-puluh minit bermain tarik tali.
Ya Allah, selamatkan rumah tangga kami, serta selamatkanlah diri kami dari diancam bahaya.
•••
"Lepaskan dia,"
Adrian menghenyak punggung berhadapan dengan Alexander. Kaki diangkat tinggi lantas diletakkan diatas meja kopi dihadapan mereka berdua. Tawa sinis kedengaran terlepas dari bibir Adrian.
"Kau kenapa, sial?" Adrian menggenggam tangan kanannya membentuk penumbuk. Besar kecil sahaja dia melihat wajah Alexander yang seakan memperlekehkan dirinya.
"Aku nampak dia menangis masa majlis hari tu." Alexander menghembus asap rokok ke udara. Berkepul-kepul asap rokok berwarna putih itu berkumpul di udara sehingga menenggelamkan wajah kacak Alexander.
"Tak ada kena mengena pun dengan kau. Mind your own bussiness, Alex." keras intonasi Adrian memberi amaran terhadap Alexander. Mereka berbalas renungan seketika sebelum Adrian melarikan pandangan.
Sebelum majlis bagi meraikan kepulangan Alexander ke tanah air diadakan, hubungan diantara Adrian dan Alexander baik-baik sahaja. Tetapi selepas peristiwa Adrian memarahi Sofya dan Fathia memarahi Adrian, terus sikap Alexander yang sentiasa tersenyum berubah secara mendadak.
Adrian juga turut merasakan bahawa hubungan mereka berdua mulai renggang. Sebab Fathiakah sehingga Alexander berubah begini? Semata-mata ingin mendapatkan cinta Fathia kembali?
"Aku tak suka tengok airmata Fathia." Alexander bertindak menelan kesemua asap yang dikeluarkan melalui rokok akibat tertekan dan marah yang menghantui diri. Terbatuk kecil dia selepas itu.
"Eh bodoh, Fathia isteri aku. Kau dengar baik-baik, Fathia Qaisara isteri aku yang sah! Kau tak ada hak langsung keatas dia. Kami nak terjun bangunan sama-sama pun tak ada kena mengena dengan kau!" Adrian bangkit berdiri lantas dia merapati Alexander. Belum sempat Alexander mengelak, kedua belah tangan Adrian sudah mengcengkam leher lelaki itu.
Terbatuk-batuk Alexander sambil tangannya berusaha untuk melonggarkan cengkaman Adrian daripada lehernya.
"Sakit, sial." Alexander membengkokkan kakinya lantas dihayun kuat ke perut kempis Adrian. Dia menarik senyuman sinis sambil menggosok garisan merah yang terbit dileher. Damn, pedih!
Adrian jatuh terlentang diatas sofa. Wajah sinis Alexander dipandang dengan api kemarahan yang semakin membara.
"Fathia isteri aku, Alex. Sampai bila-bila pun dia tetap isteri aku." menggigil suara Adrian akibat amarah yang menguasai diri. Dia langsung tidak menyangka bahawa Alexander masih mempunyai perasaan terhadap Fathia. Fikirnya Alexander sudah melupakan Fathia dan hanya ingin berkawan.
Tidak sampai seminit, kedengaran tawa sinis Alexander memenuhi ruangan Tiara Private Restaurant. Mujur mereka menempah bilik untuk sesi perbincangan itu. Kalau tidak, pasti sudah beratus mata memandang kearah dua lelaki tampan yang sedang bertegang urat.
Rokok yang masih berbaki separuh dilempar ke dalam ashtray yang terletak di atas meja. Tangannya mencapai segelas air ribena yang belum terusik, lalu disedut menggunakan sebatang straw.
"Aku dapat dia dulu, Rian. Fathia kenal aku dulu sebelum kau." Alexander meletakkan gelas panjang tersebut diatas meja kembali. Matanya tajam merenung wajah bengis Adrian. Mereka bersabung anak mata seketika sebelum Adrian mempamerkan gelengan.
"But she is my wife right now. So I win."
Adrian bangkit berdiri. Bajunya yang sedikit renyuk dibetulkan dengan sebelah tangan. Pandangan yang cukup sinis dihadiahkan buat Alexander sebelum kakinya diatur keluar daripada bilik makan tersebut.
Hatinya terasa panas membara saat mengetahui bahawa Alexander mempunyai rancangan untuk merampas Fathia darinya. Sedari kecil, mereka berdua sememangnya kerap bergaduh kerana perempuan. Biasalah, dunia lelaki yang masih belum mencapai kematangan.
Tetapi tidak disangka pula, pertelingkahan yang tidak bernas sebegitu masih berlaku diantara dia dan Alexander ketika umur sudah meningkat dewasa.
Adrian membuka pintu kereta di bahagian pemandu lantas memboloskan dirinya ke dalam perut Range Rover. Stereng digenggam kuat akibat perasaan marah yang semakin menjadi-jadi.
Siapa sahaja tidak marah sekiranya ada lelaki yang terang-terangan ingin merampas si isteri. Lagi-lagi Adrian; seorang lelaki yang tidak gemar berkongsi harta hak miliknya bersama orang lain.
Adrian menekan pedal lantas memulakan pemanduan diatas jalan raya yang kelihatan agak lenggang pada waktu itu. Pandangannya seakan kabur sekaligus membataskan Adrian untuk melihat keberadaan kereta-kereta lain yang turut meluncur diatas jalan.
Adrian mengelipkan matanya berkali-kali sambil memicit dahi yang terasa berdenyut-denyut tanpa henti. Mungkin kerana berfikir terlalu banyak, dan mengakibatkan benak fikirannya berpusing.
Adrian menghembus nafas kasar. Pedal ditekan sehabis kuat apabila tiada sebuah kereta pun yang memandu di jalan sunyi tersebut sehingga menyebabkan Range Rover putih miliknya menderum laju membelah jalan raya.
Adrian mengerutkan dahinya apabila pandangan terasa seperti berpinar. Hanya satu harapannya saat ini iaitu pulang kerumah dan tidur diatas katil empuk ditemani Fathia.
Adrian memejam mata seketika bagi tujuan menghilangkan rasa pening yang menyelubungi diri. Beberapa saat kemudian, dia mencelikkan mata kembali.
"Arghhh!"
STREEEETTT!!
DUM!
---
"You can cut my hand, you can shoot my head but for the rest of my life please don't take her."
---
Apa ni? 😭
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro