Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 06

Raudhah sedang membuat kerja sekolahnya apabila pintu biliknya dibuka dari luar...Dia dapat melihat emaknya yang muncul di sebalik pintu dengan muka yang panik...

"Kenapa ni,mak?"Soal Raudhah yang sedikit risau...

"Ishak tiba-tiba asma teruk...Ni mak dengan ayah nak bawak pergi klinik...Akak jaga rumah...Jangan nak pergi mana-mana tau..."Balas emak panjang lebar...

Raudhah sekadar mengangguk lalu melanjutkan semula aktivitinya yang tergendala...

Tidak lama kemudian,dia mendengar suara kereta milik ayahnya yang semakin jauh dari rumahnya...Dia pasti ayah dan emaknya sudah beredar dari situ...

Raudhah mempunyai tiga orang adik iaitu Eman,Ishak dan Firdaus...Eman berada di tingkatan 1,Ishak di darjah 4 manakala Firdaus baru berumur 1 tahun...Adiknya yang bernama Ishak itu sudah dikenal pasti mempunyai asma sejak kecil...Jadi,emak dan ayahnya memberikan lebih banyak perhatian kepada Ishak...

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

Raudhah dan Eman berada di ruang tamu sambil menonton televisyen...

Hari sudah bertukar malam...Raudhah mendapat berita daripada emaknya petang tadi bahawa Ishak akan dimasukkan ke dalam wad untuk beberapa hari kerana ada jangkitan kuman di jantung...

Tiba-tiba,suara kereta berhenti di luar rumah mereka...Mereka berdua dapat melihat ayah yang keluar dari kereta dan masuk ke dalam rumah sambil mendukung Firdaus...

"Akak pergi salin baju...Kita pergi hospital..."Arah ayah seraya menerima anggukan daripada Raudhah...

Gadis itu masuk ke dalam bilik dan menyalin bajunya...

♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧

Mereka bertiga tiba di hospital setelah menghantar Eman ke rumah ibu saudaranya...

Ayah dan Raudhah yang sedang mendukung Firdaus langsung mendekati kaunter pertanyaan...

"Saya datang nak melawat anak saya...Pesakit bernama Mohammad Ishak..."Ucap ayah kepada jururawat yang bertugas di kaunter...

Jururawat itu langsung memberikan nombor bilik dan tingkat kepada ayah...Seraya itu,jururawat itu mengalihkan pandangan ke arah Raudhah yang sedang mendukung Firdaus...

"Ini isteri encik,ka?"Soal jururawat itu cuba beramah mesra...

Raudhah dah buat muka seposen...Wajah muda macam dia ni dikira isteri orang...Biar betul?Takkanlah disebabkan Raudhah mengenakan sedikit riasan di wajahnya,dia sudah dikira sebagai isteri orang?

"Ini anak saya..."Balas ayah seraya memandang Raudhah...

"Akak jaga adik kejap...Nanti,mak turun..."

"Okay,ayah..."

Ayah langsung beredar dari situ...

◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇

Raudhah duduk di luar hospital sambil melihat bintang di langit...Tiba-tiba,dia mendengar adiknya yang menangis...Dia kelam-kabut cuba menenangkan adiknya...

Dia rasa adiknya mesti lapar sebab mungkin dah lama tak minum susu...Jadi,dia berinisiatif untuk membancuh susu...

Dia mengambil botol daripada beg dan membuka bekas susu yang sudah disediakan...Dia semakin panik dan tidak tentu arah apabila tangisan Firdaus semakin menjadi-jadi...

Tiba-tiba,botol yang dipegang oleh Raudhah tergolek ke atas jalan...Apabila dia mahu mengambil botol tersebut,ada sebuah kereta yang melaju ke arah botol itu...

Harapan Raudhah agar kereta itu tidak menindis botol itu...Dia tersenyum apabila kereta itu berhenti dan tidak menindis botol yang terdapat di bawah kereta...

Cermin tingkap kereta diturunkan oleh pemandu...

"Marilah ambik..."Ucap pemandu itu ramah kepada Raudhah...

Gadis itu langsung mengambil botol susu yang terdapat di bawah kereta tersebut...Setelah itu,kereta itu bergerak laju meninggalkan perkarangan hospital itu...

Dia melihat sekeliling dan dapat merasai bahawa banyak mata yang memandangnya sekarang ini...Timbul rasa malu dalam diri Raudhah...

Tiba-tiba,dia disapa oleh sebuah keluarga yang berbangsa cina yang sedari tadi hanya duduk bersebelahan dengannya...

"Biar kami tolong jagakan adik kamu...Kamu boleh buatkan susu untuk dia..."Ucap wanita cina yang paruh baya itu seraya mengambil Firdaus yang ditinggalkan di atas kerusi itu...

"Thank you,auntie..."Ucap Raudhah seraya menghembuskan nafas lega...Dia mengukirkan senyuman lebar kepada keluarga itu...

Setelah selesai membancuh susu,dia memberikan botol susu kepada wanita itu untuk diberikan kepada Firdaus...Dia dapat melihat adiknya itu sudah tenang dalam dukungan wanita cina itu...

Raudhah tersenyum melihat situasi di hadapannya...

Tbc...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro