My Dear Mafia | 11
Adrian memandang tajam susuk tubuh Fathia yang terjengket-jengket berlari menjauh daripadanya. Sesekali wanita itu mengaduh sakit. Tak padan dengan kaki berbalut, lagi nak larikan diri.
Adrian yang sedari tadi hanya duduk di sofa kini sudah bangun berdiri. Ubat yang berada ditangannya diletakkan di atas meja island stand di ruang tamu tersebut. Kedua belah tangan dimasukkan kedalam poket seluar jeans yang dipakai.
"Jangan sampai I kejar you." Adrian memberi amaran. Dia melangkah setapak kehadapan menghampiri Fathia yang seperti sudah bersedia untuk melarikan diri. Sebuah meja kaca berbentuk bulat memisahkan mereka.
Fathia menggigit bibir.
"Jangan dekat dengan I!" Fathia membuat isyarat 'berhenti' terhadap Adrian apabila lelaki itu kelihatan tak ubah seperti gergasi yang ingin menangkap sang kancil.
Adrian tidak menghiraukan amaran Fathia lantas dia berjalan laju ingin mendekati susuk tubuh Fathia tetapi malang apabila si isteri bertindak untuk mengelilingi meja bulat itu. Dengusan terpancul keluar dari bibir tipis Adrian.
"Makan ubat sekarang." Adrian menunjuk ke arah plastik ubat yang terletak di atas meja island stand.
Pantas Fathia mengeleng laju menandakan bahawa dia tidak akan sesekali menelan ubat jenis kapsul seperti itu.
"Okay fine I tak paksa you tapi--" Adrian sengaja membiarkan ayatnya tergantung. Kakinya bergerak perlahan-lahan menghampiri Fathia yang turut berundur setapak demi setapak mengelilingi meja tersebut.
"Baiknya you! Thank you sebab tak paksa I." Fathia memegang pipinya dengan menggunakan kedua belah tangan. Dia membuat muka terharu dengan kebaikan yang ditunjuk Adrian.
Adrian tersenyum sinis.
"Tapi I tak akan pernah lepaskan you!" dan serentak itu, Adrian berlari tak ubah seperti Usain Bolt demi mengejar isteri yang tercinta. Dia tergelak kuat melihat Fathia yang tidak mampu berlari.
"Arghhh!" Fathia membuntangkan biji mata apabila kedua belah tangan sasa Adrian terasa seperti sudah bercantum di perut kempisnya. Matanya terpejam rapat saat Adrian mengangkat tubuh kecilnya dan memusingkan 360° darjah.
Adrian semakin melepaskan tawa kuat apabila Fathia berusaha untuk menggigit lengannya yang memeluk tubuh kecil itu. Pantas Adrian mengatur langkah ke sofa satu seat tersebut lantas melabuhkan punggung disitu.
Tubuh Fathia diletakkan di atas ribanya.
"Lepaskan I." Fathia menarik tangan Adrian namun nasib tidak menyebelahinya apabila Adrian semakin mengetatkan pelukan. Fathia cuba untuk bengun tetapi tidak sampai dua saat dia terjatuh di atas riba Adrian semula.
Pantas kedua belah tangan digunakan untuk mencubit lengan Adrian yang melekat di perut kempisnya. Fathia menjerit nyaring apabila tangan Adrian kelihatan seperti ingin mencapai bungkusan ubat yang terletak di atas meja.
Fathia sedaya upaya berusaha untuk melepaskan diri.
"I tak nak. Tolonglah, Adrian." rayu Fathia bersama wajah tersebik ingin menangis. Semenjak lahir lagi, Fathia memang seorang manusia yang anti ubat. Dia tidak boleh menelan kapsul yang mampu memulihkan kesakitan tersebut.
Bukan dia sahaja, malah Firdaus juga turut berkongsi perangai yang sama dengan Fathia. Ubat adalah musuh paling utama yang mereka berdua pernah miliki.
"Dulu you paksa I. You cakap ubat ni sedap, kan?" Adrian membuka bungkusan ubat sambil lengannya menahan tubuh kecil Fathia daripada bangkit berdiri manakala kakinya juga turut memainkan peranan dengan menahan kedua belah kaki Fathia yang meronta.
"Itu dulu, sekarang ubat dah tak sedap dah." Fathia benar-benar ingin menangis apabila anak matanya menangkap dua biji kapsul yang berada didalam genggaman Adrian.
Fathia menggigit bibirnya kuat bagi langkah berjaga-jaga. Mana lah tahu jika Adrian bertindak ingin menyumbat ubat tersebut ke dalam mulutnya.
"Open your mouth."
"No!" Fathia kembali menggigit bibirnya semula selepas menuturkan kata tidak. Tubuhnya yang tidak mampu bergerak itu tetap tidak berputus asa untuk terus melepaskan diri.
Adrian tersenyum sinis dengan kedegilan Fathia. Satu perkara yang dia dapat tahu tentang Fathia semenjak mendirikan rumah tangga bersama wanita bak bidadari itu adalah tahap kedegilan yang sangat tinggi menyerupai suhu di padang pasir.
"I kira sampai tiga," ujar Adrian seraya tangan kanannya yang menggenggam ubat naik menyamai paras mulut Fathia membuatkan wanita itu mengeleng ke kiri dan kanan.
Nak makan ubat macam nak dipaksa telan asid pulak.
Fathia semakin kuat menggigit bibirnya. Sedaya upaya dia memaksa bibir tipis itu supaya bertahan walaupun sakit yang dirasai tidak dapat dibendung apabila sebaris giginya yang agak tajam tersebut bertemu dengan permukaan kulit bibir.
Tanpa sebarang amaran, pantas Adrian menyucuk pinggang Fathia menggunakan jari telunjuk dan perkara tersebut berjaya membuatkan Fathia melepaskan tawa sekaligus membuka mulut tipisnya.
Laju sahaja tangan Adrian membawa masuk dua biji kapsul berwarna putih ke dalam mulut isterinya. Gelas yang berisi air dicapai lantas disuakan kepada Fathia yang terbatuk kecil.
"Werk! Pahit!" Fathia mengepit hidungnya menggunakan jari telunjuk dan ibu jari. Kepahitan yang dirasakan benar-benar menimbulkan rasa mual yang mula menguasai diri.
"Kan senang macam tu." Adrian bangun berdiri lantas diletakkan tubuh Fathia di atas sofa penuh berhati-hati. Dia mencuit hujung pangkal hidung si isteri lalu berjalan menuju ke rak yang menempatkan pelbagai jenis kunci di dalamnya.
"I keluar sekejap, ada hal nak settle." Adrian membuka pintu rak lantas kunci Range Rovernya dicapai. Sebenarnya dia lebih selesa menggunakan kereta itu memandangkan kereta putih tersebut adalah hasil titik peluhnya sendiri. Dan ia merupakan kereta kesayangannya.
"Tak boleh!" Fathia menghentakkan telapak kakinya ke lantai beberapa kali sambil kedua belah tangan digenggam membentuk penumbuk.
Adrian terdiam apabila Fathia berjalan menghampirinya. Apa pula kali ini?
"Jangan tinggalkan I sorang-sorang boleh tak? I takut duduk rumah dengan bodyguard garang you tu!" Fathia mencapai tangan kanan Adrian lantas dia menarik lelaki itu menuju ke arah tangga yang kelihatan mewah bersalut cat berwarna keemasan.
Ya, Fathia memang sudah memasang niat ingin mengurung Adrian di dalam bilik dan mengunci pintu supaya Adrian tidak dapat keluar kemana-mana. Fathia gelak jahat di dalam hati.
Adrian mengeraskan badan lalu dia memegang kedua belah bahu milik Fathia.
"Dia orang takkan berani nak buat benda tak baik dekat you, sayang. I dah kenal dia orang bertahun-tahun," Adrian cuba memujuk si isteri.
"Tapi I tetap tak nak you tinggalkan I."
"I keluar sekejap je okay? I ada kerja." Adrian menyeluk poket jeansnya lantas mengeluarkan segugus kunci. Terdapat lebih daripada sepuluh jenis kunci ditangan Adrian membuatkan Fathia berkerut dahi.
"Apa ni?" Fathia mengangkat keningnya beberapa kali apabila segugus kunci itu ditayang dihadapan wajah. Senyuman senget yang terukir dibibir Adrian dipandang dengan seribu satu soalan. Nak bagi 10 biji kereta ke apa ni?
"This is shopping room's key."
"Maksud you?" kening Fathia bertaut seketika saat satu kunci yang mempunyai tulisan Paradise Room ditunjukkan kepadanya.
"Ni kunci bilik shopping. You boleh masuk dalam bilik ni dan shopping online. You boleh beli apa je yang you nak, semuanya I bayar. Okay?" Adrian terkejut apabila kunci tersebut dirampas oleh Fathia secara tiba-tiba.
"Ops, sorry. I teruja." anak mata Fathia jelas kelihatan bersinar-sinar saat segugus kunci itu berada ditangannya. Dia akan pastikan Adrian jatuh muflis kerana telah memberi rasuah terhadapnya.
"So, I pergi dulu eh?"
"Okay, tapi jangan menyesal kalau you pokai lepas ni!" Fathia menarik tangan kanan Adrian dengan sedikit kasar akibat protes lalu dikucup tangan itu perlahan.
Adrian tergelak dengan tingkah comel si isteri. Pantas tangannya mencubit pipi tembam Fathia.
"Jangan keluar okay? I sayang you." Adrian menundukkan muka lantas dahi putih Fathia dicium lama.
Terpejam mata Fathia menerima kucupan hangat Adrian.
"Take care!"
Walaupun masih terselit nada merajuk pada suara Fathia namun ianya tetap berjaya membuat Adrian tergelak. Dia berpusing lantas melangkah ke pintu utama. Sempat dilambai si isteri yang langsung tidak mengukir senyum itu.
Sekali lagi, Adrian gelak melihat wajah tidak berpuas hati Fathia kerana telah meninggalkan dia.
Fathia tersebik-sebik menahan tangisan apabila Adrian sudah keluar daripada kawasan mansion tersebut dengan menaiki Range Rover. Dia membawa langkah menuju ke Shopping Room seperti yang disuruh Adrian.
Dia berjanji akan menunjukkan bakatnya di dalam bidang shopping. Huh!
•••
Adrian menepis kuat gelas kaca yang berisi air coke berwarna hitam gelap yang sedari tadi berada di atas meja. Dadanya turun naik apabila berita yang di nanti-nanti kini sudah berada di dalam pengetahuan dia.
Dan ianya amat mengejutkan Adrian sekaligus menyemarakkan api kemarahannya.
"Sial! I really don't expect this! Bullshit!" Adrian menumbuk meja kayu dihadapannya sehingga meja tersebut mengeluarkan bunyi retak menandakan penumbuk yang dilepaskan oleh Adrian bukan calang-calang.
"Relax, Ad. Tolong jangan hancurkan semua benda dalam rumah aku ni. Aku beli mahal tahu ta--" Firdaus automatik terdiam apabila anak mata Adrian tajam merenung wajahnya. Dia sedar lawaknya tidak menjadi di saat tegang begini.
Adrian bangkit berdiri lantas kolar baju yang dipakai Cris, penyiasat upahannya ditarik kuat sehingga menyebabkan kepala Cris terhantuk dengan kepala milik Adrian. Namun Adrian hanya menunjukkan reaksi biasa seperti tiada apa-apa berlaku walaupun kepalanya terhantuk agak kuat.
"Betul apa yang kau cakap ni?!"
"Be--betul, Tengku. Saya yakin sa--saya tak silap orang." tergagap Cris apabila mata helang Adrian mula menunjukkan bahang kemarahan didalamnya. Kecut perut dia dibuatnya.
"Kalau kau salah, aku sendiri akan pastikan kau mampus." bisik Adrian dengan suara yang menggigil di tepi telinga Cris. Api kemarahannya semakin meluap apabila memikirkan dalang yang merancang perkara tersebut.
Cris hanya membisukan mulut apabila amaran keras yang mampu menghentikan nafasnya keluar dari mulut Adrian. Dia tahu Adrian bukan seorang lelaki yang suka bermain dengan kata-katanya.
"Ad, cuba kau relax dulu." Firdaus mengangkat kakinya lantas diletakkan di atas meja. Adrian yang mula melepaskan Cris itu dipandang tenang.
"Dia isteri aku! Kau boleh lah relax!" tak semena-mena, Adrian menengking Firdaus dengan suara yang mampu membuat semua bodyguard yang berkawal di sekeliling rumah kecut perut.
Firdaus tertawa sinis sambil memasukkan sebiji buah strawberry ke dalam mulut.
"Kau lupa ke isteri kau tu adik aku?" mulutnya mula mengunyah buah berwarna merah yang menggoda tersebut. Diambilnya sebiji lagi lalu dilempar ke dalam mulut.
Adrian merengus.
Sungguh dia tidak faham dengan Firdaus yang masih boleh bertenang di dalam situasi begini.
"Dia Mummy kau. Kau lupa ke?"
"Tapi still aku tak boleh terima dia buat semua ni!" Adrian mengeluarkan sepucuk pistol Limited Edition kesayangannya lantas tanpa amaran dia menambak cermin kaca yang melekat di dinding berdekatan stor banglo Firdaus.
Habis berkecai cermin mewah tersebut.
Firdaus membuat isyarat mata agar Cris serta pengawal-pengawal yang berada di ruang tamu supaya keluar sebentar sebelum Adrian bertindak gila dengan menembak salah seorang daripada mereka.
"Ad, aku pun marah gila tahu tak lepas tahu ada orang cuba nak cederakan adik aku. Kau tahu kan Thia tu satu-satunya darah daging yang aku ada." Firdaus bangun lantas mengambil tempat disebelah Adrian yang sudah tersandar lemah di badan sofa.
Kalau nak diikutkan hati, sudah lama Firdaus membunuh dalang yang merancang rancangan gila ini tetapi takkanlah dia mahu mengkhianati teman baiknya sendiri. Perempuan itu ibu kandung Adrian, tidak mungkin dia akan bertindak kejam seperti itu.
Lainlah kalau adiknya cedera teruk, tak perlu disuruh; dia sendiri akan berdepan dengan Tengku Adzianna.
"Aku dah tak boleh diam, Fir. Adriana mati pun sebab kes langgar macam ni. Aku sumpah atas nama aku, isteri aku tak ada siapa boleh sentuh kecuali dia kena berdepan dengan aku." Adrian mencapai kunci keretanya lantas dia melangkah keluar daripada banglo milik Firdaus.
Tengku Adzianna betul-betul mencabarnya.
Langkah Adrian terhenti apabila laungan suara Firdaus menerjah masuk ke dalam rongga telinganya. Terus kepala ditoleh ke belakang.
"Big Boss kita dah sampai KLIA," Firdaus tersenyum senget sambil menayang pesanan mesej daripada seseorang yang dinanti-nantikan oleh mereka berdua.
Adrian mengukir senyuman sinis selepas itu.
"Kau ambil dia. Aku kena jumpa Mummy." Adrian menekan punat yang terdapat pada alat kawalan jauh Range Rover membuatkan kereta mewah tersebut mengeluarkan bunyi.
Firdaus mengangguk seronok. "Alright, Boss!"
Adrian berjalan menghampiri keretanya lalu dia masuk ke dalam perut kereta dengan hati yang sedikit tenang. Kepulangan lelaki yang amat disayangi mungkin dapat membantunya.
---
"Say you were try make me laugh."
---
Teka siapa balik?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro