BAB 08
Raudhah datang ke sekolah dengan dihantar oleh ayahnya...Kebetulan,Hanan menjadi pengawas bertugas yang bertugas di pagar sekolah pada hari itu...
Setibanya di hadapan pagar,Raudhah ditegur oleh Hanan...
"Tiba-tiba datang lambat hari ni...Kenapa?"
Raudhah menggarukan kepalanya yang berlapikkan tudung sekolah berwarna kuning itu...Raudhah ialah pengawas perpustakaan...
"Aku lambat bangun hari ni...Selalunya,mak aku yang kejut tapi mak aku pula kena jaga adik aku dekat hospital...Sebab tu aku datang lambat..."Jelas Raudhah panjang lebar...
"Mesti seronok ayah kau dapat hantar kau datang sekolah,kan?"Soalan daripada Hanan itu berjaya membuatkan Raudhah terdiam di tempat...
Raudhah tidak tahu mahu membalas apa...Dia takut,jawapannya itu akan membuatkan Hanan berkecil hati...
Hanan sudah kehilangan ayahnya semenjak darjah enam...
Raudhah ingat lagi macam mana warden asrama datang ke dorm mereka pada tengah malam semata-mata mahu memberitahu Hanan bahawa ayahnya telah meninggal dunia...Paling menyedihkan ialah ayah Hanan meninggal sehari sebelum mereka menduduki UPSR...
Disebabkan oleh berita tersebut,keputusan UPSR milik Hanan menurun secara mendadak sedangkan dia telah mendapat keputusan yang baik ketika percubaan UPSR...
"Aku nak masuk perhimpunan...Kau ni tahan aku lama-lama pula dekat sini..."Ucap Raudhah seraya beredar dari situ...
♤♤♤♤♤♤♤♤♤♤♤♤♤♤♤♤♤♤
Hari berganti hari...Bulan berganti bulan...Sudah sampai ke penghujung tahun dan Raudhah akan menamatkan tahun di mana dia masih bergelar murid tingkatan 4...
Pada peperiksaan pertengahan tahun juga,Raudhah gagal dalam ketiga-tiga subjek sains tulen ini...Harapan Raudhah agar dia dapat lulus subjek itu setelah dia baru sahaja mengakhiri peperiksaan akhir tahun...
Tiba-tiba,Raudhah dan seorang rakan sekelasnya yang bernama Hanif Haikal dipanggil oleh guru kaunseling...
"Cikgu panggil korang ni sebab cikgu nak bagitahu yang korang terpilih untuk Kem Jati Diri..."Ucap Cikgu Hairil sambil memberikan kertas kebenaran waris kepada Raudhah dan Haikal...
"Bila kem ni,cikgu?"Haikal menyoal...
"Hujung bulan ni...Korang boleh anggap macam cuti-cuti santai lah..."Balas Cikgu Hairil...
"Kami pergi sendiri atau ada pengangkutan yang akan hantar kami ke sana?"Giliran Raudhah pula menyoal...
"Ada pengangkutan yang akan hantar korang ke sana...Korang cuma siapkan diri ja..."
♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡
Dia berbaring di atas katil dengan wajah yang penuh kepenatan...Selama dua hari dekat kem ni,dia macam dikerah habis-habisan...Sudahlah telefon dia kena rampas,dah tak boleh nak tangkap gambar untuk kenangan...
Kalau buat salah waktu aktiviti,mesti ada hukuman...Pagi tadi,diorang semua dihukum kena berbaring atas jalan tar yang panas tu...
Lepastu,diorang dibahagikan kepada kumpulan dan melakukan aktiviti treasure hunt pula petang tadi...Sudah dengan panas,kena berlari pula...
Sekarang ja yang diorang semua boleh berehat sepuas-puasnya...
♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡
Ini malam terakhir diorang di kem ini jadi,Raudhah dan rakan sebiliknya sekarang ini tengah bersila atas lantai sambil melayan cerita hantu tengah-tengah malam dekat dalam bilik...
Snek-snek yang diorang terima petang tadi,diselerakkan di tengah-tengah mereka...Sementara itu,Aleesya mewakilkan diri untuk membancuh air teh kepada kawan-kawannya dan air kopi kepada dirinya sendiri...
"Tak boleh nak tidur lah nanti sebab minum kopi..."Tegur Raudhah sambil menggelengkan kepala...
"Minum sikit je ni..."Balas Aleesya pula sambil menghirup kopi di dalam cawan...
"Kejap...Jadi,korang semua ambik sains tulen kecuali aku,kan?"Adriana bersuara...
Aleesya,Raudhah dan dua orang yang lain memandang ke arah Adriana dengan serentak...Lalu,masing-masing mengangguk secara serentak...
"Aku jelah yang sesat pergi ambik tasawwur dalam bilik ni..."Ucap Adriana lagi...
Mereka berlima ketawa secara serentak...Akhirnya,masing-masing tertidur apabila jam sudah menunjukkan pukul 2.30 pagi...
Tbc...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro