Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 05

Tatkala dia menuju ke bilik guru untuk menghantar kerja sekolah,dia terserempak dengan cikgu yang pernah mengajarnya ketika tingkatan 2...Dia menyapa cikgu tersebut dengan memberi salam...

Cikgu tersebut tersenyum seraya itu berhenti berhadapan dengan Raudhah...

"Raudhah macam mana?Okay dah sekarang?"Soal Cikgu Yati dengan penuh prihatin...

Raudhah sekadar mengangguk dan memberikan senyuman palsu kepada cikgu itu...Dia masih mengingati bahawa Cikgu Yati ialah orang yang pertama akan dicarinya bila dia berada di titik yang terlemah...

Ketika dia hampir tersungkur,dia akan mengadu semuanya kepada cikgu comel molek itu...

Sampai satu seketika,dia mendapat seorang guru praktikal yang boleh dikira rapat dengannya...Cikgu itu juga mengetahui tentang kisah silamnya sehinggakan cikgu itu takut dengannya...

Sekarang,dia lebih berhati-hati dalam meluahkan isi hatinya kerana dia tahu orang di sekelilingnya akan menghukum apabila mendengarnya...

"Okay ja,cikgu...Cikgu jangan risau lah.."Ucap Raudhah lembut seraya masuk ke dalam bilik guru...

♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧

Raudhah duduk di tempat duduknya ketika kelas Pendidikan Islam...Dia tidak boleh fokus kepada ustazah yang sedang mengajar di depan...Dia berasa seolah-olah seseorang sedang memerhati dan berbisik kepadanya...

Hatinya tiba-tiba menjadi tidak tenteram dan gelisah...Dia menyembunyikan wajahnya di sebalik buku apabila dia dapat merasai air mata mulai membasahi pipinya...

Dia juga dapat merasanya tangan serta tubuhnya sudah mula gementar...Dia cuba menenangkan dirinya tetapi makin menjadi-jadi pula...Akhirnya,dia memilih untuk pergi ke tandas...

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

Setibanya di tandas,Raudhah pergi ke sinki dan membuka paip...Dia membasuh tangannya dan menggosokkan tangannya sehingga dia dapat merasakan sakit dan pedih di tangannya...

Dia melakukannya beberapa kali sehingga dia berasa puas hati...Dia membasuh mukanya sebelum beredar dari situ...

♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧

Raudhah tak sengaja melihat Zahra sedang makan di kantin bersama rakan-rakannya yang baharu...

Manakala,dia dapat melihat Haura dan seorang murid perempuan yang merupakan bekas sahabat Zahra...

Semenjak Zahra berkawan dengan rakan-rakannya yang baharu itu,dia mula meninggalkan kawan-kawannya yang lama...

Raudhah menunjukkan isyarat mata kepada Hanan yang berada di sebelahnya untuk makan bersama-sama dengan Haura...

Hanan mengangguk dan mereka berdua menuju ke meja yang diduduki oleh Haura dan seorang pelajar perempuan bertubuh besar itu...

Mereka berempat makan bersama-sama sambil berbual-bual...

Raudhah dapat merasai seolah-olah ada sepasang mata yang memandang ke arah mereka...Dia memandang sekeliling dan menangkap Zahra yang merenung ke arah mereka...

Raudhah mengabaikannya dan mengalihkan tumpuan kepada 3 orang yang berada di meja yang sama dengannya...

Tbc...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro