Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

DPH- 7 🤍

PAGI pertama di rumah baru, Zahra bangun awal untuk menyiapkan sarapan. Dengan hati yang penuh kegembiraan, dia menyediakan hidangan kegemaran suaminya, nasi lemak dengan sambal sotong yang pedas. Rumah baru mereka terasa begitu tenang dan damai, memberikan Zahra semangat untuk memulakan hari dengan penuh kesyukuran.
Riaz terbangun oleh bau harum makanan dan tersenyum melihat Zahra sibuk di dapur. Dengan langkah perlahan, dia menghampiri isterinya, memeluknya dari belakang dan mencium pipinya.

"Selamat pagi, sayang," sapanya dengan lembut.

Zahra tersentak sedikit tetapi tersenyum manis melihat suaminya.

"Selamat pagi, abang. Sarapan dah siap," jawabnya sambil menghidangkan nasi lemak di meja makan.

Riaz mengambil tempat di meja dan memandang hidangan di hadapannya dengan penuh rasa kagum.

"Wah, nampak sedapnya! Terima kasih, sayang," katanya sambil mencedok nasi lemak ke dalam pinggannya.

Mereka menikmati sarapan bersama-sama, berbual tentang rancangan mereka untuk hari itu dan masa depan mereka. Setiap suapan nasi lemak terasa lebih bermakna kerana disediakan dengan penuh kasih sayang.

"Sayang, awak memang pandai masak. Ini sambal paling sedap yang abang pernah rasa," puji Riaz, membuat Zahra tersipu-sipu malu.

"Terima kasih, abang. Saya gembira abang suka," balas Zahra dengan senyuman penuh bahagia.

Selepas sarapan, mereka berdua mula mengatur rumah baru mereka. Zahra menyusun barang-barang di dapur, manakala Riaz menguruskan perabot di ruang tamu. Mereka bekerja sama dengan baik, saling membantu dan memberi sokongan.

"Sayang, nak letak pasu bunga ni kat mana?" tanya Riaz sambil memegang pasu bunga yang cantik.

"Letak kat sudut dekat jendela tu, abang. Nanti bila matahari masuk, bunga tu boleh dapat cahaya yang cukup," jawab Zahra sambil tersenyum.

Riaz mengangguk dan meletakkan pasu bunga itu di tempat yang Zahra cadangkan. Dia berdiri sejenak, melihat sekeliling rumah mereka yang perlahan-lahan mula terasa seperti rumah sebenar. Perasaan gembira dan puas hati memenuhi hatinya.

Pada petang itu, mereka berehat di ruang tamu, menikmati minuman petang sambil menonton televisyen. Hari pertama di rumah baru ini membawa banyak kebahagiaan dan harapan untuk masa depan mereka bersama.

"Terima kasih, sayang, kerana buat hidup abang begitu indah, Tapi kenapa lah lama sangat sayang nak muncul. Abang hampir nak putus asa tahu tak? Abang ingatkan dah takde bahagia untuk abang. Sayang pergi mana selama ni? Sayang tahu tak orang lain yang sebaya kita ni anak dah masuk sekolah rendah tau" kata Riaz tiba-tiba, memandang Zahra dengan penuh kasih sayang.

Zahra tersenyum dan memegang tangan suaminya.
"Terima kasih juga, abang, kerana selalu ada untuk saya. Abang tu yang salah. Saya tunggu abang lama tau. Saya ingatkan saya ni akan jadi adartu. Yalah semua kawan-kawan saya semua dah kahwin, tinggal saya je. Tapi Alhamdulillah sekarang ni Allah dah hadirkan abang di waktu yang tepat walaupun saya menunggu lama. Orang kata biar menunggu selama mana pun untuk orang yang tepat daripada bersama dengan orang yang salah." balasnya dengan ikhlas.

Riaz ketawa kecil, mendekatkan dirinya kepada Zahra.
"Kalau abang tahu, jodoh abang ada dekat Mekah, dah lama tau abang pergi sana.  Yang penting, sekarang kita dah bersama. Tak kisah berapa lama kita tunggu, asalkan akhirnya kita dapat bersama," katanya sambil memeluk Zahra erat.

Zahra mengangguk, merasakan kehangatan pelukan suaminya. "Betul tu, abang. Saya rasa sangat bersyukur dan bahagia sekarang. Kita bina kehidupan baru ni sama-sama, ye."

"InsyaAllah, sayang. Kita akan hadapi segala cabaran bersama-sama. Abang janji akan sentiasa ada untuk sayang," kata Riaz dengan penuh keyakinan.

"Abang cintakan saya?" terpacul soalan itu dari bibir Zahra. Saja dia bertanya walaupun dia tahu hakikat yang Riaz mencintainya.

"Wakafa billah syahida, Ana uhibbuka fillah" balas Riaz dengan nada cukup lembut sambil menatap mata cantik milik isterinya.

Tersenyum Zahra mendengar balasan dari suami tercintanya itu.

Mereka berdua menikmati momen indah itu, merasakan kehangatan cinta yang mengikat mereka. Hari pertama di rumah baru ini menjadi permulaan kepada banyak lagi hari-hari bahagia yang akan mereka lalui bersama. Setiap langkah yang mereka ambil, setiap keputusan yang mereka buat, semuanya akan menjadi sebahagian daripada kisah cinta yang indah ini.








ZAHRA meringis kesakitan di atas katil sambil memegang perutnya. Matanya dipejam rapat menahan sakit. Riaz yang sedang membaca di sebelahnya segera perasan perubahan pada wajah isterinya.

"Sayang, kenapa ni? Sakit perut ke?" tanya Riaz cemas sambil merapatkan diri ke Zahra.

Zahra mengangguk lemah, menahan air mata yang hampir mengalir. "Ya, abang... Perut saya sakit sangat."

Riaz cepat-cepat bangun dan membantu Zahra duduk dengan hati-hati. "Jom, abang bawa sayang ke klinik. Kita tak boleh biarkan macam ni."

Zahra hanya mampu mengangguk, terlalu sakit untuk berkata-kata. Riaz dengan segera mengambil kunci kereta dan membantu Zahra berdiri. Dengan hati-hati, dia memimpin Zahra keluar dari rumah menuju ke kereta.

Di dalam kereta, Riaz memandu dengan cepat tetapi berhati-hati, sesekali memandang Zahra dengan penuh kebimbangan. "Bertahan sikit lagi, sayang. Kita hampir sampai."

Setibanya di klinik, Riaz dengan pantas membantu Zahra masuk dan memberitahu petugas klinik mengenai keadaan isterinya. Seorang doktor segera memeriksa Zahra dan membawanya ke bilik rawatan.
"Encik, jangan risau. Kami akan lakukan yang terbaik untuk isteri encik," kata doktor itu dengan tenang.

Riaz menunggu dengan penuh kerisauan di luar bilik rawatan, berdoa agar Zahra akan baik-baik sahaja. Tak lama kemudian, doktor keluar dengan wajah yang lebih tenang.

"Encik Riaz, isteri encik mengalami gastrik yang agak teruk. Kami dah beri ubat dan dia perlu berehat serta menjaga pemakanan. Pastikan dia makan dengan teratur dan elakkan makanan yang pedas dan berminyak," jelas doktor itu.

Riaz mengangguk, berterima kasih kepada doktor. Dia segera masuk ke bilik rawatan dan melihat Zahra terbaring di katil, kelihatan sedikit lega selepas diberi rawatan.

"Abang, maaf sebab susahkan abang," kata Zahra dengan suara yang lemah.

"Tak apa, sayang. Yang penting, sayang sihat. Abang akan jaga sayang, jangan risau," balas Riaz sambil menggenggam tangan Zahra dengan penuh kasih sayang.

Di rumah, Riaz memastikan Zahra berbaring dengan selesa di atas katil. Dia kemudian pergi ke dapur untuk menyediakan makanan yang sesuai untuk Zahra, mengingat pesan doktor untuk elakkan makanan pedas dan berminyak.

Sambil memasak, fikiran Riaz melayang, bimbang akan kesihatan isterinya. Dia tidak pernah melihat Zahra dalam keadaan sebegini sebelum ini, dan ia membuatnya lebih bertekad untuk menjaga Zahra dengan baik.

Setelah siap, Riaz membawa semangkuk bubur dan segelas air suam ke bilik. Zahra kelihatan lebih tenang, tetapi masih lemah.

"Sayang, abang dah sediakan bubur. Jom makan sikit dulu," kata Riaz dengan lembut, meletakkan dulang di meja kecil di sebelah katil.

Zahra tersenyum lemah, menghargai usaha suaminya. "Terima kasih, abang. Saya tak tahu apa yang saya akan buat tanpa abang."

Riaz membantu Zahra duduk dan mula menyuapkan bubur kepadanya dengan penuh perhatian. Setiap suapan diiringi dengan kata-kata penyemangat, membuat Zahra rasa lebih baik.

Selepas makan, Riaz duduk di tepi katil dan memegang tangan Zahra. "Sayang, abang janji akan sentiasa ada untuk sayang. Apa-apa yang berlaku, kita hadapi bersama, okay?"

Zahra mengangguk perlahan, mata berair dengan rasa syukur. "Bertuah, saya dapat suami macam abang."
Riaz mencium dahi Zahra dengan lembut. "Dan abang juga sangat bertuah ada sayang. Rehatlah, sayang. Abang akan ada kat sini kalau sayang perlukan apa-apa."

Zahra merebahkan dirinya dan perlahan-lahan tertidur dalam pelukan Riaz. Sepanjang malam, Riaz memastikan Zahra tidur dengan nyenyak, kadang-kadang memeriksa keadaannya untuk memastikan dia selesa.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro