Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

DPH -3 🤍

PLEASE VOTE 🥺

ZAHRA ingin melangkah keluar dari kafe dengan kedua-dua tangannya penuh, memegang dua gelas minuman dingin. Satu untuk dirinya, satu lagi untuk sahabatnya, Dina yang sedang menunggu dalam kereta. Namun, pintu kaca kafe itu tiba-tiba menjadi halangan baginya. Dia cuba menolak dengan bahu, tetapi gagal.

Ketika dia hampir menyerah, pintu itu tiba-tiba terbuka dari luar. Seorang lelaki yang kebetulan hendak masuk ke kafe membantu membukakan pintu.
Zahra tersenyum lega disebalik mask yang dia pakai. Dia mengangkat wajahnya untuk mengucapkan terima kasih. Namun senyumannya segera membeku dia menyedari siapa lelaki itu.

Walaupun gadis itu memakai mask, Riaz tetap dapat mengecam siapa dia. Mata itu, pandangan yang pernah dia kenal, tak mungkin dia boleh lupa. Mata Zahra, penuh kelembutan namun menyimpan banyak cerita yang hanya mereka berdua pernah lalui.

Mata itu tak berubah, masih sama seperti pertama kali Riaz bertemu dengan gadis itu di Mekah. Kenangan mereka kembali menghantui fikiran Riaz, membuatkan hatinya berdebar. Kenangan mereka berdua di Mekah.

Sejenak mereka berdua terdiam, saling berpandangan dengan penuh kehairanan, seolah-olah tak percaya bahawa takdir mempertemukan mereka sekali lagi di tempat yang tidak terduga ini.

"Riaz?" sebut Zahra, nada suaranya penuh terkejut.

Tanpa sedar, Riaz tersenyum. "Zahra?"

Mereka berdiri diam di depan pintu kafe, masih terkejut dengan pertemuan ini. Suasana di sekeliling mereka seakan-akan berhenti seketika, hanya tertumpu pada mereka berdua.

Riaz akhirnya membuka mulut, "Tak sangka kita jumpa kat sini."

Zahra tersenyum sedikit, cuba menenangkan diri. "Ya, memang tak sangka betul. Saya cuma singgah beli minuman untuk kawan. Dia tengah tunggu dalam kereta."

Riaz mengangguk, pandangannya masih tertumpu pada Zahra. "Saya pun kebetulan lalu sini, teringat nak ambil kopi."

Ada rasa janggal yang melingkari mereka. Pertemuan yang begitu tiba-tiba ini mengingkatkan mereka sekali lagi pada kenangan yang pernah mereka kongsi bersama ketika di Mekah, namun dalam keadaan yang sangat berbeza.

"Awak sihat?" tanya Zahra akhirnya, cuba memecahkan kebisuan yang kian tegang.

"Sihat, alhamdulillah. Awak macam mana? Semua baik?" jawab Riaz dengan senyuman.

Zahra angguk perlahan. "Alhamdulillah, sihat. Macam mimpi pula terserempak dengan awak kat sini."

Riaz mengangguk. "Ya, siapa sangka kita akan bertemu lagi selepas... semuanya di sana."

Sekali lagi mereka saling diam, mengenang kenangan di Tanah Suci. Meskipun ada perasaan yang sukar diungkapkan, mereka tetap berusaha menjaga batas.

Setetelah seketika, Zahra mengalihkan pandangannya, cuba mencari kata-kata yang sesuai untuk mengisi kekosongan di antara mereka. "Lama tak dengar khabar. Awak... tinggal kat sini ke?"

Riaz angguk sambil tersenyum. "Ya, rumah saya tak jauh sangat pun dari kafe ni. Awak pula?"

"Sama lah, rumah saya pun tak jauh sangat. Dalam 30 minit macam tu." balas Zahra.

Kedua-dua tersipu malu. Tak sangka rupanya rumah mereka berdua dekat. Zahra masih memegang erat kedua-dua minuman yang dibawanya, sedangkan Riaz kelihatan seperti ingin mengatakan sesuatu tetapi teragak-agak.

Adakah Riaz ingin mengatakan cinta?

"Sebenarnya..." Riaz memulakan, tetapi Zahra cepat-cepat mencelah.

"Saya rasa saya kena pergi dulu ni. Kesian kawan saya tengah tunggu saya. Kalau ada rezeki nanti kita jumpa lagi." kata Zahra, matanya mencuri pandangan ke arah pintu keluar.

Riaz tersenyum lagi, mengangguk setuju. Tak manis pula nanti orang tengok kan. Mereka pun berada di depan pintu kafe dengan orang lain yang lalu-lalang.
"InsyaAllah, Jaga diri, Zahra."

Zahra mengangguk, menyahut salam yang diberi oleh Riaz sebelum dia melangkah keluar dari kafe. Dalam hatinya, dia tidak dapat menafikan debaran yang kembali hadir setelah pertemuan itu, mengenag kembali saat-saat mereka di Mekah yang kini seolah-olah tidak hanya sekadar kenangan.

Setelah keluar dari kafe, Zahra cepat-cepat menuju ke keretanya dimana sahabatnya, sedang menunggu dengan sabar. Dina memandang Zahra dengan senyuman yang penuh rasa ingin tahu, terutamanya apabila melihat Zahra yang sedikit gelisah ketika menyerahkan minuman yang dibelinya tadi.

"Kenapa lama sangat? Kau pergi beli air ke buat air? Ke ada benda yang berlaku?" tanya Dina sambil menerima minuman dari Zahra.

Zahra menarik nafas panjang, cuba meredakan debaran di hatinya. "Dina, kau takkan percaya siapa yang aku jumpa tadi."

Dina mengangkat kening, semakin tertarik. "Siapa?"

"Riaz," jawab Zahra dengan nada perlahan, seolah-olah nama itu mengandungi berat yang tidak terungkap.

Dina hampir tersedak dengan minumannya. "Riaz? Maksud kau Riaz yang kau pernah cerita kat aku? Dekat Mekah tu?"

Zahra mengangguk laju. "Ya, dia. Aku tak sangka langsung boleh jumpa dia kat sini. Dia tolong aku buka pintu tadi. Tak sempat nak cakap banyak pun tapi cukup buat hati aku rasa tak keruan."

Dina memandang Zahra dengan penuh simpati dan sedikit kebimbangan. "Kau okey? Aku tahu kau pernah rapat dengan dia kat Mekah dulu. Tapi kan... kau tahu, kau kena jaga ikhtilat. Lagipun kau kena ingat, abi umi kau dah carikan calon suami untuk kau"

Zahra mengangguk perlahan, memandang keluar tingkap kereta. "Aku tahu, Dina. Sebab tu aku tak nak biarkan hati ni terlalu berharap. Tapi pertemuan ni... entahlah, aku tak boleh nak abaikan rasa tu."

Dina mengambil tangan Zahra dengan lembut. "Mungkin ini adalah ujian atau petunjuk dari Allah. Kau dah lama tak jumpa dia, mungkin Allah ada rancangan yang lebih baik untuk kau. Yang penting, kau kena terus kuat dan sabar, Zahra. Kalau betul dia jodoh kau, tak ke mana."

Zahra mengangguk lagi, tersenyum kecil kepada Dina. "Aku tahu, Dina. Aku akan cuba kuatkan hati."

Lepas itu, mereka berdua memutuskan untuk beredar dari situ, masing-masing tenggelam dalam fikiran mereka sendiri. Zahra tidak dapat menghalang hatinya daripada terusik dengan pertemuan yang tidak disangka itu, sementara Dina terus memberi semangat kepada sahabatnya dalam perjalanan mereka ke destinasi seterusnya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro