Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

DPH - 2 🤍

VOTE SAYANGKU 🥺
(DALAM EDITING)

SELEPAS menunaikan ibadah umrah, Riaz dan Zahra merasa lebih dekat dengan Allah dan semakin yakin dengan keimanan mereka. Mereka berdua sering menghabiskan masa di Masjidil Haram, berdoa dan memperbanyakkan ibadah bersama-sama. Keindahan hubungan mereka semakin terpancar, namun ada satu perkara yang mereka belum ungkapkan perasaan cinta yang tulus.

Pada malam terakhir mereka di Mekah, Riaz dan Zahra duduk berdua di bawah cahaya bulan yang lembut, memandang Kaabah dengan hati yang penuh rasa syukur.

"Zahra, sekali lagi saya bersyukur dapat berjumpa dengan awak kat sini. Awak banyak bantu saya sepanjang saya ada kat sini" kata Riaz sambil merenung mata Zahra.

Zahra tersenyum lembut. "Riaz, saya pun nak cakap terima kasih sebab awak sentiasa ada di sisi saya sepanjang kita berada kat sini. Perjalanan ini sangat bermakna bagi saya."

Mereka berdua terdiam sejenak, merasakan kehangatan perasaan yang belum pernah mereka ungkapkan. Walaupun hati mereka saling mencintai, mereka memilih untuk menyerahkan segalanya kepada Allah, percaya bahawa jika benar mereka ditakdirkan bersama, jodoh mereka akan ditemukan kembali.

"Saya yakin, jika kita ditakdirkan bersama, Allah akan menemukan kita kembali," kata Riaz dengan nada yang tenang. Entah kenapa secara tiba-tiba ayat itu terkeluar dari bibir miliknya.

"Ya, saya pun percaya," balas Zahra dengan senyuman.






SEJAK kepulangan mereka dari Mekah, Riaz dan Zahra tidak berhubung walaupun masing-masing sempat saling bertukar nombor telefon sebelum berpisah. Mereka masih berusaha mempertingkatkan amal ibadah dan keimanan.

Namun, takdir Allah selalu menguji mereka dengan pelbagai cabaran, mengukur keikhlasan dan kekuatan cinta yang di antara mereka.

Pada suatu hari, Riaz menerima berita mengejutkan dari keluarganya. Dia dipanggil pulang ke rumah orang tuanya. Namun Riaz merasa gembira kerana dapat berkumpul bersama keluarga, tetapi kegembiraannya berubah menjadi kebingungan apabila ibunya, Puan Faridah, memaklumkan tentang hasrat keluarga untuk menjodohkan dia dengan seorang gadis pilihan mereka.

"Hay, ibu dan ayah dah jumpa calon isteri yang baik untuk kamu. Kami harap kamu setuju dengan keputusan ini," kata Puan Faridah dengan penuh harapan.

Riaz terdiam. Dia tidak pernah menyangka bahawa keluarganya telah mengatur perkahwinan untuknya tanpa pengetahuannya. Dia baru sahaja balik dari Mekah tak sampai seminggu pun lagi. Balik-balik ibu sudahpun mencari calon isteri untuk dirinya.

Fikirannya terus melayang kepada Zahra, gadis yang telah menawan hatinya di Mekah. Macam mana lah dia nak bagitahu keluarganya pasal Zahra?

Sementara itu, Zahra juga menghadapi situasi yang sama. Keluarganya telah merancang perkahwinannya dengan seorang lelaki yang mereka anggap sesuai yang dia sama sekali tidak kenal.

"Sha, abi dan umi dah jumpa calon suami untuk kamu. Abi harap Sha setuju dengan pilihan abi." kata Tuan Haji Ismail.

Zahra merasa terkejut dan sedikit bingung. "Abi umi, kan Sha dah cakap biar Sha sendiri yang cari. Lagi pun sekarang belum masa lagi untuk Sha nikah."

Bukan niat Zahra ingin membangkang atau kurang ajar dengan orang tua nya tapi dirinya masih belum bersedia malah tika ini hatinya telah diisi oleh seseorang.

Umi Zahra, Hajah Fatimah, memandang anak perempuannya dengan penuh kasih sayang. "Sha, umi faham perasaan kamu. Tapi calon yang abi umi pilih ini adalah seorang lelaki yang baik, beriman, dan kami yakin dia boleh membahagiakan kamu."

Zahra menarik nafas dalam-dalam, berusaha memahami pandangan orang tuanya. "Baiklah abi, umi. Sha akan cuba kenal dulu calon yang dipilih. Tapi Sha harap keputusan akhir masih di tangan Sha."

Zahra menatap wajah orang tua nya yang berharap agar dirinya menerima. Nak taknak Zahra terpaksa menerima demi orang tua nya.

Tuan Haji Ismail mengangguk. "Tentu sekali, sayang. Abi ibu hanya berharap yang terbaik untuk kamu. Nanti keluarga Hayder akan datang jumpa kita."

Tanpa mereka ketahui, keluarga Riaz dan Zahra sebenarnya telah merancang untuk menjodohkan mereka berdua. Mereka tidak menyedari bahawa jodoh yang dipilih oleh keluarga mereka adalah orang yang sama - pasangan yang mereka temui di Mekah.

"Ibu, ayah, Hay nak bincang tentang hal ini," kata Riaz dengan nada tenang tetapi tegas.

"Hay dah berjumpa dengan seorang gadis yang sangat istimewa di Mekah. Nama dia Zahra, dan dia adalah orang yang Hay cintai dan hormati. Hay nak jadikan dia isteri Hay." Dengan berani Riaz sampaikan apa yang ada di dalam hatinya saat ini.

Puan Faridah terkejut dengan pengakuan Riaz. "Hay, perkahwinan yang diaturkan ini untuk kebaikan kamu juga. Kami mahu yang terbaik untuk kamu. Lagipun kamu baru je kenal dengan gadis itu, takkan kamu terus nak kahwin dengan dia. Ibu tak setuju. Hay pun belum kenal asal-usul dia."

Riaz menggelengkan kepala. "Ibu, ayah, Hay hargai usaha dan niat baik ibu dan ayah. Tapi Hay percaya Zahra adalah jodoh yang ditentukan Allah untuk Hay. Dia adalah wanita yang Hay cintai dan dia dah bantu Hay mendekatkan diri kepada Allah. Hay percaya yang Zahra gadis yang baik, dari keturunan yang baik-baik. Sekarang ni, Hay cuma nak restu ibu ayah sahaja."

Puan Faridah tetap dengan pendiriannya. "Ibu taknak dengar apa-apa lagi. Nak taknak Hay kena terima. Minggu depan keluarga kita akan pergi jumpa keluarga Mysha."

"Ibu tolong lah faham Hay. Jangan paksa Hay. Biar Hay sendiri yang cari jodoh untuk Hay. Please ibu." Riaz cuba merayu.

"Keputusan Ibu muktamad. No excuse." ujar Puan Faridah tegas.

Riaz berasa serba salah. "Ibu, Hay ... Hay perlukan masa untuk berfikir"

PADA malam hari, selepas solat Tahajjud, Riaz merasakan satu ketenangan yang luar biasa. Dia berdoa dengan penuh keikhlasan, memohon petunjuk dan kekuatan dari Allah.

"Ya Allah, Engkau tahu hati ini terikat suka akan indahnya seorang insan ciptaanMu. Ya Allah, jika Zahra adalah jodoh yang terbaik untukku, permudahkanlah urusan kami. Jika bukan, berikanlah kami kekuatan untuk menerima ketentuan-Mu. Berikan aku kekuatan untuk sejenak melupakannya. Dan engkau bukalah pintu hati aku untuk menerima pilihan kedua ibubapa ku jika dia adalah jodohku."
Di atas sejadah dia serahkan semua urusan nya kepada Sang Pencipta.

Zahra juga melakukan perkara yang sama. Selepas solat Istikharah, dia berdoa dengan penuh khusyuk.
"Ya Allah, jika Riaz adalah jodoh yang terbaik untukku, permudahkanlah urusan kami dan lembutkanlah hati abi ku. Jika bukan, berikanlah aku kekuatan untuk menerima takdir-Mu. Ikhlaskan aku untuk menerima pilihan umi dan abi ku dengan lapang dada."
Malam itu, kedua-duanya merasa lebih tenang dan yakin bahawa Allah akan memberi petunjuk yang terbaik untuk mereka.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro