Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

DPH- 11🤍

PAGI yang cerah, Zahra bangun awal seperti biasa untuk menyediakan sarapan buat suaminya yang akan kembali mengajar hari ini. Dengan penuh kasih sayang, dia memasak hidangan kegemaran Riaz, nasi goreng kampung, sambil membayangkan senyuman suaminya ketika menikmati hidangan tersebut.

"Abang, sarapan dah siap," Zahra memanggil suaminya yang sedang bersiap di bilik.

Riaz muncul dengan senyuman. "Terima kasih, sayang. Bau wangi nasi goreng ni buat abang tak sabar nak makan."

Selepas sarapan, Riaz mencium dahi Zahra sebelum berangkat. "Doakan abang hari ini, sayang."

Zahra tersenyum. "InsyaAllah, abang. Hati-hati di jalan."

Riaz tiba di Universiti Malaya tepat pada masanya. Sebagai pensyarah di Fakulti Sejarah Islam dan Peradaban, dia melangkah masuk ke bangunan fakulti. Setibanya di pintu kelas, dia disambut mesra oleh para pelajar yang telah merindukan kuliahnya.

"Morning, Sir Hay," sapa salah seorang pelajar dengan senyuman lebar.

Riaz membalas senyuman itu. "Good morning, everyone. How are you all doing today?"

Para pelajar menjawab dengan ceria, semangat mereka jelas terpancar. Riaz merasa bangga melihat minat dan kesungguhan mereka dalam mempelajari sejarah dan peradaban Islam. Dia mengatur bahan kuliahnya di meja sambil berbual ringkas dengan beberapa pelajar mengenai topik yang akan dibincangkan hari itu.

Riaz memulakan kuliahnya dengan cara yang menarik, menyampaikan topik sejarah dengan penuh semangat dan pengetahuan mendalam. Setiap kata yang diucapkannya menarik perhatian para pelajar, yang mendengarkan dengan penuh minat. Hari itu, Riaz membawa mereka menjelajahi sejarah kegemilangan peradaban Islam, memberikan mereka wawasan baru dan pemahaman yang lebih mendalam.

Kuliah berjalan lancar, dan Riaz menikmati setiap detiknya. Baginya, berkongsi ilmu dan menginspirasi generasi muda adalah salah satu kebahagiaan terbesar dalam hidupnya.

Selepas mengajar beberapa jam, tiba waktu rehat. Riaz mengakhiri kuliahnya dengan sebuah kesimpulan yang menarik, mengucapkan selamat kepada para pelajar atas perhatian dan partisipasi mereka. Dia keluar dari dewan kuliah, membawa bahan-bahan mengajarnya menuju ke biliknya untuk meletakkan barang-barang.
Setelah menyimpan barang-barangnya, Riaz merasa perlunya sedikit rehat. Dia memutuskan untuk pergi ke kafeteria fakulti. Sesampainya di sana, dia memesan secawan kopi panas dan mencari tempat duduk yang nyaman.

Riaz duduk di sudut kafeteria, menikmati secawan kopi sambil memandang sekeliling. Di sekelilingnya, para pelajar dan rakan pensyarah lain juga sibuk dengan aktiviti masing-masing. Suasana di kafeteria penuh dengan kehidupan, namun terasa menenangkan.

Sambil menikmati kopi, Riaz melihat  rakan baiknya, Amin, mendekati meja. Amin tersenyum lebar dan melambaikan tangan, kemudian duduk di hadapannya.

"Assalamualaikum, Hay! Lama tak jumpa. Macam mana hari ni?" sapa Amin sambil meletakkan buku di meja.

Riaz membalas senyumannya. "Waalaikumussalam, Amin. Alhamdulillah, semuanya baik."

"Hay! Selamat pengantin baru, bro. Aku dengar cerita kau dah kahwin. Tahniah! Maaf masa kau kahwin aku tak dapat datang. Aku balik kampung bini aku." Amir menepuk bahu Riaz sambil tersenyum lebar.

Riaz membalas dengan senyuman. "Terima kasih, Amir. Ya, baru je lagi. Takpe aku faham. Dan Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar."

"Aku nak sangat jumpa isteri kau. Dengar cerita dia cantik dan pandai masak," usik Amir.

Riaz ketawa kecil. "InsyaAllah, nanti aku kenalkan isteri aku pada kau. Kau pun mesti bawa isteri kau juga."

Amin tergelak, "Off market dah Sir Hay kita ni. Habis lah lepas ni meroyan peminat-peminat kau. Lagi-lagi Miss Haifa kita tu."

"Miss Haifa? Dah kenapa?" tanya Riaz dengan wajah penuh kehairanan.

Amin tertawa kecil. "Alah, takkanlah kau tak tahu Haifa tu kan syok kat kau."

Riaz mengerutkan dahi, masih keliru. "Betul ke? Aku tak pernah perasan pun."

Amin mengangguk dengan senyuman sinis. "Betul lah. Setiap kali kau lalu, dia mesti cari peluang nak bercakap dengan kau. Banyak kali juga dia tanya aku pasal kau."

Riaz menghela nafas dan tersenyum kecil. "Aku memang tak perasan. Tapi tak apalah, sekarang aku dah kahwin. Harap-harap dia faham."

"Jangan risau, bro. Kau dah buat pilihan yang tepat. Zahra tu memang terbaik untuk kau," kata Amin sambil menepuk bahu Riaz sekali lagi.

"Terima kasih, Amin. Aku sangat bersyukur dengan semua yang aku ada sekarang, Nanti kita buat sesi makan-makan kat rumah aku, kau bawa anak bini kau" balas Riaz dengan penuh keikhlasan.

Amin mengangguk setuju. "Aku tunggu jemputan tu. Nak juga merasa air tangan isteri Sir Hay kita ni."

Mereka berdua terus berbual tentang hal-hal lain, sambil menikmati waktu rehat mereka di kafeteria.


Tengah hari, Riaz kembali ke kelas untuk menghabiskan sesi pengajaran hari itu. Di fikiran, dia terbayang-bayang senyuman Zahra dan masakan sedap yang menantinya di rumah.

"Ish! Baru tinggal dah rindu" Riaz tersenyum sendiri.

Ketika sesi mengajar berakhir, dia memutuskan untuk menelefon Zahra. "Sayang, abang dah habis kelas. Abang balik lambat sikit hari ni, ada mesyuarat."

"Baik, abang. Take care. Zahra tunggu abang balik," jawab Zahra dengan nada lembut.

"Okay sayang."

Selesai mesyuarat, Riaz memandu pulang dengan perasaan tenang. Fikiran sekali lagi melayang pada senyuman Zahra dan rumah kecil mereka yang penuh dengan cinta. Setibanya di rumah, dia disambut dengan bau wangi masakan yang mengundang selera.

"Assalamualaikum, sayang," Riaz memberi salam sambil membuka kasut.

"Waalaikumussalam, abang," Zahra menyahut dari dapur. "Abang dah balik. Penat ke hari ni?"

Riaz tersenyum dan berjalan menuju ke dapur. "Penat sikit, tapi tak apa. Abang ada isteri yang hebat macam sayang."

Zahra tersenyum malu. "Abang ni, jom makan. Saya masak kari ayam malam ni."

Mereka duduk di meja makan, berbual tentang hari masing-masing. Zahra berkongsi tentang rutin harian di rumah sementara Riaz bercerita tentang kuliahnya dan mesyuarat di universiti.

"Sayang, tadi ada seorang pelajar tanya pasal kita," kata Riaz sambil menyuap nasi.

Zahra mengerutkan dahi. "Tanya apa?"

"Dia tanya bila saya akan bawa isteri saya ke universiti. Rupa-rupanya, Amir dah bercerita pada semua orang," Riaz ketawa kecil.

Zahra ketawa. "Mungkin satu hari nanti saya akan ikut abang ke universiti. Sekarang ni, biar saya biasakan diri dulu dengan kehidupan baru kita."

Riaz mengangguk. "Betul tu, sayang. Tak perlu tergesa-gesa."

Selesai makan, Riaz bangun dan mencium pipi Zahra. "Terima kasih, sayang. Abang nak mandi dulu, baru kita sambung cerita."

"Baik, abang," jawab Zahra sambil tersenyum.

Riaz menuju ke bilik mandi, sementara Zahra mengemas meja makan. Setelah selesai mengemas, Zahra duduk di ruang tamu, menanti suaminya. Beberapa minit kemudian, Riaz keluar dari bilik mandi dengan wajah yang segar.

Mereka duduk di ruang tamu sambil menonton televisyen. Zahra bersandar pada bahu Riaz, merasa tenang dan selesa.

"Abang," Zahra memulakan. "Saya nak tanya sesuatu."

"Ya, sayang?" Riaz memandangnya.

"Kerja abang sebagai pensyarah tu, macam mana? Saya tengok abang sibuk, tapi abang tak pernah cerita pun. Mesti penatkan."

Riaz tersenyum. "Abang suka mengajar. Tengok pelajar-pelajar berjaya, itu satu kepuasan. Lagipun, abang boleh berkongsi ilmu dan pengalaman."

Zahra tersenyum, rasa bangga tengok Riaz yang bukan sekadar suami, tapi pensyarah yang berdedikasi. "Abang seronok betul ya bila cerita pasal student."

Riaz angguk sambil senyum nipis. "Iyalah, diorang tu macam keluarga kedua abang. Ada masa pening juga layan kerenah diorang, tapi itulah asam garam mengajar. Kadang-kadang, bukan setakat ajar, abang kena jadi tempat diorang luah masalah."

Zahra pandang Riaz, makin kagum dengan suaminya. "Sayang bangga betul dengan abang, tahu tak? Abang bukan je suami yang hebat, tapi pensyarah yang diorang boleh harap."

Riaz tersenyum, genggam erat tangan Zahra. "Terima kasih, sayang. Abang bersyukur ada isteri yang selalu sokong abang. Kadang-kadang, abang ni sibuk sampai masa dengan sayang pun kurang... tapi sayang tetap faham."

Zahra geleng sambil senyum manis. "Abang buat apa pun, sayang tahu semuanya untuk kebaikan kita. Lagipun, sayang bangga tengok abang jadi inspirasi pada pelajar-pelajar abang. Mereka pun mesti nampak abang sebagai contoh yang baik."

Riaz ketawa kecil. "Contoh baik ke? Kadang-kadang abang ni garang juga tau."

Zahra tergelak, cubit lembut lengan Riaz. "Alah, garang-garang abang tu, sayang tahu dalam hati abang penuh kasih sayang. Buktinya... abang selalu ada untuk diorang, macam mana abang selalu ada untuk sayang."

Riaz tersenyum lebar, rasa bangga dan bahagia bila dengar kata-kata Zahra. "Pandai je sayang ni buat abang rasa macam hero. Padahal, abang pun manusia biasa je, ada naik turun, ada kurang lebih."

Zahra geleng sambil tatap Riaz dengan mata yang penuh cinta. "Hero tak semestinya sempurna, bang. Tapi hero sebenar, dia tetap ada di saat susah senang, dan itu... abang lah. Tak kisahlah macam mana abang rasa, di mata sayang, abang tetap suami yang paling hebat."

Riaz usap pipi Zahra perlahan, sambil matanya tak lepas pandang wajah isterinya. "Sayang tahu tak, apa yang buat abang kuat setiap hari? Senyum sayang, doa sayang. Abang tak perlukan lebih dari tu."

Zahra senyum manis, tersentuh dengan kata-kata Riaz. "Abang ni kan... tahu je nak buat hati sayang cair."

"Dah lah, jom masuk tidur. Nanti makin lama kat sini, makin tak boleh tidur abang dibuatnya tengok sayang macam ni," usik Riaz dengan nada manja sambil tarik lembut tangan Zahra.

Zahra ketawa kecil, ikut langkah Riaz naik ke bilik. "Sempat lagi abang nak mengusik, eh?"

Riaz tersenyum sambil balas, "Usik sayang sampai tua pun abang sanggup."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro