PH - 18 🤍
SEJAK balik dari rumah mentuanya, Riaz perasan isterinya banyak diam dan termenung saja. Zahra yang biasanya ceria dan banyak bercakap kini lebih suka menyendiri. Walaupun televisyen menyala dengan rancangan kegemarannya, Zahra tetap termenung jauh.
Riaz menghampiri isterinya yang duduk di sofa. Dengan lembut, dia menegur, "Sayang, ada apa-apa yang mengganggu fikiran sayang ke? Abang perasan sayang banyak diam sejak kita balik dari rumah abi"
Zahra, yang terkejut dengan kehadiran suaminya, menghadiahkan senyuman. "Tak ada apa-apa, abang. Saya okey je."
Riaz tahu Zahra ada sorok sesuatu dari dia. Hatinya mengatakan yang isterinya masih teringat kata-kata makcik itu. Tapi dia tidak mahu memaksa Zahra untuk bercakap jika dia belum bersedia.
"Kalau sayang kata macam tu, abang percaya," kata Riaz lembut. "Tapi kalau sayang rasa nak kongsi apa-apa, abang sedia mendengar, tau?"
Zahra mengangguk perlahan, tapi matanya masih tampak suram. Riaz tahu dia perlu melakukan sesuatu untuk menghiburkan isterinya.
"Jom kita keluar," ajak Riaz dengan nada ceria. "Kita pergi makan aiskrim ke, jalan-jalan kat taman ke, asalkan sayang happy. Abang tak suka tengok sayang sedih macam ni."
Zahra tersenyum kecil, terharu dengan perhatian suaminya. "Terima kasih, abang. Abang memang selalu tahu macam mana nak buat Zahra rasa lebih baik."
Riaz membalas dengan senyuman. "Apa pun untuk isteri abang yang tercinta. Jom kita keluar, okay?"
Zahra bangun dari sofa. "Okay, jom. Saya rasa nak makan aiskrim."
"Sayang pergi lah bersiap. Abang tunggu."
Zahra angguk lalu naik ke bilik, sempat dia tersenyum pada Riaz sebelum hilang dari pandangan.
Tidak perlu masa yang lama, Zahra turun ke bawah dengan pakaian biasa dan simple tapi masih kelihatan cantik.
Dia berjalan ke arah Riaz yang sedang duduk di sofa menunggunya.
"Abang... jom sayang dah siap." Dengar suara Zahra, dia mendongak lalu berdiri. Tangan isterinya diambil dan digenggam erat.
"Let's go."
Mereka berdua keluar dari rumah, menuju ke destinasi yang boleh membawa sedikit keceriaan kepada Zahra. Riaz berharap dengan waktu yang mereka luangkan bersama, Zahra akan kembali ceria seperti biasa.
Lebih kurang 20 minit dari rumah, mereka akhirnya tiba. Di kedai aiskrim kegemaran mereka, Zahra mula kelihatan lebih ceria. Dia memilih aiskrim coklat sementara Riaz mengambil aiskrim vanilla. Riaz kurang gemar dengan coklat kerana baginya terlalu manis.
Mereka duduk di sebuah meja kecil di tepi jendela, menikmati aiskrim sambal memerhatikan orang ramai yang lalu lalang di luar.
Zahra begitu asyik menikmati aiskrim coklatnya sehingga tidak sedar bahawa ada sedikit aiskrim yang comot di sekitar bibirnya.
Riaz tertawa kecil melihat keadaan isterinya. "Sayang, comotlah"
Zahra yang tengah menikmati aiskrimnya mengangkat kening. "Comot kat mana?"
Riaz mendekatkan diri dan dengan lembut mengambil tisu di meja. "Sini, biar abang lapkan."
Zahra tersipu malu, tetapi membiarkan Riaz membersihkan aiskrim yang comot di bibirnya.
Tangan Riaz yang lembut dan penuh kasih sayang membuatkan Zahra merasa begitu disayangi.
"Terima kasih, abang" kata Zahra dengan senyuman manis selepas Riaz selesai mengelap.
"Sama-sama, sayang." balas Riaz sambal tersenyum.
"Abang suka tengok sayang gembira macam ni. Jadi, kalau nak makan aiskrim banyak-banyak pun tak apa, asalkan sayang happy."
Zahra ketawa kecil. "Abang ni ada-ada je. Thankyou, abang"
Riaz mengangguk. "Abang cuma nak sayang tahu, abang sentiasa ada untuk sayang. Apa pun yang terjadi, kita hadap bersama, okay? Sayang jangan pendam sorang-sorang. Abang ada untuk jadi tempat mendengar dan tempat untuk sayang meluah. "Bahu abang ni sedia je untuk jadi tempat sayang bersandar bila-bila sayang rasa perlu, okay? Jangan takut nak luah. Apa-apa pun kita hadap sama-sama, sebab abang ada untuk sayang, sekarang dan selamanya."
Zahra mengangguk laju, merasa lebih tenang dan bahagia. Mereka berdua meneruskan makan aiskrim sambal berbual-bual, menikmati setiap saat kebersamaan dengan penuh cinta dan kasih sayang tanpa ada gangguan.
KELUAR saja dari kedai, terus Riaz menyuruh Zahra untuk berhenti dan menunggunya.
"Sayang, tunggu kejap kat sini, ya. Abang nak pergi beli sesuatu sekejap"
Zahra mengangguk dan menunggu di tepi dan memerhati orang lalu lalang. Setelah kira-kira lima minit, Riaz kembali dengan senyuman dan tangan yang disorok di belakang.
"Abang beli apa tu?" tanya Zahra dengan penuh tanda tanya.
Riaz mengeluarkan tangan dari belakangnya dan menghulurkan tiga kuntum bunga ros merah kepada Zahra. Zahra tersenyum lebar melihat bunga-bunga itu dan mengambilnya dengan penuh rasa terharu.
"Thank you, abang. Cantik sangat bunga ni."
Riaz tersenyum melihat kegembiraan di wajah isterinya. "Sayang, tahu tak apa maksud tiga kuntum ros ni?"
Zahra menggeleng sambil masih tersenyum. "Tak tahu. Apa maksudnya, abang?"
Riaz dekatkan diri dan berkata dengan lembut di tepi telinga Zahra. "Tiga kuntum ros ni bermaksud 'I love you'. Abang nak sayang tahu yang abang sayang sangat kat sayang, tak kira apa yang orang cakap. Sayang lah cahaya dalam hidup abang."
Zahra terharu mendengar kata-kata suaminya. Air matanya bergenang, tetapi kali ini air mata kebahagiaan. "Abang, terima kasih. Saya pun sayang sangat kat abang. Thank you for always being here for me."
Riaz menggenggam tangan Zahra dengan erat. "Apapun yang bakal terjadi nanti, abang akan sentiasa ada untuk, sayang."
"Sayang, lepas ni nak pergi mana pula? Hari ni abang ikut je mana-mana yang sayang nak pergi. Apa-apa pun sayang nak buat abang akan ikut."
Zahra tersenyum manis mendengar kata-kata suaminya itu. "Hmm, saya tak pasti nak pergi mana. Mungkin kita boleh pergi taman? Saya nak jalan-jalan sambil tengok pemandangan."
"Baiklah, kita pergi taman," kata Riaz dengan penuh semangat. "Abang, suka tengok sayang happy. Tak mau sedih-sedih tau."
Mereka berdua kemudian meninggalkan kedai aiskrim menuju ke taman yang indah. Taman itu penuh dengan bunga-bungaan yang sedang mekar, dan suasana di situ sangat tenang dan damai.
Mereke berjalan beriringi, tangan Zahra erat dalam genggaman Riaz. Mereka berbual tentang pelbagai perkara, dari hal-hal kecil dalam kehidupan seharian.
"Abang, saya rasa tenang sangat bila jalan-jalan kat taman ni." kata Zahra sambil memandang ke arah bunga-bungaan yang berwarna-warni. "Rasa macam semua masalah hilang sekejap"
"Itulah tujuan abang bawa sayang datang sini." jawab Riaz. "Abang nak sayang selalu tersenyum dan bahagia."
Zahra tersenyum dan bersandar di bahu Riaz. "Terima kasih, abang. Saya rasa sangat-sangat bertuah dapat suami macam abang."
Riaz memeluk Zahra dengan penuh kasih sayang. "Abang lagi lah rasa bertuah dapat isteri macam sayang ni. Abang sayang kat sayang, sangat-sangat."
Mereka terus berjalan-jalan di taman, menikmati saat-saat indah bersama seolah-olah taman ini adalah milik mereka berdua.
Riaz berhenti seketika dan mengelarkan telefon bimbitnya dari poket.
"Sayang, abang nak ambil gambar sayang kat sini." katanya sambil mengarahkan kamera ke arah isterinya.
Zahra tersipu malu, tapi tetap berdiri di antara bunga-bungaan yang cantik. Dia tersenyum manis dan membuat beberapa gaya comel.
"Okay, satu, dua, tiga... senyum" kata Riaz sambil menekan butang kamera.
Klik!
Gambar Zahra yang ceria dan berseri-seri terpapar di skrin telefon bimbitnya.
"MasyaAllah, cantiknya isteri abang." Riaz memuji sambil menunjukkan gambar itu kepada Zahra.
Zahra memandang gambar tersebut dan tersenyum lebar. "Terima kasih, abang. Abang pun pandai ambil gambar"
Riaz tersenyum puas. "Lepas ni, kita boleh buat album kenangan kita. Setiap gambar ada cerita sendiri."
Zahra mengangguk setuju. "Ya, idea yang bagus. Nanti boleh lah kita tunjuk kat anak cucu kita."
Mereka terus berjalan-jalan di taman, dan Riaz tidak berhenti-henti mengambil gambar Zahra dalam pelbagai pose dan latar belakang. Setiap kali Riaz menekan butang kamera, Zahra akan memberikan senyuman yang paling manis.
Riaz memandang beberapa gambar yang diambilnya tadi dam memilih salah satu yang paling cantic. Dia membuka aplikasi Instagram dan mula memuat naik gambar itu ke story-nya.
"Sayang, abang nak post gambar ni kat story IG abang, boleh?" tanya Riaz, meminta persetujuan dari Zahra.
Zahra mengangguk sambil tersenyum. "Boleh, abang. Tapi jangan lupa letak caption sweet, ya"
Riaz tersenyum dan menaip caption pada gambar itu:
#Hari yang indah dengan bidadari hati saya. ❤️#love #wife # memories
"Done! Sekarang semua orang tahu betapa bertuahnya abang ada sayang dalam hidup abang." kata Riaz sambil memeluk Zahra erat.
Zahra tersenyum malu dan memeluk Riaz kembali.
Riaz memetik satu bunga dari taman dan menyerahkan kepada Zahra. Dengan senyuman lembut, dia berkata, "Sayang, bunga ni mungkin akan layu, tapi cinta abang pada sayang takkan pernah pudar. Bunga ni memang cantik, tapi cantik sayang lagi. Dan kalau bunga ni ada duri, abang akan pastikan sayang takkan pernah terluka."
Zahra ketawa kecil dan menerima bunga itu. "Abang ni pandai sangat buat saya cair."
"Abang cuma nak sayang tahu betapa abang sayang kan sayang setiap hari. Sayang abang pada sayang takkan pernah pudar sampai bila-bila."
Zahra memandang Zahra dengan rasa terharu. "Terima kasih. Terima kasih sekali lagi abang. Abang selalu buat saya rasa istimewa."
Riaz membalas dengan lembut, "Tak perlu terima kasih kat abang, sayang memang istimewa untuk abang."
Riaz berhenti di satu sudut yang dikelilingi bunga mawar. Dia memandang Zahra dengan senyuman lembut.
"Sayang," Riaz memulakan. Dalam matanya merenung mata Zahra.
"Abang tahu, sayang masih teringat pasal apa yang makcik tu cakap. Soalan-soalan macam tu memang susah untuk hadap. Tapi abang nak sayang tahu, abang tak pernah letak tekanan atau harapan yang buat sayang rasa terbeban. Abang terima dan sayangkan sayang, sepenuh hati, tanpa syarat."
Zahra tersenyum hambar, air mata sudah bertakung. Dia tahu suaminya itu cuba untuk tenangkan dia.
"Kadang-kadang sayang rasa macam tak cukup... tak cukup baik, tak cukup sempurna... bila orang asyik tanya macam tu." lemah suaranya.
Riaz menggeleng perlahan, mengusap bahu Zahra dengan lembut. "Sayang, sayang dah lebih daripada cukup untuk abang. Abang tak pernah pilih sayang untuk apa-apa yang orang lain nampak sebagai 'sempurna.' Abang pilih sayang sebab abang nampak hati sayang, kekuatan sayang. Anak itu rezeki dari Allah, dan abang yakin kalau Dia izinkan, kita akan lalui semua tu bersama."
Zahra menggenggam tangan suaminya lebih erat, seolah-olah mencari kekuatan dalam genggamannya. "Tapi orang... tak henti-henti cakap macam-macam."
Riaz tersenyum, cuba menceriakan suasana. "Kalau mereka tanya lagi, kita senyum je. Biar abang yang jawab, abang akan cakap kita tak terburu-buru sebab kita masih sibuk menikmati masa berdua ni, kenal hati budi satu sama lain. Bagi abang, sayang adalah kebahagiaan yang abang tak pernah jangka."
Zahra akhirnya tertawa kecil, terasa sedikit beban hilang dari hatinya. Riaz menarik Zahra ke dalam pelukannya. "Abang akan selalu ada dengan sayang, temani sayang dalam susah senang. Kita jangan risau sangat, ya? Semua akan datang pada masa yang tepat."
Hari itu menjadi satu lagi kenangan manis dalam perjalanan cinta mereka berdua.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro