DPH- 9 🤍
PAGI itu, Zahra dan Riaz sibuk bersiap-siap untuk keluar membeli barang dapur. Zahra mengenakan baju abaya yang lembut warnanya, manakala Riaz memakai kemeja kasual yang sederhana. Mereka mahu memastikan rumah mereka lengkap dengan segala keperluan.
Setelah Zahra mengenakan tudungnya, mereka berdua keluar dari rumah menuju ke kereta. Masuk sahaja ke dalam kereta, Riaz memandang Zahra dan bertanya dengan lembut,
"Sayang, handsock dah pakai?"
Zahra terdiam sejenak, lalu matanya membesar. "Ya Allah, abang, saya terlupa!" Dia segera membuka pintu kereta dan berlari semula ke dalam rumah untuk mengambil handsocknya.
Riaz hanya tersenyum melihat gelagat isterinya. Dia menyayangi Zahra bukan hanya kerana kecantikannya, tetapi juga kerana kesungguhannya dalam menjaga aurat. Riaz menunggu dengan sabar di dalam kereta, sementara Zahra cepat-cepat kembali dengan handsocknya yang sudah dipakai.
"Maaf, abang. Saya betul-betul terlupa tadi," kata Zahra dengan rasa bersalah.
"Tak apa, sayang. Abang faham. Janji kita jaga aurat kita, ya?" Riaz membalas dengan senyuman lembut.
Zahra mengangguk dan duduk semula di dalam kereta. "Terima kasih, abang. Jom kita pergi sekarang."
Mereka pun memulakan perjalanan ke pasaraya, dengan hati yang tenang dan bahagia. Setiap momen yang mereka lalui bersama, walaupun sekecil itu, menjadi kenangan indah dalam kehidupan baru mereka sebagai suami isteri.
Di sepanjang perjalanan, mereka berbual-bual mesra, sesekali diselang seli dengan gelak tawa. Zahra masih malu-malu tetapi dia sangat bersyukur kerana Riaz sentiasa memahami dan menyokongnya.
Setibanya di pasaraya, mereka mula mengisi troli dengan barang-barang keperluan. Riaz mengambil beberapa jenis buah-buahan manakala Zahra memilih sayur-sayuran segar. Mereka saling bertukar pendapat tentang apa yang perlu dibeli, menjadikan aktiviti membeli-belah lebih menyeronokkan.
"Abang nak makan apa malam ni?" tanya Zahra sambil memegang sebiji labu.
"Abang tak kisah, apa-apa yang sayang masak mesti sedap," balas Riaz dengan senyuman.
"Hmm, kalau macam tu, kita buat sup ayam dengan labu ni, nak?" Zahra mengusulkan.
"Boleh, abang suka," kata Riaz sambil mengangguk setuju.
Selesai membeli-belah, mereka menuju ke kaunter pembayaran. Riaz membantu Zahra memasukkan barang-barang ke dalam beg sambil berseloroh, "Nanti kita masak sama-sama, ya?"
Zahra tersenyum manis. "Mestilah, abang. Masak sama-sama kan lebih seronok."
Mereka pulang ke rumah dengan hati yang gembira. Setibanya di rumah, Zahra dan Riaz bekerjasama memasak di dapur. Suasana dapur dipenuhi dengan aroma wangi masakan dan gelak tawa mereka. Zahra mengajar Riaz cara-cara memotong sayur dan mereka saling bergurau senda.
"Abang, hati-hati tau. Jangan sampai terluka," pesan Zahra apabila melihat Riaz sedang memotong sayur dengan penuh konsentrasi.
"Jangan risau, sayang. Abang ni pandai tau," balas Riaz sambil tersenyum.
Mereka menikmati setiap detik bersama di dapur, dan akhirnya hidangan mereka siap. Zahra dan Riaz duduk di meja makan, menikmati hasil masakan mereka dengan penuh kesyukuran. Mereka sedar bahawa setiap momen kecil ini merupakan asas untuk membina rumah tangga yang bahagia dan penuh keberkatan.
Setelah makan malam, mereka duduk bersama di ruang tamu, berbual tentang impian dan harapan mereka untuk masa depan. Malam itu, Zahra dan Riaz merasakan ikatan mereka semakin erat, dikuatkan dengan cinta dan kesetiaan yang tulus.
"Abang, kalau saya nak tanya sesuatu boleh?" Zahra memandang Riaz dengan sedikit keraguan di matanya.
Riaz meletakkan cawan teh yang dipegangnya dan memandang Zahra dengan penuh perhatian. "Boleh, sayang. Apa-apa pun, tanyalah."
Zahra menarik nafas dalam-dalam sebelum bertanya, "Abang tak pernah cerita tentang keluarga abang. Macam mana mereka? Saya nak tahu lebih tentang keluarga suami saya."
Riaz tersenyum lembut. "Oh, itu yang sayang nak tahu. Keluarga abang tak besar sangat. Ayah abang seorang pesara tentera, dan ibu pula suri rumah. Abang ada seorang adik perempuan, namanya Aisyah. Dia masih belajar di universiti. Masa kita nikah dia tak dapat nak balik sebab tengah exam."
Zahra mendengar dengan penuh minat. "Oh, Aisyah. Saya harap nanti saya boleh jumpa dia."
"InsyaAllah, sayang. Abang yakin dia pun teringin nak jumpa dengan kakak ipar dia," balas Riaz sambil memegang tangan Zahra.
"Macam mana pula dengan keluarga sayang?" tanya Riaz, ingin tahu lebih lanjut tentang keluarga isterinya.
Zahra tersenyum. "Keluarga saya pun tak besar. Abi pesara guru, dan umi pula sama macam ibu suri rumah. Macam yang abang tahu, saya anak tunggal, satu-satunya anak perempuan umi abi."
Riaz mengangguk, mendengar setiap butiran dengan teliti. "Mesti abi umi beruntungkan dapat anak macam sayang. Abang pun rasa beruntung sangat ada isteri macam sayang"
Zahra hanya tersenyum. "Saya yang beruntung sebab dapat suami macam abang."
Zahra mengumpulkan keberanian untuk bertanya lagi. "Abang, saya ada satu lagi soalan," katanya dengan lembut.
Riaz mengangguk, senyumannya masih terukir. "Apa dia, sayang? Tanyalah."
"Abang kerja apa sebenarnya? Sebab sepanjang kita nikah ni, saya tengok abang banyak masa di rumah," Zahra mengutarakan rasa ingin tahunya.
Riaz tertawa kecil, kemudian menjawab, "Sebenarnya, abang seorang pensyarah di Universiti Malaya (UM)"
Zahra terkejut dan kagum. "Seriuslah, abang seorang pensyarah? Kenapa tak pernah cerita pun?"
Riaz tersenyum. "Abang mengajar subjek Sejarah Islam dan Peradaban. Abang tak cerita sebab kita banyak sibuk dengan hal pernikahan kita. Lagipun, sekarang ni abang tengah cuti semester, jadi abang ada lebih masa di rumah."
Zahra tersenyum, merasa bangga dan terharu. "Abang memang hebat. Seorang pensyarah di universiti yang terkenal. Saya rasa bertuah sangat. Tapi saya macam tak layak pula jadi isteri abang. Yalah abang seorang pensyarah, saya ni kerja pun tak tau"
Riaz memandang Zahra dengan penuh kasih sayang. "Sayang, jangan cakap macam tu. Bagi abang, apa yang penting adalah hati dan peribadi sayang, bukan pekerjaan atau pangkat."
Zahra menunduk, masih rasa kurang yakin. "Tapi abang, saya tak ada kerja. Saya rasa macam tak setanding dengan abang."
Riaz mengangkat dagu Zahra perlahan-lahan, memandang tepat ke dalam matanya. "Sayang, perkahwinan bukan tentang siapa yang lebih hebat atau siapa yang ada kerja lebih baik. Perkahwinan adalah tentang saling melengkapi, menyokong satu sama lain, dan membina kehidupan bersama. Sayang ada kelebihan dan keistimewaan yang abang hargai. Jangan pernah rasa rendah diri."
Zahra tersenyum kecil, mulai merasa sedikit tenang. "Abang baik sangat. Terima kasih sudi memperisterikan saya."
Riaz memandang Zahra dengan lembut, matanya penuh kasih sayang. "Sayang, jangan cakap macam tu. Abang yang patut berterima kasih sebab sayang sudi jadi isteri abang. Kehadiran sayang dalam hidup abang adalah satu anugerah yang tak ternilai."
Zahra mengangguk perlahan, masih memegang tangan suaminya. "Saya akan cuba jadi isteri yang terbaik untuk abang. Saya janji."
Riaz mengangguk dan tersenyum. "Abang tahu sayang akan jadi isteri yang hebat. Kita akan hadapi semua bersama-sama, dengan izin Allah"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro