Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

DPH - 1 🤍

VOTE 🥺
(DALAM EDITING LAGI UNTUK BAB INI)

RIAZ menarik nafas panjang ketika menjejakkan kaki ke lapangan terbang King Abdul Aziz di Jeddah. Udara panas menyentuh wajahnya, namun hatinya merasa sejuk dan tenang. Ini adalah kali pertama dia menjejakkan kaki di Tanah Suci, dan dia berharap perjalanan ini akan memberikan makna baru dalam hidupnya.

Setelah melalui proses imigresen dan mengambil bagasinya, Riaz dan kumpulan jemaah umrah dari Malaysia menaiki bas yang akan membawa mereka ke Mekah. Sepanjang perjalanan, Riaz memandang keluar tingkap, melihat landskap yang berbeza dari yang biasa dilihatnya di bandar tempat tinggalnya. Perjalanan ini bukan sahaja untuk menunaikan ibadah, tetapi juga untuk mencari ketenangan dan jawapan kepada persoalan yang sering menghantui fikirannya.

Sesampainya di hotel, Riaz segera bersiap untuk menunaikan umrah. Dia mengenakan ihram dan bergabung dengan kumpulannya untuk menuju ke Masjidil Haram. Saat pertama kali melihat Kaabah, hatinya terasa sebak. Air mata mengalir tanpa disedari, rasa syukur dan kagum menyelubungi dirinya. Dia berdoa dengan penuh kesungguhan, memohon keampunan dan petunjuk dari Allah.

Di satu sudut lain, Zahra juga sedang bersiap-siap di bilik hotelnya. Dia datang seorang diri untuk menunaikan umrah dan memperkukuh hubungannya dengan Allah. Zahra adalah seorang gadis yang taat dan lemah lembut. Dia berharap perjalanan ini akan memberikannya lebih banyak ilmu dan ketenangan hati.

Ketika sedang mencari-cari arah ke hotelnya setelah menunaikan tawaf, Zahra kelihatan bingung. Jalan-jalan di sekitar Masjidil Haram kelihatan hampir sama, dan dia mulai merasa hilang arah. Dalam kekalutan itu, dia terlanggar seseorang.

"Maaf, saya tak sengaja," kata Zahra dengan suara terketar-ketar.

Riaz, yang terlanggar Zahra, segera membantu mengutip barang-barang yang terjatuh.

"Tak apa, saya yang patut minta maaf. Saya tak perasan," balas Riaz sambil tersenyum.

Zahra kelihatan lega tetapi masih bingung. Dengan berani dia bersuara. "Saya sebenarnya hilang arah nak cari hotel saya. Boleh awak tolong tunjukkan arah?"

Riaz memandang peta kecil di tangan Zahra dan langsung mengenali nama hotel itu walaupun ini kali pertama dia berada disini. "Kebetulan hotel kita berdekatan. Jom, saya tunjukkan arah."

Dalam perjalanan menuju ke hotel, mereka mula berbual. Zahra mula bercerita sedikit sebanyak tentang keluarganya dan tujuannya datang ke Mekah. Riaz juga berkongsi kisah hidupnya, bagaimana dia memutuskan untuk datang menunaikan umrah.

"Saya selalu rasa kosong dan kadang hilang arah dalam hidup, Saya harap perjalanan ini akan beri saya ketenangan dan jawapan." kata Riaz.

Zahra mendengar dengan penuh perhatian. "Allah selalu ada untuk kita, Riaz. Kadang-kadang kita hanya perlu mendekatkan diri kepada-Nya untuk mencari makna sebenar dalam hidup."

Mereka akhirnya tiba di hotel dan sebelum berpisah, masing-masing sempat ucapan selamat tinggal.

"Terima kasih Riaz" ucap Zahra dengan senyuman.
Riaz membalas kembali senyuman gadis itu.

"Sama-sama. Saya pergi dulu ya, jaga diri"

Zahra jatuhkan satu anggukan.

Namun, pertemuan singkat itu meninggalkan kesan mendalam di hati kedua-duanya. Riaz terkesan dengan ketaqwaan dan ketulusan Zahra, manakala Zahra merasakan ada sesuatu yang istimewa dalam perbualan mereka yang singkat itu.

Malam itu, Riaz tidak dapat tidur dengan lena. Fikirannya sering melayang kepada pertemuannya dengan Zahra. Dia merasa seolah-olah telah bertemu dengan seseorang yang mampu membantunya mencari jawapan kepada persoalan-persoalan hidupnya.


KEESOKAN harinya, Riaz dan Zahra bertemu lagi secara kebetulan di Masjidil Haram. Mereka memutuskan untuk menunaikan beberapa ibadah bersama-sama, menghadiri ceramah agama dan membaca Al-Quran di antara waktu solat.

Hari-hari mereka di Mekah diisi dengan ibadah dan perbualan yang mendalam. Zahra membantu Riaz memahami beberapa amalan dan doa, sementara Riaz berkongsi kisah hidupnya. Hubungan mereka menjadi semakin rapat, dan mereka merasakan kedekatan yang mendalam.

Ketika duduk di perkarangan Masjidil Haram selepas solat Asar, Riaz berkata,

"Zahra, saya rasa bersyukur sangat dapat jumpa dengan awak kat sini. Awak banyak bantu saya dalam memahami erti sebenar hidup."

Zahra tersenyum lembut. "Saya pun rasa macam tu, Riaz. Allah temukan kita kat sini dengan sebab yang baik. Saya harap kita dapat teruskan perjalanan ni dengan keimanan dan ketaqwaan yang lebih kuat."

Perjalanan umrah mereka menjadi lebih bermakna dengan kehadiran satu sama lain. Di tengah-tengah kesibukan ibadah dan suasana yang penuh keberkatan, cinta dan keimanan mereka berkembang dengan perlahan tetapi pasti. Tanah Suci Mekah menjadi saksi kepada permulaan sebuah kisah cinta yang berlandaskan kepada ajaran Islam dan keredhaan Allah.


RIAZ berjalan perlahan menuju Masjidil Haram, masih terpesona dengan keindahan dan kebesaran Kaabah. Pagi itu, suasana cukup tenang, dengan sinar matahari lembut yang memancar ke atas batu hitam yang mulia itu. Riaz merasakan hatinya kian tenang setiap kali memandang Kaabah, seakan-akan segala beban yang dibawanya hilang begitu sahaja.

Sementara itu, Zahra telah pun tiba di masjid, duduk di satu sudut yang tenang dengan al-Quran di tangannya. Dia selalu datang awal, mencari ketenangan dalam bacaan ayat-ayat suci. Apabila Riaz tiba, dia melihat Zahra dari jauh dan tersenyum. Mereka telah beberapa kali bertemu sejak kejadian Riaz membantu Zahra mencari hotelnya, dan kini mereka sering bertemu di sini, di rumah Allah. Entah secara kebetulan atau memang sudahpun takdir.

"Assalamu'alaikum, Zahra," sapa Riaz sambil berdiri di sebelahnya.

"Wa'alaikumussalam, Riaz," jawab Zahra dengan senyuman manis. "Macam mana hari ini? Dah siap nak dengar ceramah pagi ini?"

Riaz mengangguk. "Alhamdulillah, saya rasa semakin tenang kat sini. Setiap hari ada je benda baru yang saya belajar"

Zahra tersenyum. "Macam tu lah Mekah, penuh dengan barakah dan hidayah. Saya harap kita berdua dapat memanfaatkannya sebaik mungkin."

Mereka berdua berjalan menuju satu sudut di dalam masjid di mana ceramah agama akan diadakan. Penceramah pada hari itu adalah seorang ulama terkenal, yang bicaranya selalu menyentuh hati dan memberikan inspirasi kepada pendengar.

Riaz mendengar dengan penuh perhatian, meresapi setiap kata-kata yang disampaikan. Dia merasa seolah-olah setiap nasihat dan petunjuk itu ditujukan khas untuknya, membantunya mencari makna hidup yang selama ini dicari-carinya. Zahra juga kelihatan khusyuk, mata dan hatinya tertumpu pada setiap butir kata yang disampaikan.

Selepas ceramah, mereka berdua berdoa bersama, memohon hidayah dan keberkatan daripada Allah. Selepas itu, mereka keluar dari masjid dan duduk di kawasan yang lebih lapang untuk berbincang.

"Zahra, saya betul-betul terkesan dengan ceramah tadi," kata Riaz. "Saya rasa macam ada harapan baru dalam hidup saya."

Zahra mengangguk. "Alhamdulillah, Riaz. Begitulah keindahan hidayah Allah. Kadang-kadang, kita hanya perlu membuka hati dan menerima dengan ikhlas."

Riaz menarik nafas panjang. "Zahra, boleh awak cerita tak sedikit pasal kehidupan awak? Itupun kalau awak nak ceritalah, saya tak paksa. Saya cuma nak tahu macam mana awak boleh terus kuat walaupun banyak ujian."

Zahra senyum lembut. "Semuanya bermula dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah. Saya pun macam orang lain melalui banyak ujian dan cabaran dalam hidup, tetapi setiap kali saya jatuh, saya bangkit dengan doa dan usaha yang lebih. Saya selalu percaya bahawa setiap ujian adalah cara Allah mendekatkan kita kepada-Nya."

Riaz merasa kagum dengan ketabahan dan keimanan Zahra. "Saya kagum dengan awak Zahra."

Zahra menggelengkan kepala. "Kekuatan itu datang dari Allah, Riaz. Kita hanya perlu terus berusaha dan berdoa. Dan ingatlah, setiap orang mempunyai jalan dan ujiannya sendiri. Apa yang penting adalah kita tidak pernah putus asa dan terus berusaha mencari keredhaan-Nya."

Hari-hari berikutnya, Riaz dan Zahra terus lakukan semua bersama, memperbanyakkan ibadah dan doa. Mereka juga sering berbincang tentang amalan-amalan yang dapat mendekatkan diri kepada Allah. Zahra membantu Riaz begitu juga dengan Riaz. Apa yang Riaz kurang faham Zahra akan bantu, apa yang Zahra tak faham Riaz akan cuba membantu walaupun dia sendiri kurang ilmu.

Tanpa sedar cinta mereka mula berputik bukan kerana fizikal semata, tetapi kerana keimanan dan usaha untuk menjadi lebih dekat kepada Allah. Mereka berdua sedar bahawa hubungan ini bukan sekadar cinta biasa, tetapi cinta yang berlandaskan keimanan dan keikhlasan kepada Allah.

Suatu hari, selepas menyelesaikan tawaf sunat, Riaz dan Zahra duduk di kawasan yang agak tenang, menikmati suasana dan keberkatan di sekeliling mereka.

Masing-masing berdoa dengan memohon agar hubungan ini diberkati dan dipermudahkan segala urusan jikalau memang ini yang terbaik.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro