PH- 25 🤍
PADA petang yang tenang, Riaz dan Zahra mengambil kesempatan untuk menikmati keindahan pantai Kuala Terengganu. Hari ini merupakan hari terakhir mereka di sini sebelum pulang ke bandar. Langit mula berubah warna, diwarnai dengan cahaya matahari yang hampir terbenam, mencipta suasana romantik yang memukau.
Mereka berjalan beriringan, kaki menyusur pasir lembut yang sesekali dibasahi oleh air pantai. Angin sepoi-sepoi bahasa meniup lembut tudung Zahra, membuatkan dia terpaksa membetulkan tudungnya beberapa kali. Riaz di sebelahnya hanya tersenyum.
"Abang"
"Ya, sayang?" balas Riaz sambil memandang Zahra dengan senyuman lembut.
Zahra memandang ke arah pantai yang beralun perlahan, sebelum bersuara.
"Sayang rasa tenang sangat ada kat sini... Tapi dalam masa yang sama, sayang rasa berat hati nak tinggalkan tempat ni."
Riaz mengangguk, memahami perasaan isterinya. "Abang pun rasa macam tu. Tempat ni memang ada tarikannya sendiri. Mungkin sebab kita banyak habiskan masa berdua kat sini, jadi ia sentiasa jadi kenangan manis untuk kita."
Zahra tersenyum, mengangguk perlahan. "Betul tu. Sayang akan ingat setiap detik yang kita lalui kat sini, terutama sekali bila abang cakap..."
Riaz mengangkat kening, sedikit tertawa. "Bila abang cakap apa?"
Zahra tersipu-sipu. "Bila abang cakap yang abang tak boleh bayangkan hidup tanpa sayang."
Riaz tersenyum lebih lebar. Dia kemudian berhenti berjalan, memegang lembut tangan Zahra, dan berkata, "Sebab itu sayang kena ingat satu benda."
"Apa dia?" Zahra bertanya, matanya bersinar ingin tahu.
Riaz memandang Zahra dengan penuh cinta, sebelum berkata dengan penuh makna, "Walau ke mana pun kita pergi, sayang akan sentiasa jadi rumah abang. Sebab rumah abang bukanlah satu tempat, tapi satu hati yang bernama Mysha Az-Zahra."
Zahra terdiam seketika, rasa terharu mengisi hatinya. Senyuman manis terukir di bibirnya, "Abang, sayang bersyukur sangat ada abang dalam hidup Zahra."
Riaz mengusap lembut pipi Zahra. "Abang yang lagi bersyukur sebab Allah bagi peluang pada abang untuk jadi suami sayang. Dan insyaAllah, abang akan buat yang terbaik untuk jaga rumah abang ni."
Mereka berdua kemudian menyambung langkah, tangan masih berpaut erat, menikmati saat-saat indah terakhir di pantai itu sebelum pulang ke kehidupan mereka yang sebenar.
Zahra tiba-tiba melepaskan pegangan tangan Riaz dan melangkah sedikit menjauh sambil tersenyum nakal.
"Catch me, abang!" katanya, sambil berlari kecil di atas pasir pantai yang lembut.
Riaz terkedu sekejap, tak menyangka Zahra akan berbuat begitu. Tapi bila melihat senyuman manis Zahra dan gelak tawa yang riang, dia hanya mampu tersenyum sambil menggeleng kepala.
"Sayang ingat abang tak boleh kejar Zahra ke, sayang?" balas Riaz dengan nada menggoda.
Zahra terus berlari sambil tertawa, hujung tudungnya sedikit berkibar ditiup angin pantai.
"Kalau abang dapat tangkap sayang, sayang akan bagi hadiah!" laungnya sambil berlari.
"Betul ni? Tak tipu?" Zahra mengangguk.
"Kejarlah kalau dapat." Zahra ketawa lalu menjelirkan lidahnya sedikit. Riaz menggeleng kepala melihat telatah isterinya.
"Okay abang kejar."
Riaz segera melangkah mengejar Zahra, sengaja memperlahankan langkahnya untuk memberi ruang pada Zahra menikmati permainan kecil mereka. Tetapi setiap kali Zahra hampir terlepas, Riaz akan mempercepatkan langkahnya, membuatkan Zahra ketawa lebih kuat.
Akhirnya, Riaz berjaya mengejar Zahra, menangkapnya dari belakang dan memeluknya erat.
"Got you!" bisiknya lembut di telinga Zahra.
Zahra ketawa, nafasnya sedikit tercungap-cungap selepas berlari.
"Abang menang," katanya dengan senyuman manis.
Riaz memusingkan Zahra menghadapnya, memandang tepat ke dalam mata isterinya.
"So mana hadiah abang? Tadi sayang cakap kalau abang menang, sayang nak bagi hadiah."
Zahra memandang Riaz dengan malu-malu, kemudian dia terpaksa berjinjit untuk menyamaai ketinggian suaminya.
Cup!
Satu kucupan lembut singgah di pipi Riaz membuatkan lelaki itu tersentak sebelum tersenyum.
"Nah hadiahnya," bisiknya perlahan.
"Kat pipi je? Kat sini taknak ke?" katanya sambil tunjuk bibirnya dengan jari telunjuk.
Zahra hanya ketawa kecil sambil memandang suaminya. "Ish, gatal erk?" katanya sambil memukul lembut lengan Riaz.
"Gatal dengan isteri sendiri aje." balasnya sambil tersenyum nakal.
"Cepatlah, sayanggg..." Riaz memuncungkan bibir sambil merengek manja, seperti anak kecil meminta gula-gula.
Zahra mengerutkan dahi, wajahnya sedikit kemerah-merahan. "Tak nak! Orang tengok lah nanti," balasnya, cuba menahan senyum sambil menoleh ke kiri dan kanan, memastikan tiada orang di sekitar pantai itu.
"Hm... majoklah..." Riaz berpura-pura merajuk, memalingkan wajah sambil berpeluk tubuh, tetapi matanya sempat menjeling ke arah Zahra, menanti reaksi.
Zahra yang sudah tidak tahan melihat suaminya berlagak begitu akhirnya ketawa. "Ish, macam budak-budak!" katanya sambil menarik lembut tangan Riaz untuk menghadapnya.
"Kat sini ramai orang lah, abang. Nanti tau?" Zahra memandang Riaz dengan muka serius, namun pipinya tetap merah menahan malu.
Riaz tersenyum nakal, matanya masih tidak berganjak dari wajah isterinya. "Janji?" dia mengangkat kening, nada suaranya menggoda sambil menghulurkan jari kelingking ke arah Zahra.
Zahra menghela nafas kecil, kemudian tersenyum tipis sebelum menyambut huluran jari itu. "Janji..." balasnya perlahan.
"Ha, siaplah nanti," ujar Riaz, matanya bersinar penuh makna. Zahra hanya mampu geleng kepala.
"Terima kasih, sayang," katanya lalu menarik Zahra ke dalam pelukannya.
"Terima kasih sebab?"
"Sebab sayang selalu ada dengan abang."
Zahra membalas kemudian selang 10 saat dia melepaskan pelukan Riaz perlahan-lahan. Dia melangkah ke tepi pantai, membiarkan kakinya tenggelam sedikit di dalam pasir basah. Dengan senyuman di wajah, dia membongkokkan tubuhnya dan mula menulis sesuatu di atas pasir menggunakan jarinya.
Riaz memandang, tertanya-tanya apa yang sedang Zahra lakukan. Setelah selesai, Zahra berdiri dan melangkah ke sisi Riaz, memegang tangannya dengan lembut.
Riaz melihat ke bawah, dan apa yang tertulis di pasir membuatkan hatinya terasa hangat. Di situ, tertulis nama mereka berdua, "Zahra ♥ Riaz," dengan tanda hati yang besar di tengah-tengah.
"Cantik,". Dia kemudian memandang Zahra. "Nama kita akan kekal di sini, dalam kenangan kita."
Zahra tersenyum, mengangguk perlahan. "Semoga cinta kita kekal selama-lamanya, seperti nama yang kita tulis di pantai ni. Walaupun ombak akan menghapusnya, tapi dalam hati kita, ia akan tetap ada."
Riaz memeluk Zahra sekali lagi dengan erat, mencium ubun-ubun isterinya. "Abang janji, cinta abang pada sayang akan kekal selamanya, tak kira apa pun yang terjadi."
"Sayang, tahu tak apa beza sayang dengan pantai ni?"
Zahra mengangkat kening, menanti jawapan Riaz. "Apa dia, abang?"
"Pantai ni memang cantik," Riaz mula berkata, matanya merenung laut, "tapi kecantikan dia hanya sementara. Bila malam tiba, pantai jadi gelap, sepi. Tapi sayang..." Riaz memandang Zahra, "Sayang sentiasa cantik dalam mata abang, siang atau malam. Kecantikan sayang tak pernah pudar, malah semakin hari semakin menyerikan hidup abang."
Zahra tersipu malu mendengar kata-kata Riaz.
"Abang ni pandai buat ayat ya. Tak sangka Sir Hay sweet macam ni." katanya sambil menahan senyum, namun dalam hatinya, dia terasa bahagia dengan pujian suaminya itu.
"Abang memang sweet lah. Tapi dengan sayang je lah."
Zahra tersenyum manis sambil memandang Riaz yang sedang berdiri di sisinya, dengan ombak lembut menghempas pantai di depan mereka.
"Abang tahu tak apa beza abang dengan pantai?" Zahra bertanya, suaranya penuh usikan.
Riaz menggeleng kepala dengan senyuman, tertarik dengan soalan itu. "Tak tahu. Apa bezanya?"
Zahra mendekatkan diri dan berkata perlahan, "Tak ada beza, sebab dua-dua sayang suka."
Riaz tergelak kecil mendengar jawapan Zahra yang manis itu.
"Sayang, bersaksikan pantai, ombak, pasir, dan semua yang ada kat sini, abang Hayder Riaz akan selalu mencintai Mysha Az-Zahra sehingga hujung nyawa. Sekali abang akad dan qabul nama sayang, abang takkan lepaskan. Sayang adalah bidadari milik Riaz, satu-satunya yang mengisi hati abang. Abang janji, setiap detik, setiap nafas, sayang akan jadi keutamaan abang, dalam apa jua keadaan."
Zahra memandang Riaz dengan mata berkaca-kaca, hatinya bergetar mendengar luahan penuh tulus itu. "Abang... kata-kata abang ni, jangan pernah ditarik balik, tau? Kalau abang lupa nanti, saya ada rakaman hati untuk ingatkan abang."
Riaz ketawa kecil, lalu menggenggam tangan Zahra erat. "Lupa? Dengan izin Allah, selagi nyawa di badan, mana mungkin abang lupa. Kalau abang lupa pun, insyaAllah cinta abang tetap akan kekal di hati. Abang takkan pernah biar sayang rasa sunyi."
Zahra tersenyum sambil mengelus jari jemari Riaz. "Kalau macam tu, sayang pun nak janji, abang akan jadi satu-satunya imam sayang, dunia dan akhirat."
Riaz mengangguk sambil memandang ke langit senja yang berwarna jingga, seolah-olah langit turut menjadi saksi cinta mereka.
"Andai kata satu hari nanti abang mungkir janji atau lupa..." Zahra berhenti seketika, matanya menatap lembut wajah suaminya.
"Sayang, jangan teruskan," pintas Riaz, suaranya sedikit bergetar. Dia menarik nafas panjang dan menggenggam erat tangan Zahra. "Abang takkan lupa. Abang takkan mungkir janji. Jangan fikir yang bukan-bukan, sayang."
Zahra menggeleng perlahan, bibirnya mengukir senyuman samar. "Abang dengar dulu, ya? Kalau satu hari nanti abang lupa, kalau abang tersasar daripada janji yang abang buat hari ini... sayang harap abang akan ingat sesuatu. Ingatlah yang cinta sayang pada abang tak pernah berubah. Dan apa pun yang jadi, sayang maafkan abang."
Air mata Zahra mula bergenang, tetapi dia cepat-cepat menundukkan wajah, tak mahu Riaz melihat. Namun, Riaz menyentuh dagunya, mengangkat wajah itu kembali menghadapnya.
"Sayang, abang tak tahu kenapa sayang cakap macam ni, tapi abang nak sayang tahu... abang takkan pernah sanggup sakiti hati sayang. Kalau abang lupa sekali pun, tolong ingatkan abang siapa Zahra dalam hidup abang, ya?"
Zahra tersenyum kecil sambil menahan tangis. "Abang selalu cakap macam tu. Tapi, kita tak tahu apa yang Allah aturkan. Kalau tiba waktunya sayang tak ada di sisi abang untuk ingatkan abang..." Zahra berhenti, cuba menenangkan diri. "Sayang nak abang terus kuat. Ingat semua kenangan kita. Dan teruslah hidup dengan bahagia."
Riaz memeluk Zahra erat, menutupkan semua keraguan di dada isterinya. "Tak ada apa-apa yang akan pisahkan kita, Zahra. Itu janji abang."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro