DPH- 14 🤍
TAKNAK VOTE KE? SAMPAI HATI 🥺
ZAHRA duduk di ruang tamu, merasakan kebosanan yang menyelubungi. Semua kerja rumah sudah disiapkan, dan Riaz seperti biasa sedang mengajar di universiti. Dia memandang sekeliling rumah yang rapi dan kemas, mencari sesuatu yang boleh dilakukan untuk mengisi masa lapangnya.
"Bosan lah. Nak buat apa ni?" omel Zahra sendiri.
Dia mencapai telefon dan membuka aplikasi Shopee. Terlintas di fikirannya untuk mencari novel yang dia ingin baca. Sambil menjelajah pelbagai pilihan, Zahra teruja dengan idea mendapatkan novel-novel baru. Dia mula mencari novel-novel yang menarik perhatiannya, membaca ulasan dan sinopsis untuk memastikan pilihannya.
Selepas mencari dengan teliti selama beberapa lama, akhirnya Zahra menemui beberapa novel yang sesuai dengan seleranya. Dia tersenyum sambil menekan butang "Add to Cart" untuk setiap novel yang dipilih. Namun, dia memutuskan untuk tidak membeli dahulu.
Dengan novel-novel yang sudah ditambah ke dalam troli, Zahra menutup aplikasi Shopee dan berdiri. Dia menuju ke bilik untuk mengambil novel yang belum sempat dihabiskan. Dalam fikirannya, dia terbayang saat-saat tenang membaca di ruang tamu.
Setibanya di bilik, Zahra mencari novel yang dimaksudkan. Setelah menemuinya, dia tersenyum sendiri dan kembali ke ruang tamu. Sambil memegang novel di tangan, Zahra merasakan semangat baru untuk menghabiskan bacaan tersebut.
Sebelum ni dia tak sempat nak habiskan. Maklumlah bila sudah jadi seorang isteri ni , tak ada masa nak baca. Sibuk uruskan rumah, suami lagi.
Dengan perasaan yang tenang dan teruja, dia duduk di sofa dan mula membaca, menikmati setiap halaman yang membawanya ke dunia fantasi yang indah.
Zahra sedang ralit membaca novel di ruang tamu apabila terdengar bunyi notification dari telefon bimbitnya. Dia meletakkan novel di atas meja dan mencapai telefon untuk melihat mesej yang masuk.
Rupanya, mesej tersebut daripada kawan baiknya, Irdina, yang mengajaknya untuk bertemu. Sudah lama mereka tidak berjumpa, maklumlah Irdina kini sudah berkahwin dan mempunyai anak.
Zahra tersenyum dan segera membalas mesej itu.
"Assalamualaikum Zahra, kau free tak hari ni? Jumpa nak?" - Dina
"Waalaikumussalam Dina! Lama tak jumpa. Jom, aku free je hari ni. Kita jumpa kat mana?" - Zahra
Setelah beberapa minit berbincang melalui mesej, mereka setuju untuk bertemu di sebuah kafe yang tidak jauh dari rumah Zahra. Zahra bergegas naik ke bilik untuk bersiap. Dia memilih untuk mengenakan abaya berwarna krim dan tudung bawal yang sepadan.
Setelah beberapa minit, dia selesai bersiap dan memandang cermin, memastikan semuanya sempurna.
Sebelum keluar, Zahra mengambil telefon dan menghubungi Riaz.
"Assalamualaikum abang. Zahra nak keluar sekejap jumpa Dina. Boleh tak? Dah lama tak jumpa dia, rindu nak borak-borak."
Riaz menjawab dengan suara lembut, "Waalaikumussalam sayang. Boleh sayang. Hati-hati kat luar. Kalau ada apa-apa, beritahu abang ya."
"Baik, abang. Terima kasih. Zahra akan hati-hati. Abang pun jaga diri kat universiti tu," balas Zahra sambil tersenyum.
Setelah menutup telefon, Zahra mengambil beg tangannya dan keluar dari rumah, bersedia untuk menikmati waktu bersama kawan baiknya. Perasaan gembira mengisi hatinya, dan dia tidak sabar untuk berkongsi cerita dan gelak tawa dengan Dina seperti dahulu kala.
Zahra tiba di mall yang dijanjikan, memarkir kereta dan berjalan menuju ke kafe tempat mereka akan bertemu. Dari jauh, dia sudah nampak kelibat Aina yang sedang menunggunya. Hati Zahra berbunga-bunga melihat sahabat baiknya itu.
Setibanya di hadapan kafe, Zahra dan Aina saling tersenyum lebar. Mereka berlari kecil menuju satu sama lain dan berpelukan erat, melepaskan rindu yang sudah lama terpendam.
"Dina! Lama tak jumpa, rindu sangat!" ujar Zahra dengan penuh semangat.
"Aku pun rindu sangat kat kau, Zahra! Banyak cerita nak kongsi," balas Dina sambil ketawa kecil.
Mereka akhirnya melepaskan pelukan dan masuk ke dalam kafe, memilih tempat duduk yang selesa, dan memesan minuman. Sambil menunggu pesanan tiba, mereka mula berbual.
"Eh, lupa nak cakap, tahniah atas perkahwinan kau. Maaf lah masa kau kahwin aku tak datang. Anak aku demam hari tu. Nak tinggal kat laki aku pun tak boleh. Si Damia tu asyik nak berkepit dengan aku je," kata Dina sambil tersenyum minta maaf.
Zahra ketawa kecil dan menggeleng. "Tak apa, Dina. Aku faham. Yang penting, sekarang kita dapat jumpa. Macam mana Damia sekarang? Dah sihat ke?"
"Alhamdulillah, dah sihat. Budak-budak kan, cepat demam cepat sembuh. Tapi dia memang manja sangat dengan aku," balas Dina sambil tersenyum.
"Baguslah kalau dah sihat. Aku pun dah lama tak jumpa anak kau tu. Mesti makin comel kan" kata Zahra dengan senyuman lebar.
"InsyaAllah, nanti kita buat plan lain. So, macam mana hidup kau lepas kahwin? Bahagia?" tanya Dina sambil mengangkat kening.
Zahra tersenyum malu. "Alhamdulillah, bahagia. Riaz sangat baik dan penyayang. Tak sangka rezeki aku dapat suami macam dia."
Perbualan mereka semakin hangat sambil mereka menunggu minuman tiba. Zahra dan Dina terus berkongsi cerita, menghabiskan masa dengan gelak tawa dan kenangan manis.
Setelah habis minum dan berbual, Zahra dan Dina memutuskan untuk melanjutkan hari mereka dengan sedikit membeli-belah.
"Girl's day out," kata Dina sambil mengenyitkan mata.
Mereka berjalan menuju sebuah butik yang menjual abaya. Kedua-duanya teruja melihat pelbagai rekaan dan warna abaya yang cantik-cantik.
"Eh, tengok yang ni Zahra. Cantik kan?" kata Dina sambil memegang satu abaya berwarna biru muda dengan hiasan renda di tepi.
"Ya, memang cantik. Sesuai dengan kau, Dina. Cuba pakai, tengok macam mana," balas Zahra dengan senyuman.
Dina mencuba abaya tersebut, sementara Zahra pula mencari-cari abaya yang berkenan di hatinya. Matanya tertumpu pada satu abaya berwarna hijau zamrud dengan sulaman halus di bahagian bahu.
"Dina, tengok yang ni. Cantik kan?" Zahra menunjukkan abaya itu kepada Dina.
"Wah, memang cantik! Aku rasa warna ni memang sesuai sangat dengan kau," kata Dina.
Zahra tersenyum dan memutuskan untuk mencuba abaya itu. Setelah mencuba, mereka berdua berdiri di hadapan cermin, memuji abaya yang dipakai.
"Macam princess," kata Zahra sambil ketawa kecil.
"Memanglah. Abaya ni buat kita rasa special," balas Dina.
Mereka berdua akhirnya membeli abaya pilihan masing-masing. Zahra merasakan hari itu sungguh bermakna, dapat menghabiskan masa berkualiti bersama sahabat baiknya. Selepas membeli abaya, mereka teruskan berjalan-jalan di sekitar mall, menikmati hari mereka dengan penuh gelak tawa dan kenangan manis.
Selesai shopping, mereka memutuskan untuk balik memandangkan hari sudah petang. Masa terasa sekejap berlalu ketika mereka menghabiskan hari bersama-sama. Di luar butik, mereka saling berpelukan sekali lagi sebelum berpisah.
"Kirim salam aku kat Danish tu dengan si Damia tu. Cakap aunty Zahra rindu sangat kat dia," kata Zahra sambil tersenyum.
Dina ketawa kecil. "InsyaAllah, aku akan sampaikan. Kau pun kirim salam kat suami kau juga. Cakap kat dia terima kasih sebab bagi aku pinjam isteri dia ni hari ni."
Zahra tersenyum lebar. "Akan aku sampaikan. Terima kasih juga sebab ajak aku keluar hari ni. Seronok sangat."
"Seronok jugak dapat jumpa kau. Next time, kita plan lagi," balas Dina.
Mereka berdua melambai-lambai sambil berjalan ke arah kereta masing-masing. Zahra merasa puas dan gembira, menikmati waktu yang berkualiti bersama sahabat baiknya. Sesampainya di kereta, Zahra memandu pulang dengan hati yang ceria, tidak sabar untuk berkongsi cerita hari ini dengan Riaz.
Sampai di rumah, Zahra melihat kereta suaminya sudah ada di garaj. Ini bermakna Riaz sudah pulang. Dia tersenyum dan segera masuk ke dalam rumah.
"Assalamualaikum," sapa Zahra dengan penuh ceria.
"Waalaikumussalam," jawab Riaz sambil tersenyum melihat isterinya.
Zahra terus menghampiri Riaz dan salam tangan suaminya dengan penuh hormat. "Abang dah balik. Abang dah makan?"
Riaz menggeleng sambil tersenyum. "Belum lagi. Abang tunggu sayang balik."
"Alah, abang ni. Tak payah tunggu pun tak apa," kata Zahra sambil tersenyum. "Zahra masak tomyam tadi. Nak panaskan untuk abang sekarang."
"Okay, sayang. Abang tunggu kat meja makan," balas Riaz.
Zahra segera menuju ke dapur untuk memanaskan tomyam yang dimasaknya tadi. Sementara menunggu tomyam dipanaskan, Riaz duduk di meja makan, melihat Zahra dengan penuh kasih sayang.
Setelah selesai memanaskan tomyam, Zahra menghidangkan makanan di meja. Mereka duduk berdua, menikmati makan malam sambil berkongsi cerita tentang hari mereka.
"Macam mana hari ni dengan Dina, seronok tak?" tanya Riaz sambil mengambil suapan pertama.
"Seronok sangat. Lama tak jumpa, banyak cerita nak kongsi. Kitaorang shopping sekali, dapatlah beli abaya baru," balas Zahra dengan senyuman.
"Baguslah. Abang pun seronok dengar sayang gembira. Nanti abang nak tengok abaya baru tu," kata Riaz sambil ketawa kecil.
Zahra tersenyum manis, merasa bahagia dapat berkongsi hari yang indah ini dengan suaminya. Mereka berdua menikmati makan malam bersama, merasakan kehangatan cinta dan kasih sayang yang semakin mendalam.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro