PH- 19 🤍
ZAHRA duduk di sofa, tenggelam dalam novel yang dibacanya sambil mendengarkan lagu kegemarannya. Dia begitu asyik membaca, hampir tidak sedar bila Riaz datang menghampiri.
"Hah, buat apa tu?" tanya Riaz dengan senyuman nakalnya.
"Baca novel," jawab Zahra tanpa mengangkat kepala dari bukunya.
"Novel apa?" Riaz cuba mengintip tajuk buku yang dibaca Zahra.
"Novel 'Dia Untuk Aku'," jawab Zahra, masih fokus pada bacaan.
Riaz tersengih dan mengeluarkan loyar buruknya, "Kalau dia untuk aku, sayang untuk abang."
Zahra ketawa kecil mendengar kata-kata suaminya tetapi masih terus membaca. Melihat Zahra yang tidak melayan usahanya, Riaz cemberut dan mendiamkan diri. Zahra perasan sesuatu yang tidak kena. Dia menurunkan novelnya dan menutupnya, menatap suaminya dengan penuh tanda tanya.
"Kenapa abang buat muka macam tu?" tanya Zahra, kebingungan.
Riaz terus berdiam diri, membuat muka merajuk.
"Abang merajuk ke?" Zahra cuba memujuk, mengangkat keningnya.
Riaz masih diam, memalingkan wajahnya.
"Sayang minta maaf abang. Rasa bersalah pula sayang."
Riaz buat-buat tak layan, tangannya memeluk dada sambil memandang ke arah lain. Dia kelihatan serius, seolah-olah betul-betul merajuk.
"Abang, takkan dengan novel pun nak merajuk?" Zahra cuba mencuri perhatian suaminya, menyentuh lembut lengan Riaz.
Masih lagi diam. Riaz memang sengaja nak tengok sejauh mana Zahra akan memujuknya.
"Abang..." Suara Zahra meleret, manja. Dia menggoyangkan sedikit lengan Riaz, berharap suaminya akan mengalah.
Tiba-tiba, Riaz berpaling dan bertanya dengan nada serius, "Abang atau novel?"
"Hah?" Zahra terpinga-pinga, tak sangka soalan itu yang keluar dari mulut Riaz.
"Abang atau novel?" ulang Riaz lagi, matanya tak beralih dari wajah Zahra, seolah-olah nak tengok betul-betul jawapan yang akan diberi.
Zahra ketawa kecil. "Ish, mestilah sayang pilih abang."
Riaz senyum kecil, tapi masih buat-buat jual mahal. Dia berpaling sedikit, seolah-olah masih merajuk.
"Betul ke pilih abang? Kalau betul, letak dulu novel tu." Riaz mengangkat kening, mencabar Zahra.
Zahra terkekeh, meletakkan novel di tepi. Dia mendekat ke arah suaminya, memaut lengannya dengan manja. "Abang ni, sayang baca novel pun nak jealous ke?"
"Yalah, abang ni kan sentiasa nak jadi yang pertama dalam hati sayang," balas Riaz, senyum nakal mula menghiasi wajahnya.
Zahra menggeleng, tersenyum kecil sambil memeluk erat suaminya. "Abang memang satu je lah."
Riaz ketawa kecil, akhirnya tak dapat menahan diri. Dia mengusap lembut kepala Zahra. "Abang cuma nak perhatian sayang lebih sikit. Jangan sampai novel je yang menang setiap kali."
Zahra tersenyum dan mencium pipi suaminya. "Okey, nak main satu game tak?"
"Game apa?" tanya Riaz dengan penuh minat.
"Acrostic poem macam dalam running man tu tapi guna nama kita. Abang buat nama Zahra, saya buat nama abang," cadang Zahra dengan senyuman ceria.
"Okay, challenge accepted," balas Riaz dengan semangat. "Abang dulu, ya?"
Riaz mengambil masa seketika sebelum memulakan puisinya.
"Okay, are you ready, Mr. Riaz?" tanya Zahra.
Riaz mengangguk. "i'm awalys ready, my Ceisya"
"Let's start now abang."
M- Murni hatimu yang abang cintai
Y- Yang selalu membuatkan abang tersenyum
S- Selalu ada di hati abang
H- Hadir mu bagai sinar cahaya
A- Anugerah terindah dari Tuhan
A- Abang bersyukur memiliki
Z- Zahra sebagai bidadari
Z - Zahra yang menawan
A - Abang selalu sayang
H - Hati abang hanya untuk Zahra
R - Rindu selalu bila berjauhan
A - Abang akan cinta Mysha Az-Zahra selamanya
"Your turn now my Ceisya" ujar Riaz sebaik saja selesai.
Zahra tersenyum lebar mendengar puisi suaminya. "Okey, giliran saya pula."
Zahra pula memikir sejenak sebelum memulakan puisinya. Riaz begitu tekun melihat isterinya. Jelas wajah nya tidak sabar.
H- Hadir mu membuat hidup lebih indah
A- Abang adalah kekuatan saya
Y- Yang selalu di sisi
D- Dalam setiap suka dan duka
E- Engkaulah cinta sejati
R- Rindunya saya setiap masa
R - Riaz yang selalu buat saya ketawa
I - Inilah lelaki yang saya cintai
A - Abang yang setia dan penyayang
Z - Zahra bersyukur ada abang di sini
Riaz tersenyum bangga mendengar puisi Zahra. "Pandai isteri abang ni buat puisi."
"Abang pun," Zahra membalas sambil mencium pipi suaminya lagi.
Riaz memandang Zahra dengan senyuman penuh makna. "Sayang, abang ada pickup line untuk sayang."
Zahra ketawa kecil, sedikit malu. "Apa dia, abang?"
Riaz memetik bunga mawar kecil dari pasu di sebelahnya dan memberikannya kepada Zahra.
"Kalau bunga mawar ini adalah sayang, maka air yang menyiraminya adalah cinta abang. Abang akan pastikan cinta abang sentiasa membuat sayang berkembang mekar."
Zahra tersipu-sipu sambil mengambil bunga tersebut. "Sweet sangat, abang. Terima kasih."
Riaz memandang Zahra dengan penuh kasih sayang. "Tak ada apa-apa yang lebih membahagiakan abang daripada melihat senyuman sayang."
Zahra tersenyum bahagia, merasa sangat dihargai dan dicintai. "Abang memang pandai buat hati saya berbunga-bunga."
Riaz ketawa kecil, puas melihat isterinya gembira. "Itulah tujuan abang, sayang. Sentiasa buat sayang gembira dan bahagia."
Zahra tersenyum manis dan membalas dengan pickup line yang tidak kurang romantis. "Abang tahu tak, hidup saya ni macam puzzle yang hilang satu keping. Tapi sejak ada abang, puzzle tu lengkap. Abang lah kepingan yang saya cari selama ni."
Riaz tersentuh mendengar kata-kata Zahra. Dia membalas dengan lembut, "Dan sayang adalah kepingan yang menjadikan hidup abang sempurna."
Mereka saling berpandangan seketika. Mereka berdua ketawa bahagia, menikmati momen manis ini bersama. Hari itu menjadi satu lagi kenangan indah dalam perjalanan cinta mereka yang penuh kasih sayang dan kebahagiaan.
"HAH, macam mana? Ada apa-apa tak kau nak cerita dengan aku?" tanya Aina dengan penuh ingin tahu.
Haifa melepaskan keluhan panjang. "Macam tu je lah. Aku dah cuba cari perhatian Hay tapi dia tak layan. Aku perasan sekarang ni kalau dia jumpa aku kat universiti, mesti dia akan jauhkan diri. Tak pun buat-buat busy."
Aina mengerutkan dahi. "Habis tu sekarang ni kau nak buat apa?"
Haifa menggeleng perlahan. "Entah lah. Tapi aku takkan putus asa sampailah aku dapat Hay. Aku takkan lepaskan dia."
Aina memandang Haifa dengan pandangan simpati. "Kau pasti ke nak teruskan? Sebab nampak macam dia tak berminat langsung dengan kau. Apa yang kau nampak pada dia sampai kau obses sangat ni?"
Haifa menggigit bibir, berusaha untuk menahan emosi. "Aku tak tahu, Aina. Sejak kali pertama aku jumpa dia, aku rasa ada sesuatu yang istimewa. Dia berbeza dari lelaki lain."
Aina menggelengkan kepala. "Haifa, cinta tak boleh dipaksa. Kalau Hay tak ada perasaan pada kau, kau kena terima kenyataan tu. Kau berhak untuk bahagia dengan seseorang yang benar-benar mencintai kau. Lagipun dia dah kahwin, Haifa. Hay tu suami orang. Kau kena ingat tu"
Haifa melepaskan keluhan panjang. "Aku faham apa kau cakap tu dan aku tahu dia dah kahwin, tapi hati aku degil. Aku tak boleh nak lupakan dia."
Aina menarik nafas dalam-dalam. "Kalau itu yang kau cakap aku tak boleh nak buat apa. Tapi tolong jangan lukakan hati kau sendiri. Kalau kau nampak dia dah betul-betul tak berminat, aku harap kau boleh lepaskan dia dan cari kebahagiaan lain. Jangan biarkan perasaan ni musnahkan kau."
Haifa mengangguk perlahan, walaupun hatinya masih berdegil. "Terima kasih, Aina. Aku hargai nasihat kau. Tapi buat masa ni, aku akan teruskan usaha aku."
Aina hanya mampu menghela nafas. "Baiklah, aku harap kau tahu apa yang kau buat. Aku sentiasa ada di sini kalau kau perlukan kawan untuk bercakap."
Haifa tersenyum lemah. "Terima kasih, Aina. Aku tahu aku boleh harap pada kau."
Mereka berdua berpelukan erat, sambil Haifa berjanji pada dirinya sendiri untuk tidak berputus asa dalam usahanya mendapatkan cinta Riaz, walaupun cabarannya semakin besar.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro