PH- 23 🤍
PAGI di Resort, cahaya yang lembut menyelinap masuk melalui celah-celah langsir, menerangi bilik mereka. Zahra terjaga dahulu, matanya menghadap pemandangan indah laut dari tingkap. Dia tersenyum kecil, menikmati kedamaian saat itu. Tiba-tiba, Riaz bergerak di sebelahnya, dan Zahra berpaling, melihat suaminya yang masih lena.
"Abang, bangun," bisik Zahra perlahan sambil menyentuh lembut bahu Riaz.
Riaz mengerang sedikit, membuka matanya perlahan-lahan. Melihat wajah Zahra, dia tersenyum,
"Awal sayang bangun. Dah ready nak jelajah Terengganu?" tanya Riaz dengan suara serak-serak basah.
Zahra ketawa kecil. "Sayang dah siap nak menikmati hari ini dengan abang. Tapi sebelum tu, kita solat dulu ya?"
Riaz mengangguk, dan mereka berdua bersiap untuk solat Subuh berjemaah, memulai hari mereka dengan penuh berkah.
Selepas selesai solat Subuh, Riaz dan Zahra duduk sejenak di sejadah, menikmati ketenangan pagi itu. Angin laut yang lembut meniup masuk melalui tingkap yang sedikit terbuka, membawa bersama bunyi ombak yang tenang dan menenangkan.
Riaz berpaling ke arah Zahra, memandang isterinya yang sedang menunduk, berzikir perlahan. Rasa syukur menyelinap dalam hatinya, mengingatkan dia betapa beruntungnya dia memiliki Zahra sebagai teman hidup.
Selesai berzikir, Zahra mengangkat kepalanya dan tersenyum ke arah Riaz.
"Abang, jom kita keluar tengok matahari terbit? Cantik sangat pemandangan kat luar tu," ajaknya.
Riaz mengangguk. "Jom. Abang pun dah lama tak tengok sunrise. Dengan sayang lagi istimewa."
Mereka berdua kemudian melangkah keluar dari bilik, berjalan menuju pantai yang hanya beberapa langkah dari resort. Udara pagi yang segar menyentuh wajah mereka, dan langit mulai terang dengan warna jingga dan merah jambu.
Mereka berdiri di tepi pantai, memandang jauh ke ufuk timur di mana matahari mula terbit perlahan-lahan, mencurahkan cahaya emas ke seluruh alam.
Riaz meraih tangan Zahra, menggenggamnya erat.
Ketika mereka sedang menikmati keindahan sunrise, Riaz tersenyum kecil memandang Zahra dan berkata.
"Sayang, kalau sunrise ni boleh bercakap, mesti dia akan cemburu tengok sayang. Yalah, sebab senyuman sayang lagi indah dari sinarnya."
Zahra tersipu malu mendengar kata-kata Riaz. Dia mengalihkan pandangan ke arah matahari yang perlahan-lahan memanjat ke langit. Wajahnya terasa hangat, bukan hanya kerana sinaran matahari, tetapi juga kerana kata-kata Riaz yang membuat hatinya berdegup kencang.
"Ish, abang ni. Ada je ayat manis dia tu." Zahra membalas dengan senyuman kecil, cuba menyembunyikan rasa malunya.
Riaz tertawa lembut. "Abang cuma nak sampaikan apa yang abang rasa."
Zahra memandang Riaz dengan penuh rasa syukur.
"Apa pun, sayang rasa sangat bersyukur dapat tengok pemandangan indah ni dengan abang. Semoga ini permulaan yang baik untuk rumahtangga kita."
Riaz mengangguk. "Amin. InsyaAllah, kita sama-sama jaga hubungan ni, sayang."
Mereka berdua terus menikmati keindahan pagi itu, dengan rasa syukur dan harapan yang mengisi hati masing-masing.
Selepas menikmati keindahan matahari terbit, Riaz dan Zahra bersiap-siap untuk sarapan. Mereka menuju ke ruang makan resort yang telah disediakan untuk pengunjung di sini. Pelbagai hidangan sarapan pagi yang disediakan. Ada nasi lemak, roti bakar, buah-buahan dan banyak lagi. Semua nampak menyelerakan.
Zahra dan Riaz mengambil hidangan mereka dan berbual ringan sambil menikmati makanan. Mereka bercakap tentang rancangan untuk hari ini. Mereka berdua akan menjelajah ke beberapa tempat menarik di Terengganu.
"Lepas makan ni, sayang nak pergi mana?" tanya Riaz sambil menikmati secangkir kopi.
"Kita pusing satu bandar Terengganu, boleh? Lepastu sayang nak tengok masjid yang cantik kat sini." balas Riaz.
Riaz mengangguk. "Boleh sayang. Lagipun kat sini banyak tempat yang menarik."
"Terima kasih, abang"
Riaz tersenyum sambil mengusap lembut kepala isterinya.
Selesai sarapan, mereka berdua bersiap untuk keluar dari resort. Dengan senyuman di wajah, mereka memulakan perjalanan mereka untuk menjelajah keindahan Terengganu.
Zahra dan Riaz memutuskan untuk melawat Masjid Kristal, salah satu tempat menarik di Terengganu.
Riaz memilih untuk memandu sendiri ke sana. Dia menyewa sebuah kereta untuk kegunaan mereka sepanjang bercuti di sini. Zahra bersemangat untuk melihat keindahan tempat itu.
Sampai sahaja di Masjid Kristal, Zahra terpegun. Masjid ni memang unik dengan reka bentuk moden dan bahan kaca yang bersinar-sinar. Warna kristal yang memantulkan cahaya matahari memang nampak menakjubkan.
"MasyaAllah, cantik ya masjid ni abang. Cantik daripada apa yang sayang bayangkan," kata Zahra, dengan mata bersinar-sinar.
Riaz tersenyum sambil memegang tangan Zahra. "Tu lah. Tengok dalam gambar dah cantik tapi bila tengok depan-depan lagi cantik."
Mereka jalan-jalan sekitar masjid, mengagumi setiap detail seni bina yang unik. Banyak gambar yang diambil untuk kenangan.
"Tenang je kan kat sini" kata Zahra sambil memandang Riaz.
Riaz balas dengan senyuman.
Lepas lawatan ke Masjid Kristal, Zahra dan Riaz rancang untuk makan tengah hari di sebuah restoran tempatan yang terkenal dengan hidangan Terengganu. Seronok-seronok juga perut perlu isi.
Setelah perut terasa kenyang, Zahra dan Riaz meneruskan perjalanan mereka ke Pasar Payang. Pasar ini terkenal dengan pelbagai barangan tempatan, termasuk batik Terengganu yang terkenal dengan keindahannya. Zahra berhasrat untuk membeli batik sebagai hadiah untuk Umi nya dan ibu Riaz.
"Abang, jom kita pergi cari batik untuk Umie dan Ibu. Orang kata batik Terengganu ni cantik-cantik," kata Zahra dengan penuh semangat.
Riaz mengangguk setuju. "Okay"
Sampai sahaja di Pasar Payang, mereka disambut dengan pelbagai jenis batik yang berwarna-warni dan corak yang menarik. Zahra teruja melihat pilihan batik yang ada dan mula memilih beberapa helai untuk ditunjukkan kepada Riaz.
"Macam mana yang ni? Cantik tak?" Zahra bertanya sambil menunjukkan sehelai batik yang berwarna biru dengan corak bunga.
"Cantik. Abang rasa ini sesuai untuk ibu. Macam mana dengan yang ni?" jawab Riaz sambil menunjukkan batik lain yang mempunyai corak yang lebih tradisional.
Zahra tersenyum. "Yang ni pun cantik. Sayang rasa kita beli dua-dua. Satu untuk umi, satu untuk ibu."
Mereka terus memilih dan membeli beberapa helai batik, sambil berbual mesra dengan penjual yang ramah. Setelah selesai, mereka membawa pulang barangan yang dibeli. Zahra dan Riaz berasa puas kerana dapat membeli hadiah yang sesuai dan menikmati pengalaman berbelanja di pasar tempatan yang terkenal ini.
Setelah seharian suntuk berjalan, Zahra dan Riaz akhirnya memutuskan untuk pulang ke resort. Langit mula berubah warna, dari biru cerah kepada jingga keemasan, menandakan matahari hampir terbenam.
"Sayang, jom kita balik. Dah nak Maghrib ni" kata Riaz sambil memandang ke arah langit yang sudah bertukar warna itu.
Zahra mengangguk dan mereka berdua kembali ke kereta. Sepanjang perjalanan, mereka berbual tentang tempat-tempat yang mereka lawati dan makanan yang mereka cuba hari ini.
Sesampainya di resort, mereka terus berjalan menuju bilik. Suasana malam di resort tenang, dengan bunyi ombak yang berderai lembut di pantai berhampiran.
Sampai di bilik, mereka mahu membersihkan diri. Mereka mandi untuk menyegarkan diri selepas seharian berjalan dan berbelanja.
"Abang, mandi dulu ya. Nanti kita solat Maghrib," kata Zahra sambil menyediakan pakaian bersih. Riaz mengangguk, lalu dia menuju ke bilik air.
Selepas solat, mereka duduk seketika untuk berdoa dan bersantai, menikmati ketenangan setelah hari yang panjang. Zahra dan Riaz saling bertukar senyuman, bersyukur kerana dapat meluangkan masa berkualiti bersama di tempat yang indah.
"Bukan main seronok, abang tengok sayang hari ini," Riaz berkata sambil tersenyum, memandang Zahra yang masih mengenakan pakaian santai setelah solat.
Zahra tersenyum malu. "Yalah, seronok sangat dapat jalan-jalan dan beli barang-barang. Seronok dapat jalan-jalan berdua dengan abang. Tak sabar sayang nak tunjuk batik yang kita beli tadi kat umi dengan ibu."
Riaz mengangguk, "Abang pun seronok tengok sayang gembira macam ni. Esok kita pergi jalan-jalan lagi, okay? Lusa kita dah nak balik"
Zahra memandang Riaz dengan penuh kasih sayang, "Terima kasih, abang. Hari ini memang hari yang sangat berharga bagi sayang"
Riaz memegang tangan Zahra dengan lembut. "Sama-sama sayang. Abang suka tengok sayang happy."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro