Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

PH- 21 🤍


"SAYANG... kita singgah stesen minyak kejap ya. Abang lupa nak isi minyak semalam," kata Riaz. Sekarang berdua sedang dalam perjalanan menuju ke rumah orang tua Riaz untuk menjemput Aisyah yang akan kembali ke Perak esok, menghabiskan cuti semesternya.

"Okay, abang," balas Zahra dengan senyuman.

Sampai di stesen minyak, Zahra memerhati suaminya dari dalam kereta yang sedang mengisi minyak. Sesekali dia tersenyum dan mengenyit mata sebagai tanda mengusik.

Lima minit kemudian, Riaz selesai mengisi minyak, masuk semula ke dalam kereta, dan menghidupkan enjin.

"Sayang nak goda abang ke apa?" tanya Riaz dengan senyuman.

"Taklah. Kenapa?" jawab Zahra sambil ketawa kecil.

"Yalah, tadi sayang buat macam ni," Riaz mengenyitkan mata seperti yang Zahra lakukan tadi.

Zahra ketawa lebih kuat. "Nak gurau je lah. Kenapa? Abang tergoda ke?"

"Kalau sayang senyum pun dah buat abang tergoda, inikan pula kenyit mata," jawab Riaz sambil ketawa.

Zahra ketawa lagi, menggenggam tangan suaminya yang memegang stereng. "Saya sayang abang."

Riaz tersenyum lebar. "Abang pun sayang, sayang. Sentiasa."

Mereka meneruskan perjalanan dengan suasana hati yang senang. Setibanya di rumah orang tua Riaz, mereka melihat Aisyah sudah ada dengan begnya di tangan, menunggu di depan pintu.

"Assalamualaikum, abang, kakak!" Aisyah menyapa ceria.

"Waalaikumsalam, Aisyah! Dah siap ke?" tanya Zahra.

"Dah, jom kita keluar. Banyak tempat nak pergi ni," balas Aisyah dengan semangat.

"Ni ibu mana?" Riaz bertanya sambil memandang ke arah rumah.

"Ada kat dalam lah. Ibu... abang dah datang ni!" Aisyah melaung dengan nada ceria ke dalam rumah. "Kitaorang pergi dulu ya, ibu!" katanya, bersedia melangkah.

Tak lama kemudian, Puan Faridah muncul di muka pintu dengan senyuman.

"Hati-hati ya. Aisyah, jaga perangai tu, jangan susahkan abang dan kakak," pesan Puan Faridah dengan lembut tetapi tegas.

Aisyah mengangguk, tersengih. "Baik, ibu! Aisyah janji tak nak buat hal."

Riaz geleng kepala, tersenyum kecil. "Harap-harap adik abang ni berpegang pada janji."

"Kami perlu dulu ya, ibu," Zahra berkata sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan ibu mentuanya.

Puan Faridah tersenyum lembut dan menyambut tangan Zahra. "Hati-hati ya."

"Baik ibu."

Mereka bertiga pun bersiap sedia untuk keluar, memanfaatkan hari terakhir Aisyah sebelum dia kembali ke Perak.

Tempat pertama yang mereka tuju adalah mall. Setelah memarkir kereta, mereka keluar dan berjalan menuju pintu masuk.

"So, nak pergi mana dulu ni?" tanya Riaz.

"Shopping baju dulu, kan Kak Zahra," balas Aisyah dengan penuh semangat.

Zahra angguk sambil tersenyum.

"Abang belanjaaaa," Aisyah menambah dengan nada manja.

"Dah agak dah..." balas Riaz dengan nada pasrah. Dia memang sudah boleh menjangka hari ini akan memerlukan banyak belanja, tapi demi orang tersayang, dia tak kisah.

Zahra dan Aisyah ketawa melihat reaksi Riaz.

"Dah, jom Kak." Aisyah menarik tangan Zahra, meninggalkan Riaz di belakang.

"Eh, amboi minta abang belanja tapi tinggal abang," Riaz mengomel sambil mengejar mereka.

"Abang tu lambat sangat," jawab Aisyah sambil tersenyum nakal.

Zahra hanya memerhati dengan senyuman.

"Dahlah tarik isteri orang. Bak sini isteri abang tu," Riaz cuba mendekati dan menarik Zahra, tapi Aisyah dengan cepat menghalang.

"No! Hari ni Kak Zahra Aisyah yang punya. Abang hari-hari kan dapat bermanja dengan Kak Zahra. So today, my turn. Aisyah dah nak balik Perak, tak tahu bila pula dapat balik sini," kata Aisyah seraya memegang tangan Zahra dengan erat.

Riaz berpura-pura merajuk, memandang Aisyah dengan wajah kecewa. "Amboi, macam ni sekali, ya? Abang yang ajak keluar, tapi sekarang terpaksa tengok je," katanya sambil melangkah perlahan ke belakang.

Zahra ketawa mendengar rintihan Riaz, tetapi dia juga memahami Aisyah yang jarang dapat meluangkan masa bersama mereka.

Nak tak nak, Riaz pun mengalah walaupun berat hati. Yalah, adik dia telah 'merampas' Zahra untuk sehari.

"Jom, Aisyah," Zahra mengajak sambil tersenyum.
Riaz hanya mengikut mereka dari arah belakang. Dah macam bodyguard pula. Sabar je lah, fikirnya.

Mereka pun masuk ke dalam mall, dan memulakan sesi membeli-belah mereka di kedai pakaian. Aisyah dan Zahra seronok memilih pakaian, sementara Riaz setia mengikuti dari belakang, kadang-kadang memberi pandangan atau nasihat bila diminta.

Ketika Aisyah dan Zahra sedang sibuk mencuba pakaian di sebuah kedai, Riaz duduk di kerusi yang disediakan sambil memerhati mereka. Sesekali, dia tersenyum melihat betapa rapatnya hubungan antara Zahra dan Aisyah.

Sedang Riaz duduk di kerusi, mata dia tertumpu pada satu abaya yang cantik dan elegan di sudut kedai. Tanpa berfikir panjang, dia berdiri dan berjalan ke arah abaya itu. Dia belek baju tersebut dengan teliti, berkenan untuk membelinya sebagai kejutan untuk Zahra. Dia memanggil pelayan kedai.

"Saya nak baju ni, tapi boleh tak saya ambil nanti? Saya tak nak isteri saya tahu," kata Riaz.

"Baik, encik. Kami akan simpankan untuk encik," jawab pelayan sambil tersenyum.

Riaz kembali duduk di kerusi seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku, menunggu Zahra dan Aisyah selesai membeli-belah.

Setelah puas shopping, mereka memutuskan untuk makan di sebuah restoran di dalam mall. Sedang menunggu pesanan, Riaz berpura-pura ingin ke tandas.

"Abang nak pergi tandas kejap," kata Riaz.

Zahra angguk, tidak menyedari rancangan suaminya.

Padahal Riaz bukan nak pergi tandas, tetapi dia nak pergi kedai abaya tadi untuk mengambil pesanan yang disimpannya. Dia menuju ke kedai dengan pantas.

"Abang nak pergi mana tu kakak?" soal Aisyah sambil melihat Riaz berlari keluar.

"Dia cakap nak pergi tandas."

"Tandas? Habis tu kenapa dia keluar? Dalam ni kan ada tandas." ujar Aisyah sambil tangannya tunjuk ke arah tandas yang ada dalam restoran itu.

Zahra menoleh ke arah itu sebelum menatap adik iparnya kembali. "Eh haah lah. Kakak tak perasan pula."

"Ni abaya yang encik beli tadi," pelayan hulur abaya itu kepada Riaz.

"Thank you," Riaz mengambil abaya tersebut.

Keluar dari kedai, Riaz berlari ke arah kereta untuk menyimpan baju itu. Dia tak nak Zahra tahu jika dia lambat. Sampai saja di kereta, dia buka bonet dan letak abaya itu di dalam. Setelah itu, dia tutup bonet dan bergegas kembali ke dalam, menuju ke restoran tadi.

Nafas Riaz tidak teratur akibat berlari. Sampai di restoran, dia duduk sambil tarik nafas dalam-dalam.

Aisyah yang melihat keadaan abang dia terus bertanya, "Abang ni dah kenapa?"

"Takde apa," jawab Riaz, cuba mengawal nafasnya.

Air di hadapannya cepat-cepat disambar. Rasa dahaga kerana penat berlari. Nasib baik pesanan mereka sampai di waktu yang tepat. Laju dia minum air itu.

"Slow-slow abang. Kenapa minum laju-laju ni," tegur Zahra.

"Abang dahaga," Riaz membalas sambil tersenyum ke arah Zahra, yang hanya menggeleng kepala melihat gelagat suaminya.

"Abang pergi mana sebenarnya?" Zahra memandang suaminya yang sedang rakus minum air.

"Tandas lah"

"Jangan nak tipu. Kalau nak pergi tandas, dalam ni pun boleh. Bukannya tak ada."

Riaz mula tak senang duduk. Gelas berada ditangan di letakkan kembali ke atas meja.

Riaz tersengih, cuba mencari alasan. "Err... tandas kat sini ramai orang. Abang malas nak beratur, tu yang pergi jauh sikit."

Aisyah mengangkat kening, jelas tak percaya dengan alasan itu. "Oh, jadi abang sanggup berlari keluar mall semata-mata nak cari tandas? Macam tak logik je."

Zahra memandang suaminya dengan curiga. "Betul ke abang? Atau abang ada buat benda lain?"

Riaz menggaru belakang kepala, matanya memandang ke arah lain, tidak berani bertentang mata dengan isterinya. "Err... tak adalah. Abang cuma—"

"Cuma apa?" Zahra memotong, cuba mendapatkan jawapan yang lebih jelas.

"Cuma... nak hirup udara segar kejap," jawab Riaz dengan nada bersahaja, sambil cuba menukar topik. "Eh, makanan dah sampai. Jom makan."

Zahra mengerutkan dahi, tetapi dia tidak mahu mendesak suaminya lebih-lebih. "Baiklah, tapi nanti kalau saya tahu abang tipu, siap abang."

Riaz hanya ketawa kecil, lega kerana Zahra tidak terus menyoalnya. Dalam hati dia berharap kejutan yang dia rancang untuk isterinya nanti dapat menghapuskan rasa curiga ini.

***

SELESAI makan, Zahra dan Aisyah terus kembali ke misi menghabiskan wang Riaz. Kali ini, mereka menuju ke kedai kasut.

"Sayang, kita nak beli kasut pula ke?" tanya Riaz, sambil mengangkat kening.

"Ya abang, Aisyah nak cari kasut baru. Saya pun nak beli kasut juga." balas Zahra sambil tersenyum.

"Abang belanjaaaa," Aisyah menyambung dengan suara manja.

"Dah agak dah... Memang misi menghabiskan duit abang hari ni," jawab Riaz sambil tersenyum.

Mereka masuk ke kedai kasut dan Zahra serta Aisyah mula membelek pelbagai jenis kasut yang ada. Aisyah mencuba beberapa pasang kasut, dan Zahra turut sama mencuba beberapa pasang yang menarik perhatian.

"Yang ni cantik tak, abang?" Zahra tanya sambil menunjukkan sepasang kasut tumit tinggi yang elegan.

"Apa yang sayang pakai semuanya cantik," jawab Riaz sambil tersenyum, membuat Zahra tersipu malu.

Aisyah pula sibuk memilih kasut sukan. "Abang, yang ni okey tak?" dia menunjukkan sepasang kasut sukan yang kelihatan selesa.

"Okey, yang penting selesa. Abang tak nak dengar Aisyah mengeluh kaki sakit lepas ni," jawab Riaz sambil ketawa kecil.

Akhirnya, mereka memilih beberapa pasang kasut dan menuju ke kaunter pembayaran. Riaz mengeluarkan dompetnya dan membayar semua kasut yang dipilih. Zahra dan Aisyah tersenyum gembira, puas hati dengan hasil shopping mereka.

"Terima kasih, abang," Zahra mengucapkan sambil mencium pipi suaminya.

"Thanks, abang! Abang memang abang terbaik!" kata Aisyah sambil memeluk abangnya.

"Untuk orang tersayang, apa salahnya," balas Riaz sambil tersenyum bangga.

Mereka keluar dari kedai kasut dengan tangan penuh beg hasil tangkapan hari ini. Zahra dan Aisyah kelihatan sangat gembira, dan Riaz merasa puas melihat senyuman di wajah mereka. Hari ini benar-benar hari yang menggembirakan untuk mereka bertiga.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro