DPH-8 🤍
RIAZ yang baru sahaja keluar dari tandas dipanggil Zahra. Rambutnya yang basah membuatkan Zahra terpesona seketika. Dia tidak dapat menahan senyum melihat suaminya yang kelihatan segar selepas mandi.
Timbul idea nakal difikiran Zahra saat ini. Senyuman nakal mula terukir.
"Abang, boleh tak datang sini sekejap?" panggil Zahra, suaranya lembut namun penuh dengan harapan.
Riaz melirik ke arah isterinya, wajah dipenuhi dengan rasa ingin tahu. "Ada apa, sayang?"
Dia berjalan menghampiri isterinya namun masih menjaga jarak antara mereka.
"Abang, nak salam," ujar Zahra seraya menghulurkan tangannya. Niatnya ingin mengusik suaminya.
Riaz tersenyum dan menggelengkan kepala sambil menghindari tangan Zahra dengan lembut.
"Sayang, abang dah berwuduk ni. Nanti batal pula wuduk abang," balasnya dengan nada mesra.
Zahra berjalan semakin mendekat ke arah suaminya. Setapak demi setapak, Riaz mengundur sehingga tubuhnya menempel di dinding.
"Alah, nak salam," ujar Zahra dengan nada mengusik, senyuman nakal terukir di wajahnya.
Riaz ketawa kecil, cuba mencari jalan keluar. "Sayang, nanti batal wuduk abang. Lepas solat, abang janji kita salam, okay? Kalau sayang nak peluk cium abang pun takpe. Abang tak kisah."
Zahra tidak berhenti, sebaliknya semakin mendekat, membuatkan Riaz berasa sedikit cemas tetapi terhibur. "Abang kan boleh ambil wuduk lagi."
"Bagi abang solat dulu tau." lembut suara Riaz bercakap.
Tidak menghiraukan kata-kata suaminya, dengan selamba Zahra mencium pipi Riaz lalu berlari keluar dari bilik sambil tertawa.
"Sayanggg, batal dah wuduk abang," Riaz mengeluh manja sambil tersenyum, tak mampu menahan ketawa.
Zahra berhenti di pintu, memandang suaminya dengan penuh kegembiraan. "Maaf, abang! Tapi saya tak tahan nak usik abang. Nanti abang ambil wuduk lagi, ya?"
Riaz menggeleng kepala sambil ketawa kecil. "Sayang ni memang nakal. Tak apalah, abang ambil wuduk lagi. Lepas ni jangan usik abang masa berwuduk, okay?"
Zahra mengangguk sambil tersenyum. "Okay, abang. Janji."
Riaz tersenyum kecil. "Betul ni? Kalau sayang buat lagi macam mana?"
"Saya janji lagi," jawab Zahra sambil tersengih.
Riaz ketawa sambil menggeleng kepala. "Baiklah, abang percaya. Tapi ingat ya, janji itu tanggungjawab."
Riaz mengusap kepala Zahra dengan penuh kasih sayang.
Riaz berjalan ke bilik air untuk mengambil wuduk semula, masih tersenyum memikirkan keletah isterinya.
Zahra kembali duduk di atas katil, hatinya gembira melihat suaminya yang begitu penyabar dan penuh kasih sayang.
Setelah selesai berwuduk, Riaz kembali untuk menunaikan solat. Zahra menunggu dengan sabar, memerhati suaminya dengan penuh rasa cinta dan penghargaan. Mereka tahu, walaupun ada usikan dan gurauan, ikatan cinta dan kepercayaan antara mereka adalah yang paling penting.
Selesai solat, Riaz berjalan ke arah Zahra dan menghulurkan tangan. "Nah, sekarang dah boleh salam."
Zahra menyambut tangan suaminya dan mencium tangan itu dengan penuh kasih sayang. "Terima kasih, abang. Saya sangat sayangkan abang."
Riaz memeluk Zahra erat. "Abang pun sayangkan sayang sangat-sangat. Tak mampu abang nak ungkap seberapa besar sayang abang kat sayang. Sayang adalah anugerah terindah untuk abang. Sayang adalah bidadari abang. Bidadari milik Riaz."
Zahra tersenyum malu-malu, matanya bercahaya dengan kebahagiaan. "Manis betul mulut abang ni. Ni ikhlas tak? Ke saje nak ambil hati saya."
Riaz mengusap lembut pipi Zahra. "Ikhlas, sayang. Dari lubuk hati abang yang paling dalam. Abang bersyukur kerana Allah pertemukan kita di tanah suci, tempat yang penuh barakah. Sekarang, kita bina kehidupan bersama, penuh dengan cinta dan iman."
Mereka berdua berdiri di balkoni luar bilik, memandang ke arah langit. Suasana tenang dan damai melingkari mereka.
Zahra memandang Riaz dengan mata penuh harapan. "Abang, kita bina keluarga yang diredhai Allah, ye. Didik anak-anak kita nanti dengan kasih sayang dan ajaran agama. Semoga keluarga kita menjadi keluarga sakinah, mawaddah, wa rahmah."
Riaz mengangguk sambil tersenyum lebar.
"InsyaAllah, sayang. Abang akan berusaha sebaik mungkin untuk menjadi suami dan ayah yang terbaik. Kita bersama-sama dalam semua hal, susah dan senang."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro