Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

PH- 17 🤍

NAK VOTE JE TAK MINTAK BANYAK PUN 🥺

RIAZ sedang menikmati makan tengah hari di kafeteria Universiti. Suasana di sekitar kafe itu meriah dengan suara pelajar dan pensyarah yang berbual-bual, menjadikan suasana itu bising namun terasa hangat. Riaz memilih tempat duduk di sudut yang agak sunyi, berharap dapat menikmati waktu rehatnya dengan tenang.

Sedang dia mengunyah makanannya, tiba-tiba dia terdengar suara yang dikenali.

"Assalamualaikum Hay. Boleh saya duduk sini?" tanya Haifa sambil senyum.

Riaz tersenyum kecil dan mengangguk. "Waalaikumussalam, Haifa. Silakan"

Haifa duduk di hadapan Riaz sambil membawa dulang makanannya. "Saya nampak awak duduk sorang-sorang tadi, jadi saya ingat nak temankan. Tak kisah kan?"

"Oh, takpe. Saya pun tak lama lagi nak balik ke bilik. Kejap lagi saya ada kelas." balas Riaz dengan sopan, walaupun dalam hatinya dia merasa sedikit tidak selesa. Haifa sering kali mencari peluang untuk mendekatinya, dan Riaz sedar akan niatnya.

Haifa cuba memulakan perbualan. "Hay, awak kan baru balik dari Mekah. Mesti best kan kat sana."

"Ya, Alhamdulillah. Pertama kali dapat pergi kat sana memang sangat berharga. Rasa tenang je, semua masalah hilang."

Haifa cuba menarik perhatian Riaz dengan cerita tentang dirinya. "Saya pun ada rancangan nak ke sana tapi kalau ada rezeki lah. Mungkin, kita boleh pergi sama-sama"

Riaz tersenyum nipis tetapi tidak memberi harapan. "InshaAllah, Haifa."

Haifa tersenyum manis dan kemudian bertanya. "Hay, boleh saya tanya something tak? Macam mana awak kenal dengan isteri awak? Saya nampak awak bahagia dengan dia."

Riaz terkejut seketika dengan soalan itu tetapi kemudian dia tersenyum mengenangkan pertemuan mereka. "Oh Zahra... Saya kenal dia masa kat Mekah. Kami jumpa secara tak sengaja, dan dari situ lah kami mula kenal sampailah di sah jadi isteri saya. Alhamdulillah, semua nya adalah ketentuan Allah."

Haifa berpura-pura senyum. Walha hati nya sedang dilanda cemburu. "Oh! nama isteri awak Zahra. Cantik. Mesti tuan badan pun cantik kan. Bila Hay nak kenalkan Zahra dekat saya. Tak sabar pula nak kenal dengan isteri Hay."

"InshaAllah nanti saya kenalkan. Takpe lah Haifa, saya ada kerja sikit. Lagipun kelas saya 5 minit lagi nak start. Saya pergi dulu, ya" kata Riaz sambil berdiri dan mengangkat dulang makananya.

Haifa kelihatan kecewa tapi masih cuba untuk bersikap positif. "Oh, takpe. Mungkin kita boleh sambung lain kali. Selamat mengajar, Hay"

"Terima kasih" balas Riaz sebelum meninggalkan kafeteria.

Sambil berjalan keluar, Riaz menarik nafas lega. Dia tahu Haifa seorang wanita yang baik, tapi hatinya telah dimiliki oleh Zahra. Bagi Riaz, menjaga hubungan dengan isterinya dan memastikan tidak ada salah faham adalah lebih penting.

Dia berdoa dalam hati agar Allah sentiasa memberikannya kekuatan untuk menjaga hatinya dan hubungannya dengan Zahra.

Riaz berjalan menuju ke biliknya dengan langkah yang lebih cepat dari biasa. Fikirannya terganggu dengan perbualan dengan Haifa tadi. Sesampai di biliknya, dia terus duduk di mejanya dan menarik nafas dalam-dalan, cuba menenangkan diri.

Tiba-tiba, telefon Iphone miliknya berdering. Dia memandang telefon yang berada di sebelah laptop nya.

"My Ceisya" (Bidadari syurga yang cantik) tertera di skrin telefon. Senyuman terukir di bibirnya serta-merta.

"Assalamualaikum, sayang" sapa Riaz lembut.

"Waalaikumussalam, abang. Tengah buat apa tu?" tanya Zahra dengan nada ceria.

"Baru habis makan tengah hari ni. Ada apa, sayang call abang ni. Rindu abang ke?" usik Riaz.

Zahra ketawa kecil. "Eh mestilah rindu. Takkan tak rindu. Saya call ni cuba nak ingatkan abang, malam ni kita ada solat hajat kat rumah abi. Jangan lupa tau."
"Jangan risau, abang tak lupa." jawab Riaz.

"Oh, dan satu lagi, abang jangan lupa beli popis untuk saya, ya. Saya teringin sangat nak makan."

Riaz ketawa kecil. "Baiklah sayang. Nanti balik abang belikan untuk sayang. Anything else?"

"Takde dah. Itu je yang saya nak.  Jaga diri. Jangan kerja kuat sangat." pesan Zahra.

"InshaAllah, sayang. Terima kasih ingatkan. Ni mana budak Aisyah?" sempat Riaz bertanya keberadaan adik perempuan nya.

Zahra menoleh ke arah kanannya melihat adik iparnya sebelum membalas. "Ada di sebelah saya. Tengah syok baca novel."

"Oh! takpe lah kalau macam tu. Abang ada kelas ni."

"Oh okay-okay. Jumpa nanti ya. Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam"

Selepas menamatkan panggilan, Riaz rasa lebih tenang. Dia tahu Zahra adalah anugerah terindah dalam hidupnya, dan dia bersyukur setiap hari kerana diberi peluang untuk bersamanya.



SELEPAS habis mengajar, Riaz terus pulang ke rumah untuk menjemput Zahra dan Aisyah ke rumah mentuanya. Sempat dia singgah untuk membeli popis yang dipesan oleh Zahra. Nasib baik dia sempat beli kalau tidak mahu merajuk isterinya nanti. Tinggal 5 biji je lagi popis tadi. Kalau dia lambat tadi comfirm habis.

Setiba di rumah, Riaz segera mandi dan bersiap untuk ke rumah mentuanya. Zahra pula sedang makan popis yang dibelinya. Hanya mengambil masa 30 minit, Riaz pun siap dengan mengenakan baju melayu berwarna hitam serta songkok di atas kepalanya.

Zahra pula macam biasa mengenakan abaya yang sedondong dengan baju Riaz. Malam ini dia memilih untuk memakai tudung shawl berbanding bawal. Manakala Aisyah memakai jubah berwarna muda.

"Cantik isteri abang malam ni" sempat Riaz memuji Zahra.

Merona merah muka Zahra dibuatnya. "Ish abang ni. Abang pun handsome."

Aisyah yang mendengar itu menjulingkan mata ke atas. "Ehem, kita ni nak pergisolat hajat tau. Dah-dah lah tu nak sweet-sweet."

Raiz memandang wajah adik nya. "Sibuk je. Dengki lah tu sebab takde orang puji dia. Betul tak sayang?"

Aisyah mencebik lalu memberikan mata bombastic side eye pada abang nya sebelum masuk ke dalam kereta.

Terbahak-bahak Riaz ketawa melihat muka adik nya.

"Abang tak baik lah" tegur Zahra lembut.

"Hehehe sorry sayang. Abang saje je nak bergurau dengan Aisyah tu."

"Dah jom lah. Dah lewat dah ni kita."







MEREKA tiba di rumah keluarga Zahra. Riaz memarkir keretanya dihadapan rumah keluarga Zahra, melihat banyak kereta dan orang ramai yang datang untuk solat hajat. Dia keluar dari kereta, diikuti oleh Zahra dan Aisyah.

"Assalamualikum, abi, umi" sapa Riaz sambil bersalaman dan memeluk Tuan Haji Ismail dan Hajah Fatimah.

"Waalaikumussalam, Hay. Masuklah. Mana ibu ayah? Tak datang ke?" tanya Tuan Haji Ismail.

"Ibu ayah tak dapat datang, abi. Mak saudara ayah sakit kat Perak, jadi mereka pergi melawat. Tapi ibu ayah kirim salam kat abi dengan umi. Dorang minta maaf sebab tak dapat nak datang malam ni."

Tuan Haji Ismail mengangguk sambil tersenyum. "Waalaikumussalam. Takpe abi faham."

Zahra bersalaman dengan umi dan abinya. "Umi kenalkan ni Aisyah, adik perempuan Hay"

"Assalamualaikum makcik. Saya Aisyah, adik abang Hay." Aisyah kenalkan diri sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman.

Hajah Fatimah menyambut tangan Aisyah dengan senyuman. "Waalaikumussalam, Aisyah. Panggil je umi."

"Baik umi" balas Aisyah.

"Sha, tolong umi kat dapur kejap."

"Baik umi" balas Zahra. Dia segera menuju ke dapur untuk membantu apa yang patut.

Aisyah turut mengikuti kakak ipar nya ke dapur untuk membantu walaupun tidak disuruh. Tak manis pula kalau dia tak tolongkan.

Di dapur, Zahra dan Aisyah membantu Hajah Fatimah menyiapkan hidangan. Zahra menguruskan lauk-pauk sementara Aisyah menyusun kuih-muih di atas meja.

"Terima kasih anak-anak umi sudi bantu umi." kata Hajah Fatimah.

"Sama-sama, umi" jawab Zahra dan Aisyah serentak.

Sementara itu, Riaz berbual-bual dengan bapa mentuanya dan para tetamu lain di ruang tamu. Mereka berdua sibuk melayan tetamu manakala di ruang dapur sibuk menyiapkan makanan. Sesekali Riaz akan tolong apa yang patut seperti tolong Zahra angkat makanan letak atas meja luar.







SOLAT hajat malam ini, berjalan dengan lancar dengan suasana yang tenang dan penuh keberkatan. Selepas doa selesai, para tetamu mula menikmati hidangan yang disediakan. Zahra sibuk melayani tetamu dah memastikan semua orang dapat makanan yang cukup.

Majlis hampir selesai, para tetamu juga mula bersurai. Zahra sibuk mengangkat pinggan-pinggan kotor untuk dibawa ke dapur. Tiba-tiba, datang seorang Makcik yang terkenal dengan sikap suka mengambil tahu hal orang lain, mendekati Zahra.

"Ni Makcik nak tanya. Bila kamu nak ada anak? Kahwin dah nak masuk tiga bulan, takkan tak mengandung lagi?"

Zahra terkejut mendengar soalan itu. Dia tergamam seketika, tidak tahu bagaimana hendak membalas. Namun belum sempat Zahra berkata, Riaz yang terdengar perbualan mereka segera menghampiri.

"Saya rasa tu soalan yang kurang sesuai, makcik. Kadang kata-kata yang keluar dari mulut manusia lebih tajam dari pedang yang baru diasah. Kadang kata manusia lebih menyakitkan daripada luka bakar, terutamanya macam mulut makcik ni. Jadi jagalah lisan bila berkata-kata. Jagalah perasaan orang lain, mungkin kita nampak macam biasa tapi orang yang mendengar nampak menyakitkan. Sepatutnya, makcik sebagai orang yang lebih tua mendoakan bukan mengata macam ni. Kalau ada orang cakap macam ni dekat anak makcik, apa perasaan makcik? Maaf kalau makcik rasa saya kurang ajar, tak ada niat pun untuk saya kurang ajar dengan makcik. Rezeki anak itu ketentuan Allah. Kami berdua hanya mampu berdoa dan berserah. InshaAllah, bila tiba masanya, kami akan dikurniakan rezeki anak. Lagipun, hubungan perkahwinan bukan semata-mata tentang anak, tetapi tentang membina keluarga yang bahagia." kata Riaz tenang tapi tegas.

Makcik itu terdiam seketika, kelihatan malu dengan teguran dari Riaz. Dia akhirnya tersenyum paksa dan berkata. "Makcik minta maaf lah sebab tanya macam tu."

"Tak apa, makcik. Kami hargai doa dan harapan semua orang untuk kebahagian kami." jawab Riaz sambil tersenyum.

"Kalau macam tu makcik balik dulu lah, ya" kata Makcik itu berlalu pergi.

Zahra tersenyum lega dan bersyukur dengan kehadiran Riaz yang menyelamatkannya dari situasi yang tidak selesa itu.

"Sayang, jangan fikirkan sangat tau apa yang makcik tu cakap." kata Riaz sambil mengusap lembut kepala isterinya yang berlapiskan shawl itu.

Zahra mengangguk perlahan dan mengukir senyuman nipis. Lalu dia terus ke ruang dapur dengan pinggan kotor di tangannya.

Hilang sahaja kelibat isterinya, Riaz melepaskan keluhan perlahan. Dia tahu isterinya terasa dengan kata-kata makcik itu. Wajah muram Zahra jelas tergambar dalam ingatannya.

Dia segera menyusul ke dapur, di mana Zahra sedang menyusun pinggan-pinggan dengan wajah yang jelas menampakkan kegusaran. Riaz mendekatinya dengan lembut, meletakkan tangannya di bahu Zahra.

"Sayang, jangan ambil hati sangat dengan kata-kata makcik tadi. Orang suka bercakap, tapi kita tahu apa yang terbaik untuk kita. Yang penting, kita bahagia." ujar Riaz dengan suara yang penuh kelembutan.

Zahra menghela nafas dalam-dalam, cuba menyembunyi perasaannya. "Saya okay, abang. Abang jangan risau lah."

"Betul ni sayang okay?" tanya Riaz untuk kepastian.

"Okay abang"

Riaz mencium dahi Zahra sebelum melepaskannya. "Kalau sayang okay, takpe lah. Lega sikit abang. Abang taknak sayang ingat lagi pasal hal ni."

Zahra senyum nipis.

"Sekarang ni, kita selesaikan basuh pinggan ni dulu lepastu kita rehat. Dari tadi lagi abang tengok sayang buat kerja yang henti-henti."

Zahra angguk kepala. Riaz membantu Zahra membasuh pinggan kotor. Malam ni mereka memutuskan untuk tidur di rumah keluarga Zahra, memandangkan sudah lewat malam untuk mereka balik.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro