DPH - 6🤍
BENDA yang baik jangan dilambatkan. Beberapa minggu kemudian, majlis perkahwinan Riaz dan Zahra diadakan dengan penuh kemeriahan dan keberkatan. Walaupun mereka berdua hanya berkenalan secara singkat, mereka percaya bahawa cinta selepas kahwin lebih indah.
Taaruf, mereka hanya kenal terus berkahwin.
Seluruh keluarga dan rakan-rakan hadir untuk meraikan hari bahagia mereka. Masjid Al-Iman dipilih menjadi tempat akad nikah. Diadakan penuh dengan suasana yang tenang dan damai. Zahra cantik mengenakan baju pengantin berwarna putih yang dipenuhi dengan manik, memancarkan sinar kesucian dan keanggunan. Riaz mengenakan baju Melayu berwarna putih serasi dengan Zahra, tampak segak dan penuh ketenangan. Mereka berdua duduk di hadapan Tuan Haji Ismail, bersedia untuk mengikat janji suci.
"Hayder Riaz bin Muhammad, Ankahtuka wa zawwajtuka makhtubataka Mysha Az- Zahra Binti Ismail alal mahri RM12000 ribu ringgit hallan" kata Tuan Haji Ismail dengan tenang.
Riaz, dengan keyakinan dan ketenangan, mengucapkan "Qobiltu nikahaha wa tazwijaha bil mahril madzkur haalan."
"Sah?"
"Sah"
Dengan sekali lafaz tersebut, Zahra sah menjadi isteri kepada Riaz. Air mata kegembiraan mengalir di pipi Zahra, sebaik saja mendengar kalimat qobiltu keluar dari bibir Riaz dan sementara Riaz tersenyum penuh kebahagiaan. Mereka berdua menandatangani dokumen pernikahan, disaksikan oleh keluarga dan rakan-rakan yang hadir.
Tidak pernah bertukar khabar, tiba datang melamar. Tidak pernah bersentuhan, tiba langsung berjabat tangan dengan wali. Tidak pernah sekali pun berbisik I love you, tapi langsung mengucap qobiltu.
Sesi menyarungkan cincin pun bermula, Riaz dengan tangan yang sedikit bergetar menyarungkan cincin emas ke jari manis Zahra, simbol cinta dan janji setia mereka. Zahra pula mengambil cincin untuk Riaz dan penuh kasih sayang, menyarungkannya ke jari suaminya, Riaz.
Mereka saling berpandangan, mata yang berbicara tanpa perlu kata-kata.
"Assalamu'alaikum, Ya Ghali" tutur Riaz dengan senyuman manis di wajahnya.
"Wa'alaikumussalam, Ya Qalbi" balas Zahra dengan malu-malu.
Jatuh air mata orang tua Zahra melihat satu-satunya anak mereka telah menjadi isteri orang. Mereka saling berpelukan bersama.
"Jadilah seorang isteri yang solehah, dan sentiasa menunjukkan kasih sayang dan penghormatan pada suami. Umi doakan semoga perkahwinan Sha dengan Hayden berkekalan sehingga akhir hayat serta mudah-mudahan mendapat berkat dan rahman daripada Allah." ujar Hajah Fatimah sambil mengelap air mata di pipinya.
"Abi akan sentiasa ambil berat tentang Sha serta sentiasa ada untuk Sha kalau Sha perlukan Abi. Tapi sekarang Sha bukan lagi tanggungjawab abi. Abi lepaskan kamu pada Hayden. Walaupun Sha sudah dewasa malah telah menjadi seorang isteri, Sha masih lagi puteri kecil Abi. Hormat suami Sha macam mana Sha hormat abi sebelum ni. Jaga maruah Sha sebagai seorang isteri seperti mana Sha jaga selama ni." ucap Tuan Haji Ismail dengan mata merah.
Air mata Zahra mengalir mendengar pesan dan kata dari abinya. Walaupun abinya seorang yang tegas, namun kata-kata itu penuh dengan kasih sayang dan menyentuh hati. Zahra mengangguk perlahan, memahami betapa besarnya tanggungjawab yang kini dipikulnya sebagai seorang isteri.
"Terima kasih, Abi, Umi. Sha akan pegang kuat semua nasihat ini," kata Zahra dengan suara yang terharu. Dia kemudian memeluk kedua-dua orang tuanya dengan erat, merasakan kehangatan dan cinta yang tidak pernah pudar.
Riaz yang menyaksikan momen itu, menghampiri dan berdiri di sisi Zahra. "Jangan risau, Abi, Umi. Hay akan menjaga Sha dengan sepenuh hati," janjinya dengan penuh keyakinan.
"Hay, abi lepaskan Sha pada kamu. Jaga dia baik-baik. Bimbing dia dengan penuh kasih sayang. Sha satu-satunya anak perempuan yang Abi ada. Sha seorang anak yang manja walaupun kadang-kadang dia keras kepala. Abi harap Hay boleh bersabar dengan kerenah Sha. Andai suatu hari nanti Hay dah tak cintakan anak abi, atau Hay jumpa penganti selain Sha. Jangan sakiti dia. Kembalikan Sha pada abi dengan baik seperti mana abi bagi Sha pada Hay." kata Tuan Haji Ismail sambil meletakkan tangannya di bahu Hayden. "Ingat, perkahwinan ini adalah amanah dari Allah. Jadi, pastikan kamu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dengan sebaik mungkin."
Riaz mengangguk dengan penuh kesungguhan. "InsyaAllah, abi. Hay akan pastikan Sha sentiasa bahagia dan terlindung. Hay akan bimbing dia dan bersama-sama membina keluarga yang diredhai Allah. Hay janji abi. Hay janji akan jaga anak abi dengan baik. Hay cintakan Sha sangat-sangat."
Tuan Haji Ismail tersenyum dan menepuk bahu Hayden. "Itulah yang abi harapkan. Walaupun abi tahu hati manusia ni bersifat berbolak-balik. Tapi doa abi sentiasa mengiringi kamu berdua. Semoga Allah memberkati perkahwinan kamu berdua."
Zahra yang mendengar perbualan itu sudah mengongoi kuat. Tak mampu dia untuk mendengar kata-kata abi lagi. Dia menggenggam tangan Riaz erat, bersyukur memiliki suami yang akan selalu ada untuknya. Dengan doa dan restu dari kedua ibu bapa mereka, Zahra dan Riaz melangkah ke alam perkahwinan dengan hati yang penuh harapan dan cinta.
Riaz menarik Zahra dalam pelukannya. Badan isterinya diusap lembut.
Dengan itu, suasana majlis pernikahan itu dipenuhi dengan doa dan harapan baik daripada semua yang hadir, mengiringi langkah baru Zahra dan Riaz dalam mengharungi kehidupan berumahtangga.
Selepas akad nikah, Riaz dan Zahra menunaikan solat sunat dua rakaat sebagai tanda kesyukuran. Mereka berdua bersujud bersama, memohon kepada Allah agar diberkati dalam perkahwinan mereka dan diberikan kekuatan untuk membina keluarga yang bahagia dan beriman. Suasana di masjid itu dipenuhi dengan doa dan harapan yang tulus dari setiap yang hadir.
Kemudian, majlis resepsi diadakan di sebuah dewan yang dihias indah dengan tema yang sederhana namun elegan. Bunga-bunga segar menghiasi setiap sudut, menambah keindahan suasana. Makanan yang dihidangkan juga enak, melambangkan kesyukuran atas nikmat yang dikurniakan.
Ketika majlis berlangsung, Riaz dan Zahra duduk di pelaminan, menerima ucapan tahniah dari tetamu. Setiap senyuman dan kata-kata semangat yang diterima menambah lagi kebahagiaan di hati mereka.
Zahra, dengan senyuman yang tak lekang dari bibirnya, berkata kepada Riaz, "Saya tak sangka kita akan sampai ke tahap ini. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar."
Riaz menggenggam tangan Zahra dengan lembut. "Ini semua adalah ketentuan Allah. Jodoh itu rahsia Allah. Saya yakin bahawa kita akan dapat mengharungi segala cabaran dengan keimanan dan keikhlasan."
Malam itu, selepas majlis resepsi berakhir, mereka kembali ke rumah dengan hati yang penuh syukur. Mereka tahu bahawa perjalanan hidup mereka baru sahaja bermula, dan banyak lagi cabaran dan dugaan yang akan mereka tempuhi. Namun, mereka yakin bahawa dengan cinta yang berlandaskan iman, mereka akan dapat mengatasi segala rintangan.
DISAAT masuk ke dalam bilik, Zahra terlebih dahulu membersihkan wajahnya sementara Riaz mengambil tuala untuk mandi.
Suasana agak canggung bagi Zahra. Selama ini dirinya terbiasa tidur seorang diri namun sekarang berbeza. Dia telah sah menjadi seorang isteri. Apa yang patut dia lakukan?
"Nak buat apa ni? Kalau aku buat-buat tidur takpe ke?" soal Zahra sendiri.
Ralit dalam dunia sendiri, tanpa sedar Riaz sudah pun selesai membersihkan diri. Riaz sedari tadi lagi memerhati isterinya bercakap sendiri. Terbit ketawa kecil di bibirnya.
"Buat apa tu?" sergah Riaz.
Ternaik bahu Zahra akibat terkejut. Dia menghadap suaminya, laju tangannya menutup mata dan langsung membalikkan badan, membelakangi Riaz.
Riaz yang melihat itu terus peka kenapa isterinya menutup mata. Sebab tika ini dia tidak memakai baju, hanya memakai tuala yang dililit sampai pinggangnya.
Riaz mengembangkan senyumannya lalu berjalan menuju ke arah isterinya yang sama sekali tidak bergerak.
"Kenapa tutup mata?" tanya Riaz dengan nada mengusik.
"Awak... pakailah baju dulu," balas Zahra dengan suara malu-malu, tangannya masih menutupi matanya.
Riaz ketawa kecil. "Sayang, kita dah jadi suami isteri sekarang. Tak perlu malu-malu sangat," ujarnya lembut sambil mencari baju untuk dipakai.
Cara panggilan Riaz mula bertukar. Dari saya, awak sekarang sayang, abang.
Zahra hanya diam, pipinya merona merah. Setelah beberapa saat, dia mendengar bunyi Riaz membuka almari dan mengeluarkan baju.
"Okay, sekarang abang dah pakai baju," kata Riaz, masih dengan nada mengusik.
Zahra membuka matanya perlahan-lahan dan berpaling menghadap Riaz. Melihat suaminya yang kini berpakaian lengkap, dia menghela nafas lega.
"Maaf, saya cuma... tak biasa lagi."
Riaz mendekat dan meraih tangan Zahra, menggenggamnya dengan lembut. "Tak apa, sayang. Kita ada banyak masa untuk saling menyesuaikan diri. Abang janji akan sentiasa buat sayang rasa selesa."
Zahra tersenyum, hatinya sedikit tenang mendengar kata-kata Riaz. "Terima kasih, awak"
"Sampai bila sayang nak panggil abang, awak? Kita dah sah jadi suami isteri kan. Cuba try panggil abang," kata Riaz, mengusik Zahra dengan senyuman manis.
Zahra tersipu-sipu malu. "Abang...," ucapnya perlahan, suaranya sedikit bergetar.
"Ya, sayang?" balas Riaz sambil memandang Zahra dengan penuh kasih sayang.
Zahra tersenyum malu-malu, merasakan kehangatan dalam hatinya. "Abang, terima kasih sebab selalu ada untuk saya. Saya akan cuba biasakan diri."
Riaz mengangguk sambil tersenyum lebar. "Itu dia, baru la rasa macam suami isteri sebenar. Abang pun akan selalu ada untuk sayang, tak kira apa yang berlaku."
"Sayang, pergi lah mandi dulu. Dah bau dah ni" usik Riaz.
Zahra memandang wajah suaminya dengan tajam namun masih terselit manja. Tanpa bersuara dia menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.
BADAN terasa segar setelah selesai mandi. Zahra baru saja mandi dan masih menutup rambutnya dengan tuala. Walaupun Riaz adalah suaminya, Zahra masih merasa malu untuk melepaskan hijab di depannya.
Zahra melihat suaminya sedang duduk di meja kerja sambil membuka laptop. Dengan cepat, dia menuju ke meja solek, memakai skincare malam seperti mana rutinn biasanya. Riaz sedar yang isterinya sudah pun selesai mandi lalu menoleh padanya. Ternaik sebelah keningnya apabila melihat Zahra masih memakai tuala di atas kepala, seakan-akan menutup rambutnya.
"Kenapa sayang masih tutup rambut dengan tuala?" tanya Riaz dengan nada menggoda.
Zahra tersipu malu, "Saya belum biasa lagi, abang. Malu lah."
Riaz tersenyum lembut, berjalan menghampiri Zahra. "Sayang, sekarang kita dah jadi suami isteri. Tak perlu malu lagi. Abang suka tengok sayang apa adanya."
Zahra mengangguk perlahan, melepaskan tuala dari kepalanya. Riaz memandangnya dengan penuh kasih sayang, membuat Zahra merasa lebih tenang.
"Abang hargai usaha sayang untuk menjaga diri. Abang pun nak jadi suami yang terbaik untuk sayang," katanya lembut.
Hampir terpesona Riaz apabila melihat isterinya melepaskan tuala. Rambut Zahra yang panjang dan berwarna hitam mengalir lembut di bahunya. Walaupun dia pernah melihat perempuan lain yang tidak bertudung, hatinya tidak pernah bergelora seperti saat ini melihat isterinya. Padahal ada sahaja rakan sekerjanya perempuan yang free hair.
Keinginan untuk mendekati Zahra semakin kuat, namun dia tahankan diri. Dia tahu Zahra masih malu dan canggung dengan situasi baru ini. Riaz tidak mahu memaksa atau meminta haknya sebagai suami. Dia ingin Zahra merasa selesa dan bersedia dengan sendiri.
"Sayang, abang bersyukur dapat isteri yang pandai menjaga aurat macam, sayang," kata Riaz dengan suara lembut, mendekati Zahra perlahan-lahan.
"Abang tak akan desak sayang. Abang akan tunggu sampai sayang bersedia."
Zahra tersenyum malu, matanya berkaca-kaca mendengar kata-kata suaminya yang penuh kasih sayang. "Terima kasih, abang. Saya hargai sangat-sangat."
"Sayang dah ambil wuduk?" tanyanya lembut.
Zahra mengangguk sambil tersenyum. "Dah, abang. Saya ambil wuduk tadi lepas mandi."
Riaz tersenyum. "Bagus. Jom kita solat Isyak berjemaah."
Zahra berdiri dan mengikuti suaminya ke ruang solat yang telah mereka sediakan. Mereka bersolat bersama, merasa semakin dekat dengan Allah dan satu sama lain.
Lepas solat, Riaz berdoa dengan penuh khusyuk. "Ya Allah, jaga lah hubungan dan perkahwinan kami ini sehingga akhir hayat bersama. Jadikan aku suami yang mampu membimbing isteri aku ke jalan yang Engkau redhai. Limpahkanlah kasih sayang, kebahagiaan, dan keberkatan dalam rumah tangga kami. Aamiin."
Selesai berdoa, Riaz berbalik badan menghadap isterinya dan menghulurkan tangan. Zahra yang faham terus mencium tangan suaminya. Riaz sedikit mendekatkan diri pada Zahra. Zahra tertunduk malu, dan Riaz tersenyum melihat itu. Isterinya ini masih malu walaupun sudah berkali-kali diberitahu. Begini rupanya kalau berkahwin lepas taaruf.
Tanpa basa-basi, Riaz mencium kening, pipi, dan hidung isterinya, lalu berhenti sejenak saat ingin mencium bibir Zahra.
Dia menatap mata Zahra dengan penuh kasih sayang. "Sayang, abang cinta sangat pada sayang," bisiknya.
Zahra tersenyum malu, hatinya berdebar-debar. "Saya pun cinta pada abang," jawabnya lembut.
Riaz mencium bibir Zahra dengan penuh lembut dan kasih sayang, mengukuhkan lagi ikatan cinta mereka.
Zahra memejam mata nya, terasa benda kenyal menyentuh bibirnya, ini kali pertama bagi Zahra. Zahra diam tidak berputik, jantung nya berdetak dengan sangat laju.
Riaz menatap isterinya sambil tersenyum. Dengan perlahan Zahra membuka matanya.
"Abang doakan agar rumah tangga kita sentiasa dalam rahmat dan perlindungan Allah. Semoga kita berdua dapat menjadi suami isteri yang baik dan saling melengkapi."
Zahra tersenyum manis, hatinya merasa tenang dan bahagia. "Aamiin, abang. Saya juga doakan perkara yang sama. Terima kasih kerana selalu ada untuk saya."
"Jom tidur, esok kita ada banyak lagi perkara nak buat," kata Riaz sambil menarik Zahra ke katil.
Mereka berdua berbaring di atas katil, Zahra dalam pelukan Riaz walaupun masih malu-malu kucing.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro