Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

DPH - 13 🤍

TAK MINTAK BANYAK MINTA VOTE JE 😭

RIAZ sudah bersiap sedia untuk ke universiti. Dia mengenakan baju yang telah digosok dengan rapi oleh Zahra. Selepas mengemaskan baju, dia menyembur sedikit wangian berjenama Creed Aventus kegemarannya sebelum mengambil beg kerjanya.

Riaz turun ke bawah, mencari Zahra di dapur. Zahra sedang sibuk menyediakan sarapan pagi, bihun goreng kegemaran Riaz. Mereka duduk bersama di meja makan, menikmati hidangan pagi sambil berbual ringan tentang hari yang bakal mereka lalui.

Selepas selesai makan, Riaz bersiap untuk pergi. Zahra menghulurkan tangannya untuk bersalam, dan Riaz mencium dahinya dengan penuh kasih sayang.

"Jaga diri, sayang. Abang balik nanti," katanya dengan lembut.

Zahra tersenyum manis, matanya penuh cinta. "InsyaAllah, abang. Hati-hati di jalan."

Riaz melangkah keluar dari rumah dan masuk ke dalam keretanya. Zahra berdiri di pintu, melihat kereta Riaz bergerak perlahan-lahan hingga hilang dari pandangan. Setelah itu, Zahra masuk kembali ke dalam rumah, bersedia untuk memulakan tugas-tugas rumah tangga.

Dia mula dengan membasuh baju, kemudian mengemas rumah dengan penuh semangat. Zahra merasakan ketenangan dan kepuasan dalam melaksanakan tugas-tugasnya, sentiasa mengingati Riaz dalam setiap langkahnya.

Di sisi lain, Riaz tiba di Universiti Malaya dan terus memulakan hari pengajarannya seperti biasa. Dia masuk ke kelas, memberi salam kepada para pelajarnya.

"Selamat Pagi, semua." sapa dia mesra.

Dan memulakan sesi kuliah dengan penuh dedikasi. Masa selama 2 jam berlalu dengan cepat, dan akhirnya kelas tamat.

Ketika Riaz sedang berjalan keluar dari dewan kuliah, dia secara tidak sengaja terserempak dengan Haifa. Wajah Haifa berseri-seri melihat Riaz, matanya jelas menunjukkan kegembiraan.

"Assalamualaikum, Hay," sapa Haifa dengan senyuman manis.

"Waalaikumussalam, Haifa. Apa khabar?" balas Riaz dengan sopan.

Miss Haifa mengangguk, masih tersenyum.

"Alhamdulillah, saya sihat. Saya ada dengar dari Amin, betul ke Hay dah kahwin?" tanya Haifa dengan nada penuh ingin tahu.

Riaz tersenyum, mengangguk. "Ya, betul. Saya baru je kahwin. Kenapa?"

Haifa terkejut seketika, tapi segera menyembunyikan perasaannya dengan senyuman. "Oh, tahniah! Semoga bahagia selalu. Isteri Hay pasti seorang yang sangat istimewa."

Riaz mengangguk lagi, matanya bersinar dengan kasih sayang. "Terima kasih, Haifa. Alhamdulillah, dia memang sangat istimewa bagi saya. Maaf, sebab masa kitaorang kahwin, saya tak jemput Haifa. Kitaorang buat majlis kecil-kecil je."

Haifa tersenyum nipis. "Oh! Takpe, saya faham. Saya doakan yang terbaik untuk Hay dan isteri. Semoga perjalanan hidup korang sentiasa diberkati."

"Terima kasih, Haifa. Semoga awak juga sentiasa berjaya dalam apa jua yang awak lakukan," balas Riaz dengan ikhlas.

Setelah berbual seketika tentang hal-hal biasa, mereka masing-masing meneruskan urusan mereka. Riaz rasa lega kerana dapat bercakap dengan sopan dan menghormati perasaan Miss Haifa tanpa menimbulkan sebarang salah faham.

Riaz kembali ke biliknya, bersiap untuk kelas seterusnya, sambil teringatkan Zahra di rumah yang sentiasa ada dalam doanya. Dengan rasa syukur dan keikhlasan, Riaz meneruskan hari itu, mengharapkan keberkatan dan kejayaan dalam segala yang dilakukannya.

Disisi lain, Haifa keluar bersama kawannya, Aina, ke sebuah kafe untuk makan tengah hari. Namun, Haifa kelihatan tidak bersemangat, wajahnya jelas menunjukkan tiada minat. Aina perasan perubahan itu dan tidak dapat menahan diri dari bertanya.

"Haifa, kau okay tak? Aku tengok kau macam tak ada mood je hari ni," tanya Aina sambil menyelidik wajah kawannya.

Haifa menghela nafas panjang sebelum membuka mulut. "Kau tahukan aku sukakan Hay? Malah dah lama. Masa mula-mula dia jadi pensyarah lagi."

Aina mengangguk perlahan, sudah lama mengetahui perasaan Haifa terhadap Riaz. "Ya, aku tahu. Kenapa tiba-tiba cakap pasal tu?"

Haifa menggenggam cawan kopinya erat-erat. "Aku baru dapat tahu yang Hay dah nikah."

Aina terkejut, matanya terbuka luas. "Serius lah? Aku tak tahu pun! Bila tu?"

Haifa mengangguk dengan berat hati. "Ya, sebulan lepas. Aku baru tahu hari ni."

Aina menggeleng kepala, masih dalam keadaan terkejut. "Alamak, Haifa. Kesian kau... Tapi, apa yang kau nak buat sekarang?"

Haifa menarik nafas dalam-dalam, tekad sudah mula menguasai hatinya. "Aku tak kisah. Aku tekad nak dapatkan Hay walaupun dia dah jadi suami orang."

Aina tercengang, suaranya hampir berbisik. "Haifa, kau serius ke ni? Hay dah ada isteri, tak adil untuk kau rampas dia."

Haifa menggeleng dengan mata yang bersinar penuh tekad. "Aku tak peduli, Aina. Aku sukakan Hay dari dulu lagi. Aku tak boleh terima yang isteri dia rampas dia dari aku. Aku akan cuba dapatkan dia balik, walau apa pun caranya. Setahun, Aina. Setahun aku pendam perasaan aku. Bukan sekejap tapi lama."

Aina tergamam, tidak menyangka Haifa akan bertindak sejauh itu. "Haifa, aku tahu tapi kau kena fikir dulu baik-baik. Jangan buat sesuatu yang boleh merosakkan hidup orang lain. Mungkin Hay bukan jodoh kau. Kau kawan baik aku, aku tak nak tengok kau buat keputusan yang kau akan sesali."

Haifa menatap Aina dengan tegas. "Aina, aku tak boleh biarkan perasaan aku ni terkubur macam tu je.  Aku akan cuba sedaya upaya untuk dapatkan Hay. Kalau memang jodoh kami, tak ada apa yang boleh halang."

Aina hanya mampu mengeluh dan menggeleng kepala, bimbang dengan keputusan yang dibuat oleh sahabat baiknya itu. "Haifa, aku cuma harap kau tak buat sesuatu yang akan menyesal nanti. Ingatlah, perasaan orang lain juga penting."

Haifa tersenyum nipis, walaupun hatinya berat. "Habistu perasaan aku tak penting lah? Kenapa aku kena jaga perasaan orang tapi orang tak jaga pun perasaan aku. Aku tahu kau risaukan aku. Tapi, aku dah buat keputusan. Aku akan teruskan."

Dengan hati yang penuh tekad, Haifa berazam untuk merebut kembali cinta Riaz, walaupun dia tahu jalan yang bakal dilalui bukanlah mudah.

Di sisi lain, Zahra sudah siap mengemas seluruh rumah. Selepas selesai mandi, dia duduk di sofa di depan televisyen. Sambil merehatkan diri, dia memandang telefon di atas meja di hadapannya dan teringat ingin menghubungi Riaz untuk bertanya mengenai makan malam.

Dia mencapai telefon dan mula menaip mesej:

"Assalamualaikum abang, Zahra nak tanya abang nak makan apa malam ni? Zahra boleh masak apa-apa yang abang suka. 😊" - Zahra

Dia tersenyum sendirian sambil menunggu balasan daripada Riaz. Tidak lama kemudian, telefonnya berdering menandakan mesej masuk. Zahra dengan cepat membuka mesej tersebut.

"Waalaikumussalam sayang, terima kasih sebab tanya. Abang teringin nak makan ayam masak merah dengan sayur campur. Apa-apa yang sayang masak, abang mesti suka. 😘" - Riaz

Zahra tersenyum lebar membaca mesej dari suaminya. Dia tahu betapa Riaz suka dengan masakannya, dan ini membuat hatinya berbunga-bunga.

"Baiklah, abang. Zahra akan masak yang sedap-sedap untuk abang. Jangan lupa jaga diri di universiti. 😘" - Zahra

Setelah menghantar mesej tersebut, Zahra bangun dari sofa dan mula merancang persiapan untuk makan malam. Dia mengeluarkan bahan-bahan dari peti sejuk dan mula membayangkan hidangan yang akan dimasak untuk Riaz.

Setiap kali memasak, Zahra selalu memastikan hidangannya dibuat dengan penuh kasih sayang, kerana dia tahu itu salah satu cara untuk menunjukkan rasa cintanya kepada suami tercinta. Hari ini tidak terkecuali, dia ingin memastikan Riaz pulang ke rumah dengan hidangan yang enak dan sempurna.

Zahra yang sudah mengeluarkan bahan-bahan untuk memasak, tiba-tiba perasan ada beberapa bahan yang tidak cukup. Dia memutuskan untuk keluar membeli bahan-bahan tersebut.

Zahra cepat-cepat mengenakan tudung, mencapai kunci kereta Myvi miliknya, dan memastikan pintu rumah terkunci sebelum masuk ke dalam kereta. Sebelum bergerak, dia sempat menghantar mesej kepada Riaz untuk memberitahunya.

"Abang, Zahra nak keluar sekejap pergi beli barang masak. Nanti Zahra balik cepat." - Zahra

Tidak lama kemudian, telefon Zahra berbunyi menandakan mesej masuk. Dia membuka mesej tersebut dan tersenyum membaca balasan dari Riaz.

"Hati-hati sayang. 😊" - Riaz

Dengan senyuman di wajahnya, Zahra menghidupkan enjin kereta dan memulakan perjalanan ke kedai runcit terdekat. Perjalanan itu dirasakannya cepat, mungkin kerana semangatnya yang kuat untuk menyediakan hidangan istimewa buat Riaz.

Sesampainya di kedai, Zahra segera mencari bahan-bahan yang diperlukan, memastikan semuanya cukup untuk masakan yang dirancang.

Sambil memilih bahan-bahan, Zahra tidak dapat menahan perasaan bahagia kerana mendapat perhatian penuh dari suaminya. Setelah semuanya lengkap, Zahra segera kembali ke rumah, bersedia untuk memasak dengan penuh kasih sayang.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro