Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

My Dear Mafia | 03

Pistol jenis A3 Zero dikeluarkan dari poket sut hitam yang dipakai sebagai langkah berjaga-jaga. Club malam tersohor itu dipenuhi orang yang tidak henti membuat bising.

Matanya meliar mencari susuk tubuh yang dikehendaki di dalam club tersebut. Apabila matanya berjaya menangkap kelibat mangsa yang dicari, bibir Adrian mengukir senyuman sinis.

Pistol yang digenggam kuat disembunyikan disebalik kot hitam yang tersarung di tubuh miliknya.

Adrian memberi isyarat mata agar anak buahnya yang dikenali sebagai Chicao menghampiri dirinya dikerusi VVIP itu.

"After I do my work, please take that bastard to our mansion." Adrian tidak memandang Chicao malah mereka berpura-pura seperti tidak mengenali antara satu sama lain.

Chicao mengangguk perlahan setelah menerima arahan daripada Bossnya.
"Alright, Boss."

Chicao berasal daripada Itali, jadi dia tidak seberapa fasih berbahasa melayu. Hanya dua tiga patah perkataan yang difahaminya selama 10 tahun berkhidmat dengan Adrian.

Chicao melangkah menjauhi Adrian namun matanya tidak lepas dari susuk tubuh Tuannya itu. Dia sanggup berkorban nyawa demi keselamatan Adrian.

Kerana selama ini, dia hidup mewah pun angkara Adrian. Jika Adrian tidak mengutipnya 10 tahun yang lalu, pasti hingga sekarang dia hidup merempat meminta simpati orang dibumi Itali.

Kini, dia dapat merasa memegang wang yang banyak diusia mudanya; 28 tahun.

Adrian berdiri seraya membetulkan kot hitamnya. GRO yang tidak mengenal erti penat menggodanya langsung tidak dihiraukan.

Langkah laju dibawa ke arah sofa yang dipenuh GRO-GRO muda sedang mengelilingi seorang lelaki. Wajah lelaki itu jelas terpana melihat Adrian yang berdiri bersilang tangan dihadapannya.

"Did you remember me?" soal Adrian sambil tersenyum sinis. Amat menakutkan.

"I don't disturb you so please stay away from me, bullshit!" lelaki yang dikelilingi wanita GRO tersebut mengetap rahangnya. Dia cuba mengawal suaranya agar tidak mengganggu pelanggan yang sedang berseronok di club tersebut.

Adrian menghela nafas seraya mengeleng perlahan seakan mengejek.

"I will but not this time. Guess what I want to do with you, Mr. Rash? Hm?"

Lelaki itu melepaskan ketawa kuat. Bahunya terhinjut-hinjut kerana tawa yang dilepaskan seolah-olah apa yang dikatakan oleh Adrian merupakan sesuatu yang kelakar.

"Sorry for this."

BANG!

Kaki kiri yang dimiliki Mr. Rash ditembak Adrian. Tanpa memberi peluang untuk lelaki berkulit hitam itu bertenang, pantas picu pistol ditekan lagi.

BANG!

Tembakan tepat terkena pada kaki kanan Mr. Rash. Bunyi raungan Mr. Rash serta teriakan manusia-manusia yang sedang hanyut di dalam club malam tersebut tidak Adrian endahkan.

Sudah lama dia memerhatikan rentak permainan lelaki berbangsa India itu. Mr. Rash benar-benar tersilap orang untuk diajak bermain. Pelbagai jenis senjata yang telah siap direka oleh kumpulannya, namun Mr. Rash dengan mudah meniru setiap reka bentuk senjata tersebut.

Siapa sahaja tidak angin sekiranya hasil daripada buah fikiran mereka diciplak?

"Thank you for your coperation." Adrian berjalan keluar dari club itu diikuti tiga orang anak buahnya yang memapah Mr. Rash memasuki kereta. Senyuman sinis masih tidak lekang dari bibirnya.

•••

Firdaus menjawab panggilan daripada Adrian setelah lelaki itu tidak berputus asa menghubunginya walaupun dia sengaja tidak mengangkat panggilan tersebut.

Bukan sengaja tidak menjawab tetapi Firdaus sedang sibuk membantu Fathia mengemas barang untuk dibawa pulang kerumah. Hari ini, Fathia diberi kebenaran seratus-peratus untuk discharge oleh doktor.

"What the hell do you want?" sapa Firdaus sedikit berbisik kerana tidak mahu Fathia mendengar perbualan mereka. Firdaus menjauhi Fathia yang sibuk memandang telefon diatas katil itu.

Adrian menghembus nafas kasar. "Aku dah dapat dia. Kau datang sekarang."

"Bravo, bro. Tapi aku kena teman Fathia lah. Dia discharge malam ni." Firdaus memandang tepat ke arah adiknya. Fathia harus dia utamakan walau apa pun yang terjadi. Lagipun, Adrian mampu menguruskan lelaki tak guna itu sendiri.

"Takkan kau tak nak puaskan tangan kau?" Adrian menghembus asap rokok ke udara. Bintang yang bertaburan dilangit dipandang sayu. Terdapat seribu satu kisah disebalik bintang yang tidak henti bersinar itu didalam kehidupannya.

Adrian tersenyum manis saat susuk tubuh adik kesayangan sedang berpeluk tubuh sambil kepala mendongak ke langit. Langkah diatur mendekati si adik.

"What are you looking at?" Adrian turut memandang ke langit yang agak suram kerana kepekatan malam. Matanya mencari sesuatu yang direnung adiknya sedari tadi.

Si adik tertawa halus lalu lengan abangnya dipeluk kemas.

"There." jari telunjuk kecil miliknya dihala ke arah langit.

"So many stars. There are Daddy, Mummy, you and me. We are shining, abang." si adik yang berusia 5 tahun tersenyum manis. Hatinya gembira kerana pada tanggapannya, keluarganya bersinar.

Menyinari langit suram.

Adrian berkerut dahi memandang adiknya.

"How did you know that our family are stars?" Adrian menyelitkan rambut adiknya yang berjurai didahi kebelakang telinga. Wajah adiknya yang tak ubah menyerupai wajahnya dipandang dalam.

Si adik semakin mengetatkan pelukan dilengan abangnya. Gayanya seperti tidak mahu lepas membuatkan Adrian pelik dengan tingkah adiknya.

"I know because Daddy, Mummy and you are shining in my life. I can't see everything if three of you leaving me. Because I don't have any lighting who will guide me. Don't leave me, abang."

Si adik melepaskan pelukan dilengan abangnya lalu tubuh Adrian yang berusia 10 tahun itu dipeluknya kemas. Wajah comel yang putih kemerahan milik adiknya disembamkan ke dada Adrian.

Adrian berkerut kening, semakin pelik dengan karenah adiknya. Namun dia hanya melayankan sahaja kerana difikiran lelaki itu pasti adiknya ingin bergurau.

Adrian meramas jemarinya sendiri. Benar kata adiknya satu masa dahulu, bintang-bintang itu sentiasa bersinar kerana jika tiada lampu di malam hari, sekurangnya-kurangnya bintang boleh dijadikan sumber yang akan membimbing kita ke suatu tempat.

Kerana bintang tidak mengenal erti penat untuk terus bersinar.

Adrian tersentak apabila dihujung talian yang masih bersambung, Firdaus sedang mencarut kerana dia tidak menyahut sedari tadi. Adrian tersenyum kecil.

"Hah? Tak dengar." Adrian berpura-pura seolah rangkaian sedang mengalami masalah.

"Bodoh. Kau pergi mana? Am I talking to the stars? Or moon?!" perli Firdaus berniat bergurau tanpa dia sedar Adrian tersentak.

"Fir, I think you have to settle those bastard. I'm fucking tired." Adrian meneguk air mineral yang sempat dibelinya tadi sebelum mengambil tempat dibangku berdekatan mansion miliknya.

"Kalau macam tu kau datang sini ambik Fathia. Lagi setengah jam dia discharge." Firdaus tersengih apabila Fathia sedang merenungnya tajam.

"Okay, a few minutes more aku sampai."

Adrian menggosok belakang tengkuknya setelah panggilan ditamatkan. Kepala digeleng perlahan apabila kisah lampau yang terlalu perit buatnya sedang menghantui diri.

"Adik, do you want to follow me?" soal Adrian menahan laluan adiknya yang memegang teddy bear menuju ke swimming pool.

Si adik pantas bercekak pinggang seolah guru besar yang ingin menjatuhkan hukuman terhadap pelajar. Wajahnya sedaya upaya digarangkan lalu teddy bear ditangan dicampak kasar di atas lantai. Marah betul gayanya.

"Oh, you want to leave me alone ya?"
si adik meluruskan jari telunjuk kanannya tepat dihadapan wajah Adrian. Jari digoyang kekiri dan kekanan.

"No lah, did you hear that I was invite you just now?" Adrian menaikkan keningnya berkali-kali.

Si adik mengetuk dagunya menggunakan jari telunjuk kecil yang kelihatan sangat comel. Cuba memikirkan dimana silapnya sehingga ajakan Adrian pun dia tidak dengar.

Lagak si adik membuah tawa Adrian.

"So, you want to follow me or just stay at home with Mummy?"

"Of course I want to follow you!" si adik menepuk tangannya beberapa kali sebagai tanda dia gembira dengan keputusannya untuk mengikut abangnya itu.

Adrian mengangguk sekali lalu dia mendaki anak tangga menuju ke bilik ibunya. Setelah Adrian mendapat kebenaran untuk membawa adiknya keluar, pantas dia berlari mendapatkan adik kesayangan.

Jemari kecil milik si adik digenggam kemas lantas mereka berdua berjalan keluar dari rumah agam tersebut.

"Abang, I'm hungry." si adik menepuk perut kempisnya perlahan sambil mata biru itu mendongak memandang wajah abangnya.

"Okay, but you have to fulfil something first." Adrian melutut menyamai paras ketinggian adiknya. Pipi tembam itu dicubit berkali-kali buat si adik merengus geram.

"What, abang?"

"Speak in Malay." Adrian tersenyum sinis saat wajah masam adiknya terpamer. Dari kecil, mereka dibesarkan di Spain. Jadi penggunaan bahasa yang didedahkan kepada mereka merupakan bahasa English.

Bukan tidak pernah bertutur didalam bahasa melayu tetapi ianya sangatlah jarang. Hal itu membuatkan adiknya tidak suka berbahasa melayu kerana katanya; susah.

Pulang ke Malaysia pun boleh dihitung dengan jari dalam setahun jadi tak peliklah kalau adiknya tidak pandai bertutur dalam bahasa ibunda tersebut.

"Just give it a try. You are Malaysian right?" Adrian mencuit hujung hidung adiknya. Dia tersenyum lebar saat adiknya mengangguk.

"Abang, adik lap--lapar. Boleh t-tak adik m--mahu mak-kan?" si kecil itu kelihatan sangat comel dengan suaranya yang kecil. Adrian mendaratkan ciuman bertalu-talu disekitar wajah adik kesayangan.

Adiknya ketawa riang kerana geli dicium si abang. Kedua belah tangannya naik memeluk leher Adrian sebelum satu ciuman dihadiahkan buat Adrian.

"Abang sayang adik!"

"Adik s--ayan-ng abang jug--ga."

Adrian berdiri kembali sambil menggenggam tangan adiknya erat.

"Kita kena lintas jalan ni sebelum kita pergi restoran tu." ujar Adrian sambil dia menunjuk restoran mewah diseberang jalan yang tidak berapa sibuk tika itu.

"Okay! I want to eat ban-yak banyak."
si adik yang terlebih teruja ingin melintas jalan raya melompat riang. Selalunya mereka akan menaiki kereta namun hari ini, satu pengalaman baru dapat diselami oleh si kecil membuatkan dia begitu seronok.

"Wait, Mummy call." ujar Adrian menjawab panggilan daripada ibunya sekaligus melepaskan pegangan tangan mereka. Si adik pantas berlari melintasi jalan raya tanpa menunggu abangnya kerana baginya; dia ingin abangnya lapar keseorangan.

"Adik, stop!!"

DUMMM!!!

Mata hijau milik Adrian terbuntang luas melihat kemalangan didepan mata. Telefon pintarnya jatuh di atas jalan tar apabila pegangannya terasa lemah. Lama dia merenung sementara otaknya memproses apa yang berlaku.

Susuk tubuh adiknya terpelanting kuat saat sebuah kereta Ferrari melanggar tanpa sempat menekan brek.

Adrian berlari mendapatkan si adik yang sudah diselaputi darah. Kepala adiknya mengeluarkan darah membuak-buak, kaki kecil itu seakan patah kerana kelihatan bengkok.

Adrian tergamam.

Lama dia merenung tubuh adiknya yang dipenuhi kesan calar sebelum Adrian jatuh terduduk disebelah adiknya yang sudah kaku tidak bergerak. Jantungnya berdegup kuat.

Tuhan, tolong cakap adik pengsan? Sekurang-kurangnya adik akan bangun.

Adrian memandang seorang lelaki dewasa yang sedang memeriksa nadi adiknya sementara Ambulans belum menunjukkan bayang.

Adrian terpana sebelum dia meraung kuat saat lelaki itu menggeleng tanda adiknya tidak lagi bernyawa. Pantas Adrian memeluk tubuh adiknya bersama tangisan.

"Adik, please wake up. Please, adik. Don't leave me!! Abang janji abang tak akan suruh adik cakap bahasa melayu lagi! Adik! Bangun, adik. Tadi adik cakap adik lapar sangat. Jom, adik!! We have to eat kalau tak nanti adik sakit perut. Adik!!!"

Adrian meraung kuat sambil menggoncang tubuh kaku adiknya. Darah yang turut terkena pada baju dan seluar yang dipakai tidak dia hiraukan lagi.

Semakin kuat tangisan Adrian apabila tubuhnya ditarik agar menjauhi adiknya lalu sekeping plastik hitam digunakan untuk menutupi si adik.

"No, please no! My sister can't breath if you put that plastic on her! Please! Take it away!" Adrian hanya mampu menjerit memandangkan tubuhnya dipegang dan ditahan oleh dua orang lelaki yang di anggar sebaya Daddynya.

"Little boy, please don't be like this. Your sister need a rest. Give her some space, okay? Your sister will breath easily after this. Pray a lot to your sister." nasihat yang diberikan berjaya menenangkan Adrian dari meraung dan menangis.

Airmata di sapu kasar lantas tangan ditadah memohon doa buat adiknya.

Dear God, take fears from my sister.

Adrian tersedar saat setitik airmata jatuh ke pipinya. Pantas dia menyapu kasar mutiara jernih itu.

Sejak kematian adiknya, perhatian yang sepatutnya dia peroleh daripada ibu dan bapa sudah tidak lagi menjadi milik dia. Pagi, Daddy dan Mummy nya akan ke tempat kerja. Mereka akan pulang lewat 11 malam.

Bila ditanya kenapa kerja terlalu lama, pasti jawapan yang sama didengari.

"We want to forget all about your sister. We hurt inside."

Sejak itu juga, Adrian yang lemah lembut dalam percakapan mula bertukar kasar, biadap. Langsung tidak ditapis.

Sejak itu jugalah Adrian menjadi seorang yang kejam, tidak berhati perut, tiada istilah belas kasihan didalam diri lagi.

Berubah.

"Adriana, I miss you badly." Adrian menunduk menekur lantai saat nama adiknya yang sudah sekian lama tidak meniti dibibir kini dilafaznya.

Rambut diraup kebelakang lalu dia menyeluk poket seluar slack jeans untuk mengambil kunci kereta. Tanpa membuang masa, pantas Adrian melangkah menghampiri keretanya.

Adrian memboloskan tubuh kedalam perut kereta lantas pedal ditekan kuat membuatkan deruman Audi A5 yang dinaiki memenuhi kesunyian malam.

---

"You're just like stars because always shine my darkest night."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro