BAB 03
Ketika waktu pulang,Raudhah melihat Zahra yang pulang bersama-sama kawan baharunya...Dia melihat sekeliling dan dapat melihat Haura yang sedang merenung ke arah Zahra...
Raudhah berjalan mendekati Haura dan berdiri di sampingnya...
Haura memandang Raudhah yang hanya berdiri di sampingnya itu tanpa berkata apa-apa...
"Ayah kau tak datang lagi?"Soal Raudhah memulakan perbualan antara mereka berdua...
"Tak...Mak kau pun tak datang ambil lagi?"Giliran Haura pula menyoal...
Raudhah sekadar menggeleng...Setelah itu,mereka berdua saling mendiamkan diri...
Raudhah mendiamkan diri kerana dia tidak tahu mahu berbual apa dengan gadis itu sedangkan,Haura berasa gembira kerana setidak-tidaknya ada Raudhah di sampingnya...
"Terima kasih sebab tak judge aku macam yang lain..."Ucap Haura secara tiba-tiba...
"Sama-sama..."Raudhah tersenyum halus ke arah Haura...
◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇
Pada hari ahad,Raudhah hanya mengurungkan dirinya di dalam bilik sambil bermain telefon...Dia tidak sengaja membuka aplikasi Whatsapp dan melihat status milik Zahra...
Dia melihat video gadis itu yang sedang meluangkan masa dengan kawan-kawannya yang baharu itu...Mereka bergelak-ketawa dan menikmati momen mereka bersama...
Raudhah berfikir alangkah bagus kalau dia dapat meluangkan masa bersama Hanan seperti mereka tetapi mereka berdua sama-sama introvert dan kurang berbual dengan satu sama lain jikalau tiada keperluan...
Raudhah mengeluh dan meletakkan telefonnya di samping telinganya...Setelah itu,dia mula terlelap dan dibuai mimpi...
♤♤♤♤♤♤♤♤♤♤♤♤♤♤♤♤♤♤
Zahra pulang dari rumah kawannya setelah matahari hampir terbenam...Sebaik sahaja dia melangkah kaki masuk ke dalam rumah,dia ditegur oleh ibunya...
"Kata nak pergi sekejap ja...Ni sampai senja baru nampak batang hidung..."Bebel ibunya sambil bercekak pinggang...
"Janji,Zahra balik kan?"Soal Zahra seraya mahu masuk ke dalam biliknya...
Namun,langkahnya terhenti apabila ibunya bersuara lagi...
"Ibu tak restu kau kawan dengan diorang...Kau dah banyak berubah semenjak berkawan dengan diorang...Ibu rasa diorang tu budak-budak tak baik..."Jelas ibu panjang lebar...
Zahra mendengus geram...
"Suka hati orang lah nak kawan dengan siapa pun...Ibu tak boleh nak larang orang..."Serentak dengan itu,Zahra lalu menuju ke biliknya dan menutup pintu dengan kuat hingga dapat didengari oleh semua isi rumah...
♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡
Hanan duduk berhadapan dengan emaknya sambil menonton televisyen...Dia ralit menonton rancangan kartun itu sehingga emaknya berdehem...
Hanan mengalihkan pandangannya ke arah emaknya...
"Peperiksaan awal tahun dah nak dekat...Buat elok-elok...Jangan nak main-main dah...Lawan si Raudhah tu...Mak tengok kau tu asyik bawah dia ja...Cuba kalahkan dia tu...Takkan dia pandai,kau tak boleh kalahkan dia?"
Hanan hanya mampu mendiamkan diri tatkala mendengar ucapan emaknya...
"Faham tak?"Emaknya kembali menyoal...
Hanan sekadar mengangguk...
♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧
Haura sedang mengulang kaji di meja belajar yang terdapat di dalam biliknya...Tatkala dia ingin mengambil pemadam miliknya,dia tergamam apabila melihat pemadamnya sudah dipotong kepada beberapa kepingan kecil...
Haura langsung keluar dari biliknya dan mencari kakak kembarnya yang bernama Hawa...
Dia melihat Hawa yang duduk di atas sofa sambil menonton televisyen...Dia mendekati Hawa dan melemparkan kepingan kecil pemadamnya kepada Hawa...
"Kau tengok apa yang kau dah buat!!"Suaranya naik seoktaf...
"Aku dah cakap kan jangan kacau barang aku tapi kau kacau jugak...Kalau kacau tak buat apa-apa,tak apa jugak..."Ucap Haura dengan geram...
Tiba-tiba,ayahnya datang di ruang tamu dan menghampiri Haura...
"Cuba bawak bertenang...Haura pun tahu kan,Hawa macam mana?"Soal ayahnya yang jelas lebih memihak kepada kakak kembarnya...
Ya,dia kena mengerti keadaan Hawa...Kakak kembarnya itu memang istimewa orangnya...Dia lambat belajar walaupun sudah masuk tingkatan 4 sepertinya...Namun,takkanlah setiap kali kakaknya buat salah,dia kena mengalah...
"Sikit-sikit nak memihak dia...Apa dia buat semua betul..."Ucap Haura seraya beredar dari situ...
Benci betul dia bila tiada siapa pun nak memihak dia...Seolah-olah dia pulak yang buat salah...Lebih baik dia terperap ja dalam bilik...Selesai masalah...
Tbc...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro