DPH- 16 🤍
AWAK VOTE BOLEHH 🥺
"AISYA, kita keluar nak? Kak Zahra ada nak beli barang sikit ni," ajak Zahra sambil tersenyum. Dia baru sahaja keluar dari ruang dapur selepas selesai mengemas.
Aisyah yang sedang asyik membaca buku di ruang tamu, mengangkat muka dan tersenyum. "Boleh, kak. Aisyah pun nak beli barang sikit. Boleh kita singgah kedai buku tak? Adik nak cari novel baru."
"Ofcourse boleh, Aisyah. Lepas beli barang dapur, kita singgah kedai buku. Kak Zahra pun nak cari novel juga." balas Zahra.
Aisyah angguk kepala lalu naik ke bilik untuk bersiap. Zahra juga naik ke bilik untuk menukar pakaiannya dan memakai tudung.
Selang 10 minit, mereka berdua pun turun ke bawah. Aisyah hanya memakai blouse labuh berwarna hitam manakala Zahra memakai jubah warna sage green.
"Dah siap?" tanya Zahra pada adik iparnya.
"Dah" satu anggukan diberikan oleh Aisyah.
"Okey jom" Zahra mengambil beg tangan nya lalu mencapai kunci kereta yang elok tergantung di dinding sebelum keluar. Pintu rumah dikunci terlebih dahulu.
Mereka berdua keluar rumah dan menuju ke pasar raya yang berdekatan. Sebelum pergi, Zahra telah memberitahu suaminya yang dia akan keluar bersama adik iparnya. Di dalam kereta, mereka berbual kosong. Suasana di dalam kereta dipenuhi dengan gelak tawa dan cerita cerita lucu.
Setibanya di pasar raya, mereka terus menuju ke bahagian barang dapur. Zahra mengambil senarai barang yang ingin dibelinya dan mula mengumpulkan barang-barang yang diperlukan.
"Aisyah, tolong ambilkan tepung dengan gula, boleh? Kak Zahra nak ke bahagian sayur kejap" kata Zahra.
"Okey, kak" jawab Aisyah sambil menuju ke bahagian yang diminta.
Selesai membeli barang dapur, mereka berdua berjalan menuju ke kedai buku. Mereka masuk ke kedai buku, menjelajahi rak-rak yang penuh dengan pelbagai genre. Aisyah kelihatan teruja mencari novel baru begitu juga dengan Zahra.
"Kak, tengok ni! Aisyah dah jumpa novel yang Aisyah nak" seru Aisyah dengan gembira, tetapi tiada jawapan.
Kosong.
Aisyah menoleh ke belakang, mencari kelibat kak iparnya. "Mana pula Kak Zahra ni, tadi ada je kat belakang ni." gumamnya sendirian.
Sedang dia mencari-cari, tiba-tiba ada seseorang terlanggar bahunya. Seorang lelaki yang kelihatan tergesa-gesa.
"Maaf-maaf, saya tak sengaja," kata lelaki itu dengan nada bersalah.
Aisyah masih terpinga-pinga, memandang lelaki itu tanpa berkelip. Hatinya berbisik, cuba mengingat di mana dia pernah nampak wajah itu.
"Macam familiar je muka laki ni...,' gumamnya perlahan, seperti berbicara dengan dirinya sendiri.
Lelaki itu perasan yang Aisyah hanya berdiri diam, dan dengan senyuman mesra, dia melambai kecil.
"Saya minta maaf." Sekali lagi lelaki itu berkata.
Aisyah mula tersedar lalu dengan laju membalas.
Aisyah tersenyum dan mengangguk. "Takpe-takpe"
"Awak okay tak? Macam terkejut semacam je ni," tegurnya, cuba memecahkan suasana.
Aisyah cepat-cepat mengangguk, walaupun masih tercengang. "Eh, ya, saya okay... cuma rasa macam pernah nampak awak sebelum ni."
Lelaki itu tersenyum sambil mengangguk, seperti menyedari sesuatu. "Mungkin kita pernah terserempak? Atau saya memang ada rupa yang biasa-biasa je, ramai orang kenal. Muka awam orang kata."
Aisyah tertawa kecil, masih tidak dapat menghilangkan rasa 'deja vu' yang muncul. "Entah, tapi rasa macam... familiar sangat."
"Eh awak suka baca novel ke?" tanyanya spontan apabila melihat novel di tangan lelaki itu.
Lelaki itu tersenyum kecil. "Ya, saya memang suka baca novel. Kenapa awak tanya?"
"Oh! Tak sangka ada juga laki yang suka baca novel. Ni first time saya jumpa" ujar Aisyah masih terkejut.
"Err... pelik ke kalau laki pun suka baca novel" tanya lelaki itu sambil ketawa kecil.
"Bukan pelik, cuma susah nak jumpa," jawab Aisyah jujur.
"Ni awak dah jumpa..." lelaki itu menjawab sambil senyum lebar.
Aisyah turut senyum, terpesona dengan sikap santai lelaki itu. Timbul satu perasaan di hati dia saat ini. Namun dengan laju dia menepis nya.
"Novel apa yang awak suka baca?" tanya Aisyah.
Lelaki itu mengangkat novel di tangannya. "Saya suka baca novel genre romantik. Dari situ saya boleh belajar sikit-sikit how to treat someone we love."
Aisyah mengangguk dengan minat. "Oh, jadi awak rasa novel tu boleh bagi inspirasi dalam hubungan sebenar?"
"Ya, betul. Novel romantik banyak tunjukkan macam mana kita boleh lebih memahami dan menghargai orang kita cintai. Tapi tak semua lah novel macam tu. Ambil yang positif je yang negatif jangan ikut. Bukan ke perempuan suka laki macam tu? Laki yang suka baca novel. Laki yang soft-spoken."
Aisyah angguk setuju. Betul lah apa yang dikatakan lelaki itu. Siapa je yang tak suka laki soft-spoken kan. Kalau tak, tak ada nya perempuan suka lelaki fictional character.
"Saya sokong 100% apa yang awak cakap tu. Novel memang boleh jadi sumber inspirasi, tapi kita kena bijak memilih yang baik. Lagipun sekarang dah banyak isu novel yang tak elok untuk dibaca lagi-lagi untuk budak bawah umur kan."
"Yup, sebab tu lah saya cakap kena ambil yang baik je yang tak baik jangan ambil. Pasal isu novel under 18 tu saya setuju. Ibubapa patut pantau lah anak-anak dia kalau anak dia tu suka baca. Kena pastikan mereka baca bahan yang bermanfaat je. Kalau nak baca novel juga, kena pandai pilih lah. Banyak lagi novel yang boleh dibaca tanpa ada unsur yang tak baik." tambah lelaki itu dengan serius.
Aisyah terkesan dengan pemikiran lelaki itu. "Memang betul. Boleh belajar banyak benda dari novel, asalkan kita pilih yang betul, Terima kasih sebab berkongsi pandangan awak."
"Sama-sama. Saya pun seronok dapat berborak dengan awak."
Mereka berbual lama sambil saling berkongsi pandangan masing-masing, siapa penulis yang mereka suka, novel kegemaran mereka.
Selepas beberapa minit, lelaki itu melihat jam di pergelangan tangannya. "Saya kena pergi sekarang. Seronok dapat borak dengan awak."
"Okay, terima kasih sebab kongsi pasal novel tadi. Jaga diri," balas Aisyah sambil melambai kecil.
"Sama-sama. Jaga diri. Nanti kalau ada rezeki kita jumpa lagi" balas lelaki itu.
Aisyah memandang lelaki itu berlalu pergi, senyumannya masih terukir di wajahnya. Dia mengikuti lelaki itu dengan matanya sehingga bayangnya hilang dari pandangan, masih tersenyum.
Ketika itu, Zahra tiba-tiba muncul. "Ha, kenapa senyum sorang-sorang ni. Ingat pakwe ke?" tanya Zahra dengan nada menggoda.
Aisyah tersipu-sipu nalu. "Eh, tak adalah Kak. Tadi ada orang langgar Aisyah, pastu kami borak sikit pasal novel."
"Laki ke Perempuan" tanya Zahra laju.
"Laki"
"I see. Patut lah tersengih sorang-sorang. Faham-faham. Nasib lah dapat jumpa dengan orang yang sama minat. Laki pulak tu. Mana tahu ada jodoh, kita tak tahu kan" usik Zahra lagi.
"Eh Kak. Ke situ pula dia. Kak pergi mana tadi? Tiba-tiba je hilang." tanya Aisyah, masih sedikit terkejut dengan kehadiran kakak iparnya yang secara tiba-tiba.
Zahra senyum sambil menunjukkan beberapa buku yang dipegangnya. "Oh, Kak pegi kat bahagian buku masakan tadi. Kak Zahra nak try resepi baru nanti."
Aisyah mengangguk faham. "Patutlah. Tadi Aisyah ingat Kak hilang pergi mana lah. Nak jawab apa lah nanti Aisyah kat suami Kak Zahra kalau Kak betul-betul hilang."
"Kak tak hilang mana pun. Ada je dalam kedai ini. Ni Aisyah dah jumpa ke novel apa yang nak beli? Kalau dah jom lah kita bayar. Nanti abang Hay tanya pula kenapa tak balik-balik lagi"
"Dah! Ni Aisyah nak beli novel ni." balas Aisyah sambil tunjuk buku di tangannya.
"Menariknya! Suka sangat erk baca novel?"
"Suka, kak. Aisyah suka baca novel untuk hilangkan stres." jawab Aisyah dengan senyuman.
"Cer citer novel yang Aisyah nak tu pasal apa? Mana tahu Kak suka, boleh lah Kak pinjam yang Aisyah punya. Kak Zahra pun suka baca novel tau. "
Aisyah memandang wajah Zahra dengan senyuman lebar. "Oh! novel ni pasal seorang gadis yang berusaha mengejar cita-citanya dalam dunia seni. Dia menghadapi banyak cabaran, tapi dengan semangat dan sokongan keluarga, akhirnya dia berjaya. Ada juga elemen cinta yang sangat menyentuh hati."
"Wah, bunyi macam menarik! Kak Zahra suka cerita macam tu. Boleh bagi Kak Zahra pinjam tak lepas Aisyah habis baca?" kata Zahra sambil tersenyum.
"Boleh sangat Kak. Nanti lepas Aisyah habis baca Aisyah bagi kat Kak. Lepastu nanti Kak bagi review tau" balas Aisyah ketawa kecil.
"Small matter. Dah jom bayar, Kak Zahra belanja"
"Seriusly Kak?" Bulat matanya dikala itu.
"Yes!"
"Yeayyy. Alhamdulillah jimat duit. Untung ada kakak ipar macam Kak Zahra. Dah lah baik, cantik pulak tu. Untung betul Abang Hay ni dapat isteri macam Kak Zahra." Aisyah melompat kecil tanda seronok sambil memuji kakak iparnya.
"Amboi bukan main puji erkk. Nak ambil hati lah tu. Kak Zahra makan nasi je tak makan puji-puji ni."
Laju Aisyah geleng. "Eh takk Kak. Reality not Expectation"
"Yalah-yalah." Zahra senyum manis melihat gelagat adik iparnya. Umur dah 23 tahun tapi macam budak-budak lagi. Mungkin sebab anak bongsu jadi dia manja lah. Zahra pun suka melayan adik iparnya. lagipun dia kan anak tunggal, tak ada adik. Jadi dia akan layan dan sayang Aisyah macam adik kandung dia sendiri. Dapat lah dia merasa jadi seorang Kakak.
Mereka berjalan menuju ke kaunter pembayaran. Aisyah masih tersenyum memikirkan pertemuan singkat tadi. Entah kenapa dia rasa ada sesuatu yang sedang bermain di hatinya. Hati dia mula tertarik dengan lelaki tadi. Adakah nanti dia akan berjumpa lagi dengan lelaki itu.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro